Kaki ayah kena p0tong, aku dan ibu kumpul duit buat kaki palsu. Dalam keadaan macam tu ayah ada skandal selama 10 tahun

Mungkin ketika itu arw4h ibu melepaskan segala kesedihannya. Cuma yang aku pelik lusanya mereka berbaik. Itu pun arw4h ibuku yang mulakan memohon maaf. Ayah mengaku ketika itu dan berpura – pura sudah putus. Aku waktu tu tak boleh nak hadap lagi ayahku.

Aku ambil langkah ignore bila bertembung ayah. Ibu pesan kepada aku tidak baik jika bermusvh lebih 3 hari. Lagi lagi itu ayah aku. Allah. Aku tak tau mana datang kekuatan ibu menerima semua tu. Kalau aku rasa dah lari rumah atau minta cerai.

Selepas puasa. Arw4h ibu dapat panggiIan haji. Gembira arw4h ibu aku. Akulah yang teman arw4h ibu ulang alik pejabat tabung haji. Namun, nama aku dan ayah tidak naik waktu itu. Ibu sedih sangat. Sanggup nak keluarkan duit untuk sponsor ayah sama – sama pergi haji pakai pakej swasta.

Ibu nampak beria namun ayah banyak alasannya. Dia kata dia susah tiada orang yang nak jaga kat sana. Sedangkan ibu dah pujuk. Sanggup nak keluarkan modal hire mutawif. Pun ayah aku bagi bermacam alasan. Sudahnya ibu pergi seorang ke tanah suci.

Ibu gembira tapi nampak terkilannya waktu tu tidak dapat pergi bersama – sama satu keluarga. Waktu tu aku masih mode silent lagi terhadap ayah. Hanya bercakap ketika perlu. Sepanjang arw4h ibu di sana. Ayah banyak kali bergayut senyap – senyap dengan skandal dia.

Waktu ni aku menangis semahunya. Aku tak cerita perkara ni kepada arw4h ibu. Kalau video call pun hanya cerita pasal update aktiviti arw4h ibu di sana. Satu hari aku meIetup dengan ayah aku. Aku naik suara cakap apa d0sa arw4h ibu. Waktu ni ibu masih menunaikan haji.

Ayah diam. Sebab akula saksi segala pend3ritaan ibu. Walaupun ibu tak pernah share atau tunjuk tapi aku boleh rasa. Bahkan family arw4h ibu pun tidak pernah tau masalah rumahtangga ibu. Semua ingat ibu aku bahagia. Lusanya aku ingat lagi waktu tu kami perlu ambik arw4h ibu di airport.

Aku memang masih marah dengan ayah dan tinggalkan ayah sorang di rumah dan terus ambik ibu di airport pukuI 2 pagi. Aku cakap dekat ayah yang dia tak layak nak jemput arw4h ibu. Aku drive sambil menangis sepanjang jalan.

Semasa pickup ibu, ibu tanya aku mana ayah. Aku cuma jawab ayah tunggu di rumah. Ibu pelik namun tidak bertanya. Waktu tu aku pendam je dalam hati taknak bagi ibu susah hati. Biarkan dia tenang. Walaupun mulut ni hendak sahaja aku luahkan.

Ibu nampak penat ketika itu. Mukanya pucat namun aku bersangka baik. Mungkin penat. Takdir Allah sampai. Di rumah ibu aku cirit birit. Aku hendak bawak ke kIinik tapi ibu menolak. Arw4h ibu lemah. Aku cakap dengan ibu untuk bersiap selepas maghrib untuk pergi hospitaI. Namun takdir Allah.

Ibu pengsan dan pergi untuk selama – lamanya. Ya sehari selepas balik haji. Allah. Semasa pengebvmian arw4h, ayah langsung tidak nampak sedih. Depan saud4ra mara nampak fake tapi belakang lain yang aku tengok. Aku masih silent mode dengan ayah ketika itu.

Depan saud4ra mara kami berpura – pura ok. Nah. Ini lah kemuncaknya. Kata orang kalau lepas umur 40 tidak bertaubat lagi maka kebarangkalian untuk teruskan kemungkaran tu memang tinggi. Mari aku buat point. Aku penat buat karangan

1) Beri duit kepada ayah untuk upahkan orang pasang kepok. Namun duit tu ke ahl0ng guys. Sedih aku. Maseni aku try untuk berbaik tapi bila tengok nisan ibu tidak dibuat meng4muk aku. Ayah seperti biasa diam seolah – olah tiada salah. Kecewa aku.

2) Masih berskandal dengan perempuan yang sama. Yang lagi sadis aku dapat tau mereka dah 10 tahun bercinta. Makna dari zaman aku dan arw4h ibu bersusah payah turun naik hospitaI jaga ayah. Kalau tau aku tinggal je ayah di hospitaI masatu.

3) P4ksa aku cepat – cepat uruskan pencen arw4h ibu untuk ayah. Waktu ni b0dohnya aku. Keluarga yang ramai tak tau, push – push aku untuk tolong ayah dapatkan pencen tu. Bila dapat pencen tu, kad pencen tu dia serah kat ahl0ng wei. Baki dalam 1000 dia guna untuk harian. Untuk aku? Memang takdelaa. Mana aku taau? Aku pasang wasap web tengok conversation wasap ayah aku. Untunglaa ah long tu.

4) Hasil kebun dari arw4h ibu aku tidak merasa. Kebun tu sudah ditukar atas nama aku. Ayah upah orang dan simpan hasilnya. Aku sedar aku tidak pandai menguruskan namun aku bagi modal untuk bersihkan kebun tu.

Bila diminta ayah seperti biasa senyap, baru – baru ni yang buat aku marah. Aku dapat tau ketika aku pergi kerja ayah bawa pulang perempuan tu dalam rumah yang ibu bina. Lupa. Sebelum meninggaI arw4h ibu dah tukarkan atas nama aku.

Allah. Menggigil aku. Malu dengan jiran satu hal. Waktu puasa pulak tu guys. Allah. Kemudian tengok – tengok bilik mak aku dah bersih guys. Telekung dan baju 3 helai aku simpan buat kenangan disimpan dalam kotak. Nak tau apa. Aku baca dan curi dengar call ayah yang mereka dah nak kahwin.

Dan yang kemas baju – baju arw4h ibu tu skandal ayah. Allah. Aku buntu guys. Sampai sekarang aku tak bercakap dengan ayah. Namun aku terk3jut dengan conversation yang aku dengar. Aku tak kuat nak confront. Allah.

Aku tak rela nak duduk sebumbung dengan perempuan perosak rumah tangga ibu. Kadangkala aku tertanya apa lagi d0sa yang ayah buat belakang aku. Berharap aku dapat kata – kata nasihat untuk bertindak rasional.

Betul aku tak kuat. Aku tak berani nak luah dekat saud4ra mara sebab malu sangat. Adakah akhirnya aku yang kena mengalah keluar dari rumah yang ibu bina. Adakah orang k3jam itu akan bahagia selamanya. – A (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nurul Atika Walaili : Arw4h mak ada adik beradik lelaki tak? Atau adik beradik ayah yang tt boleh percaya. Ceritakan semuanya A to Z. Cerita jugak tentang masalah yang dia buat maksi4t dalam rumah tu. Mungkin ada jalannya…

Pendam sorang – sorang sama macam sokong perbuatan ayah tu. Walaupun dalam hati kita benci tapi kita takde tindakan. Cari w4ris ayah atau w4ris lelaki arw4h mak. Mintak tolong di sekeh ayah tu laju – laju.

IKON CLUB  : Jumpa saud4ra yang boleh dipercayai dan minta pendapat. Minta pendapat atau nasihat dari pakcik atau makcik yang ayah awak segani, yang takut. Tak semestinya awak cerita tentang ayah awak sebab awak nak minta pendapat atau nasihat tu awak buka aib. Buat sesuatu. Awak juga ada hak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.