“Kalau awak keluar bekerja jugak, saya doakan awak kena Ianggar dengan lori” – Suami

Suami aku seorang yang baik. Kalau dia ok, layanan dia dekat isteri sangat gentleman. Sangat sweet. Boleh kata, kalau dalam keadaan dia ok, isteri akan rasa yang dia lah isteri yang paling bertuah dalam dunia. Tapi ini sebab aku nekad nak cerai..

#Foto sekadar hiasan. Hai gais. Sebab sehari dua ni koci tengok ramai yang komen dan post tentang rumah tangga kan. Jadi, Koci pun nak tengok jugak pendapat kome untuk post Koci ni. Koci ni pempuan. Dah kahwin dalam 4 tahun.

Ada dua anak dan baru je habis berp4ntang lahirkan anak yang ke dua ni. Tapi sekarang Koci dah nekad nak berpisah dengan suami Koci. Koci banyak baca komen kome yang selalu cakap :

“Jangan kita cuma tengok keburukan suami. Kalau tengok keburukan suami, Kita tak kan nampak penyelesaian. Cuba tengok kebaikan suami Dan fokus kepada nak baiki rumah tangga. Nanti akan nampak penyelesaian”

Koci cuma rasa benda ni tak terpakai untuk Koci. Ok. macam ni ceritanya. Koci pernah ada pengalaman buruk dengan suami. Suami pernah ambil kesempatan atas duit Koci. Dulu, suami pernah p4ksa Koci keluarkan duit Koci untuk tanggung hidup kami sama – sama.

Sebab waktu Koci kahwin dengan dia, dia masih lagi belajar. Jadi, masa tu, ibubapa dia yang tanggung kami. Tapi tak cukup agaknya. Masalahnya, Koci tengok dia selalu lepak, hisap r0kok kotak – kotak dan kadang – kadang tengok dia beli barang tak perlu.

Dan dia dapat tahu Koci ada simpanan. Dia p4ksa Koci keluarkan. Koci cakap tak nak. Dia pun meng4muk dekat Koci. Pastu Koci pun keluarkan. Bermula dari hari tu, Koci jadi takut dengan dia. Koci ada buat kerja part time.

Waktu tu dia fokus belajar. Tapi, waktu dia tak de kelas, setiap kali Koci nak pergi kerja atau balik kerja, dia tido je. Kadang – kadang Koci jadi f3dup. Tapi Koci diamkan je sebab Koci takut. Kalau Koci k3jut dia solat pun, kadang – kadang dia marah.

Jadi, Koci jadi takut dengan dia. Koci pun pernah nekad lari rumah sebab tak tahan dengan dia. Jadi, Koci pun balik Malaysia dan tinggalkan dia sorang – sorang belajar kat oversea sana. Sebab Koci dah str3ss sangat.

Kebetulan waktu tu Koci pregnant anak first. Waktu Koci balik, dia verbally abvsed pulak Koci dalam fon. Dia tak m4ki. Dia cuma kata macam Koci ni isteri yang tak dengar cakap, tak sanggup susah senang dengan suami dan apa bagai la.

Waktu mengandung tu pun, Koci sangat str3ss sebab asalkan dia call je, mesti dia hamburkan tak puas hati dia. Sampai Koci masuk hospitaI sebab pengsan akibat terIampau str3ss. Mak mentua Koci masa tu pun tak de tanya khabar.

Bila dah lahir anak pertama, Koci ambik keputvsan untuk tinggal bersama dengan dia. Masa tu dia dah balik Malaysia. Baru habis belajar. Dan dah dapat kerja. Waktu kami tinggal bersama, lagi banyak episode t3ngking dan m4ki.

Dia tak m4ki direct dekat Koci. Tapi dia m4ki waktu dia meng4muk. Dia pernah t3ngking Koci depan anak waktu anak umur 6 bulan. Waktu tu Koci dukung anak. Dan dia pernah halang Koci keluar, sebab Koci tak nak keluar dengan keluarga dia tapi Koci pilih untuk keluar bekerja.

Dia halang, dia cakap, “Saya tak bagi awak keluar bekerja hari ni. Awak pilih antara 2. Keluar dengan keluarga saya atau duduk rumah. Kalau awak keluar jugak, saya doakan awak kena Ianggar dengan lori”.

Maka Koci pun duduk rumah. Banyak sangat episode meng4muk ni sampai Koci tak boleh nak cerita semua. Tapi kemuncak episod ni ialah bila dia meng4muk satu hari tu sampai hampir berlaku kegan4san rumahtangga.

Dia nak baling kerusi tapi dia tak baling dekat Koci sebab waktu tu Koci dukung anak. Dia baIing dekat pintu. Orang sebeIah sampai k3tuk pintu dan tanya Koci ok tak. Start dari hari tu, kami hampir nak bercerai dah.

Tapi ada yang nasihatkan kami suruh bertahan. Fikir anak. Jadi, kami decide untuk PJJ. Oh, by the way, Koci disahkan anx1ety dan depr3ssion asbab daripada perkahwinan. Punca nya ialah perkahwinan Koci dan Koci terlalu str3ss sehingga membawa kepada anx1ety dan depr3ssion.

Koci sekarang masih dalam terapi. Jadi, kehidupan PJJ kami, masih berlaku konfIik tapi kurang. Dan dia pun dah banyak berubah. Alhamdulillah. Aku pun turut bangga dengan perubahannya. Dia mungkin dah kurang baran dan dah tahu batas dia tentang duit isteri.

Dari segi nafkah pun dah impr0ve. Walaupun sedikit, tapi tetap ada. Kalau tak de, memang Koci sendiri mintak sebab sebelum ni, bab nafkah Dan keutamaan, memang ke laut. Dia rela bagi duit dekat parent dia untuk bercuti tapi tak bagi duit nafkah.

Tapi sekarang ni alhamdulillah. Dia dah tahu keutamaan. Ok. Koci sambung. Waktu kami hidup PJJ, Koci pun terrrr pregnant lagi sekali. Koci dah teramat str3ss sebab Koci plan waktu tu nak bina kerjaya. Koci sangat str3ss.

Koci hampir nak gugurkan sebab teringat waktu pregnancy yang first, macam mana husband Koci punye per4ngai. Dah la dalam keadaan tak stabil. Koci sangat str3sss. Kandungan masuk 5 bulan, baru Koci dapat terima pregnancy kedua ni dan alhamdulillah dah selamat melahirkan.

Dan bila dah lahirkan yang kedua ni, Sepanjang tempoh PJJ dan berp4ntang, Koci banyak berfikir sama ada nak teruskan atau nak berpisah. Mula – mula Koci rasa nak teruskan sebab nampak dia dah macam ada perubahan.

Jadi, tak salah untuk bagi peluang ke dua. Dia pun nampak sem4kin bertanggungjawab. Macam dah nekad nak hidup bersama balik. Tapi, setiap kali berfikir tentang hidup bersama dengan dia, Koci jadi takut sangat dan jadi macam overthinking.

Dan Koci akan start rasa str3ss, sesak nafas Dan serabut. Koci akan start menangis, termenung. Suami Koci tu macam selalu cakap yang dia dah tak boleh hidup PJJ camni. Masalahnya, bukan Koci tak nak cuba.

Tapi, bila fikiran tentang hidup dengan dia tu datang, autom4tik Koci diser4ng anx1ety. Rasa takut sampai menangis – nangis. Koci cuba Iawan dan cakap dekat diri sendiri, semuanya akan jadi ok.

Koci mintak petunjuk dengan Allah. Suruh tunjukkan yang terbaik. Jadi, waktu Koci first nak move in dengan dia, tiba – tiba PKP. Jadi, tangguh dulu move in. Kali ke 2 nak move in, Koci pulak pregnant dan masa tu kes tengah tinggi dan tak dibenarkan rentas negeri. Tangguh lagi.

Tiba – tiba, Koci dapat pulak kerja yang bagus dekat sini. Koci pun fikir – fikir jugak kalau nak pindah ke sana sebab lain negeri. Kerja tak boleh nak fokus sangat. Balik kerap – kerap, nanti takut dia marah and meng4muk.

Bila Koci tengok semua ni, ianya ibarat petunjuk yang Allah bagi. Dan seterusnya, waktu berp4ntang, berlaku beberapa peristiwa yang Koci rasa, Koci dah tak boleh nak bertahan. Sampai bila nak hidup macam ni dalam keadaan str3ss, takut, asyik menangis je.

Koci nampak semua tu ibarat petunjuk. Jadi, sejak dari itu, Koci nekad untuk cerai. Jadi, dekat bawah ni, Koci rumuskan sikit tentang suami Koci Dan kenapa Koci nekad nak cerai. Suami Koci seorang yang baik. Kalau dia ok, layanan dia dekat isteri sangat gentleman. Sangat sweet.

Dan suami Koci jugak seorang yang Kita boleh bercakap isu – isu kritikaI dan isu semasa. Makan dia simple je. Sebab dia kurang makan nasi. Boleh kata, kalau dalam keadaan dia ok, isteri akan rasa yang dia lah isteri yang paling bertuah dalam dunia.

Dan dia sangat setia. Sekali dia sayang, memang dia sayang sungguh. Tapi, kenapa aku nekad nak cerai adalah kerana beberapa faktor ni.

1) Tanggungjawab. Aku tak boleh nak berg4ntung harap pada dia. Ada perkara yang aku boleh berg4ntung harap. Tapi kebanyakannya tak boleh. Contoh, waktu p4ntang, aku mintak tolong dia selesaikan baju.

Tapi, akhirnya, semuanya aku yang buat. Aku mintak tolong dia hantar aku ke hospitaI sebab nak susukan anak, akhirnya, aku kena ambik grab pergi sendiri. Aku tak boleh kerap kali berbunyi sebab nanti dia akan menyampah dan mula nak marah. Aku jadi takut. Jadi, aku diamkan je dan aku buat sendiri. Ni semua waktu pertama kali.

2) Baran. Walaupun aku cakap dia ada perubahan, memang betul. Tapi Itu masa dia ok. Masa dia tak ok, dia punye baran agak mengarut. Contohnya, dia akan meng4muk hemp4s barang, dia akan ungkit kata aku ni makan banyak sampai duit dia tak cukup.

Atau dia cakap, walaupun aku dalam p4ntang, aku kena layankan makan minum dia sebab dia drive jauh. Paling kelakar dia cakap, dia tahu aku penat beranak. Tapi aku kena fikir yang dia pun penat drive.

Aku jadi takut sangat dengan dia sampaikan aku tak berani nak tegur dia. Atau nak mintak tolong dia banyak kali, atau nak ingatkan dia apa – apa sebab aku takut dia meng4muk. Macam mana aku nak hidup sebagai seorang isteri.

3) Kepercayaan. Selepas beberapa isu melibatkan duit terutamanya, aku jadi tak percayakan dia. Sebab aku tahu walaupun dia kurang makan nasi, tapi dia suka lepak and minum kedai hipster. Dia suka waktu luang.

Dan aku sendiri pernah nampak dia tak amanah tentang duit orang lain. Contoh, orang tu bagi RM 100 suruh dia simpan. Tapi end up, dia guna duit tu tanpa minta izin. Sedangkan dia belum ada duit yang cukup untuk ganti sebab duit dia cuma cukup – cukup makan.

Tu pun kadang – kadang, short. Dan percakapan dia pun penuh madah berhelah. Sebab aku sendiri pernah tengok, dengar dan terkena. Dalam keadaan kewangan tak stabil, aku tak tahu dari mana dia k0rek duit. Tapi aku yakin, dia gaIi lubang kambus lubang.

4) Pengurusan duit. Dalam keadaan tak stabil, dia ambik kereta Honda City sebuah. Sebab katanya senang nak buat kerja. Aku suruh ambik kereta buatan Malaysia je. Tapi atas beberapa alasan, dia teruskan kereta Honda tanpa pengetahuan aku waktu tu.

Ok. Tak pe. Pastu, dia beli beberapa barang lain dengan hutang Aeon Kredit. Ok. Tak pe sebab ada antara barang tu ialah barang keperluan kerja. Tapi ada jugak yang bukan keperluan. Pokoknya, pengurusan wang dia agak kurang.

Tapi aku tak boleh nak tegur sebab dulu aku dah pernah tegur sekali, dan mula dari hari tu, dia sembunyikan daripada aku tentang kewangan dia. Jadi, lepas pertimbangkan yang aku memang tak boleh hidup dalam keadaan macam ni, maka aku nekad untuk berpisah.

Aku perIukan minda yang sihat untuk aku jaga anak aku. Suami aku ni, waktu dia ok, dia la orang yang paling sweet. Waktu dia tak ok, dia la orang yang paling aku benci. Tapi dia tak pernah pukuI aku. Baran dia tu cuma pada kata – kara.

Paling – paling pun dia hemp4s barang. Tapi mentaIIy abvsed itu tersangat la s4kit. Jadi, aku nekad kali ni. Betul – betul nekad untuk keluar daripada masalah ni sebab nanti aku tahu dia akan tarik aku kalau dia tak de duit, atau kalau dia plan nak beli rumah.

Nanti dengan aku sekali terkena. Jadi, sebelum terkena, elok aku berhenti. Lagipun, tanpa kepercayaan Dan check and balance dalam rumah tangga, Kita tak kan berjaya. Aku sedar hakik4t tu, maka aku ambik masa setahun lebih fikir tentang ni.

Dan aku dah nekad dengan keputvsan aku. Orang kata aku tak fikir tentang anak. Maaf.. Tapi, anak pun antara faktor kenapa aku rasa aku kena keluar dari perkahwinan ni. – Koci Kepohci (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Erin Mustafa : Ada orang berkahwin dan bahagia. Ada orang bercerai dan bahagia. Pedulikan apa orang cakap. It’s you and you alone in this marriage. Ibu bapa, mak sed4ra, kawan – kawan semua takde kaitan dengan perkahwinan kita sebab kita yang hadapi hari – hari. Bercerai pun kalau masih ada j0doh, ada yang kahwin semula. Just find your peace.

Adhwa Adnin : Sayang diri sendiri dan anak – anak, kita tak boleh ubah orang. Kita boleh doakan, kita boleh usahakan tapi tempoh baiknya dia entah bila, hidup ni tak lama, kalau nak buat pahala, masih banyak jalannya.

Kalau nak berju4ng, mesti kuat jangan sampai terk0rban, masa muda, masa sihat, masa waras. Anak – anak dan koci berhak dapat hidup yang bahagia dan tenang.

Sunita Noor : Tahniah Puan Koci. Walaupun berjalan dalam onak dan duri, puan berjaya melangkah keluar mencari sinar bahagia. Tinggalkan lah Sang Suami itu dengan mak bapaknya. Pulangkan, biar mereka yang jaga, tatang dan timang.

Semoga Sang Suami dipertemukan dengan j0doh yang sehati sejiwa dan seper4ngai, supaya dapat merasai sendiri “manisnya” apa yang kau buat pada orang lain. Puan Koci, semoga bahagia menjadi milikmu

Nora Julianna Osman : Ibu yang baik ialah menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak – anak. Bukan membiarkan anak – anak menghadap t0xic relationship mak bapak. Kesihatan mentaI adalah penting untuk menjadi ibu yang baik. Koci dah tahu apa yg perlu dilakukan. Saya doakan agar dipermudahkan segala urusan dan mencapai bahagia yang didambakan.

Nonie Nuralia : Narc1ssistic. Ketakutan kau tu sebenarnya dia jadikan senj4ta untuk kawal kau. Putar belit tu perkara biasa. Salah dari dia boleh jadi salah kita. Semoga kau berjaya keluar sebab mungkin seumur hidup dia tidak akan berubah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.