Kalau mak saya nak 5k, saya kena dptkan juga walaupun terp4ksa buat pinjaman bank sampai blacklist

Saya tetap berpegang bahawa keluarga saya betul, mak saya betul. Syurga saya bawah tapak kaki mak jadi saya perlu ikut semua apa mak kata. Mak pon selalu kata isteri saya ni saja nak pecah beIahkan keluarga kami, saja mengada – ngada..

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Salam admin, cukuplah saya dikenali sebagai Ridz. Ini kisah saya yang mungkin boleh dijadikan iktibar. Saya berkahwin dengan gadis cinta pandang pertama. Kami  kenal dari laman sosiaI whatssap dan contact hampir setahun baru berjumpa kat rumah isteri.

Masa tu memang terdetik dialah pasangan saya, sampai saya buat solat hajat dan mimpi dia lah j0doh saya. Tapi kami terputvs hubungan sampai setahun lebih dah bertemu kembali dan berkahwin. Masa perkahwinan tu memang dia yang banyak tanggung dan bantu saya sampai la kami dikurniakan anak seramai 3 orang, yang sulung kembar sepasang berumur 4 tahun, no 2 perempuan berumur 2 tahun lebih.

Isteri saya bekerjaya dan memang ada rupa tapi saya ni jenis suka dengar cakap mak dan keluarga saya dari isteri sendiri. Hampir setiap perkara saya belakangkan isteri. Saya tak pernah berbincang sampai terlalu dengar cakap mak dan keluarga saya.

Saya tak percayakan isteri saya sendiri, saya dengar arahan mak dan keluarga saya. Kalau mak saya nak 5k, jumlah tu jugalah saya akan adakan dan kalau tak cukup duit simpanan, saya akan buat pinjaman bank sebab mak saya hanya tahu dia nak apa yang dia minta.

Sejujurnya isteri saya yang tanggung semua dalam rumah dan anak – anak sebab saya dah disenarai hitam dan muflis sebab berhutang dan jadi grantor dan sampai satu tahap dia tak tahan degan sikap saya dan dia luahkan semua.

Tapi saya tetap berpegang bahawa keluarga saya betul, mak saya betul. Syurga saya bawah tapak kaki mak jadi saya perlu ikut semua apa mak kata. Mak pon selalu kata isteri saya ni saja nak pecah beIahkan keluarga kami, saja mengada – ngada, sampai macam – macam keluarga saya buat dan bercakap tentang isteri saya, tapi saya hanya diamkan je.

Sampai adik saya pernah telefon dan isteri buat loaudspeaker hadapan saya. Adik saya kata, “kau tak suka abang aku dan kalau abang aku tak bagi nafkah kat ko dengan anak – anak, mintak la fasakh! Tak payah hidup dengan dia.”

Tapi saya tetap diam dan berlaku perceraian. Ketika tu baru saya tersedar isteri saya tak salah, barulah saya teringat anak – anak. Selama nie anak – anak s4kit pon, saya susah pon, keluarga saya tak bantu malah siap sindir lagi.

Tapi bila nak duit dan kepentingan baru mencari saya. Barulah terbuka mata saya ni, baru saya tersedar. Saya ada rujuk tentang perkara ni kat ustaz di pejabat agama dan ternyata memang semua salah saya tapi nasib la isteri dan keluarga isteri bagi peluang kedua buat saya.

Jadi saya tak akan sia – siakan mereka. Satu je nasihat saya, meskipun syurga kita di bawah tapak kaki mak kita tapi keluarga kita perlu diutamakan. Anak – anak perlu dilebihkan. Saya bersyukur diberi peluang ke dua dan diberi kesempatan dalam membesarkan dan mendidik anak – anak. Ini peringatan untuk diri saya yang tak akan dilupakan.

Komen Warganet :

Roshani Mohamed : Lumrah kehidupankan. Bagi suami yang berfikir, masa berduit semua adik beradik pandang, mak ayah pun pandang. Semua orang sayang tapi bila pokai yang mana sayang tu semua dah jadi suam – suam kuku je, dah kurang mesra.

Ditambah lagi kalau jatuh s4kit, masa tu yang dicari hanyalah anak – anak dan isteri. Barulah nak pandang anak isteri.

Rizal Rodzuan : Tu la bro semoga peluang kedua ni jangan disia – siakan, kalau bank takde bagi peluang terus kena blacklist. Tapi kalau bini yang jadi bank takpa la kan kerana bagi peluang pasal sayang dan anak.

Ko support la famili kecil ko sambil bayar hutang ko. Jangan jadi b0do kerana orang lain, jadi penjamin dan sebagainya ok.

Nor Ashida Ishak : Mak – mak sekarang memang banyak yang jenis mata duitan, nak anak ikut cakap diorang je walaupun anak tu dah ada keluarga dan anak sendiri. Bak kata seorang kawan, “sesetengah lelaki ni kadang m4kin tua m4kin b0doh.”

Akal yang sembilan tu tak nak guna, simpan je. Eloklah buang ke laut bagi ikan makan.. Nasib baik la isteri TT nak bagi peluang kedua dan TT ni cepat sedar.

Sabarina Ct : Kadang – kadang memang ade yang tak tahu nak bezakan tanggungjawab hakiki bila dah berkahwin. Tak jadi masalah besar pun bila ko tak mampu nak support diroang selagi tak melibatkan nyawa atau kepentingan keluarga.

Tapi pastikan benda yang betul – betul penting je. Kalau ko memang betul mampu, itu lainlah cerita. Apa pun alhamdulillah dah sedar.

Norashikin Bt Hashim : Belajar agama tuan, baru tahu siapa yang paling berhak dalam urusan nafkah. Memang syurga tuan pada ibu tapi jangan sampai mengani4ya isteri dan anak – anak. Jangan nanti di akhir4t mereka yang ‘menarik’ tuan keluar dari syurga yang tuan kejar. Belajarlah agama, tambah ilmu.

Kisah 2 : Salam semua, saya nak minta pendapat dari para pembaca semua. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Hidup kami takdelah senang mana, sekadar cukup makan pakai untuk kami 3 beranak.

Saya sorang je yang bekerja manakala isteri saya pula surirumah. Cerita pasal mak saya. Mak saya ni jenis suka meminta – minta pada anak. Pantang dia nampak kawan dia pakai itu ini, mulalah dia minta pada anak – anak.

Kami anak – anak tak kisah, bagi setakat mana yang termampu. Cuma ada masa – masanya kami tak dapat memenuhi kehendak dia tu. Bila kami tak dapat nak memenuhi permintaan dia, mulalah dia sump4h seranah.

Katanya anak derh4ka lah, tak kenang budi lah, tak ingat jasa mak membesarkan kamilah. Saya pernah bersuara dengan mak saya, saya cakaplah tak semua permintaan mak kami dapat tunaikan kami pun ada anak bini juga nak diberi makan.

Bukannya kami tak tunaikan, cuma kadang – kadang permintaan mak tu tak mampu kami nak tunaikan. Tapi sebelum – sebelum ni mak minta, mana yang termampu kami cuba usahakan untuk bagi. Takkan lah sebab ada sesetengah benda yang mak minta, kami tak dapat bagi mak dah cakap itu ini kat kami.

Kadang – kadang permintaan mak tu meIampaui batas kemampuan kami. Tapi macam biasalah, eg0 orang tua kita ni susah nak tunduk. Kadang – kadang saya sampai terp4ksa diam sebab malas nak bising dan dengar dia bising.

Ayah saya pun dah pening nak melayan. Adakah saya ni jatuh berd0sa atau bagaimana jika saya tak dapat nak tunaikan beberapa permintaan dia? Kadang – kadang saya terp4ksa dahulukan kehendak mak saya dari keperluan kami anak bini.

Tapi saya ada dengar ustaz cakap, nafkah yang utama dalam Islam ikut turutan adalah pertama diri sendiri, kedua isteri, ketiga anak, keempat barulah mak dan ayah. Kadang – kadang saya terp4ksa juga “pentingkan diri” sebab saya juga ada anak bini yang harus diberi nafkah dan tanggungjawab.

Komen Warganet :

Rosezela Zaman : Salah, jika ikut turutan, diri sendiri, isteri, anak, ayah, ibu dan seterusnya. Ibu masih ada ayah untuk menerima dan ditanggung. Jika mereka tiada pendapatan, anak – anak kena bertanggungjawab untuk keperluan seperti makan minum, ubat – ubatan dan tempat tinggal.

Jika mereka ada pendapatan seperti duit pencen, wang simpanan, rumah sewa, anak tak wajib membantu cuma jika ada wang berlebihan boleh beri sebagai tanda kasih sayang. Tak wajib penuhi kehendak ibu yang tak termampu.

Seri Herdawati : Sama dengan mak mertua saya, nasib baik tok laki saya tak ikut sangat kehendak dia. Pernah mak mertua saya kata, kalau saya boleh hidup senang, dia pun nak senang jugak. Dia tak tau selama saya kahwin dengan suami 27 tahun, saya tak duduk diam.

Tunggang terbalik saya cari rezeki tambahan untuk bantu suami, biar kami boleh hidup selesa, bukan hanya goyang kaki. Saya masih ingat lagi 7 tahun yang lalu, suami kena ser4ngan jantung, saya call mak mertua saya suruh datang takut ada gitu gini ke anak dia.

Boleh dia cakap boleh datang tapi sewa kereta nanti tolong bayar. Jadi terp4ksa saya bayar sewa kereta tu. PukuI 6 – 8pagi je, sampai pukuI 1 petang dia balik semula rumah dia. M4ti – m4ti saya ingat nak duduk dengan saya sama – sama jaga anak dia yang s4kit.

Rupanya tidak, saya terkapai – kapai jaga suami saya seorang. Saya ni perantau keluarga saya jauh. Maaf Admin terp4ksa saya luah kat sini sebab saya tau ipar duai saya ada kat dalam ini.

Siti Salwa Shukir : Terlalu ikut cakap mak pak sampai isteri anak terabai. Memang syurga di bawah tapak kaki mak tapi fikirlah anak pun ada kehidupan sendiri. Jangan tahu nak ugvt anak, desak anak je. Si anak pun ada tanggungjawab sendiri. Mak awak pun masih ada suami. Semoga si mak berubah.

Maw Manisa : Saya kesian dengan kisah awak, saya juga ada anak lelaki. Kadangkala sebagai ibu sebenarnya tu semua alasan saja. Dia bangga dengan anak – anak yang baik dan turut kata. Segala permintaan yang dia buat tu hanya untuk kebanggaan yang dia ada pada awak, anak dia.

Saya tahu dia dah buat awak sedih dengan sikap keterlaluannya pada awak. Tak mengapa jika apa yang awak rasa betul untuk dilafazkan katakan aja, dia akan terfikir bila mana awak menyepi diri. Tak ada mak yang tak sayangkan anak. Mulut dengan hati mak tak sama. Percayalah dan sabar, m4kin banyak dia meminta, m4kin murah rezeki awak, inshaAllah

Pari Pari : Pernah baca dari seorang ilmuan bagitahu, kita bela dan jaga anak adalah sebab tanggungjawab bukan sebab nak minta anak baIas jasa apa lagi nak mintak anak macam – macam atas alasan kita ’emak’ dan kalau tak ikut nanti jatuh berd0sa.

Pada akak dah betol la apa yang ko bagi tau mak tu. Lagi pon bapak ko masih hidup jadi mak ko tu, tanggungjawab dia. Mak ko ni jenis ambil kesempatan, dah tu bila tak dapat, sanggup m4ki anak. Mak apa camtu?? Jadi tak perlulah layankan sangat permintaan yang tak masuk akal. Biarkan aje. Buat baik macam biasa jer.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.