Kami bagi bantuan beras, barang makanan, sekali tuan rumah marah suruh bagi duit je lain kali

Bila kami tolong kemas rumah berlambak kertas nombor ekor. Dorang kata cuba nasib padahal orang melayu kita. Kami ada pasang spy, selama ni mereka kata sibuk cari duit. Sekali apa yang spy kami nampak. Pergi kerja pagi tengahari dah balik rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, aku nak nak luahlah sikit. Kalau orang nak tahu dekat Malaysia ni terlalu banyak group sukarela. Aku pun salah satu ahli group tersebut. Semua ahli kami ada kerjaya masing – masing.

Tapi setiap minggu atau bulan kami akan berkumpul dan buat aktiviti utama kami iaitu membantu golongan miskin. Tak kira kaum apa. Biasanya “scouter” kami yang akan jadi orang tengah dan pantau kawasan atau keluarga yang memang memerIukan.

Sumbangan banyak, dan memang kami salurkan semua sekali dekat orang yang memerIukan. Kami bukan setakat bantuan. Tapi bagi khidmat kaunseling dan panduan juga. Contohnya kawalan untuk kewangan. Dan kalau yang nak cari kerja pun kami akan tolong usahakan.

Tapi, aku sebenarnya hairan. Hampir majoriti kawasan orang miskin yang aku datang. Bila tanya apa diorang guna duit yang tak kira dari kerajaan ke atau orang ramai. Semua kebanyakan tersengih dan ada yang cakap beli barang rumah itu lah ini lah.

Tapi bila kami tolong kemas rumah berlambak kertas nombor ekor. Tak kira melayu ke cina india setiap rumah tu ada je kertas nombor ekor. Bila kami tanya baru diorang mengaku. Katanya nak mencuba nasib. Tapi beli sampai berpuluh ringgit dan setiap hari pula tu.

Tepuk kepala je kami dengar cerita diorang. Itu tak termasuk rumah, mungkin kalau ada yang ingat sebelum ni ada viral tentang rumah orang miskin yang bersepah tak kemas. Rumah yang kami lawat tu memang kebanyakan macam itu lah rupanya.

Baju berterabur. Pinggan kadang – kadang tu entah berapa lama tak basuh. Ada member kami yang baru join biasanya sampai munt4h – munt4h kemas rumah diorang. Kami siap ajar cara simpan duit supaya tak terlebih guna.

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kadang – kadang tu waktu gotong royong tolong kemas rumah ni. Diorang ni tak tolong. Kami ni kalau boleh nak lah tuan rumah join sekali jadi kalau bahagian awkward nak kemas tu biar diorang yang buat.

Tapi tidak, yang anak – anak ni padahal dah besar habis merayap entah ke mana. Si bapak ni duduk warung kedai kopi . Emak ni pula entah ke mana. Dah siap kemas baru datang..” eh terima kasih ” bukan aku ni ke atau orang lain nak merungut ke apa.

Tapi diorang ni tak bagi kerja sama. Dan harap 100% tu kena kami yang buat. Lagi satu benda paling ketara, anak. Yang ini biasanya dekat keluarga Melayu. Anak ramai, cukup lah guna ayat anak itu rezeki. Memang dapat anak itu rezeki.

Tapi kalau anak kau nak makan pun payah. Terp4ksa tahan lapar sehari dan esok baru makan mana kesian budak tu. Selalu kami pesan kalau nak buat “hubungan” tu kawal. Ini tidak nak main redah gitu sudah mengandung lagi.

Nak kena tambah lagi pendapatan. Anak kecik ni kita tahu lah berapa banyak duit nak guna. Itu yang anak sampai tak boleh sekolah. Terp4ksa kerja walaupun kecik lagi sebab mak ayah tak mampu. Rumah kecik anak sampai 6-7 orang.

Beza pula setakat setahun haish. Yang kali ni aku ni sentuh pasal agama sikit, aku buat aktiviti ni dah nak masuk 4 tahun. Beratus rumah orang miskin kami lawat. Setiap rumah tu memang ada record. Bila kami kaji, hampir 90% orang melayu islam tak jaga solat.

Alasan sebab sibuk cari duit. Tapi bila “spy” kami tengok. Kerja keluar pagi tengahari dah balik. Ada kadang – kadang tu tak kerja pun. Sejadah tak ada telekung tak ada. AlQuran tak ada. Bila tanya orang kampung, rata – rata cakap jarang betul nampak keluarga diorang ni dekat surau atau masjid.

Yang ni aku rasa korang bolehlah fikir sendiri. Kalau bab sumbangan atau duit ni, bila kami kasi. Kami memang ajar diorang beli barang keperluan. Selalunya memang group aku akan minta sumbangan orang ramai untuk baju ke alat sekolah.

Orang Malaysia ni jujur aku cakap pemurah. Kalau sumbangan macam – macam kasi. Kadang – kadang tu ada siap belikan beras sampai 20 – 30 bawang telur semua untuk disalurkan. Tapi itulah, diorang ni lebih suka duit berbanding barang keperluan lain.

Ada sekali tu, kami cuma salurkan barang keperluan. Tiba – tiba tuan rumah ni tanya ”tak ada bantuan duit ke? ” Kami kasitahu sumbangan duit tu kami beli barang – barang keperluan untuk isi rumah. Direngusnya kami siap cakap ”kalau boleh nak duit je beras tu semua tahu beli” tugas kita orang ni nak ringankan beban.

Bukan bagi sumbangan duit semata – mata. Sekarang aku dengan group aku pun masih aktif buat aktiviti macam ni. Tujuan kami bukan setakat meringankan beban. Tapi dalam masa sama nak bagi panduan dan tips untuk diorang ni keluar dari kalangan “miskin” kalau setakat setiap bulan tunggu bantuan.

Tapi tak cuba nak ubah diri sendiri pun payah juga. Kami ni cuma nak meringankan beban mereka – mereka yang memerIukan. Kalau setakat kami sahaja yang beria tapi mereka yang susah ni tak langsung cuba memajukan diri sendiri. Payah lah macam tu. – Adam

Komen Warganet :

Bahiyah Roslan : Dik, dah berapa tahun buat keje amal ni? Akak dah lama join, bukan nak kutuk tapi untuk pencerahan dari pengalaman akak:

1) Kebanyakan oramg miskin ni ada thinking limitation. Kalau sekali cuba, tak jadi dia terus putvs asa.

2) Ada banyak yang akak jumpa juga jenis yang fikir pertolongan tu memang dengan DUIT. Bagi je diorang duit, sebab diorang susah duit. Orang lain banyak duit. Boleh bagi gitu aje. Tapi lepas diorg dapat duit tu boleh gi shopping kat speedmart99 sampai rm500 yer.. Betul. Memang penah jumpa.

3) Kebanyakan orang miskin memang suka beranak pinak sebab thinking level dia, setiap anak ada rezekinya, dan diaorang fikir rezeki itu duit.

4) Ada kes yang akak jumpa, setiap kali anak dia nak exam upsr, pt3 dan spm. Setiapkali tulah anak dia kene buang sekolah sebab anak dia kene keje sebab nak sara mak bapak dia.

5) Dalam miskin – miskin tu jugak bapak yang miskin ni ada hati nak try pompuan lain, katanya bini dia kat rumah tak memuaskan dia. Padahal anak dah 5.

6) Ada yang miskin akak jumpa, bila anak – anak umur 5 tahun, si bapak ni suruh anak – anak tadi pi duduk dengan tok nenek diorang supaya takyah nak sara anak – anak dia dan supaya senang nak berjimak dengan mak diaorang ni walau dah tua – tua.

7) Yang lagi tak guna. Dah la miskin tapi smartphone sampai 3 – 4 biji. Dok subscribe data je. Sebabnyer dok tengok p0rno.

8.) Si bapak tadi dah laa main pompuan luar, tak bagi anak bini nafkah, bila anak kene buang sekolah, dibantai pulak anak tu.

9) Yang si mak pulak, anak dah ramai dan miskin bila kene balun dia taknak gi buat medical check dan report polis. Dengan anak pun dia tak tegur. Biar je anak dia.

10) Rumah jangan cerita, kotor bersepah. Dah miskin pastu teguk todi dan beer sampai m4buk. Melayu Islam pulak tu, pastu balik rumah dia meng4muk balun anak bini dan vandalise barang – barang rumah. Sekian.

Saya Norashikin : Saya miskin masa kecil dengan adik beradik 8 orang. Tapi mak bertungkus lumus kerja. Sekolah bantu bayarkan duit pmr dan spm. Masa tu bersamamu tak dak lagi. Sekarang saya dah bekerjaya baik. Saya pernah jumpa seorang makcik datang ke rumah saya katanya nak jumpa jiran saya yang bekerja sebagai kakitangan JKM.

Daripada soalan 2 yang saya tanya. Saya jadi pelik. Suaminya dah kahwin lain. Rumah pus4ka ada tapi tinggal dengan adik bujang. Anak seorang dah besar. Tujuan nak jumpa jkm sebab nak duk kat rumah orang tua – tua.

Saya fikir anak seorang duduk kat kawasan kampung pun tak boleh surv1ve? Kisah ke 2, saya diminta untuk siasat pelajar miskin. Pergi rumah mak aih. Jadi buat khidmat masyarakat. Anak 2 orang dah besar. Bantuan memang dah dapat jkm zakat semua dah ada.

Tapi maknya asyik merungut aje. Asyik makan telur dengan sardin aje. Bapanya pula hisap r0kok. Spoil betul mood saya. Cuma pesan juga kat anak – anaknya suruh kemas – kemas rumah.

Nur Izzati Zulkifly : Aku suke confession ni. Ustazah aku pernah bagitau, Islam tak suke miskin, sebab dekat dengan kemungkaran. Miskin ni terlalu tinggi tendency untuk kau bermaksi4t. Ko terasa nak mencuri, main no ekor, jual badan, tak mampu belajar, terus dalam dunia keb0dohan, nasib pun tak berubah, sumbang m4hram.

Rumah kecik, bilik takde, duduk dan tido himpit – himpit, campur – campur adik beradik laki pempuan, cemane nak jaga ikhtilat, dah rumah tak berjaga, nak solat pun tak kondusif. Memang ustazah aku anti giIa orang miskin.

Dulu masa aku dengar dia cakap camtu zaman sekolah, aku macam tak get the picture. Bila dah keje, dah besar. Baru aku paham, kenapa miskin itu dekat kepada kemaksi4tan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.