Kami makan lauk ayam basi, ibu basuh bersih2 dan masak sambil menangis bagi anak2 makan

M4kin lama abah masih pukuI ibu. Masih bersikap bujang. Masih baran. Ubat tak nak makan. Aku sebagai Along aku rasa cukuplah ibu, ibu nak tunggu kita semua m4ti sampai busuk bangk4i tak siapa tahu atau nekad keluar rumah tuntut cerai? Kami pun keluar rumah, lari tinggalkan abah. Kami bermalam di rumah banglo tak siap..

Advertisements

#Foto sekaadar hiasan. Waktu kami masih kanak – kanak, di balik sliding door tinted, duduk atas sofa empat anak beranak. Ibu, Angah, Alang. Renung ja pakcik jiran depan rumah sidai baju raya esok di ampaian.

Cantik – cantik bajunya, sedondon. Esoknya raya, kami tetap duduk di sofa yang sama, tengok ramai orang lalu lalang jalan depan rumah beraya. Bila ada budak – budak ramai menuju ke arah rumah, kami semua bersembunyi di sebalik tirai sliding door, diam semuanya, sebab tiada duit raya atau kuih raya.

Advertisements

Makanan harian pun berapa kali lauk ayam seekor, basi, ibu basuh sambil mengalir air mata kemudian masak balik sedap – sedap, kongsi empat orang makan. Abah mana? Tak tahulah. Ibu ayah kedua – dua kerja government tapi ibu yang tanggung semua aku dan adik adik.

Advertisements

Memang tak cukup sangat, dari makan minum makan pakai sampailah yuran sekolah dan buku – buku, semuanyalah. Kiranya d4rah daging aku dan adik – adik semua duit ibu.

Aku paling rapat dengan abah. Kami selalu ada macam bersembang dari hati ke hari. Tapi m4kin aku besar, aku mula sedar yang hulur gula – gula kat aku tu bukan duit abah sebenarnya tapi ibu. Abah cakap macam – macam pasal ibu.

Advertisements

Isteri nusyuz, sepatutnya begini, begitu. Aku pun pulangkan paku buah keras, abah cakap pasal hukvm tapi solat? Abah ketawa saja. M4kin lama abah masih pukuI ibu. Masih bersikap bujang. Masih baran. Ubat tak nak makan.

Ibu ambil hati pun dia caci m4ki ibu. Aku sebagai Along aku rasa cukuplah ibu, ibu nak tunggu kita semua m4ti sampai busuk bangk4i tak siapa tahu atau nekad keluar rumah tuntut cerai? Kami pun keluar rumah. Lari tinggalkan abah dengan k3jamnya orang cakap.

Advertisements

Orang keji kami tinggalkan abah bagai layang – layang terputvs tali yang sentiasa rindu anak – anak. Tapi tak siapa pernah ambil tahu hari – hari kami hidup dalam ketakutan. Ada saja yang buat abah meng4muk hari – hari, pukuI ibu.

Kami semua berpeIuk ja dengan ibu. Pernah aku lari dengan ibu tidur banglo tak siap sembunyi dari amarah abah. Atas lantai berlapikkan surat khabar, ditutup kotak sekeliling tu. Nyamuk banyak tapi kami tidur dengan tenang malam tu.

Banyak lagi lah kejadian. Perempuan bersilih ganti. Pernah sekali abah beng4ng baIing mangkuk kaca penuh salad untuk kami berbuka sebab Alang terbunyi ‘ah’ waktu abah nak habiskan salad satu – satunya lauk berbuka kami sebelum waktu berbuka.

Dia meng4muk tak mengaku anak. Ibu bawa Alang lari keluar. Alang waktu tu budak lagi, tadika atau darjah satu. Kami ni dari kecil sampai ke besar tak pernah hidup tenteram dengan abah.

Pernah sekali saja waktu bahagia, waktu abah jadi imam, aku masih tadika tau, di rumah sewa, bahagianya rasa, aku masih ingat saat tu. Tapi sekali saja lah aku pernah nampak abah solat dan baik.

Ada sekali abah kejar ibu dengan p4rang keliling taman, jiran semuanya termasuk lelaki tutup pintu rumah. Tiada siapa bantu. Semua pek4kkan telinga, but4kan mata termasuklah adik abah yang ada sesetengahnya pernah nampak abah meng4muk.

Kami keluar tinggalkan rumah yang kami ingat akan membahagiakan kami. Ibu tinggalkan tempat kerja dan kawan – kawan baik. Aku dan adik – adik tinggalkan negeri kelahiran, kawan – kawan dan masa depan cerah kami.

Kami apprentice sukan – sukan dan juga akademik. Bukan mudah. Hidup dalam peIarian tr4uma dengan abah. Satu hari kami beranikan diri. Bermula dari tu, tiap kali cuti ibu akan drive jauh bagi peluang kami jumpa abah.

Kami memang susah abah lepaskan untuk balik, faham sebab rindu. Tapi nafkah tetap sama. Abah cakap nak kahwin semula dengan ibu, saya cakap biarlah masing – masing macam ni, lagi bahagia. Sebenarnya kami dapat tahu dari orang lain.

Abah masih lagi ada perempuan lain. Kami doa kebahagiaan abah dan tak kisah dia nak kahwin lain. Abah naz4k. Salah seorang adik abah ambil dan jaga. Awalnya abah s4kit dimasukkan wad kami yang usahakan sebab tiap kali cuti ibu akan bawa jumpa abah.

Lastly, kami ditelefon, diperIi, sebab tak nak jaga ‘suami’ dan ayah sendiri. Adik – adik abah tak percaya ibu dah bercerai, mana surat cerai, katanya. Kami susah hati. Ibu lagi susah hati. Nak jaga abah di rumah kami, ibu abah dah tiada talian, h4ram.

Kami survey rumah jagaan yang dekat dengan tempat tinggal supaya kami boleh berulang alik jaga abah. Waktu abah s4kit kami cari masa melawat abah, selalunya tanpa pengetahuan adik – adik abah. Ada masa abah di rumah adik. Lamanya abah di hospitaI swasta berdekatan rumah adiknya.

Akhirnya ibu jumpa pusat penjagaan yang berpatutan, dekat dengan rumah kami, 2k sebulan. Aku waktu tu tahun akhir di universiti. Adik – adik masih bersekolah. Aku doa sempatlah abah jadi wali, biar dia happy dan merasa bahagia.

Tapi Allah jemput abah awal. Alhamdulillah kami maafkan abah walau susah sangat untuk maafkan. Susah untuk lupakan segala perbuatan abah. Adik abah yang masukkan dalam hospitaI swasta tu ada jumpa kami sehari sebelum abah meninggaI.

Dia cakap abah ada tanah pusaka, dia nak beli kalau boleh harga murah sebab dia dah buat pinjaman dari syarik4t dia untuk bayar bil hospitaI abah. Saya dan ibu cakap nanti kami bagi ja lah, bukan hak kami, itu hak abah dan keluarga abah.

Hari ke pengebvmian abah, kereta rosak di hentian rnr. Ibu telefon sepupu sulung, kami ke kubvr. Sampai di kubvr, masamnya muka adik – adik abah kecuali seorang. Sepupu ada pesan, sebagai anak sulung, perkara akhir yang boleh aku tunaikan, uruskan sijil m4ti abah.

Aku minta ic dan kad pesara abah, tapi adik abah tu cakap “along nak apa sebenarnya ni?”. Aku tersentak. Dengan adik – adik abah yang lain berdiri di belakang adik abah (pak An) aku. Aku singgah di masjid.

Aku sebagai anak sulung tak pernah sekali lemah terutama dengan ibu, angah dan alang. Tapi hari tu di masjid, aku nangis semahunya, dalam masjid kampung abah. Aku janji pada diri sendiri lepas ni tiada lagi tangisan disebabkan drama beng0ng ni.

Pak An aku macam – macam cara mencari aku, ibu, angah dan alang untuk tuntut hutang dia buat pinjaman bil hospitaI swasta abah. Bila aku dah mula sedar, aku masih jawab telefon dan cakap direct tapi to the point akan bayar tapi tunggu bekerja dan mampu ansuran sahaja kalau nak.

Dia burukkan aku pulak bila bercakap dengan ibu, katanya aku kurang ajar. Sabor je lah labu. Dia yang m4ki – m4ki aku, aku pulak kurang ajornya. Tuan – tuan dan puan – puan, arw4h abah dimasukkan hospitaI swasta tanpa izin kami.

Aku dan ibu tak mampu, makan pun tak cukup. Bukan tak mahu jaga abah. Memang tak mampu. Dengan aku tahun akhir. Ibu cakap kalau aku stop pengajian, aku tak akan ada peluang sambung kemudian, habiskan, kejar cita – cita aku.

Niat aku untuk bantu keluarga juga termasuk abah. Aku dapat biasiswa pelajar cemerlang waktu tu. Susah payah sambung belajar mengisi duit zakat, mengangkat sumpah ayah hilang dengan bantuan seorang pesuruhjaya yang juga dibesarkan ibu tunggal.

Tanpa bantuan keluarga kecuali ibu. Susah kami, hanya kami berempat. Waktu tiap kali raya, dengan duit biasiswa tu aku beli baju melayu abah. Tak apalah walau abah tak pernah seumur hidup belikan baju raya kami, aku belikan baju melayu raya abah, saiz L.

Tiap kali cuti kan jumpa abah. So, tiap kali musim jual baju raya, aku teringat baju melayu abah. Dah tak da peluang untuk belikan abah baju melayu raya. Aku rasa aku berd0sa. Anak derh4ka macam yang orang cakap sebab tak mampu dan tak sempat jaga abah waktu abah s4kit.

Moga abah ampunkan d0sa Along. Hari – hari along doakan Allah lapangkan kubvr abah. Nanti ada duit insyaaAllah Along upah haji abah. Rumah abah sekarang terbiar. Pak An waktu abah s4kit teruk cakap boleh la ibu keluarkan barang ibu, dia nak ren0vate jadikan rumah sewa.

Tanpa ibu sedar, waktu abah meninggaI rupanya rumah tu separuh nama ibu. Separuh lagi perlu difaraidkan. Aku, angah dan alang perempuan. Sampai hari ni rumah tu tak selesai. Pak Noah, Pak Di dan Pak An marah sangat kat kami.

Diorang tak beri kerjasama, tak mahu turunkan tanda tangan walau kami just nak selesaikan cepat ikut faraid, nak serahkan hak diorang jugak. Duit saguhati abah pun adik – adik abah ingat kami yang ambil.

Walhal kami hidup susah sesen pun takda duit abah atau orang lain. Waktu sekolah tahun 5 aku jual kacang kuda ibu rebus tiap pagi kat kawan – kawan. Gula – gula kami peketkan jual. Sekolah menengah jual coklat dan dedikasi.

Satu hari PK HEM cari aku adik beradik, nasb baik rupanya nak beli untuk anak dia. Di universiti di luar negara, aku ada peluang buat part time, aku mula – mula kerja sebagai cleaner walau alah habuk yang sangat, mata merah bengkak setiap kali dan waktu jadi cashier, pernah berdiri senyum layan customer tapi waktu sunyi, mengalir air mata, s4kit belakang, miId scoIiosis waktu tu.

Tapi sebab tringat ibu, angah dan alang yang akan happy tiap kali hantar duit balik Malaysia, aku happy. Waktu ni lah dah mampu belikan baju raya ma, angah dan alang. Sampai hari ni dah kahwin pun paling tak cukup duit pun aku masih support sebahagian besar duit baju raya diorang.

Baru ni dapat ja duit raya, alang keluarkan dari sampul beli baju bawah RM100. Sedih pulak dalam hati. Tu ja lah mampu alang. Sekarang ni Along kena jaga suami along pulak s4kit kr0nik. Dapat merasa menjaga suami, tak sempat menjaga abah.

Tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat – sangat. Memang walau susah tak pernah terlintas kami nak harta yang bukan hak kami, milik orang lain. Sekarang ni rumah abah terbiar. Aku tak mampu nak upah lawyer walau jiran – jiran bising rumah terbiar semak.

Tak mampu dah kami nak maintain rumah. Niat nak wakafkan ja untuk jadi pusat mengaji supaya abah dapat pahala berterusan tapi tak tau prosedur. Boleh ke? Rumah yang masih tak selesai diwakafkan.

Sebelum ni lantik wakil, rasa tertipu, isu tak selesai, upah kena bayar walau dah janji selesai baru bayar. Mohon jasa baik sapa yang arif. Supaya saya dapat selesaikan rumah abah.

Walau penuh duka, tetap rumah kami tapi biarlah dilepaskan, sebab tu titik peluh arw4h abah, bukan aku adik beradik. Ibu susah hati sampai berusaha jual tanah pusaka milik mak ayahnya, semata – mata nak selesaikan isu rumah abah kami.

Sebab dia rasa kesian, anak – anak dia ni susah sampai ke sudah, dia cakap sementara dia ada di dunia, dia nak usahakan supaya selesai. Matlamat kami bukan duit rumah. Matlamat kami nak selesaikan.

Duit semua dapat kepada adik beradik arw4h pun kami tak kisahlah tapi kalau boleh aku nak buat benda yang bermanfaat untuk arw4h kalau mampu. Ikut hati aku nak biarkan saja tapi ibu pulak susah hati.

Selamat hari raya semua. Doakan pembed4han suami aku berjalan lancar. Moga semua Allah sayang.

P/s : aku malas cerita drama wali aku nak kahwin. Nanti korang semua tak percaya pulak. Ni bukan novel. Aku nak pendapat dari yang pakar. Terima kasih tau. – Along brutaI (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

AnnDee AnggeRiati : Kuatnya along, bertahanlah dan terus kuat ye. Jaga mak elok – elok. Untung adik beradik ada along macam nih. Tentang adik beradik abah tu, biar terbakar kalau tamak sangat nak makan harta anak yatim padahal ada hak mak tu kat situ. Hmm.. biarlah Allah yang buat kerja dia.

Peah Peah : Disebabkan bab harta pusakalah aku dah malas nak jumpa adik beradik bapa aku. Aku tak ada abang atau adik lelaki. Jadi dia orang memang berhak ke atas harta peninggalan arw4h Abah.

Tapi cara dia orang layan aku dan ibu membuatkan aku malas untuk berurusan dengan mereka. Aku hanya terima apa saja yang mereka putvskan.

Syahidah Abdul Jalil : 1) bawa sijil m4ti original, sijil cerai original, sijil beranak anak original ke bahagian pusaka kecil pejabat tanah. Yang jadi berat bila semua sijil ni kita tak pegang. Sebagai waris terdekat (iaitu si anak  sebab ibu dah jadi bekas isteri) buat cabutan semula sijil m4ti bapa di JPN jika sijil dah hilang.

2) minta nasihat di bahagian pusaka kecil pejabat tanah tersebut. Lazimnya mereka panggil semua waris datang.

3) mujurlah syurga ner4ka itu Allah yang pegang, bukan manusia.

SyaFinaz Roslan : Kesian jadi anak walau ayah tu pend0sa tapi anak – anak tetap rasa bersalah dan terbeban. Saya simpati dengan sis. Semoga dalam kepayahan ada manis dihujungnya.

Nur Syamimi : Salah faham je semua ni. Mereka ingat awak tak ambil berat pasal arw4h ayah. jadi mereka marah. Walhal sebaliknya. Semoga dipermudahkan urusan kalian dipertemukan dengan lawyer yang jujur.. Amin