Saya rasa rendah diri kerana isteri seorang wanita bekerjaya yang mempunyai pangkat dan harta

Saya berkahwin dengan ‘boss’ di tempat saya praktikal dulu yang 7 tahun lebih tua dari saya. Gaji saya dan isteri bagai langit dan bumi. Setahun yang lalu, isteri mula merungut tentang gaji saya yang tak seberapa. Bila saya tak cukup duit, dia akan bagi duit secara hutang dan sentiasa ingatkan saya untuk membayar hutang tersebut.

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya berat tangan saya untuk menaip luahan ini, tetapi sem4kin hari saya simpan sem4kin menghir1s kalbu, hinggakan hidup saya sekarang bukan seperti dulu lagi, saya bukan lagi seorang periang dan peramah, sebaliknya lebih banyak membisu dan mendiamkan diri.

Bukan saya kesal dengan perkahwinan saya ini, tetapi saya tidak pernah menduga begini hidup saya. Kalau dulu saya baca kisah – kisah berkenaan rumahtangga sekadar mengisi masa lapang dan kerana minat membaca, jarang terfikir perkara seperti yang dipaparkan itu boleh berlaku.

Tetapi kini barulah saya sedar perkara yang tidak saya fikirkan dulu rupanya memang wujud dalam hidup kita ini.  Pelbagai cerita yang dibaca memang ada yang saya percaya, kerana saya lihat berlaku dalam keluarga kita, tetapi yang pelik – pelik tu saya tak terfikir terjadi.

Kini barulah saya sedar ia memang banyak memberi pengalaman dan pengetahuan tentang jerit perih kehidupan yang dikongsi bersama pasangan kita. Kini setelah mendirikan rumah tangga selama empat tahun, barulah saya sedar bahawa bukan semua perkahwinan itu boleh memberi kita ketenangan fikiran.

Kerana kalau kita kurang bernasib baik, ia boleh membawa pend3ritaan di jiwa, terutama kepada orang macam saya yang merasa diri agak rendah daripada isteri kerana kedudukan pangkat dan gajinya yang tinggi itu.

Saya bersyukur saya bertemu jod0h setelah menamatkan pengajian di Universiti, isteri saya merupakan salah seorang ketua yang wajib saya temui semasa saya menjalani praktikal di syarik4t tempat beliau bekerja.

Memang saya tak sangka dia boleh terpik4t dengan saya, nak lihat kepada gaji dan pangkat saya ketika itu belum pun bekerja. Tetapi dia begitu baik dengan saya dan seterusnya kami menjalin persahabatan dan terus berkahwin sebaik saja saya mendapat ijazah.

Kalau dibandingkan usia kami memang berbeza ketika berkahwin saya belum pun berusia 30 tahun sedangkan Jun lebih tua tujuh tahun daripada saya. Maklumlah dah jadi ketua tentulah dah lama bekerja.

Tetapi saya tak kisah, pada saya perbezaan usia bukan halangan, tetapi mesti ada sikap hormat menghorm4ti dan percaya mempercayai, tanpa kedua – dua elemen ini rumah tangga kurang harmoni.

Memandangkan saya graduan baru, maka saya mendapat gaji selayaknya saja, bukan macam Jun yang ketika itu sudah bergaji besar dan berpangkat, tambahan pula bekerja dengan swasta tentulah gajinya lebih tinggi dari saya, walaupun saya juga bekerja dengan swasta.

Namun saya bersyukur dapat kerja lebih cepat disebabkan pengalamaan saya sebelum melanjutkan pelajaran ke U dahulu, berbanding rakan – rakan saya yang lain terp4ksa menunggu lama walaupun kami sama – sama berijazah.

Tetapi yang menjadi dilema dalam hidup saya sekarang adalah sikap isteri saya Jun. untuk lebih memahami, biar saya cerita sedikit tentang Jun. Dulu dia memang ketua di syarik4t saya buat praktikal, kini dia naik pangkat lagi sudah jadi pengurus.

Bila naik pangkat tentu gajinya turut tinggi. Bukan itu sahaja, kerana dia dah lama kerja, dia sudah miliki beberapa buah rumah termasuk rumah yang kami tinggal sekarang, bukan setakat cantik dan besar malah lengkap dengan perabutnya, pendek kata saya cuma masuk cuci kaki ajalah.

Di samping itu ibu bapanya juga orang kaya, mereka memiliki banyak eset – eset seperti tanah, rumah, dan banyak lagi harta – harta lain berbanding saya yang datang dari keluarga petani dan berpendapatan rendah.

Sementara itu gaji saya dengan gaji Jun macam langit dengan bumi. Sejak kami mendapat anak kira – kira setahun lalu, Jun mula merungut tentang pendapatan saya yang tak seberapa katanya.

Agaknya dia rasa malu dengan pendapatan saya yang tak setanding dengan gajinya dan pangkatnya yang sem4kin tinggi tu. Katanya untuk berlaku adil dia mem4ksa saya menjelaskan bil – bil elektrik, air, telefon dan ansuran keretanya yang besar itu.

Kalau bayar bil lain tak apa juga tetapi ansuran keretanya memang teruk kerana gaji saya berapa sangat, bila dah bayar semua itu tak ada apa yang tinggal. Katanya saya mesti uruskan semua itu kerana itu tanggungjawab saya sebagai suami.

Memang saya akui itu tanggungjawab saya, tetapi bukanlah tinggal di rumah besar dan berkereta besar, kerana nak bayar ansuran kereta aja lebih setengah gaji saya habis. Belum lagi bayaran lain. Gaji macam saya pakai axia mampulah.

Untuk pengetahuan pembaca semua duit gaji saya habis untuk selesaikan semua bil tersebut. Hinggakan saya terp4ksa mengik4t perut semasa di pejabat. Sebab saya tak mampu. Saya cuba bincangkan dengan Jun, tetapi dia buat tak dengar aja, dia tahu urusan rumah tugas saya, jadi saya mesti selesaikan.

Bila dah tak ada duit langsung, Jun membuat saya meminjam padanya. Mulanya saya fikirkan dia ikhlas bantu saya, tetapi sedihnya dia kira bantuan itu sebagai hutang, dan semua jenis hutang dicatatkannya dalam diarinya dan dia sentiasa ingatkan saya tentang jumlah duit yang saya pinjam daripadanya. Terk3jut saya!

Setiap bulan hutang dengan Jun bertambah, hingga saya tak mampu membeli keperluan anak. Bukan itu saja akhirnya saya tak mampu untuk memberi sedikit wang untuk ibu ayah dan adik – adik di kampung.

Jun pulak jenis wanita panas baran, kadang tu saya rasa dayus dih3rdik dan dic4ci dengan perkataan beng0ng, bod0h dan macam – macam lagi. Bab membaIing dan menghemp4s barangan rumah kerana marahkan saya juga sering terjadi.

Puncanya dia marahkan saya kerana tak puas hati setiap benda yang saya buat di rumah, semua tak kena pada matanya, semua tak betul. Sedih juga bila kena t3ngking terutama depan adik – beradik dan ipar duai serta ibu bapanya bila kami balik kampung.

Bila isteri selalu marahkan suami, ipar duai tentu tak hormatkan kita. Itu yang membuat saya rasa kecil hati sangat. Sejak setahun dua ini saya banyak berubah dan ramai kawan nampak perubahan saya, mereka faham masalah saya.

Bila mereka tanya, saya mendiamkan diri tak ada faedahnya bercerita dengan mereka. Di rumah saya diarah macam orang gaji, buat susu anak, memasak, Iipat dan mencuci pakaian, sapu sampah dan mop lantai.

Walaupun penat saya terp4ksa atas dasar sayangkan isteri dan anak. Nak ambil pembantu rumah, Jun kata membazir, lagi pun katanya apa guna saya jika tidak boleh buat semua kerja itu. Katanya sedangkan Nabi Muhammad s.a.w membantu isterinya buat kerja rumah, mengapa saya tidak boleh.

Tetapi Jun tidak membantu, dia cuma duduk berehat tengok tv, baca majalah. Anak tak diberi dekat dengan saya dan sentiasa dimomokkan bahawa saya ayah yang tak bertanggungjawab. Walaupun anak saya kecil dan tak mengerti apa – apa tetapi lama – kelamaan hasutan itu akan tertanam juga di hati dan fikirannya bahawa saya ayah tak bertanggungjawab.

Saya lebih kecewa bila balik kampungnya, saya dibuat macam kuIi disuruh membuat pelbagai kerja yang kadang – kala menjadi bahan ketawa ipar duai, saya terp4ksa lakukan macam orang bod0h. Lebih sedih dia tak suka pergi ke kampung saya maklum rumah kecil tak layak untuk orang kaya sepertinya.

Biasanya saya balik kampung sendirian. Emak saya pun cuma beberapa kali melihat anak saya. Untuk mengurangkan rasa eg0nya dan supaya sedar dirinya itu isteri, beberapa kali saya mengajaknya solat bersama, atau bersolat tetapi dia memberi alasan sibuk dan terlalu penat, mungkin di pejabat dia sembahyang tapi di rumah tak pernah.

Mungkin silap saya membuat keputvsan setuju berkahwin dengan dia dalam masa yang singkat, sebelum mengenal hati budinya. Namun biarlah itu semua berlalu apa yang saya inginkan saya tak mahu anak saya jadi  m4ngsa perceraian.

Sebagai lelaki, suami dan seorang ayah, saya rasa terh1na apabila dia selalu ingatkan saya bertuah berkahwin dengannya, kerana semua lengkap, dia bergaji besar, ada rumah besar, kereta besar semuanya ada.

Lebih sedih dia ingatkan saya tentang perbelanjaan yang dikeluarkannya ketika kami berkahwin dulu. Dan dia mahu saya jelaskan semua itu yang dikiranya sebagai hutang. Saya tahu hutang itu berlaku kerana Jun mahu kami segera kahwin, walaupun saya kata tak ada duit, tetapi dia berjanji akan bereskan semuanya.

Majlis kahwin kami meriah, tetapi saya rasa tak selesa dan tersiksa sampai sekarang. Lebih tersiksa bila bapa mertua saya selalu perIi kataya walaupun saya tak setaraf dengan anaknya tapi dia sedia terima saya jadi menantu.

Dan di hadapan ahli keluarga atau menantu – menantu lain dia akan bertanyakan berapa gaji saya sekarang, apakah sama dengan gaji menantunya yang lain. Saya tahu cuma saya seorang saja menantunya yang tak bergaji dan berpangkat besar.

Sedih memang sedih tapi saya mohon Allah meringankan bebanan saya ini, dan semoga luahan hati saya ini akan meringankan pend3ritaan yang dipikuI. Kini baru saya ingat kembali nasihat kawan – kawan ketika saya hendak berkahwin dengan Jun dulu, semua pesanan mereka benar belaka.

Namun saya akan pertah4nkan perkahwinan ini. Kepada baka l- bakal suami jadikan pengalaman saya ini pedoman anda. Kepada Jun kalau baca luahan hati ini, insaflah. Saya tahu kekurangan saya tetapi horm4tilah saya sebagai suami dan ketua keluarga.

Saya minta maaf jika tidak dapat memberikan kesempurnaan yang diidamkan. Dan ingat janji kita ketika hendak berkahwin dulu. Namun saya tetap mencintaimu dan sayang keluarga kita.’

Komen warganet :

Alia Joe : Allah.. kenapa jadi lelaki yang b0doh. Dia nak kahwin dengan awak sebab takut jadi anak dara tua, nak anak. Sekarang dah dapat anak tu sebab dia siksa mental awak supaya awak tak tahan hidup dengannya dan bercerai.

Tolong jangan jadi b0doh. Sangup kena h1na dengan isteri dan mertua. Jadi lelaki yang tegas. Lebih baik keluar dari kehidupan yang menyiksakan dia anggap awak di bawah tapak kakinya bukan suami.

Faridah Abd Aziz : Bawa bincang elok – elok, bagi nasihat dan pandangan. Kalau pelbagai cara pun tak jalan, cari tempat penyelesaian yang lebih arif. Kalau tak berubah juga, lebih baik good bye. Masa depan awak lebih panjang, carilah kebahagiaan diri sendiri pula. Agar tidak terus makan hati dan boleh beribadat dengan tenang.

Aminah Ami : Lelaki tak leh lemah sangat. Isteri mu tu tak syang kat kamu. Hidup macam ni dalam selsema. Isteri tak hormat. Memperb0dohkn suami kat keluarga dia. Ingat mentua pun suka perIi, tanya gaji membeza – bezakan dari ada baik lah tidak.

Sementara muda, tanya isteri dah begini hubungan suami isteri, suami gaji kecil disusahkan lagi, baik cari isteri yang biasa – biasa yang penting bahagia.

Nor Ainon : Sebelm kahwin patut dah fikir apa akan jadi kalau gaji kita rendah dan isteri pangkat besar serta taraf keluarga kita dan mertua. Inilah jadinya kalau hanya pentingkan nak beristeri daripada berbincang dulu dengan ibu bapa kita sebelum berkahwin.

Kalau sayang dan boleh bersabar Alhamdulillah kalau tak fikir sendiri la sampai bila nak jadi kuIi dalam keluarga begini. Fikir – fikir la labuuuu…..

Amru Udin : Itu namanya tak sekufu. Kalau tahan cab4ran, tahan sabar, teruskan, kalau tak, berpisah itu keputvsan yang terbaik. Asalnya, level suami kena lebih tinggi dari level isteri.

Ada jugak level atau gaji isteri lagi tinggi dari gaji suami, rakan kerja saya, isteri dia cikgu, suaminya kerja kampung, anak 8 orang, alhamdulillah, bahagia sampai isterinya pencen. Kawan saya sorang ni plak, peniaga, isteri dia bantu dia berniaga.

Semalam isteri dia minta siang ikan dan buang sisik, suami terlupa, terus isteri tu hemp4s ikan depan suami, marah suami, kenapa tak buang sisik, suami dia penyabar, sabar giIe. Tapi, suami tu kawan saya, dia kata, bos dia lagi garang dari isteri dia, ma sya’a Allah, semoga Allah ta’ala beri ganjaran yang berIipat kali ganda di akhir4t nanti, aamiin.