
Atok aku tak nak buat report polis sebab malu. Mak ngah merayu dengar penjelasan dia, abah aku yang buat dia. Semua orang salahkan mak ngah. Mak aku layan mak ngah dengan teruk. Atok m4kin benci dengan mak ngah. Sehinggalah satu hari, mak ngah menggelepur tepi pintu rumah…
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Confession aku ni berat. Dan benda ni rahsia yang mak aku dah pegang sangat lama. Sekarang umur aku dah 48 tahun. Mak aku dah meninggaI, atuk nenek tak ada. Aku ada abang yang dah lama aku tak jumpa. Sejak aku usia 9 tahun dan dia 16 tahun ketika itu.
Berat aku nak berkongsi kat sini pun tapi aku fikir tak apa lah, berat d4da aku menahan rahsia ni. Aku kena kongsikan sebab semua benda yang aku cerita ni semua yang baca mungkin tak kenal sebab karakter semua dah meninggaI dunia. Kalau ada karakter sampingan pun mungkin dah 60 ke atas.
Anggap sahaja la aku reka cerita ni, supaya senang aku nak berkongsi rahsia ni. Aku memang rapat dengan mak aku. Sangat rapat sebab aku ingat sampai umur aku 9 tahun, tahun yang abang aku tinggalkan keluarga, aku masih manja kededek dengan mak.
Duduk menepek tepi mak, berjalan tepi kadang – kadang belakang b0ntot mak. Orang yang tengok pun bagitahu kat mak aku yang dorang rimas. Masa aku umur 8 tahun, ayah aku lari rumah. Mak dapat cerai kat mahkamah, aku tak faham sangat bab ni jadi aku tak nak terangkan sebab takut salah penerangan.
Umur 9 tahun abang aku pula lari sampai sekarang tak tahu apa jadi. Mak lalui hidup dia dengan aku. Kemudian kami balik kampung duduk rumah tok Wan dan tok ayah di Terengganu. Kami orang Terengganu. Kami duduk daerah sempadan dengan negeri Pahang.
Tapi masa umur aku dalam 10 ke 11 tahun dah start pindah randah, tok ayah bawa pergi ke Dungun. Duduk kejap pindah ke Marang kemudian kembali ke kampung asal yang sempadan Pahang tu. Akhir sekali, tok ayah bawa pergi rumah pusaka dia di Besut. Jadi aku habis kan masa membesar dan bersekolah kat sana.
Aku ni orang bijak. Zaman aku sekolah result aku bagus. Ramai cikgu – cikgu suruh aku jadi macam kerja – kerja kerajaan minta universiti ke atau maktab. Tapi mak aku tak bagi. Dia selalu merayu jangan tinggalkan dia. Dia tak ada sesiapa kalau aku sambung belajar. Aku pelik. Atok aku ada lagi kenapa dia rasa macam tu.
Aku habis SPM masuk Kemas belajar jahit. Aku fokus jahitan baju pengantin dan baju – baju kurung Malaysia. Lepas tu tok Wan dan tok ayah meninggaI seorang demi seorang. Makcik aku no 2 meninggaI pun dah lama. Pakcik aku yang bongsu meninggaI masa kecik lagi. Mak aku anak sulung, meninggaI dunia tahun ni awal Feb lalu. Umur dia 74 tahun.
Mak aku sepanjang hayatnya, dia sangat mend3rita jiwa raga. Pertama, dia hilang anak lelaki dia. Sumpah aku katakan, perasan hilang seseorang tanpa jejak ni siksa. Abang aku keluar rumah umur 16 tahun. Tak tahu nak kesan macam mana.
Hantar orang cari, cuba tanya – tanyakan orang untuk cari, mana – mana pelusuk yang boleh ada orang untuk tanya, tok ayah aku bayar suruh cari. Report polis buat, polis cuba tapi tak jumpa. Mak aku tanggung siksa anak hilang. Kemudian d3rita yang sangat lama jiwa raganya disebabkan kesilapan dia yang dulu. Yang lampau.
Aku sendiri jadi saksi tengok mak aku mend3rita, tak pernah dalam hidupnya aku tengok dia happy senyum dan ketawa. Dia hanya diam, termenung dan dia. Bercakap pun tak banyak, kawan pun tak ada. Dia memencilkan diri sepanjang hayatnya yang aku ingat.
Semua bermula masa mak baru – baru kahwin, mak tiga beradik sekali dengan dia lah. Dia sulung, dia ada adik perempuan beza 3 tahun je dengan dia dan adik bongsu lelaki yang meninggaI demam panas masa umur 2 tahun. Masa adik bongsu dia meninggaI, tok ayah tengah buat haji.
Lepas kahwin, mak dan suami pindah masuk rumah tok ayah dan tokwan. Di rumah tu, mak ngah aku pun ada dan sangat muda. Dia ni lain sikit dengan mak aku. Mak aku kata, mak ngah ni sekolah tak pandai, masa tu cikgu semua compare dia dengan adik dia.
Siap bagitahu kat tok Wan dan tok ayah yang mak ngah ni macam ada masalah. Sebab tak boleh “go” langsung dalam kelas. Dan zaman tu, nak cakap kat kampung – kampung biasanya jarang nak jumpa budak pandai sangat – sangat. Ada lah sorang dua. Lepas tu sekolah akan pilih kasih. Sayang lebih dekat student pandai.
Tok Wan dan tok ayah pula tak boleh terima anak dia no 2 ni tak pandai. Beng4p. Jadi dia banyak fokus kat mak aku je. Bagi baju sekolah baru tiap tahun tapi baju untuk anak mak ngah hanya baju lebihan kakak dia. Barang – barang sekolah pun sama. Semua sama.
Jadi mak ngah aku membesar dengan mendiamkan diri. Tak berani nak luah suara apa – apa. Sebab tak ada untung. Semua tak layan. Hanya bagi tumpuan kat anak sulung. Tapi kelebihan mak ngah aku, dia lawa sikit dari mak aku. Mak aku pun lawa juga.
Tapi nak cakap mak ngah lagi cantik. Aku pernah tengok gambar mak ngah masa remaja. Cantik. Kalau letak sebelah artis, orang pun percaya dia artis. Sedangkan dia dalam gambar pakai baju t-shirt w4rna kelabu lengan pendek, seluar Jeans dan rambut free hair panjang. Style. Cantik.
Mak kata, bila pindah masuk ke rumah tokwan dan tok ayah, mak kerja. Mak jadi HR kat Kuantan. Jadi mak PJJ dulu dengan abah aku. Abah aku kerja kat kampung. Tokwan dan tok ayah aku pula memang orang kat situ. Bila pagi tokwan pergi kuliah.
Tok ayah aku pergi program apa – apa masa tu. Pastu buat kerja – kerja kampung sikit. Petang minum teh kat kedai w4rung. Tok Wan aku pula dah ke masjid awal – awal. Kat rumah, rupanya mak ngah aku dengan abah aku buat maksi4t. Tak ada sesiapa tahu. Berlarutan berapa lama mak tak pasti. Sampai akhirnya, mak ngah mengandung. Dan bagitahu kat semua dalam rumah tu.
Kecoh satu rumah, mak aku paling marah. Kenapa tergamak mak ngah aku buat macam tu kat dia. Dia jelaskan yang abah aku yang jahat. Buat macam tu kat dia. Lepas tu kata mak ngah, abah aku ugvt dia. Kalau bagitahu, dia akan cakap yang mak ngah aku yang nak.
Tok ayah aku dan tok Wan aku pun marah besar kat mak ngah aku dan tak nak buat laporan polis sebab malu. Tok ayah aku berdegil tak nak buat report polis ke apa sebab sayang menantu dan tak nak rumah tangga mak aku musn4h sebab masa tu abang aku dah ada tapi tak masuk sekolah lagi. Kecik lagi.
Tapi masa tu orang kampung dah start tahu sebab mak ngah aku buat test mengandung bawa kawan dia teman. Jadi mungkin kawan dia yang mula cerita kat sesiapa dan tersebar. Lepas tersebar keadaan jadi lagi teruk sebab mak aku tak boleh terima.
Abang aku pula kecil lagi tak masuk sekolah pun lagi. Mak aku halau mak ngah aku dari rumah. Tok Wan aku marah, dia kata dekat mak ngah, “kau nak ke kakak kau cerai berai? Siapa nak bagi makan budak kecik tu? Siapa nak bela budak kecik tu takde ayah?”
Tok ayah aku pula bila ramai dah tahu, dia jadi lagi benci kat mak ngah aku. Mak ngah aku merayu biar dengar penjelasan dia pula. Lelaki tu yang buat dia. Dia ni tak ada nak kat sesiapa. Boyfriend pun dia tak nak walaupun ramai nak. Sebab dia tahu sesiapa masuk dalam keluarga dia sebagai suami akan susah sebab dia bukan anak kesayangan.
Bila orang kampung m4kin ramai tahu, tok ayah dan tok wan tak keluar mana – mana. Duduk je dalam rumah. Masa tu m4kin dorang bencikan mak ngah. Mak dah berhenti kerja dan balik rumah sebab tak nak pisah dengan bapak aku. Mereka makan tak panggil mak ngah, dia makan la sendiri. Semua pulau kan dia. Dia m4kin tak sihat sebab mengandung tapi mental kena t0rture semua.
Dia pernah usaha nak lari dari rumah. Dah bawa beg baju dan jalan kaki ke stesen kereta api dalam setengah jam juga kalau naik kereta tapi ada orang kampung nampak dan panggil ketua kampung ambil dia bawa ke rumah. So dia balik. Balik pun sama je layanan. Mak aku tak tegur dia. Palau dia.
Kadang – kadang tengking dia bila dia makan banyak sebab masa tu dia bawa budak. Tok ayah aku marah dia keluar rumah sikit je nak ambil angin dah marah – marah. Takut orang nampak perut dia m4kin besar. Sampai satu petang, mak kata dia pergi beli rojak buah dekat jalan besar, dalam 10 minit juga nak sampai simpang masuk kampung. Ada orang datang laju dengan basikal suruh dia balik.
Dia balik naik motor, dari jauh dia dengan bunyi orang meraung yang menyeramkan. Dia jadi sangat takut dan gerun dengan bunyi tu. Dia parking motor sebelah rumah tok Wan dan tok abah sebab terlalu ramai datang. Dekat 40 orang kerumun pintu rumah.
Dia masuk, dia tengok mak ngah tengah menggelupur, dia minum r4cun yang tok ayah aku guna buat kerja – kerja kampung. Masa tu mak aku tak tahu nak buat apa tapi dah ada orang kampung OTW datang bawa van nak ke hospital. OTW ke hospital, dalam van tu ada jiran suami isteri, ketua kampung dan pemandu van.
Mereka kata mak ngah meninggaI dalam van lepas tu sempat pegang kemas tangan jiran dia yang perempuan. Mata dia terkebil – kebil tengok mata jiran tu. Mak kata, sampai akhir nyawa jiran dia tu, dia masih ingat pandangan tu dan dia rasa sangat memiIukan hati.
Kisah tu agak tersebar di kampung tapi sebab nak jaga hati masing – masing cakap belakang. Tok ayah dan tok Wan pula mak kata nampak macam lega sebab anak dia dah takde. Dorang rasa macam dah lepas satu beban. Masa tu mak aku macam pelik juga betul ke perasaan hilang anak macam tu? Kenapa mak ayah dia macam okay je. Tak rasa apa – apa.
Kubvr mak ngah pun sama je macam hari kebvmi takde buat belindan ke takde buat nisan. Macam tu je. Orang kampung pula ada yang ambik side mak ngah cakap kesian kat mak ngah. Abang ipar yang jahat sampai buat dia mengandung dan bvnvh diri. Ada side yang kutuk kecam dia sebab m4ti macam tu.
Tahun – tahun berlalu, ayah aku kantoi buat maksi4t dengan orang lain kat kampung. 2x. Tapi yang kali pertama tu mak kata takde siapa tahu cuma dia dan abah je tahu sebab orang tu bukan asal kampung tu. Dia kerja situ lepas mak aku jumpa dan sound dia, dia lari.
Yang kedua ni memang tangkap basah. Kerani pejabat hardw4re. Tempat yang abah aku selalu ambil barang untuk kerja dia. Satu kampung la bising menjaja cerita ni rupanya dah banyak kali orang nampak tapi kali ni mereka pasang per4ngkap nak tangkap basah menjadi.
Mak abah aku g4duh besar. Abah aku lari rumah dan tak jumpa – jumpa lagi. Aku pun tak ingin nak mencari dia. Kalau hidup, hidup la. Kalau m4ti, okay. M4ti la kau sana. Setahun lepas tu abang aku lari rumah sebab teruk dibuIi orang kampung dan di sekolah.
Abang aku solat di surat, seliparnya di baIing budak – budak kampung sambil orang gelar dia anak gig0I0. Kat sekolah kasutnya digunting meja dia ditulis anak h4ram guna kapur batang. Abang aku balik rumah selalu member0ntak, tokwan dan tok ayah aku pun dah tua masa tu tak mampu dah nak kontrol so mereka selaku bertengkar dan tok ayah aku pernah marah dia beberapa kali. Dia tak boleh terima dan lari.
Lepas abang aku lari, ada yang kata dia ke KL tapi bila dicari balik tak jumpa. Ramai buat andaian mungkin dia jadi gelandangan atau sama, bvnvh diri. Wallahualam. Aku sentiasa doakan abang aku sebab kami dah usaha pelbagai jenis cara nak cari tapi tak jumpa.
Lepas abang aku lari, mak jadi murung. Dia selalu mimpi mak ngah datang kat dia. Lepas tu dia nangis dan panggil nama mak ngah. Dia cerita kat aku yang mak ngah selalu datang pimpin tangan dengan seorang budak. Baju putih. Senyum kat dia.
Mak aku selalu bila dia jadi macam separuh histeria, dia akan minta bawa pergi kubvr mak ngah. Dari kecil lagi umur aku 10 – 11 tahun aku tengok mak meratap kubvr mak ngah berjam menangis pastu tertidur pastu menangis meminta maaf. Sampai lah pakcik – pakcik kampung angkat dan papah dia balik aku pula ikut naik basikal
Mak dijaga oleh tok Wan dan tok ayah. Dia kemurungan teruk. Masa tu tak macam sekarang, kami berubat kampung je. Tak jumpa doktor. Ubat kampung bagi air minum dan air mandi sahaja. Lepas tu mak banyak bersendiri sorang – sorang. Bila aku dah dewasa sikit, aku banyak jaga mak sendiri. Sebab Wan dan tok ayah dah tak larat. Masa tu aku banyak bercakap dengan mak. Dia duduk je termenung
Lama – lama dia buka mulut dan mula bercakap dengan aku. Makan tahun mak cakap banyak dan banyak benda dia cerita kan kat aku. Dia kata dia menyesal dengan kehidupan dia. Dia buat adik dia yang sayang dia m4ti macam tu. Sepatutnya dia kena menyebelahi adik dia bukan suaminya.
Patutnya dia dengar apa yang adik dia luahkan, apa yang adik dia nak cakapkan. Tapi sebab sayangkan suami. Dia takut suami dia takde, dia takut anak – anak dia takde bapak. Akhirnya memang laki dia lari dan tinggalkan anak – anak. Mak aku pun jadi tak bercakap dengan sesiapa termasuk mak ayah dia.
Tokwan dan tok ayah aku dah cuba sedaya upaya masa mula – mula mak aku kemurungan tu, pujuk nak berubat apa semua. Tapi mak aku berkeras diri. Last – last semua orang yang nak ubat dia datang ke rumah. Mak aku pernah meluah kat aku, dia benci mak ayah dia. Sebab gagal jadi orang tua yang betul – betul boleh nampak baik buruk.
Patutnya bila anak dia jadi m4ngsa abang ipar dorang kena dengar anak sebab dia sebagai isteri dah tak boleh fikir straight mind. Dia kecewa bila mak ayah dia pun benci dan pulaukan adik dia. Tapi dia tak boleh buat apa – apa dah sebab adik dia dah takde dah masa tak boleh diputarkan balik.
Tok Wan aku meninggaI dulu lepas 3 tahun tok ayah meninggaI. Aku tengok kedua – duanya di saat akhir usia mereka. Dua – dua nampak tak tenang, macam gelisah. Wan aku selalu termenung menangis. Aku tanya Wan nak apa? Wan nak pergi toilet ke? Dia kata aku teringat kat mak ngah kau.
Tok ayah pula dia meninggaI eksiden motor. Setiap petang dia pergi melawat kubvr mak ngah. Ramai orang kampung lalu lalang nampak tok ayah aku duduk kat situ. Tak buat apa – apa. Dia duduk je. Lepas tu sebelum maghrib dia balik. Dia eksiden motor balik dari kubvr. Tapi masa tu pagi. Hari Ahad.
Kedua – dua kebvmi dekat dengan mak ngah. Semoga Allah ampunkan d0sa – d0sa mereka dan tempat kan mereka bersama dengan orang – orang yang beriman. Sejak tu aku la jadi ketua keluarga, aku la pergi beli barang dapur balik sekolah. Masak. Jaga mak depr3ssion.
Kadang – kadang ada jiran – jiran datang. Kadang – kadang sed4ra mak datang bawa kuih kegemaran mak. Mak mula bercakap dengan aku pun lepas aku habis SPM. Sebab aku banyak habiskan masa dengan mak je. Tak pergi belajar mana – mana. Just belajar kat kemas je menjahit. Kelas pun sekejap je. Dekat je dengan rumah. Aku ambil tempahan jahit baju dan langsir untuk sara diri kami dua orang.
Alhamdulillah orang kg memang supportive. Cikgu – cikgu sekolah pakat hantar baju kat rumah aku. Langsir baiki pun hantar kat aku sebab nak bagi duit kat aku. Aku membesar dan menua tengok mak menanggung d3rita jiwa dia. Nak minta maaf kat orang yang dah tak ada.
Hidup simpan d3ndam kat bekas suami dan mak ayah dia. Aku kesian kat mak. Aku selalu mengaji sebelah dia dan bagitahu dia mak tak boleh begini. Mak kena kuat. Kalau mak nak mak ngah ampunkan mak, mak kena banyak doakan dia. Masa tu mak nampak berubah.
Dari solat sekadar solat 5 waktu. Dia bangun malam solat, tepi katil kami la dia solat. Dia menangis. Aku kat atas katil tidur perasan je. Tapi aku biarkan. Itu masa dia dengan Tuhan. Aku tak nak campur dan ganggu. Mak meninggaI tahun lepas. Dalam bulan syawal.
Beberapa Hari sebelum Syawal habis. Mak meninggaI usia 75. Mak meninggaI kat meja makan masa tengah baca Yassin. Aku di rumah je masa tu tapi tengah menjahit. Aku tak dengar apa – apa. Aku ingat dia duduk mengaji macam biasa dia buat.
Tiba – tiba datang orang kg nak ambil baju, tegur aku kenapa mak kau tidur sorang kat meja makan tu. Dah makan belum dia tu. Aku keluar dari bilik jahit tengok mak dan tak bernyawa. Mak ditemukan meninggaI sebelum jam 11 pagi. Kami kebvmi lepas Isyak sebelah mak ngah.
Masa tu aku menangis kuat sebab aku boleh bayangkan muka mak tersenyum berbaring di sebelah adik dia. Aku tak pernah rasa setenang ini lepas luahkan semua ni. Berat aku tanggung emosi ini. Aku tak nak cerita kepada sesiapa. Sebab orang dengar untuk judge keluarga aku.
Aku pula tak ada kawan. Aku kawan dengan mak aku je. Yang lain tu cuma aku kenal la oramg – orang kampung. Kawan – kawan sekolah pun tak ada yang kawan dengan aku. Habis sekolah mereka sambung belajar ada yang kahwin dan ada kehidupan sendiri. Aku kat kampung dengan mak dengan tokwan dan tok ayah.
Aku sekarang umur 48. Aku kahwin umur 41. Suami aku duda kem4tian isteri. Dia orang Jengka tapi jadi cikgu di daerah aku duduk. Cikgu yang datang jahit baju kenalkan kami. Sempat la mak aku merasa ada menantu. Bawa dia jalan – jalan keluar makan kat tepi pantai.
Walaupun tak lama, suami aku kata dia bersyukur dapat jaga mak. Mak tak banyak cakap dengan dia. Sampai akhir nyawa dia, mak memang buka mulut bila dengan aku je. Suami aku pun tak tahu kisah ni. Aku baru cerita sikit dia kata tak nak dengar, dia sedih dan takut. Aku faham. Tak semua benda kita boleh cerita melulu. Mungkin suami aku perlu masa.
Lagi – lagi bila kami memang duduk rumah tokwan dan tok ayah yang jadi saksi semua peristiwa ni. So suami aku jadi takut. Tapi apa yang aku pendam ni dah tak mampu nak disimpan. Aku luah di sini. Semoga jadi pengajaran untuk kita.
Doakan mak aku dan mak ngah aku. Doakan jugak nenek datuk aku. Moga Allah ampunkan d0sa – d0sa mereka dan kesalahan mereka. Semoga dapat mereka berjumpa lagi bersama – sama dalam syurga Allah. Mak ayah dan dua anak perempuannya.
Mak tunggu Ainatul juga ya. Ainatul rindu mak. Ainatul selalu doakan mak tenang, dilapangkan kubvr nak dan diampunkan d0sa – d0sa mak. Ainatul sihat dan baik – baik sahaja. Ainatul jaga rumah kita macam mak selalu pesan. Ainatul rindu mak. Walaupun orang cakap mak macam – macam. Ainatul tetap tengok mak sebagai mak yang baik dan sempurna. Mak tenang ya. Ainatul akan sentiasa doakan mak. – Ainatul (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.