Setelah arw4h abah pergi mak aku hanya nak hidup senang je. Ada duit beli katil k0way, mahal bayar bulan – bulan. Bila malam je mesti nak beli makanan dekat luar sedangkan boleh je masak daripada membazir. Duit aku dikerah sampai aku tak boleh menyimpan. Mak kata aku kedekut..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Laila, bukan nama sebenar. Arw4h abah aku meninggaI dunia pada tahun 2016. Arw4h abah selalu masuk hospitaI dulu dan aku jugak lah yang menjaganya ketika arw4h kat hospitaI. Balik sekolah je aku akan ke sana untuk melawat dan buat apa yang patut untuk ayah.
Dan sewaktu cuti sekolah aku akan tido kat hospitaI untuk menjaganya. Dan lama kelamaan arw4h abah aku pergi menghadap ilahi pada 20/12/2016. Hingga sekarang aku masih merinduinya. Aku sayang dan rapat sangat dengan ayah.
Umur aku sekarang dah 20 tahun. Lepas spm aku pernah sambung belajar tetapi aku berhenti disebabkan kena buat pembentangan dalam online sebab pkp kan. Aku ni seorang yang malu. Jadi aku tak suka buat dalam online dan kena bukak camera.
Dan aku sekarang kerja kilang cukuplah dengan aku yang tiada kelayakan sijil ni. Aku kerja kilang sebab nak bayar duit yang aku pernah sambung belajar tu sebab aku berhenti kan. Total semua 4500 tapi sekarang hanya tinggal 1300.
Aku dah lama tak bayar sebab aku banyak nak guna duit. Bil rumah aku yang bayar walaupun aku anak no 2 dari 4 adik beradik dan aku sorang sahaja anak perempuan. Aku sejenis tak bagi duit dekat mak aku sebab mak aku seorang yang boros.
Kalau dia nak duit dia minta aku, lepas tu baru aku bagi. Kalau aku yang bagi dulu. Nanti duit tu dah habis nanti dia minta lagi. Aku ni kerja kilang je. Banyak duit aku nak kena simpan untuk masa depan sebab aku ni muda lagi. Dan bulan ni aku ambil lesen kereta dan motor.
Total lesen 1500 bayar ansur – ansur sebanyak 4 kali dan masa gaji bulan ni lah aku nak simpan duit. Sampai aku nak bayar semua bil pun aku rasa tak cukup sebab banyak duit dah habis kat lesen. Semua benda yang aku cerita kat atas sebagai gambaran edikit sebanyak tentang kehidupan aku. Masalah aku sekarang ialah mak aku.
Apa yang aku buat semuanya tidak kena di mata mak aku. Aku selalu keluar makan bersama boyfriend aku. Tapi aku lah ajak dia keluar. Dia tak pernah ajak aku ke mana – mana. Tapi mak aku selalu salahkan dia sebab mak aku ingat dia yang selalu ajak aku keluar.
Aku tak bagitahu mak aku yang aku sendiri ajak dia keluar sebab aku dengan mak aku kurang rapat dan kalau apa – apa terjadi mak aku hanya mesej aku je. Tak akan cakap depan – depan. Adik aku pulak darjah 5 selalu keluar malam balik lewat malam.
Korang boleh bayangkan tak betapa sunyinya aku dekat rumah tu. Mak aku tak pernah marah sedangkan budak tu kecil lagi. Yang aku ni bila keluar je asyik kena marah katanya malu jiran – jiran nampak yang aku asyik keluar je dengan boyfriend aku tu.
Aku ni tak pernah merasa dunia luar dan tak pernah pergi jalan jauh – jauh. Tu yang bila aku dengan boyfriend aku. Dia je banyak bawa aku tengok dunia luar. Kat rumah aku hanya ada sebiji motor je dari arw4h abah aku ada.
Tu yang tak boleh nak jalan jauh – jauh sebab arw4h abah tak ada kereta. Kadang – kadang dia hanya sewa kereta untuk balik ke kampung sahaja. Aku dari kecil dilahirkan dari keluarga yang susah. Dulu masa arw4h abah ada aku selalu tolong dia kutip tin – tin yang tidak guna dan jual. Ayah aku hanya keje guard je.
Gaji kadang – kadang tak banyak sebab kerap masuk hospitaI kan dan setelah arw4h abah pergi mak aku hanya nak hidup senang je. Ada duit beli katil coway tapi bayar bulan – bulan lah. Pastu time malam je mesti nak beli makanan dekat luar sedangkan boleh je masak daripada membazir duit beli makanan kat luar tu. Kadang – kadang aku penat.
Aku rasa macam semuanya berg4ntung dekat aku je walaupun dia bekerja. Mak aku boleh cakap yang aku ni kedekut sedangkan semua bil aku bayar. Aku terasa sangat dengan kata – kata mak aku tu. Aku rasa macam nak lari je daripada rumah ni. Sebab dah terlalu penat sangat.
Sikit pun tak nak tolong aku bayar bil, barang keperluan rumah. Aku bukan berkira ke apa cuma aku nak buat simpanan duit juga sebab insyaallah kalau ada jodoh tahun depan aku nak kahwin walaupun aku ni masih muda. Kadang – kadang aku fikir adakah aku kahwin ni supaya aku boleh keluar dari rumah ni. Entahlah.. Aku dah penat dah… Cerita dari aku, – Laila (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nur Salehah : Dik, syabas sebab sangat matang dan tahu pengurusan kewangan. Semoga Allah permudahkan urusan kahwin adik dan pasangan. Jaga diri ya adik, selagi tak bernikah, jaga batas ya. Bab bayaran komitmen family tu, bayar yang mampu je.
Bil – bil wajib je. Lain – lain tak payah layan. Simpan untuk kegunaan adik. Jangan bagi apa yang kehendak mak atau adik beradik. Moga mendapat kehidupan yang jauh lebih baik dari sekarang. Jaga diri, jaga em0si, jaga solat
Faraherda Razalan : Kahwin sebab nak lari dari masalah. Ibarat keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Bila kita susah, kita usaha upgrade diri kita supaya keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan.
Kahwin tak beri apa – apa solution dik. Banyak dah kisah, kawen sebab nak lari dari keluarga. Lastly, mer4na. Anak berderet. Kehidupan tak menentu. Harapkan gaji kerja kilang. Dan putaran hidup yang sama akan berulang.
One day, anak awak pula merungut tentang awak sebagai mak yang suka mintak duit, layanan anak – anak berbeza & etc. Jenuh dikkk! Jenuhhhhh! Majukan diri. Kepokkan duit dalam poket.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.