
Suami aku ketika itu rajin ke masjid. Mungkin untuk tenangkan diri. Aku pulak marah dia sebab pergi masjid lama – lama. Tahun ke 6 perkahwinan, keadaan m4kin parah, anak – anak sem4kin aktif dan mudah kena peny4kit..
#Foto sekadar hiasan / AI. Asalamualikum semua. Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Perkahwinan aku akan berganjak ke usia 13 tahun pada tahun ini. Aku menulis ni sekadar nak berkongsi pengalaman hidup aku dalam alam perkahwinan.
13 tahun yang lalu, di usia 23 tahun, aku mengajak suami aku, yang juga ketika itu berusia 23 tahun untuk berkahwin. Ya, aku yang mengajak dia bernikah. Dia hanya mengajak aku bercinta tapi aku dengan yakin mengajak dia bernikah.
Kerana ketika itu aku hanya mahu menghalalkan hubungan. Ketika kami bernikah, aku tidak bekerja, dan suami aku bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM900 sebulan. Aku dan suami aku berkahwin tanpa ada apa – apa perancangan, tapi mungkin sebab niat kami nak halalkan hubungan, urusan kami dipermudahkan.
Fasa 1- 5 tahun perkahwinan. Seminggu selepas di kahwinkan, aku mendapat tawaran bekerja di kilang tempat suami aku bekerja dan suami aku dinaikkan pangkat sebagai assistant team leader. Gaji yang di tawarkan pada aku RM1400 dan suami aku dinaikkan gaji sebanyak RM1200.
Pendapatan kami bertambah dalam masa seminggu pernikahan. Kami menumpang di rumah ibubapa aku. Dan sebelum berkahwin lagi, suami aku membeli sebuah kereta kancil secondhand. 3 bulan selepas berkahwin, aku mendapat tawaran kursus di sebuah agensi kerajaan.
Suami memberi keizinan kepada aku untuk pergi. Selepas tamat kursus, aku ditawarkan untuk bekerja di agensi ini. Dengan gaji RM1700 sebulan. Tahun ke 2 perkahwinan, aku disahkan mengadung, dengan kereta kancil suami, aku berulang alik ke tempat kerja yang jaraknya 50km dari rumah ibubapa aku.
Disebabkan sarat mengadung, aku mengambil keputvsan untuk membeli sebuah kereta yang lebih selesa, dan itu lah harta pertama yang aku beli. Tahun ke 3 perkahwinan, aku disahkan mengadung anak ke 2, dan ditukarkan ke tempat kerja yang lebih dekat.
Aku juga mendapat tawaran untuk tinggal di kuartes berhampiran tempat kerja aku yang baru. Tahun ke 4 perkahwinan, suami aku ditawarkan bekerja di kilang yang lebih besar dengan gaji yang lebih baik. Aku juga disahkan mengandung anak ke 3.
Tahun ke 5 perkahwinan, rumahtangga kami agak kelam kabut. Anak – anak kecil memerIukan kami mengeluarkan belanja yang agak banyak. Pampers, susu, pengasuh, sewa rumah, loan kereta, asb loan, loan aeon (suami aku guna untuk beli peralatan letrik rumah) Personal loan (aku terjebak sebab terpengaruh dengan kawan – kawan yang buat, tapi aku guna untuk beli tanah di kampung).
Keadaan em0si aku juga tidak menentu, kami berdua selalu berg4duh atas sebab sebab yang kecil seperti dia tak tolong tengokkan anak, aku lebih penat, dia lebih penat, aku masak tak sedap, dia tak beli barang basah. Banyak kali juga aku menangis seorang diri, suami aku ketika itu rajin ke masjid. Mungkin untuk tenangkan diri,
Aku pulak marah dia sebab pegi masjid lama – lama, sebab aku susah nak solat bila dia tak ada, jadi aku solat lambat sebab dia ke masjid. Anak – anak semua kecil – kecil, tak boleh nak tinggal. Tahun ke 6 perkahwinan, keadaan m4kin parah, anak – anak sem4kin aktif dan mudah kena peny4kit, setiap bulan mesti demam, mesti ada keced3raan, perbelanjaan bulanan sem4kin meningkat..
Aku cuba buat bisnes part time, tapi badan penat, mulalah em0si tak stabil, marah suami, suami pun selalu balik lewat buat ot nak tampung komitmen bulanan. Walaupun begitu, kami tetap menabung dan akan pergi bercuti sekali setahun,
Kami akan plan bercuti 4 hari di mana – mana tempat yang belum pernah kami pergi, ambil gambar family kecil kami sekeping dan letak dalam album gambar. Gambar – gambar lain simpan dalam sosiaI media. Dalam kekalutan meneruskan hidup berumahtangga.
Akhirnya kami mencapai usia tahun ke 10 perkahwinan, tahun di mana negara kita di ser4ng wabak c-19. Waktu itu, kerajaan umum pengambilan kwsp dibenarkan, aku dan suami aku membuat kira – kira dan kami membuat pengeluaran tersebut, dengan duit itu, aku lunaskan personal loan aku, aku lunaskan loan kereta aku, aku terminate asb loan, aku lunaskan hutang aeon kredit.
Anak – anak tidak lagi pergi ke transit, tidak lagi ada kos pengangkutan, kami bebas hutang! Cuma perlu bayar sewa kuartes. Dengan slip gaji yang “bersih”, kami bawak slip gaji kami ke bank untuk membeli rumah. Mungkin kerana waktu pandemik, pihak bank memudahkan urusan kami.
Kami layak membuat pinjaman perumahan 400k. Maka bermula pula episod kami mencari rumah idaman. Aku ketika itu banyak bertanya pada orang – orang yang berpengalaman membeli rumah. Ramai yang memberikan pandangan supaya aku mencari rumah yang berhampiran tempat kerja isteri (aku), rumah berhampiran sekolah anak, dan membeli rumah yang berharga separuh dari nilai kelayakan sebenar kita..
Bank kata aku dan suami layak beli rumah 400k, jadi kami patut beli yang harga 200k sahaja, supaya tidak terbeban. Dengan hanya bermotosikal, aku dan suami berpusing – pusing di sekitar kawasan perumahan berhampiran tempat kerja aku, nak di jadikan rezeki kami, ada sebuah rumah yang nak di jual, aku dan suami terus berhubung dengan pemilik rumah tersebut.
Rumah tersebut di jual dengan harga 250k. Selepas berbincang, kami setuju membeli rumah itu. Urusan jual beli dan pertukaran nama mengambil masa 1 tahun lebih untuk diselesaikan, namun, pemilik terus memberi kami kunci selepas kami setuju untuk membeli rumah tersebut.
Jadi kami tinggal di rumah itu secara percuma lebih kurang setahun lebih. Kini, aku dan suami cuma ada 1 komitmen, iaitu bayaran rumah. Kereta aku masih kereta yang sama 11 tahun lepas, kini aku dan suami jarang menggunakan kereta, kami lebih banyak menaiki motosikal,
Hubungan kami bertambah erat, anak – anak sudah boleh membantu aku membuat kerja rumah, belanja untuk mereka tidaklah sebanyak ketika mereka bayi, gaji aku dan suami pun sudah meningkat. Sekarang aku berada di fasa 13 tahun perkahwinan, fasa di mana segalanya agak tenang, dari segi wang dan em0si.
Kepada pasangan – pasangan yang sedang melalui fasa – fasa awal perkahwinan, sabar, teruskan berbuat baik kepada pasangan, masa – masa getir itu akan berlalu dengan masa. Doakan yang baik, maka, yang baik – baik akan mengiringi hidup kita. – Isteri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet:
WatymiqhaeilSuci : Saya cuma takde umah sendiri je. Motor cash 2 biji beli mase abis sekolah (simpanan) 1biji dan lepas dapat anak 1st beli lagi 1 biji (suami sendiri terk3jut mane datang duit. Padahal dia taktau saya jenis menyimpan) keta besar 1 biji takde bayar pape pun dah dari 7 tahun lepas dan 1 biji keta biasa untuk suami wat job ehailing (keje sendiri).
Memang tak suka berhutang dari dulu sebab risiko. Dah 15 tahun perkahwinan dan 8 tahun saya tak keje tapi masih jaga kewangan family dengan cantik, anak 1 pasang 13 tahun + 9 tahun. Pape pun, saya lebih pada cash / tunai atau nak senang ADA DUIT BILE CERITA, TAKDE DUIT DIAM – DIAM SUDAH. Hidup takde la mewah tapi tak berlapar. Syukur..
Ros Mawar : Usia perkahwinan 10 tahun 20 tahun 30 tahun sentiasa ada ujian. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Ujian Allah sentiasa ada sebab Allah sayang kita. Tanpa ujian kita akan leka dengan nikmat yang Allah bagi. Setiap ujian dapat ditempuhi asalkan suami isteri sama – sama bersabar. Semoga hidup kita sentiasa diberkati hingga ke syurga. Aamiin..
Maziyah Mansor : Majoriti pasangan melalui fasa yang sama. Bersusah – susah dulu, berg4duh dan berbaik dalam mencari keserasian. Kuncinya sabar, komunikasi dan perancangan kewangan yang betul. Alhamdulillah tahniah. Moga kekal bahagia sampai syurga.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.