12 adik beradik, kami susah. Makan tak berlauk. Orang kata kami minum air m4yat

Dah jadi mak, lagi saya faham yang sebenarnya mak tu penat. Penat sangat. Beranak 12 kali, anak pertama seawal umur 21 sehingga anak bongsu ketika berumur 44 tahun. Anak berderet, kerja di bendang yang tak habis – habis..

Hi, nama aku Hanna. Berumur pertengahan 30, sudah berkahwin. Nak cerita pengalaman hidup yang taklah seberapa. Cuma aku rindu nak menulis sebenarnya. Aku dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Ada 12 orang adik beradik. Tinggal nun jauh di pedalaman. Jauh dari dunia moden. Bapak seorang pesara cleaner di pejabat kerajaan, mak seorang petani merangkap suri rumah sekaligus. Hidup sangat susah, tapi syukur tanah bendang w4risan bapak sangat luas.

Kami usahakan untuk makan sendiri saja, bukan untuk komersil. Tiada bantuan mesin. Dari menanam benih padi, sehinggalah menuai hasil, hanya berbekalkan tuIang 4 ker4t semata. Kami beradik, seawal umur 5 tahun sudah diajar bekerja di sawah.

Dari kerja ringan memungut siput gondang, sehingga mengangkat guni penuh berisi padi. Semua pernah dibuat. Seingat aku gaji bapak sebagai cleaner hanya RM900 (tahun 2006), tak logik untuk menampung 14 kepala.

Dengan 3 beradik teratas masing – masing sedang menuntut di universiti. Tapi kami berjaya ‘hidup’ sebab beras tak pernah kurang. Lauk pula hanya lauk kampung. Ikan sungai, ayam itik peliharaan dan sayur liar. Tahun 2000, ketika semua rumah di kampung dah disambung dengan air paip bersih, kami masih mengangkat air untuk kegunaan harian dari perigi kecil di pinggir kampung.

Perlu melalui padang r4gut, susur laluan kecil antara semak samun untuk sampai. Mandi, cuci kain, cuci pinggan mangkuk, semua di sungai dan perigi itu saja. Pernah sekali terdengar di telinga, orang kampung kata kami minum air m4yat, sebab ada tanah (agak jauh dari perigi) dijadikan tempat perkubuuran persendirian.

Air m4yat mengalir ke mata air yang kami guna, katanya. Hmm.. Pernah satu masa tu, beranda rumah runtuuh sebab dah reput. Sampai berbulan – bulan terbiar sebab bapak tiada masa dan tiada dana untuk baiki. Jiran dengan sinis bagitahu, orang yang lalu lalang ingat rumah kami tak berpenghuni. (Sebab nampak sangat buruk).

Pernah juga kakak aku mengajak kawannya bermalam di rumah, habis dijaja cerita keluarga kami miskin, sebab makan tak berlauk. Cuma berlauk ikan kering dan sayur kampung. Padahal masa tu aku ingat lagi, lauk tu antara yang paling mewah mak sediakan untuk meraikan tetamu.

Walaupun tetamu yang datang tu baru 10 tahun, mak tetap menyantuni dia. Tapi bila diingat, memang jarang sekali kami makan berlauk. Ada la sekali dua selepas bapak dapat gaji, selebihnya kadang – kadang ada, kadang – kadang lepas pulang dari sekolah, yang penuh hanya periuk nasi. Lauk, pandai – pandai la cari.

Selalunya balik dari sekolah, aku akan petik cili di tepi rumah, perah dengan air limau, gaul dengan nasi. Tak pun nasi kicap. Tu pun kicap jarang sangat nak ada. Paling senang bancuh nasi dengan air kosong, tabur dengan garam, makan.

Mak seawal pagi dah turun ke sawah bendang. Tak sempat memikir lauk apa untuk dimasak. Peti ais kosong. Persiapan ke sekolah? 100% berdikari sejak umur 7 tahun. Tiada sarapan pagi, tiada duit belanja sekolah, tiada bekal makanan.

Mungkin dalam sebulan, adalah dua tiga kali berduit RM0.20 sen, paling mewah RM1. Kalau tiada duit, waktu rehat aku main di bawah kulong kelas sampailah waktu masuk. Selalu berharap terjumpa duit 10 sen atau 20sen, tapi tak pernah jumpa pun. Hahaha..

Zaman lewat 90-an, belum ada RMT. Pandai – pandailah hidup kalau tiada duit poket. Pernah sekali terkena ser4ngan hyp0, badan menggeletar teruk, peluh sejuk macam namateyyy. Aku tak faham pun yang aku sebenarnya jadi begitu sebab tak makan.

Bila tengok aku, cikgu terus belikan 2 bungkus mee. Suruh makan di luar kelas. Terketar – ketar tangan aku menyuap makanan ke mulut sambil duduk di lantai beranda kelas. Masa tu, aku kagum sangat cikgu aku tu boleh tahu aku tak makan seharian.

Macam magic sangat. Ya la, umur baru 7 tahun. Naif. Sampai sekarang aku ingat nama penuh cikgu aku tu. Terima kasih cikgu. Memori masa rehat ni banyak sangat, sebab selain bermain, aku suka memerhati murid lain yang tengah makan.

Aku ingat lagi anak kembar guru besar sekolah aku. Setiap kali rehat, makanan ringan penuh diisi dalam plastik mee kuning cap udang. Aku dok tengok dari tepi sambil main gelongsor di tepi parit. Sambil – sambil tu adalah menelan air liur sikit.

Sebab plastik tu transparent, nampak sedap snek – snek dalam tu. Haha.. Aku murid yang diam pemalu. Tak suka menjawab bila cikgu tanya soalan, hanya duduk diam setempat. Tapi tiap kali peperiksaan, tak pernah tak dapat nombor 1.

Hujung tahun dapatlah naik pentas, bapak datang bagi hadiah atas pentas. Tapi sebenarnya hadiah tu aku yang pilih sendiri. Balut, ambil atas pentas, pastu acah – acah macam dapat hadiah surpriise. Haha. One of my best memories.

Tiap kali dapat nombor 1 tu, Bapak mesti janji nak belikan basikal kalau next exam dapat lagi nombor 1. Sampai sekarang umur dah 30-an, tak nampak lagi bayang basikal tu. UPSR aku berjaya dapat top 1, biarpun ulangkaji guna buku aktiviti yang aku korek dari almari usang dalam kelas.

Benda free kan. Tak tahu zaman bila punya. Sukatan dah tak sama, tapi isi kandungan masih boleh pakai untuk mengukuhkan vocabulary. Bau buku lama tu masih segar dalam ingatan. Gigih aku ulangkaji biar tiada siapa yang suruh.

Ingat lagi, aku pernah ulangkaji di bawah pokok tarap. (Yang tau tu, tau la), tiba – tiba sebiji buah tarap jatuh menghempap belakang aku yang tengah sedap meniarap atas tikar di bawah pokok. Lama aku baring kaku menikmati kes4kitan.

Lepas tu aku makan sikit buah tarap yang terburai jatuh atas buku. Taklah rugi sangat kan. Zaman sekolah menengah pula, dah tiada memory kelaparan. Sebab aku dah licik sikit. aku tahu bapak mampu, jadi setiap kali dia gaji, aku mintak siap rm50 sebelum dia dok belanja ke tempat kurang penting.

Rm50 tu aku dah asingkan untuk belanja seringgit sehari. Siap tolak cuti sekolah dan kira ada berapa duit extra sampai bapak gaji next. Kalau ada, dapatlah merasa ice cream cornetto selepas balik sekolah. Kiranya seawal tingkatan 1, aku dah ada monthly budget yang strict.

Tingkatan 3, bapak pencen. Tapi perancangan Tuhan sangat cantik, sebaik bapak pencen, aku lulus dapat biasiswa. Biasiswa tu aku bahagi 2 dengan kakak. Sebab permohonan dia tak berjaya. Dengan duit tu aku habiskan hari – hari persekolahan sampailah hari last SPM tanpa berlapar.

Sekolah menengah, aku selalu dapat tempat pertama dalam seluruh tingkatan. Mak? Tak pernah ucap tahniah. Siap pesan jangan riak, jangan suka menunjuk. Tapi mak bukan jahat tau, aku fikir itu la mak. Itulah bahasa kasihnya. Aku terima.

Jadi aku dah terbiasa, dapat top 1 dari beratus pelajar pun, aku balik dan simpan slip keputuusan tu baik – baik dalam laci. Malah adik beradik pun tak tahu achievement tu. Balik rumah bawa slip SPM terbaik dalam daerah pun, aku buat macam hari biasa.

Terus simpan dalam file dan teruskan dengan hidup. Tiada majlis kesyukuran atau ucapan tahniah. Tapi aku ok saja. Tak sedih, tak ingin diraih. Serius. Lepas SPM, umur 18 tahun dapat tajaan penuh program ijazah. Aku ni budak kampung saja.

Ke ibu kota pun boleh kira dengan jari sebeIah tangan, tiba – tiba kena terbang menyeberang laut cina selatan. Ada orang hantar? Tak ada. Sebab tak mampu. Tiket untuk seorang ni pun sudah habis diusahakan. Aku berserah saja naik teksi ke airport dari rumah.

Sebelum naik teksi tu, mak cuma cakap sebaris saja. “Kuatkan semangat” sambil mengusap lembut belakang aku. Mesti dia risau, nak sangat hantar aku, tapi tak mampu kan. Rindu mak. Bapak? Ada kerja di bendang masa tu.

Selamba saja kan, tiada adegan bersalaman berpeIukan. Tapi aku okay saja. Serius tak terasa hati pun. Sampai sekarang kalau aku dah nak kembali ke tempat kerja, dia hilang. Mungkin itu cara dia. Aku tak ambil hati. Masa tu, flight aku pukuI 9 malam sebab flight tu saja harga paling murah.

Seawal jam 4 petang aku dah terpacak di airport, sebab teksi terakhir dari kampung bertolak jam 2 petang. Sedih sangat masa duduk sendiri berjam – jam dekat airport tu. Tiada orang nak dibawa berbual, tiada tempat berg4ntung, melainkan kepada Tuhan semata.

Puas aku tengok gelagat manusia selama hampir 5 jam. Homes1ck sangat masa tu. Rindu katil buruk dekat rumahh. Rasa nak nanges tapi air mata tak keluar. Tak suka menangis orang nampak. Dua kali transit flight, bermalam sendirian di airport.

Syukur, ada saja insan yang diutus Tuhan memudahkan urusan. Dengan naifnya aku ketika itu, aku berjaya sampai ke universiti sendirian. Mampu tengok saja kawan – kawan yang lain dihantar siap pakej satu family ikut. Siap sampai ke bilik ditolong bersihkan sawang – sawang.

Aku? Gadis kecil, berat pun hanya 38kg, tinggi 150cm masa tu gigih usung bagasi usang berwarna hitam naik tangga kolej kediaman 3 tingkat. Berat sungguh. Mujur ada pakcik sorang ni, tolong angkatkan bagasi sebab kesian sangat tengok aku sendiri berpeluh – peluh di situ.

Terima kasih pakcik. Malam tu aku tengok roomate aku nanges dekat katil sebeIah. Rindu bermalam dekat rumah kot. Takpe, hujung minggu kan boleh balik, kata aku. Aku memang tak nanges. Tapi sebenarnya aku tak kuat pon.

Bayangkan sejak lahir sampai umur 18 tahun, paling lama tak balik rumah 3 hari 2 malam. Tu pun sebab ikut program perkhemahan sekolah. Tiba – tiba kena k3jutan budaya boleh balik setahun sekali dua saja. Bayangkan susahnya aku recover.

Lama jugak aku anx1ety, homes1ck. 6 bulan yang pertama, berat turun tinggal 36kg. Jantung selalu tiba – tiba berdebar, tangan berpeluh. Kena pula selalu present assigment depan orang ramai. Aku belajar di sekolah kampung, baru tengok dunia luar.

Tula tak biasa. Masa ni baru jumpa ramai orang yang jauhh lagi bijak dari aku. Rendah diri sangat. Dari budak paling bijak dalam kelas selama bertahun – tahun, tiba – tiba jadi sedang – sedang saja. hehe. Tapi aku slowly fit in.

Tahun ke-2 aku dah ok, boleh bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Chewah. Tahun ke-3, ekonomi keluarga dah m4kin ok. Sebab adik beradik atas aku dah start stabil dengan kerja masing – masing. Jadi tiada dah cerita sedih – sedih.

Akhirnya aku berjaya grad dengan jayanya. Hidup sekarang, syukur. Berganda baik dari dulu. Saja nak cerita, sebab bapak call tadi. Nak minta basikal katanya. Nak guna ke kedai beli kopi kalau bekalan habis. Aku pula tak sampai hati nak ungkit janjinya yang dah berpuluh tahun terkubuur tu. Akhir sekali, tahniah untuk orang yang baca sampai habis. Hehe. Goodnite semua! – Hanna (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Sebelum tu saya nak ucap terima kasih sebab sudi membaca cerita hidup saya. Terima kasih juga atas komen semua, satu – satu saya baca. Siap ada yang baik hati betulkan tatabahasa. Saya tulis santai – santai saja.

Kadangkala ejaan ikut slanga pertuturan saja, sebab saya rasa lebih selesa menyampaikan cerita begitu. Minta maaf ya cikgu – cikgu, hehe. Yang persoalkan kenapa lewat 90-an masih tiada RMT, tak larat la nak jelaskan. Yang saya tahu memang sekolah saya tiada RMT sampai saya habis tahun 6, masa tu awal zaman 2000-an. Tak reka or tipu tau. Hehe.

Dalam luahan saya yang pertama tu, sebenarnya hanya cerita di permukaan saja. Saya hanya ambil parts yang ngam dengan genre penulisan saya supaya flow penceritaan smooth gitu. Ramai yang puji, hebat kami dididik dan dibesarkan.

Tapi jujur, tak sempurna mana pun didikan kami, ada juga cacat celahnya. Itu hakik4tnya. Tapi kami beradik pilih untuk ambil semua yang tak baik, jadikan dia positif. Hidup ini kan penuh dengan pilihan. Saya tak cerita, sepanjang kami membesar, sebenarnya kami beradik selalu sangat menyaksikan perg4duhan hebat antara mak dan bapak.

Hidup keluarga kami tidaklah sweet dan harmoni pun. Boleh dikatakan, kami antara keluarga yang selalu juga jadi bualan dan bahan umpatan orang kampung. Zaman budak – budak saya suka tidur di ruang tamu. Pernah sekali tu tengah tidur lena diulit mimpi, tiba – tiba cerek air mendarat tepi kepala. Dari mana cerek tu terbang, faham – faham sajala.

Saya tenang saja masa tu. Ambil cerek, letak baik – baik kemudian sambung tidur. Umpama nelayan yang tidur lena di dalam perahu ketika ombak badai melanda, gitu. Sebab g4duh? Kebanyakannya sebab benda kecik saja.

Kadang – kadang sebab per4ngai bapak yang suka menyelerakkan barang, kadang sebab urusan sawah dan banyak lagi la yang kecik – kecik. Biarpun umur sangat muda, saya dah faham, itu tak normal. Saya malu sangat dengan jiran – jiran tiap kali mak bapak berg4duh. Saya boleh rasa, enviroment tu sangat negatif.

Tapi kami beradik tenang – tenang saja. Tak pernah ada yang menangis – nangis bila ada drama perg4duhan. Begitulah tiap kali. Episod berg4duh ni berterusan sepanjang kami membesar ya. Jadi boleh katakan perkahwinan mak dan bapak ni agak t0ksik. Cuma tiada la scene pukuI memukuI, mencarut – carut.

Bapak tak pernah naik tangan atau campak barang. Jadi boleh teka la cerek terbang tu angkara siapa. Hihi. Sedih memang sedih. Tapi sem4kin meningkat dewasa, saya m4kin faham yang sebenarnya both my parents masing – masing tengah struggIe dengan hidup. Dua – dua tiada education, dua – dua tiada ilmu parenting.

Dah jadi mak, lagi saya faham yang sebenarnya mak tu penat. Penat sangat. Beranak 12 kali, anak pertama seawal umur 21 sehingga anak bongsu ketika berumur 44 tahun. Anak berderet, kerja di bendang yang tak habis – habis, urusan rumahtangga hampir semua atas bahu.

Selalu juga mak pergi ke pasar untuk menjual hasil – hasil tanaman mak untuk tambah pendapatan. Mesti mak letih sangat. Bapak pula struggIe nak cukupkan keperluan. Kakak abang di universiti semua tiap bulan kena kirimkan duit.

Kadang – kadang dia terp4ksa ambil upah bertukang tiap hujung minggu untuk tambah pendapatan. So, both my parents ni sebenarnya str3ss. Saya faham. Tapi kan, mak dan bapak ni lucu juga. Berg4duh sampai periuk belanga terbang, tapi diorang berdua ni tetap macam belangkas.

Saya ingat lagi waktu kakak saya yang sulung nak masuk kolej, Mak bapak bersama – sama tebalkan muka ketuk pintu mak cik kaya dekat kampung sebab nak pinjam duit untuk biaya pendaftaran kakak. (Kakak saya tu belajar di kolej swasta, jadi biaya memang sangat mahal dan tiada bantuan)

Mak bapak berg4duh sampai sekampung boleh dengar, tapi esok hari dua orang tu boleh berjalan beriringan ke sawah bendang. Kadang – kadang siap pakej pergi menjala ikan di sungai berdua sebelum pulang ke rumah. Tak faham la. Haha

Bapak selalu jugak halau mak balik rumah makpak dia asal berg4duh. Tapi masalahnya nenek dan datuk dah lama meninggaI. Saya yang baru nak membesar pun rasa tak logik. Bapak.. bapak. Pastu esoknya berbaik lagi. Tapi tipu la kalau mak langsung tak terIuka kan. Mak tak pernah bagitau, tapi mak mesti sedih sangat. Kesian mak.

Ada jugak fasa saya marah dengan bapak sebab suka sangat halau mak. Tapi slowly saya pilih untuk memahami. Sebab saya nak tenang – tenang saja. Bapak ni anak yatim piatu sejak umurnya tak sampai setahun. Dibesarkan oleh kakaknya yang hanya 10 tahun tua darinya.

Cukup umur 12 tahun, dah berdikari sepenuhnya hidup di dunia. Membesar tanpa bimbingan yang proper. Pendidikan pun setakat boleh baca tulis kira saja. Dikahwinkan dengan mak pada usia muda pun supaya ada isteri yang boleh mengurus makan pakainya.

Bapak ni, dia boleh hidup selesa dengan kemudahan yang sangat minimal. Sebab mungkin dia dah terbiasa dalam mode survivaI sejak kecil. Jadi dia anggap kami beradik pun boleh ikut macam dia. Salah satu contoh, dia tak apply sambung air paip sampailah umur saya 9 tahun.

Kami keluarga terakhir yang apply paip bersih di kampung tu. Padahal bapak mampu saja sebenarnya kalau setakat nak sambung meter air. Tapi semua ni bukan totally salah bapak. Mungkin tr4uma masa kecilnya yang membentuk peribadinya sedemikian.

Saya pilih untuk percaya dan memahami bapak begini. Tak mahu mengadili. Saya tak cerita juga, daripada 12 beradik kami, ada sorang meninggaI sebab diIanggar kereta masa umur 5 tahun. Tak boleh bayangkan kesedihan yang mak bapak terp4ksa tanggung.

Kami juga ada 2 orang adik beradik 0KU. Sebab ada anak 0KU ni juga mak selalu terasa hati dengan segelintir orang kampung yang cakap tak bertapis. kadang – kadang mengh1na pun ada. Dahla miskin, ada anak 0KU pulak tu.

Pernah saya tertangkap mak bercakap sendiri ketika dia sedang makan sendirian, “tidak apa, saya masih ada 9 Orang anak yang sihat!” Mesti mak cakap macam tu untuk memberi semangat untuk dirinya sendiri. Bayangkan ketika makan pun tah ke mana fikiran mak meleret kan.

Aduhai mak. Dah jadi mak ni, saya tak habis – habis simpati dengan mak. Hebat sangat ujian dia. Mesti dia simpan sedih dia diam – diam. Dulu – dulu selalu tengok mak termenung jauh ke kebun sayur tepi rumah. Ingatkan dia sedang tengok pokok cili dia yang subur tu.

Tapi mesti dia tengah fikir siapa nak jaga anak – anak 0KU dia bila dia dah tiada. Saya rasa la, sebab mak asyik – asyik pesan dengan kami. Dah berjaya nanti jangan abaikan adik beradik 0KU kami. Ada komen di luahan saya yang pertama, semoga keluarga kami hidup happily ever after katanya. Terharu sangat. Tapi di dunia ni, happily ever after tu tak wujud kot kan.

Saya pun ingat bila dah berjaya nanti habislah mak bapak saya pamper bagi semua benda yang diorang nak. Hehe. Tapi impian untuk bahagiakan mak, kekal mimpi saja. Tahun ketiga ijazah, tepat pukuI 3 pagi, saya terima panggiIan. Mak meninggaI. Heart att4ck.

Betul – betul sebulan sebelum saya nak balik kampung bercuti. Tak sempat nak jumpa mak for the last time. Kali terakhir jumpa mak masa cuti semester, 5 bulan sebelum dia meninggaI. Masa dah nak bertolak balik ke uni, mak escort saya sampai ke pintu teksi.

Saya tengak mata mak berair masa saya salam dia. Bergetar – getar suaranya pesan ‘jangan asyik makan maggie’. Eh. sedih pulak nak sambung tulis. Hmm.. Mak tak pernah tau tunjuk air mata depan anak – anak. Tapi masa tu dia menangis.

Rupanya itu pertemuan kami yang terakhir. Our last goodbye. Lepas dapat call mak meninggaI tu, saya packing barang sambil nangis. Tangisan saya m4kin kuat bila tengok sarung bercorak marble yang saya belikan untuk mak guna duit biasiswa.

Cantik sangat mak. Hadiah paling mahal yang saya mampu beli masa tu. Ingatkan nak bagi masa balik kampung nanti. Tapi tak sempat nak bagi, mak dah pergi dulu. Esok pagi tu saya fly balik kampung. Masa tu saya umpama jas4d kosong yang berjalan.

Kaki rasa macam tak jejak tanah. Hiruk pikuk di sekeliling saya dah tak register dalam otak. Saya cuma ingat dalam kapal terbang saya duduk kaku sambil pandang awan – awan yang bergerak melalui tingkap. Air mata non stop mengalir tanpa suara.

Orang sebeIah saya pun tak perasan saya sedang menangis. Fikiran saya kosong. Sedar – sedar dah sampai depan rumah. Seminggu kemudian, saya fly kembali ke uni. Hari pertama, terus duduk exam ulangan sebab kebetulan minggu mak meninggaI tu minggu exam.

Semester tu pointer drop sangat. Saya tak dapat dekan tahun tu. I was at the lowest point of my life. Dekat luar saya tak pernah tunjuk sedih. Tapi masuk saja dalam bilik, saya nangis sampai sesak nafas. Tiap kali tr1ggered, Berjam – jam saya nangis non stop.

Nasib baik roomate saya selalu outing dan balik rumah dia. Jadi tiada siapa pun tahu struggIe saya tu. Balik kampung masa mak meninggaI tu, saya sempat bawa baju lusuh berwarna hijau, berbelang putih yang arw4h mak selalu sangat pakai tiap kali dia ke bendang.

Baju tu bau sawah, bau lumpur dan peluh arw4h mak. Saya lipat elok – elok, simpan bawah bantal saya setahun lamanya. Hampir tiap malam saya menangis senyap – senyap sambil peIuk baju tu. Lepas setahun baru saya lipat baju tu masuk dalam box.

Bau arwah m4k pada baju tu pun dah hilang. Masa tu, Saya memang macam tak merelakan dia pergi, saya rindu. Rindu tu sampai s4kit sangat rasanya. Bapak? Dia br0ken-hearted sangat lepas mak meninggaI. Tiada dah kawan berg4duh dia.

Bertahun – tahun bapak abaikan sawah bendang, sebab asal jejak kaki ke sana, pasti teringat arw4h mak kamu. katanya. Abang 0KU saya cerita, bapak tiap malam menangis. Dia tahu la sebab dia tinggal dengan bapak. Kesian bapak.

G4duh – g4duh pun, arw4h mak sajalah penemannya ke mana – mana. Ke bendang, ke bukit, ke sungai, berdua sajalah mereka. Nah, siapa suruh suka sangat halau mak dulu – dulu. Kan betul – betul dah kena tinggal. Saya pula lepas mak meninggaI, homecoming dah tak mengujakan macam dulu.

Dulu – dulu setiap kali balik kampung saya enjoy sangat jalan – jalan makan angin dekat sawah bendang di awal pagi atau di petang hari. Masih terbayang sosok tubuh arw4h mak berjalan menyusuri permatang sawah sambil memegang sayur kangkung atau sayur pakis yang baru dipetik di tangannya.

Lepas mak meninggaI, kalau boleh saya mengelak turun ke sawah bendang sebab yang dapat hanya rasa sayu. Kebun dan kolam ikan di tepi sawah pun dah terbiar sejak arw4h mak dah tiada. Sawah bendang tu hilang seri. Serinya macam hilang bersama arw4h mak.

Tahun pengajian saya yang seterusnya, saya fokus naikkan semula pointer. Biarpun masa tu saya masih dalam fasa grieving teruk, tapi syukur saya berjaya juga duduk di barisan penerima first class masa convo. Masa convo tu saya ada nangis sembunyi – sembunyi di sebalik riuh graduan – graduan yang sibuk nak tangkap gambar.

Tak tercapai impian diapit mak dan bapak dalam gambar convo saya. S4kit mencengkam rasanya. Tahun ni tahun ke-11 arw4h mak meninggaIkan kami. Saya pun macam dah move on, tapi bila mengimbau kenangan macam ni, baru sedar rupanya Iuka tu masih berd4rah.

Cuma mungkin kes4kitan tu saya letak di satu sudut paling tersembunyi dalam hati. Kalau lama tak usik, Iuka tu macam tertutup sementara. Tapi bila buka sikit saja, kembali berd4rah. Masih s4kit perit rasanya. Tapi ya la. Bila fikir kembali, arw4h mak dah cukup penat di dunia ni.

Macam – macam dia dah lalui. Mungkin Tuhan nak bagi dia rehat awal dari urusan dunia. Rehatlah mak, tak perlu risau. 9 orang anak mak yang sihat tu semua dah berjaya. Anak 0KU mak pun kami jaga elok – elok. Saya pun dah merelakan, cuma kadang – kadang rasa ralat sangat sebab tak sempat nak bagi arw4h mak semua benda yang saya dah angankan awal – awal nak bagi dia.

Rasa ralat sebab dari usia muda sampai akhir hayatnya, tak sempat arw4h mak merasa hidup selesa macam yang bapak rasa sekarang. Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan soal ketentuan hidup m4ti kan. Itu kan urusan Tuhan.

Bapak? Sekarang dah umur pertengahan 70an. Tapi syukur masih sangat kuat dan sihat. Kalau setakat pondok kecil di pinggir sawah, dua tiga hari dia boleh siapkan dengan tuIang 4 keratnya tu. Ada yang cadangkan belikan dia motor.

Hmm, kami beradik dah belikan awal – awal pun. Dia tekan minyak pi Ianggar belukar. Mujur Iebam sikit saja. Hahaha. Pastu sampai ke sudah dia tak sentuh motor tu. Berhabuk saja parking dekat garaj dia tu. Kereta?

Memang tak lah dia bawa. Dari zaman mudanya memang dia tak mahu dan tak minat berkereta. Takut eksiden katanya. Entahlah pak. Yang cakap bapak ni humble, anak – anak dah berjaya pun dia minta basikal saja, tunggu sat. Basikal tu sampingan saja. Haha.

Bapak sekarang ni ada – ada saja ideanya nak minta apa dengan anak – anak. Kami layan saja selagi mampu. Sebelum ni tiba – tiba nak minta sampan. Sampan? Nak guna memancing di kolamnya yang seluas – luas alam tu katanya.

Tiba – tiba baru ni tukar pulak nak jentera pembajak sawah tu. Senang nak bajak sawah tak perlu sewa katanya. Senang betul hatinya minta ini itu. Basikal saya yang dia janji nak belikan tu tak pun kunjung tiba. hehe.

Gurau saja. Saya pun dah m4kin penakut sejak dah jadi mak orang ni. Tak mau dah basikal. Anggap lunas la ya pak. Pendek kata bapak sekarang ni tengah bahagia sangat menikm4ti masa tuanya. Anak – anaknya 9 orang semuanya dah senang.

Sawah bendang sebahagian besar dipinjamkan FOC pada orang kampung yang tak bertanah untuk mereka usahakan. Asalkan tanah w4risan tak jadi semak dah memadai kata bapak. Kami okay saja. Bapak cuma usahakan sawah bendang tepi kolam ikannya tu.

Sekadar mengisi masa lapang. Tu pun upah pekerja untuk siapkan. Bapak selalu jadi mandur saja sekarang. Bahagia betul dia. Rasanya dah panjang sangat ni. sampai sini sajala coretan saya. Semua yang saya tulis ni ikhlas dan jujur luahan dari hati.

Kalau ada pengajaran yang boleh diambil, ambil lah. Kalau ada yang jahat, semoga jadi sempadan. Akhir sekali saya nak share kata – kata yang saya pernah terbaca and somehow kata – kata tu melekat dalam kepala.

“I didn’t grow up having role models. I grew up having people I didn’t want to be like and seeing situations I’d never want to be in”

“Not all of us are dealt the right cards, but doesn’t mean you can’t reshuffle your deck for a better outcome”

Terima kasih baca sampai habis, selamat malam 🙂

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.