Kami takde duit nak balik kampung raya ni. Mak mertua cakap aku hasut suami. Sedangkan dulu suami minta pinjam duit, mereka hina, marah-marah

Bila mak aku kena str0ke, aku dan suami buat keputusan untuk ambil jaga mak dan ayah aku sekali. Tanggungan bertambah, hidup kami makin susah. Masa hari raya, memang kami tak mampu nak balik tapi kami cuba call mak ayah mertua berkali – kali tapi mereka sengaja tak nak angkat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong rahsiakan akaun Facebook aku ya. Aku sudah lama pendam benda ini, tapi kali ini aku rasa aku sudah tidak kuat untuk simpan seorang diri. Aku harap ada yang sudi baca sampai habis dan bagi pandangan yang jujur.

Aku nak mulakan dengan sedikit pendahuluan supaya korang faham keadaan aku dari awal. Aku dan suami memang diuji dengan kesusahan sejak tahun 2020 lagi sampai sekarang. Bukan sekali dua, tapi bertimpa – timpa. Lepas satu, datang satu lagi.

Kadang – kadang aku sendiri pun tidak tahu macam mana aku boleh bertahan sampai hari ini. Lepas itu, mak aku pula kena str0ke. Masa itu memang aku rasa dunia aku gelap sekejap. Aku dengan suami berbincang, dan kami sepakat untuk jaga mak dan ayah aku sekali.

Kami bawa mereka duduk bersama kami supaya lebih senang nak uruskan. Dari situ, kehidupan kami memang berubah sepenuhnya. Tanggungjawab makin besar, duit pula makin sempit. Ujian aku memang datang tanpa henti. Tiba – tiba mak aku tak sihat, dalam masa yang sama duit memang tak berapa ada.

Kadang – kadang nak beli barang dapur pun kena fikir banyak kali. Bil pula datang tak berhenti. Pernah sampai satu tahap, bil telefon suami kena p0tong berminggu – minggu sebab tak mampu nak bayar. Tapi kami tetap diam, tak bercerita pada sesiapa.

Dalam masa yang sama, keluarga mertua aku mula salah anggap. Mereka kata aku hasut suami aku. Mereka kata aku tak bagi suami aku balas mesej, tidak bagi balik jenguk mereka. Sedangkan aku tak pernah sekali pun tergamak buat macam itu.

Hakikatnya, aku dan suami memang tak pernah cerita pasal kesusahan kami dekat mereka. Sebab dulu, masa awal perkahwinan, suami aku pernah susah dan pernah cuba luah atau pinjam duit. Tapi respon yang dia dapat sangat mengecewakan.

Kata mereka, kami asyik mengeluh, cakap tak ada duit, persoalkan kenapa boleh susah? kenapa tidak cukup duit? Mereka sedap menghina sedangkan mereka orang senang. Sejak dari itu, aku set dalam kepala aku. Susah macam mana pun, jangan sesekali minta tolong atau meluah pada mertua.

Aku selalu pesan dekat suami dan suami pun faham per4ngai ibu bapa dia. Jadi bila sekarang kami susah, kami hanya diam. Sesekali telefon, itu pun kalau ada kesempatan.  Masa hari raya, kami memang tak dapat balik sebab keadaan kewangan sangat teruk.

Kami cuba telefon, tapi kedua – duanya tak angkat. Baik mak dia, baik ayah dia. Dari situ, aku sudah mula rasa lain macam. Lepas itu, mereka terus tuduh aku. Mereka syak aku yang hasut suami. Mereka kata aku kongkong suami aku. Masa aku tahu itu semua, berder4i air mata aku. S4kit sangat. Sebab aku tahu apa yang aku buat selama ini.

Masa aku senang dulu, duit memang tak pernah berkira. Setiap kali balik rumah mertua, aku yang akan bisik dekat suami. Aku ajak beli barang dapur, aku ajak belanja makan. Aku bagi duit dekat adik – adik dia, bagi duit dekat mak ayah dia. Aku tak pernah kedekut. Aku tak pernah jadi isteri yang tamak atau sekat hubungan suami dengan keluarga dia.

Tapi bila aku susah, layanan berubah. Semua yang aku buat dulu macam tak pernah wujud. Mereka mula merungut bila tolong, mula pandang aku macam menantu yang tak baik. Dari situ aku nampak per4ngai sebenar. Pernah satu kejadian yang buat aku betul – betul terasa.

Aku datang rumah mertua dengan suami, tapi adik – adik ipar aku buat tak tahu saja. Lalu depan aku tanpa tegur, tak salam, tak pandang pun. Macam aku ini orang asing. Masa itu aku memang tahan air mata, tapi dalam hati hanya Allah saja tahu.

Suami aku nampak semua itu. Dia hanya diam dan cuba tenangkan aku. Kami tak pernah kurang ajar dengan mertua. Suami aku pun tidak pernah kurang ajar dengan ibu ayah dia. Tapi layanan yang kami dapat macam itu juga. Ada satu masa lagi, suami aku cuba telefon ibu dia. Niat dia hanya nak tanya khabar.

Tapi belum sempat cakap apa – apa, terus kena marah. Kata sudah lama tak ingat mak ayah, siap cakap pasal syurga semua. Hakikatnya masa itu suami aku baru sahaja dapat bayar bil telefon yang kena potong lama. Dia hanya diam dan teruskan tanya khabar.

Aku tengok sendiri muka suami aku masa itu. Kecewa, tapi dia tetap sabar. Dari situ aku lagi terasa. Kadang – kadang aku rasa, mungkin ada hikmah di sebalik kesusahan ini. Allah nak tunjukkan aku per4ngai sebenar keluarga mertua aku. Selama ini mereka nampak alim, disanjung saud4ra mara sebab ada duit dan kedudukan. Bagi mereka, ibu bapa sentiasa betul, anak sentiasa salah.

Aku pula jenis yang tak macam itu. Dengan anak aku sendiri pun, aku tak pernah rasa aku sentiasa betul. Kalau aku salah, aku minta maaf. Kalau anak aku salah, dia pun akan minta maaf. Tapi tak pada mertua aku. Bagi mereka, ibu bapa tak pernah salah. Anak saja yang salah.

Sampai pernah mereka cakap suami aku anak derh4ka. Sedangkan aku tahu suami aku bukan macam itu. Dia anak yang baik. Bila ibu bapa dia bercakap atau beri nasihat, dia hanya diam dan dengar. Sekarang ini, aku memang kecewa. Kecewa yang lain macam. Aku tidak berd3ndam, tapi aku pilih untuk jauhkan diri. Aku rasa itu lebih baik untuk jaga hati aku sendiri.

Aku sudah pesan dekat suami, dia tetap kena balik jenguk ibu bapa dia. Jangan jadi anak derh4ka. Kalau ada rezeki, ada duit, pergiIah ziarah mereka. Tapi untuk aku, aku belum bersedia. Aku pilih untuk tak bersemuka dulu. Suami aku faham. Dia tak p4ksa aku. Dia tahu apa yang aku rasa. Dia sendiri nampak macam mana layanan aku dulu dengan keluarga dia masa aku senang.

Aku tetap doakan mereka dari jauh. Aku tak pernah putus doa. Aku harap mereka sihat, panjang umur, dan dimurahkan rezeki. Cuma untuk kali ini, aku pilih untuk jaga diri aku dulu. Aku tak mahu luka yang sama berulang lagi.

Ulasan Pembaca :

Liya Farina : Memang begitulah. Yang berduit dan banyak menabur duit itulah yang akan disanjung dan dipuji baik. Yang tidak mampu menabur disisihkan, dihina, dipandang sepi. Dikatanya kita lupa diri, padahal duit nak makan pun penat nak cari.

Hani Jasmin : Suruh saja suami awak balik seorang jenguk mak ayah dia. Itu kan mak ayah dia. Awak tidak perlu balik. Lagi pun awak kena jaga mak ayah awak yang s4kit.

Song Onim Circle : Sabar. Semoga awak dan suami dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan mampu membahagiakan orang di sekeliling.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :