Kantoi ibu curang, ayah terdetik nak buat ujian DNA dekat kami adik beradik. Aku pelik ayah nak jaga aku seorang je

Bila mak berduaan dengan laki tu dalam rumah, mak akan kurung kami tiga beradik sampai malam dalam store. Makan tak makan tolak tepi, mandi tak mandi pun tolak tepi. Bila laki tu dah balik, mak akan bukak balik pintu store dan cakap…

#Foto sekadar hiasan. Aku Fa, aku anak yang ditinggalkan oleh keadaan selepas mak ayah aku bercerai. Aku sebenarnya bukan anak tunggal, bawah aku ada lagi dua orang adik lelaki (twin), tapi aku terpisah dengan mereka sejak mak ayah aku bercerai.

Mak ayah aku bercerai sebab mak aku. Kalau mak tak buat per4ngai keji dia, mungkin aku tengah bahagia dengan keluarga and adik – adik aku. Mak ayah aku bercerai masa aku umur 7 tahun, adik aku dua orang tu umur 4 tahun.

Sekarang aku dah pun 20 tahun dan benda yang jadi berbelas tahun lepas masih segar di kotak fikiran aku. Aku benci mak walaupun dia lah mak yang lahirkan aku ke dunia. Mak ayah aku bercerai lepas mak aku kantoi ada banyak scandal.

Ayah aku kerja offshore memang payah lah dia nak kerap – kerap tengok kami tiga beradik, jadi m4kin ligatlah mak buat aktiviti keji dia tu. Aku sebagai anak sulung dari kecil lagi dah kena jalankan tugas mak. Mak aku tu macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Padahal mak aku tu bukan bekerja ya.

Ayah aku walaupun dia jarang tengok kami, Ayah masih jalankan tanggungjawab dia sebaik mungkin. Kalau di cuti, dia akan bawak kami pergi jalan – jalan lah, beli itu inilah. Tapi.. Tu hanya sementara sebelum pekung di d4da ibu terbuka satu persatu.

Mula – mula ibu kantoi curang, lepas tu kantoi pulak yang dua orang adik aku tu bukan dari ayah aku. Lepas ibu kantoi ada scandal tu, ayah memang berjuaang untuk dapatkan hak jagaan kami tiga beradik. Tapi entah macam mana ayah tergerak hati nak buat DNA test dan ya, result dia agak mengh4ncurkan hati seorang lelaki bergelar suami dan ayah.

Ayah cuba pujuk hati, cuba pujuk aku duduk dengan dia. Aku yang masa tu pun kecik lagi ni mana nak faham semua benda. Jadi aku tolak pelawaan ayah untuk jaga aku sebab ayah nak jaga aku sorang, dia tak nak jaga adik – adik aku sekali.

Bila aku tanya kenapa, dengan marah ayah cakap “adik – adik kamu tu bukan urusan ayah. Diorang bukan anak ayah”. Mak aku kantoi pun bukan sebab aku yang bukak cerita, tapi sebab Allah nak tunjuk yang tiba – tiba Ayah balik mengejut konon nak buat surprise anniversary mak and ayah.

Tapi tengok – tengok mak dengan laki lain bersekedudukan dalam rumah, bilik tempat ayah selalu rehat. Masa tu kan aku kecik, mana aku tahu benda tu salah walaupun jadi depan mata aku. Pernahlah aku tanya kenapa mak bawak orang luar masuk rumah, mak akan marah aku dan naik tangan dekat aku sampai nyawa – nyawa ikan.

Lepas tu memang tak lah aku nak tanya. Lelaki yang mak bawak balik tu pun kerap bertukar – tukar, jadi aku tak tahu apa sebenarnya mak buat. Bila mak berduaan dengan laki tu dalam rumah, mak akan kurung kami tiga beradik sampai malam.

Makan tak makan tolak tepi, mandi tak mandi pun tolak tepi. Bila laki tu dah balik, mak akan bukan balik pintu store dan cakap “mak ada kerja sikit. So mak tak nak korang kacau. Mak tengah cari rezeki untuk bagi korang senang jugak”.

Lepas mak ayah aku bercerai, aku duduk bawah jagaan mak dengan dua adik laki aku tu tak sampai 3 bulan. Lepas dari tu, kelibat dua adik laki aku tu aku dah tak nampak dah. Mak pulak m4kin hari naik kudis – kudis dari kaki hingga ke kepala. Badan dia lemah.

Mak meninggaI di depan aku dengan keadaan yang sangat menyeramkan. Lepas mak meninggaI, aku ayah jaga. Tu pun tak lama lah ayah jaga aku dalam 5 tahun jugak lah. So masa umur aku 12 tahun macam tu, aku dah kena jaga diri sendiri sebab ayah pun dah ada keluarga baru.

Isteri baru ayah tu orang kuat agama. Bila dia tahu siapa mak aku a.k.a bekas bini ayah yang dah arw4h pun, dia akan pandang serong kat aku. Dia pun tak boleh kalau ayah lebihkan aku sikit. Jadi sebab aku taknak hari – hari g4duh mulut dan tanggung diri aku yang m4kin sedih ni, aku pun angkat kaki. Aku angkat kaki slow – slow.

Masa umur aku 12 ke 15 tahun, aku masih duduk dengan ayah tapi aku adalah buat kerja – kerja sampingan macam cuci pinggan tu untuk sara diri. Duit yang ayah bagi untuk belanja sekolah tu mak tiri aku akan ambik sebab dia kata, “kau tu belum tentu anak sah suami aku. Kot – kot kau anak jantan mana tah mak kau main, dah tu tak payah nak duit laki aku. Faham?!”.

S4kit tapi aku sedar diri walaupun DNA test kata aku ni anak ayah, aku tetap dari rahim perempuan yang tak layak digelar mak. Masa umur aku 16 tahun aku tekad berhenti sekolah lepas banyak kali kena w4rning. Ayah marah tapi aku dah jelaskan sebab siap cakap kat ayah “ayah jangan marah mak cik tau, ni salah akak”.

Dan aku bagi tahu ayah yang aku nak hidup sendiri, ayah adalah hulurkan beberapa duit untuk starting aku berdikari sendiri. Duit tu cukuplah untuk sewa bilik yang rumah kedai tu dekat tengah – tengah kota raya. Jadi kat situlah aku mulakan hidup.

Sampai sekarang umur dah 20 tahun ni, aku jadi malu bila orang tanya pasal mak. Pasal kahwin pulak, memang aku tolak tepi lah lepas banyak kali kena reject dengan family lelaki atas sebab aku ni dari family yang tak jelas.

Ayah meninggaI masa umur aku 19 tahun. Jadi aku jadi yatim piatu lah sekarang. Dan sekarang ni misi aku terfokus untuk cari dua adik aku walau dia bukan sebapa, tapi diorang seibu dengan aku. – Fa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurul Afiful Huda Othman : Allah.. beratnya dugaan mu adik.. semoga Allah permudahkan urusan mu. Semoga Allah sentiasa pelihara dirimu dari manusia yg mengambil kesempatan.. bab ibu, biarlah dia.. urusan dia di atas dunia dah selesai, selebihnya semua aturan Allah.

Dan buat ibu tirimu jugak, semoga dia diberikan hidayah, dan kembalikan apa yang sememangnya hak dirimu dari awalnya dan semoga adik sentiasa di kelilingi insan – insan yang menyayangimu tanpa prejudis tentang asal usulmu, semua terjadi bukan pinta darimu. Semoga berjumpa kembali dengan adik – adik kembarmu.. aaminn.

Princess Marissa : Sedihnya kisah perjalanan hidup mu dik. Semoga dirimu kuat menjalani kehidupan mu seterusnya dan semoga ada insan yang hadir dan dapat memberi mu bahagia dan melindungi dirimu. Pesan akak semoga adik tak rosakkan hidup adik. Jaga solat dan hubungan dengan Allah. Hug from akak to you adik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.