PukuI 10 malam isteri ajak pergi Aeon, saya kata tutup tak percaya. Habis saya kena m4ki punya panas baran

Saya seorang suami kepada isteri yang panas baran. Bila saya kena marah, saya akan masuk kereta, saya akan jerit kuat – kuat dalam kereta sorang – sorang nak lepaskan kemarahan dan kebencian saya. Sehingga saya selalu bayangkan lebih baik saya kemaIangan saja setiap kali saya memandu ke tempat kerja..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya Encik K, berumur 30 an dan mempunyai anak 3 orang dan sudah berkahwin selama 10 tahun. Saya bekerja di utara tanah air dan isteri adalah penjawat awam. Saya sangat memerIukan bantuan kalau ada sesiapa yang pakar dekat sini.

Masalah saya adalah isteri saya seorang yang panas baran. Kami selalu berg4duh disebabkan hal – hal yang kecil saja, yang boleh berlarutan sampai berhari – hari hingga lah berbulan – bulan. Dalam seminggu mesti ada “cooling w4r” dari isteri saya sebab benda yang sangat remeh temeh.

Contoh paling mudah hal yang kecil isteri saya marah, bila kami hendak keluar beli barang basah, dan isteri saya suruh pergi ke pasaraya aeon pukuI 10 malam, dan saya cakap aeon biasa pukuI 9.30 dah siap – siap nak tutup.

Then, dia akan tr1gger dan marah cakap saya tak pernah nak dengar cakap dia padahal saya memang tahu aeon memang tutup. Selalu kalau jadi macam ni, walaupun saya di pihak yang betul, saya terp4ksa ikutkan jugak pergi ke aeon tu dengan berharap aeon memang tutup.

Kalau tutup saya selamat lah dari kena marah, tapi kalau tiba – tiba pasaraya tu bukak, memang teruk la saya kena marah. Bila 3, 4 tahun dah jadi macam ni, saya mula berhati – hati bercakap dengan isteri, saya tidak boleh argue atau question apa – apa dari dia, saya hanya kena ikut saja apa yang keluar dari mulut dia.

Sehingga perbualan normal sudah menjadi tak normal, bila saya sendiri rasa saya berbual dah tak mesra dan rasa awkward sebab saya kena berhati – hati tak nak bagi dia tr1gger dan marah. Dan bila saya jarang bercakap sebab asyik kena marah, isteri pulak marah saya cakap saya dah kurang bercakap dengan dia.

Cakap saya selalu tengok tv saja, sedangkan bila bercakap dengan dia, selalu akan ada point yang tr1gger dia untuk marah walaupun saya dah cuba berhati – hati. Marah dia bukan marah biasa, walaupun benda simple macam kes aeon tu, dia akan bagi cooling w4r dekat saya berhari – hari, sampai dia sendiri rasa nak bercakap dengan saya.

Dalam keadaan cooling w4r tu, saya masih layan dia seperti biasa, cakap baik – baik tapi dia tetap akan jawab dengan kasar. Benda ni akan stop bila dia sendiri rasa sejuk hati, tapi benda ni ambik masa lama, kadang – kadang sampai berbulan pun ada.

Pada awalnya, saya lebih kepada memendam sebab saya tak mahu jadi lagi teruk, kalau saya argue lagi, nanti dari cooling w4r dua tiga hari akan jadi seminggu atau lebih lagi. Tapi, saya silap, saya sepatutnya bagitahu saya tak suka bila asyik kena marah benda benda yang tak sepatutnya kena marah, saya hanya pendam dan cuba melupakan.

Tapi tak sangka ia menjadi b4rah dalam diri saya. Sikit – sikit timbul rasa benci terhadap isteri saya. Dulu, apabila kena marah, saya rasa sedih, tapi sekarang saya mula rasa benci sangat. Saya rasa saya dah tak boleh hidup begini, hubungan ini sangat t0ksik.

Saya pernah sekali meluahkan kepada isteri, tapi akhirnya saya dipersalahkan kerana saya yang dituduh tak faham perasaan dia dan saya yang tr1gger amarah dia. Sejak hari tu, semua nya saya pendam saja sampai menjadi b4rah.

Bila saya kena marah, saya akan masuk kereta, saya akan jerit kuat – kuat dalam kereta sorang – sorang nak lepaskan kemarahan dan kebencian saya. Saya sudah tak nak hidup begini. Tetapi apa yang meghalang saya adalah saya terlalu sayangkan anak – anak, saya tak boleh nak hidup tanpa mereka.

Tapi saya tak nak jugak hidup seperti ini, hanya jadi m4ngsa amarah orang lain, sampai perasaaan saya, amarah saya, penat saya, saya hanya mampu pendam sendiri. Saya nak berpisah tapi saya tak mampu hidup tanpa anak – anak, inilah dilema terbesar saya, 10 tahun saya bertahan kerana anak – anak.

Saya percaya mesti ada follower akan cakap isteri jadi macam tu sebab isteri yang buat semua dalam keluarga. So far, saya setiap bulan tak pernah miss nafkah rm650 untuk dia. Dan semua perbelanjaan kelauarga ditanggung sepenuhnya walaupun isteri saya juga berkerja.

Duit gaji dia semuanya milik dia, dan saya bagi tambahan nafkah wang rm650. Setiap hujung minggu kami akan keluar berjalan – jalan dan makan semua di luar, dan kadang – kadang check in hotel dan pergi bercuti ke seluruh negeri dalam malaysia.

Mohon bantuan pakar apa yang patut saya buat. 10 tahun macam ni, saya rada sangat s4kit tapi s4kit yang tak boleh diubati. Sehingga saya selalu membayangkan lebih baik saya kemaIangan saja setiap kali saya memandu ke tempat kerja.

Selama 10 tahun hidup, tak sampai 5 kali pun dia mintak maaf dengan dia, tapi saya punya side dah beratus kali saya mintak maaf dengan dia, minta maaf tanpa saya tahu pun apa salah dia bila tiba – tiba kena cooling w4r.

Saya tak berniat mengaibkan sesiapa, tapi saya betul – betul perIukan pertolongan, tiap masa rasa asyik nak menangis saja. Terima kasih.. – Encik K (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dee Ya : Cara untuk tangani isteri macam tu. Awak kena luahkan kemarahan awak pulak. Nak bagi isteri sedar kesilapan dia. Contohnya.. dia suruh pergi aeon pukuI 10 malam. Awak pun pergi dengan dia. Bila sampai dan tengok aeon tutup.

Awak membebel dan marah dia sebijik macam dia selalu marah awak. Marah la dengan meIetup dan meluap – luap. Lepas ni dia akan jadi takut pula dengan awak. Percaya lah.. sebab benda macam ni saya dah praktikkan. Kalau awak buat silap dia marah – marah.  Kalau dia buat silap, awak kena marah dia. Tiru semua stail dia. Baru namanya buku bertemu ruas.

Wan Teh Aya : Ya betul silap awak. Dari awal lagi awak berdiam sampai isteri awak dah naik lemak. Berdiam pada isteri awak memang awak salah dan salah awak. M4kin lama isteri awak m4kin naik tocang. Awak nak berpisah tapi terhalang sebab sayangkan anak. Rasanya awak takkan dapat tanggalkan isteri awak sebab tahu kelemahan awak. Isteri awak akan gunakan anak – anak untuk awak kekal dengan dia. Saya simpati dengan awak.

Nurul Abu : Allahu… Abang saya macam ni. Sampai tahap kena pukuI bagai, dia cuba bertahan sampai satu masa. Dia dah Iemas, hati dia dah sengs4ra sangat. Sekarang dia tinggal dengan mak, ulang alik kerja tapi bila cuti je, dia pergi jenguk anak – anak dia ke sana.

Sewa hotel, tidur dengan anak – anak dia. Saya rasa, dia dah takde rasa hormat. Mungkin dia takde rasa sayang pada awak dah. Jangan siksa diri. Saya pun kadang – kadang jerit sampai penat. Puas hati. Baru keluar dari bilik. Benda tu lega sementara sahaja. Tapi memakan diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.