Kawan aku, janda yang aku anggap macam adik sendiri. Dia cakap, aku tak pandai jaga laki. Suami dah mula jijik nak sentuh aku

Depan mata aku dan anak, kantoi suami bawa balik kawan aku sendiri masuk dalam rumah, tidur sekali. Aku bagitahu dekat keluarga mertua..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin dan para pembaca semua. Terlebih dahulu, aku ucapkan jutaan terima kasih pada admin jika confession aku disiarkan. Semoga ia menjadi tauladan pada para pembaca.

Maaf jika posting aku panjang. Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat mukabumi Malaysia. Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala – gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni.

Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi. Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia. Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best giIa. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin.

Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (PJJ). Kat sini la bermula segala kisah kecurangan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu. Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kant0i.

Naluri isteri jangan buat main ye. Jaranglah sangkaan meIesetkan. Hubungan dia dengan skandaI sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka meny3rang semua pihak. Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa boc0rkan pada mana – mana pihak famili. Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh selesaikan sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia.

Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai – jurai pasal takut kant0i dengan mak dia. (bod0hnya aku time tu). Dia mengaku pernah ada affair dengan perempuan ni tapi putvs dah. Padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop!

Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat yakin yang dia tak akan ulang benda sama selepas meIalak macam mak esah nak kena p4ncung kepala.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak, Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat dasy4t dan paling dahsy4t dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain. Owhhh, indah bukan… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku ditik4m bertubi – tubi oleh dua insan ni.

Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggIe. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kend3raan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak. Finally Allah tarik segala – galanya apa yang kami dah ada macam tu aje.

Wahai pembaca, besar taw kesan kecurangan dan penceraian ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu. Sampai hampir separuh gaji aku terhumb4n pada hutang – hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik.

Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku, dua – dua buat macam tak ada apa terjadi. BerIagak macam kawan bisnes aja, tapi rupanya skandaI. Firdi dah mula balik rumah lewat pagi hari – hari.

Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya. Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi – pagi buta bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Bod0hnya masa nih.

Lama – lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku. Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu.

Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul. Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni, “puas dah nak sangat kan?” Muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang perempuan paling murahan dalam dunia nih. Itulah tr4uma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang. Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih.

Setelah berbulan aku tanggung d3rita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan peIuk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku. Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja dicurangi tapi turut terkena buatan dari Nora.

Aku s4kit, mungkin juga efek dari str3ss lagi mudah aku jatuh s4kit. Lepas asar aku jadi m4kin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung. Muka hampir senget sebeIah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi m4ngsa marah aku. Aku menyesal sangat – sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan – kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan h4ncur entah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku bercerai. Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan. Dia setuju, “Teruskan,” kata dia. Dalam tempoh sebulan tu, lagi kuat dia tak balik rumah dan aku ambik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘s4kit’.

Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku m4kin pulih dan m4kin kuat untuk anak aku. Perempuan sekali kalau dia dah move on, habislah kau wahai kaum adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai m4kin mengada – ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputvsan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata – kata dia ni, hingga aku terp4ksa bawa diri dan tak nak terhegeh – hegeh lagi.

1) Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.

2) Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila tahu aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

3) Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan penceraian secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang giIa taIak.

Ucapan pertama selepas bercerai yang aku terima dari salah seorang insan yang sangat rapat dengan aku dulu, “tahniah apa yang dihajati tercapai.” Aku? Hajat aku?? R3muk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga per4ngai dia, tapi walaupon cara dia macam orang giIa taIak tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja. Tak berani datang jumpa famili.

Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jod0h aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi. Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi.

Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku. Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak, mungkin aku rela terIantar s4kit perlahan – lahan m4ti tinggalkan dunia yang fana ni. Tapi Allah lah sebaik – baik perancang.

Setelah beberapa tahun bercerai, Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama. Segalanya – galanya memang berbeza sangat.

Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok. Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perIukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu.

Jadi ibu tunggal bukanlah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni. Memang lelah korang nak baca.

Pengajarannya, Kawan – kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada. Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk. Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jahat di mana – mana. Kadang paling rapat tu la paling kej4m dengan kita kan. Jadi, hati – hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu. Itulah yang pernah jadi pada aku.

Jangan pernah percayakan orang luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. NO!!  Orang luar tetap orang luar dan tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Akhir sekali, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dend4m pada sesiapa yang pernah ani4ya aku (Nora dan Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian!! – Nanie

Komen W4rganet :

Shazwani Shakeri :  Ya, setuju dgn confessor.. paling rapat tu lah yg paling kej4m. Kisah kita berbeza, tapi aku sendiri dah cukup f0bia nak rapat dengan mana – mana orang sebagai kawan. Ditik4mnya aku dari belakang tanpa aku sedar, dengan aku yang sentiasa bersangka baik kepadanya… rupanya s4kit tu datang dari tik4man teman sendiri.

Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Jijiknya rasa kalau lelaki dah ada bini tapi dia pilih untuk berz1na. Kenapa Allah dah sediakan gudang pahala untuk dia bajak tapi dia pergi buat d0sa dengan berz1na dengan perempuan har4m bagi dia. Jijik sangat! Takpelah puan, move on sajaIah. Tak sesuai jadi ketua keluarga pun lelaki berz1na ni, depan isteri dan anak sendiri pulak tu. Allah, runtvh jiwa. Semoga diberi ketenangan jiwa dan kebahagiaan untuk puan dan anak puan. Aamin

Nur Athirah Ahmad : Semoga sis Nani diberi kebahagiaan dan merasai kemanisan hidup berumahtangga. Berpeganglah pada janji Allah, dia menguji dan memberi kasih sayang kepada h4mba-Nya yang beriman. Insyaallah di saat susah dan senang Allah akan membantu kita.

Deedee Nas : Kepada Nora dan sespesis Nora si peramp4s aka perempuan tiada kualiti, bukan si isteri yang tidak pandai jaga suami tapi si suami dengan kau si janda yang tidak pandai jaga diri. Sikit – sikit cakap orang tidak pandai jaga suami, habis kau yang pernah pegang titIe janda tu sebab tidak pandai jaga suami la?

Rosfita Mat Aris : Curang itu adalah kehendak sendiri bukan tak disengajakan. Lazimnya memang begitu, dah ada yang helok dan halal depan mata, yang har4m dan hod4h yang disuka. Kelebihan kepada isteri yang setia dan telah berk0rban segala – galanya untuk suami dan anak – anak, kau mohon pada ALLAH agar segala apa yang dia lakukan kat kau tu, biar berbalik semula pada dirinya. Memang tiada hijab doa orang yang terani4ya ni walau dalam apa jua bentuk doanya.

Noor Lini : Jalan cerita hampir sama, cuma saya lagi teruk sebab ex pakej kaki perempuan, kaki pukuI, biawak hidup dan mempergunakan saya. 7 tahun saya simpan sendiri masalah rumahtangga, akhirnya Allah permudahkan segala proses cerai. Bekas suami saya siap bagi taIak 3 konon nak tunjuk saya salah tapi Allah kan ada, saya diam je. Tapi lama – lama orang tau juga kebenaran. Hari ni bila terbaca kisah ni, teringat balik semua.

Masa dalam eddah bekas suami dah kawin dengan janda tu. Memang dia giIa taIak kacau saya tapi perempuan ni sekali hati dah m4ti, tak ada lagi nak patah balik. Sampai sekarang bekas suami masih kacau saya. Bila tuntut nafkah anak, dia pula m4ki saya, dia takde anak dengan bini dia. Sekarang lepas 2 tahun bini dia kurang ajar cakap nak ambik anak saya. Langkah may4t saya dulu la. Untuk kawan – kawan yang terbaca komen i ni, buat – buat tak tau dah laa.

Pertama kali komen bab ni. Apapun tahniah confessor dan semua ibu tunggal yang mampu bangkit. Andai kita redha Allah ganti dengan jauh yang lebih baik bukan dari segi dapat pengganti suami tapi yang lain, co0toh dipermudahkan urusan, murah rezeki, dapat kawan – kawan yang baik. Alhamdulillah..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.