Dengan bisnes ni saya dah boleh beli rumah 3 biji, kereta tak larat nak tukar dah tau. Sampai bila nak kerja gaji ciput macam ni? Ehh setakat gaji seribu lebih tu mahal lagi tali pinggang LV yang saya pakai ni..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Aku Lili dan aku ada sorang kawan bernama Nana, bukan nama sebenar. Aku tak pandai nak bercerita sangat, tapi disebabkan tadi aku tertengok fb “Sahabat” aku tu, aku jadi teringat kisah awal – awal kami masuk kerja dulu.
Untuk pengetahuan, kami kerja government tapi bukan ni yang aku nak highlight kan, sebab cerita aku ni berkaitan, jadi aku kena bagitau. Aku pendekkan cerita. Habis je sebulan orientasi kami dapat rumah kuarters, biasa 1 rumah ada 3 atau 4 orang macam tu. Dalam rumah aku ada 3 orang semuanya, aku, Yaya dengan Lala.
Aku dengan Nana mula berkawan rapat sejak dia datang kat rumah aku, minta nak duduk sekali dengan aku alasannya budak serumah dia tak suka dia, dorang macam pulau dia, yela budak rumah dia semua orang Johor dia sorang orang luar.
Tapi aku dengan g3ng dorang tu memang baik je, tak pernah pulak aku tengok dorang macam tak suka aku ke apa ke sedangkan aku dengan si Nana ni satu negeri. Jadi bagi aku isu ke’negeri’an ni tak de pun. Tapi sebab nampak dia macam str3ss dan kesian jadi aku tanya pendapat kawan – kawan rumah aku yang lain, semua setuju je dia tinggal sekali dengan kami.
Mula dari situ la aku dengan Nana ni mula berkawan baik, boleh katakan kawan baik giIa – giIa la, pergi mana – mana pun mesti sama – sama. Dah jadi kawan sebilik sebantal sehati sejiwa dunia akhirat la orang kata. Aku pun dah anggap dia macam adik beradik lah.
Tapi tu semua tak lama pun, semua musn4h sebabkan MLM. Si Nana ni bagi aku bukanlah manusia tak bijak, tapi dia boleh kena tipu senang – senang je dengan orang yang dia baru kenal. Kenal pun melalui media sosiaI.
Macam mana boleh kantoi dengan aku? Sebab satu hari tu aku perasan dia bawa balik banyak barang – barang macam jam, perfume dan banyak lagi la. Dia tunjuk kat aku, dia kata dia nak mula buat bisnes. Aku tanya bisnes apa?
Dia kata nak buat bisnes dengan barang – barang yang dia bawa balik tu, senang buat duit, kena cari orang bawah dia je. Aku dah mula rasa pelik, aku tanya la dah check ke belum company tu, memang betul wujud ke? Dah try search dan tanya – tanya orang ke?
Dia kata dah pernah pergi dekat office dorang, jadi company tu memang wujud. Aku tak puas hati la, giIa apa boleh buat duit senang – senang macamtu. Aku tanya Nana, nama company apa? Dia jawab tak tau la nama dia pelik sikit nak sebut.
Jadi aku ambik kotak perfume dia, aku tengok nama company dan aku terus buat carian kat Google, Facebook semua. Dan ternyata firasat aku betul, sah la Nana ni kena tipu. Aku pun tunjuk kat dia, ramai dah yang kena tipu tapi dia tak percaya. Dia m4ki kan aku, h1na mak aku masa tu juga.
Dia cakap kat aku yang aku dengki dengan dia dan ayat dia yang aku tak boleh lupa adalah, “Tak guna sembahyang cukup 5 waktu, puasa tak tinggal, malam – malam bangun solat sunat, nampak macam alim tapi niat nak tutup periuk nasi orang. Ehh orang yang aku baru kenal lagi elok per4ngai dari kau, baik.. Siap pakai purdah lagi.
Aku nak tanya, kalau kau dengar orang cerita kat kau yang mak kau skandal dengan jantan lain, kau marah tak? Macam tu la aku rasa sekarang, rasa s4kit hati sebab kau buat fitnah kat aku dan kawan baru aku”. Dengar je dia kata macamtu, terus aku rasa mendidih sampai kepala wehh.
Tapi aku cuba sabar lagi, aku kata kat dia, “tak guna tua – tua pun b0doh kan? Dah ada bukti depan mata pun tak percaya lagi. Kalau pakai purdah tu kira baik la? Satu je aku nak cakap, soal amalan aku jangan kau persoal sebab itu urusan aku dengan Allah dan mak aku tak de kena mengena dengan cerita kita sekarang ni kenapa nak libatkan dia?”
Nana jawab lagi, “Ohh tau pun marah kalau aku sentuh bab mak kau, habis yang kau tuduh kawan baru aku tu?” Untuk saat tu memang aku rasa macam nak bagi p*n4mpar je kat si Nana ni. Tapi aku tak tau la dari mana datangnya kekuatan untuk aku terus sabar.
Aku bangun keluar dari bilik. Dan begitulah permulaan kepada putusnya persahabatan kami. Sehari dua lepas kejadian tu, macam kebetulan pulak aku boleh terserempak dengan Nana dan jantan MLM tu kat mcd (masa ni tak boikot lagi ehh).
Aku dengan kawan aku tengah sedap – sedap dok makan burger hot n spicy chicken mcdeluxe dia boleh mai kat meja aku dengan budak jantan tu. Dengan berlagaknya dia kata kat aku, “Ha, dah kata kawan dia menipu kan, cakap la dengan kawan dia ni sendiri, kawan aku ni bekas askar, sekarang dia dah berjaya tu yang berhenti kerja”.
Yang jantan tu pula cakap, “kenapa awak kata saya menipu sedangkan kita tak pernah kenal pun, awak pun tak pernah tau saya buat bisnes apa. Mai duk semeja, dengar dulu pasal bisnes ni baru awak boleh nak kata tipu ke tak.
Dengan bisnes ni saya dah boleh beli rumah 3 biji, kereta tak larat nak tukar dah tau. Ni awak dah tabur pasir dalam periuk nasi kawan awak sendiri ni”. Aku pun jawab la, “kalau tak salah tak perlu takut kan? Kalau betul dah kaya raya, ada rumah 3 biji, kereta boleh tukar – tukar macam yang kau cakap tu buktikanlah.
Setakat askar kena buang keje, duk menyewa bilik, kereta pun pakai keta sewa lagi nak berlagak dengan aku. Haritu pakai VW kan? Apsal sekarang guna wira pula, tak dak duit ehh nak sewa?” Dahla, sekarang ni korang dua dah kacau aku nak makan, tolong pergi boleh tak?
Dan dan je kawan aku tu buat drama airmata, dia kata tak sangka aku ni per4ngai teruk macamni, padahal aku ni kawan baik dia. Yang laki tu pula merah padam terus muka dia, nampak la dia marah sungguh. Mungkin dia pelik camana aku boleh tau pasal dia.
Sebenarnya sebelum tu ada budak laki sorang ni DM aku kat fb (askar juga), dia tanya aku pasal Nana tu sebab dia tengok banyak gambar aku dengan Nana, dia kata Nana ada ajak dia join bisnes tu. Aku jawab la aku tak tau sangat pasal tu, pastu aku tanya dia kenapa.
Dia kata bagitau la kawan awak tu yang dia dah kena tipu dengan budak laki tu. Dia memang akan cari m4ngsa – m4ngsa yang kerja gov sebab senang nak apply loan. Jadi, dari situ la dia cerita semua benda. Aku ingatkan kes aku dengan Nana kira g4duh kat umah cukup la kan, tak rupanya.
Aku masuk kerja je ramai kawan – kawan pakat tanya aku, aku malas nak cerita jadi aku jawab yang aku tak tau apa jela. Tapi ada dua orang kawan aku datang minta tolong, sorang tu katanya dah submit untuk buat loan, lagi sorang dah bayar duit pendahuluan beratus jugak la.