Kawan baik per4ngkap aku kena tangkap basah supaya aku kahwin dengan dia. Dah 4 tahun kahwin, aku tak pernah sentuh dia sebagai isteri

4 tahun aku hukvm isteri bagi layanan buruk. Baru ni, dia kemaIangan motor, aku buat tak tahu je. 2 minggu masuk wad, aku tak pergi tengok. Dia nak balik, aku suruh naik grab je. Balik tu, isteri kata, dia dah ready kalau aku ceraikan dia..

#Foto sekadar hiasan. Aku baru join group ini. Terdetik nak kongsi kisah gelap hidup aku. Aku terp4ksa dan dip4ksa kahwin dengan perempuan yang per4ngkap aku. Perempuan itu memang aku kenal sebelum ini. Dia suka aku sejak dari sekolah menengah lagi. Dia banyak kali luah perasaan dekat aku, tapi aku langsung tak ada perasaan dekat dia.

Disebabkan aku tahu dia suka aku dan selalu cuba nak rapat dengan aku, jadi aku terima dia sebagai kawan biasa sahaja. Tapi secara jujurnya aku tak selesa sangat dengan dia sebab dia terlalu beria sampai aku naik semak dan rimas. Aku memang tak boleh sebulu dengan dia, aku memang tak ada perasaan langsung dekat dia.

Dia cantik juga, kira ada rupa tapi entah lah, aku tak ada perasaan langsung dekat dia. Kalau setakat buat member okeylah kot. Aku ada orang lain yang aku suka dan aku sayang, kami bercinta. Sudah beribu kali aku bagi tahu dia yang aku ada awek. Siap aku kenalkan awek aku dengan dia lagi supaya dia tak berharap.

Kisahnya, lima tahun lepas aku bertunang dengan awek aku, buat majlis. Masa itu dia meng4muk, menangis bagai. Dan dia rancang buat planning benda paling b0doh sampai sekarang aku tak maafkan dia, walaupun dia sekarang dah jadi isteri yang sah aku. Korang tahu tak apa dia buat? Dia berpakat dengan adik dia per4ngkap aku.

Adik dia call aku cakap kakak pengsan sebab menangis kecewa sangat aku dah tunang. Adik dia kata kakak nak ced3rakan diri lah apa lah. Masa itu malam, aku ingat lagi pukuI 1.30 pagi 24/3/2020. Aku tanya, “Dik, mak abah mana? Siapa ada kat rumah?”

Adik dia kata mak abah tak ada, abah teman mak malam ini kat wad. Yang itu betul. Abah dengan mak dia memang tak ada rumah malam itu, dia dengan kakak dia sahaja ada. Jadi aku cuaklah. Aku tak nak lah dia buat benda yang tak w4ras sampai bvnvh diri disebabkan aku.

Jadi aku datanglah rumah dia. Rupa – rupanya masa aku on the way nak datang rumah dia, adik dia terus keluar rumah panggil pakcik Ismail, kata aku dengan kak dia dalam rumah sudah dua jam. B$bi punya plan. Masa aku sampai, pintu dah terbuka sikit.

Aku terus masuk tengok dia atas lantai tengah baring dalam bilik. Masa itu dia tengah pura – pura pengsan lah kot. Dah la masa ini dia pakai singlet dengan seluar pendek sahaja. Aku gerak – gerak dia, cuba sedarkan dia dari pengsan tapi dia tak sedar. Lembik terkulai, muka macam baru lepas menangis.

Masa itu dalam otak aku fikir yang adik dia keluar cari bantuan, sebab itu adik dia tak ada rumah masa aku sampai. Dalam call adik dia ada cakap, “Abang tolong tengok kak sekejap.” Tiba – tiba depan rumah dah ramai orang datang. Pakcik Ismail dan ketua kampung dengan jiran – jiran dekat situ ketuk pintu bagi salam.

Elok sahaja orang bagi salam, dia terus sedar, terus buka pintu sambil menangis depan semua orang. Memang ceIaka kan, elok sihat. Masa itu aku explain apa pun orang tak percaya. Tak jalan dah. Seekor manusia pun tak percaya aku, termasuk family aku sendiri.

Padahal aku cerita benda yang betul. Mak aku sampai hampir pitam dengan kes ini. Datang pula adik dia, cerita dekat semua orang kononnya tadi dah panggil banyak kali ketuk pintu kakak dengan abang tak nak buka pintu dua jam. Masa ini adik dia pusing cerita dan semua orang percaya dekat dia dan kakak dia.

Aku tak ada siapa percaya. Aku kena tvmbvk dengan abah aku sendiri sebab malu kan family. Family aku p4ksa aku bertanggungjawab tutup malu. Pada awalnya aku tak nak. M4ti – m4ti aku tak nak kahwin. Tapi mak dia cakap dengan family aku nak bawa kes ini ke polis, cubaan r0goI. Dan abah dia pun dah buat report.

Masa ini aku kena tahan reman tiga hari, kononnya semua yang datang malam itu sebagai saksi. Bila banyak saksi bagi keterangan dekat balai memang aku kena reman lah. Lepas itu mak aku datang bagitahu yang family dia boleh tarik report dengan syarat aku kahwin dengan dia.

Aku dengan tunang aku terp4ksa putus dan tunang aku sendiri pun tak percaya aku. Jadi suka atau tak suka, aku setuju kahwin dengan dia. Sekarang kami nak masuk empat tahun perkahwinan. Tapi aku langsung tak sentuh dia, kami tidur bilik asing walaupun serumah sebab aku benci dia.

Kalau dah kahwin pun terp4ksa, memang aku layan dia teruk lah. Tak macam bini. Asal tengok muka dia sahaja menyirap s3tan aku. Lepas kahwin aku keluar dari kampung berhijrah ke KL, segan nak hadap orang dan jiran. Dari awal kahwin dia sentiasa usaha ambil hati aku.

Dia memang seorang yang beria, macam – macam dia buat untuk aku tapi memang saja aku layan dia teruk sebab aku benci dia sangat. Dan dia sehari tak menangis memang tak sah. Kat sini aku tak nak lah cerita lebih detail apa yang aku buat dekat dia setiap hari. Cuma aku ringkaskan aku layan dia teruk.

Enam bulan lepas dia eksiden jatuh motor masa COD barang. Sepanjang dia kat wad aku tak datang tengok, dua minggu dalam wad. Balik hospital aku suruh dia naik Grab, tak ada masa aku nak ambil dia. Dia masih diam dan sabar sebab dia sendiri tahu aku benci dia. Itu sahaja ayat yang selalu aku cakap dekat dia.

Sekarang dia dah tak beria lagi. Dia pun tak sihat sangat lepas eksiden. Dua bulan selepas eksiden tu dia cakap dengan aku, dia dah redha kalau aku lepaskan dia dan dia tak akan halang aku lagi jika aku nak ceraikan dia. Dia anggap apa yang jadi bukan salah aku tapi salah dia.

Ayat dia, “Cha dah redha kalau abang nak lepaskan cha. Cha minta maaf, minta ampun sebab p4ksa abang hidup dengan cha. Cha tahu abang benci cha, tak sayang cha. Apa yang jadi antara kita cha tak salahkan abang, tapi salah cha sendiri. Maafkan cha ya abang. Kalau abang nak lepaskan cha, cha janji tak tuntut apa – apa pun hak. Dah sampai masa cha nak abang bahagia, walaupun bukan dengan cha. Terima kasih sebab walaupun kita kahwin p4ksa abang tak pernah ada orang lain. Tak tahu lah kalau cha tak tahu di belakang cha. Tapi kalau abang nak failkan cerai sekarang, cha dah ready.”

Menggigil aku masa itu. Terus aku m4ki dia,“Wah senang hidup kau, lepas kau dah musn4hkan semua benda sekarang kau nak bebas dari hukvman. Konon nak hidup dengan tenang lah. Habis nama aku busuk, family aku malu. Ingat boleh settle macam itu sahaja?”

Dia jawab,“Kalau perkahwinan ni dan apa yang abang buat sekarang ini adalah satu hukvman untuk cha, silakan teruskan sampai abang puas. Cha tak akan minta dilepaskan lagi. Cuma cha nak abang tahu, cha bersedia jika dilepaskan.” Lepas itu terus dia masuk bilik.

Entah lah, aku dah macam orang b0doh tak tahu nak buat keputusan. Sama ada lepaskan sahaja dia atau stay berdamai dengan takdir. Jadi aku biarkan benda ini berlalu tanpa apa – apa keputusan. Dan dia tetap buat rutin harian dia macam biasa, jaga makan pakai, jaga rumah macam biasa. Tapi aku hidup dalam buntu setiap hari.

Sekarang dia tengah demam, doktor kata dia kena demam denggi. Jadi memang berkurung dalam bilik dia sahaja. Dia tak masak, tak larat lah kot. Dia order Foodpanda sahaja bubur nasi. Aku pula makan luar sebab dia tak sihat. Dia hanya pergi klinik sahaja, doktor bagi surat suruh refer hospital tapi dia tak nak pergi hospital. Jadi dia duduk rumah sahaja lah.

Tapi dah dua hari dia tak keluar bilik. Kalau keluar pun ke tandas atau ambil makanan Foodpanda hantar. Aku nampak muka dia pucat giIa tapi aku tak tegur. Aku ini nak masuk bilik dia tengok dia pun teragak – agak. Nak masuk ke tak nak? Rasa nak masuk tengok dia tapi hati berat. Serba salah, serba tak kena.

Hati aku risaukan dia sebab dia tak keluar – keluar dari bilik. Tapi dalam masa yang sama masih geram dan marah pada dia. Entah lah. Aku pun tak tahu lah, aku yang kena hukvm atau dia yang kena hukvm sekarang ini sebab fikiran aku yang bercelaru.

Adakah bercerai sahaja jalan terbaik atau berdamai dengan takdir? Sebab aku sendiri tak tahu hati aku macam mana sekarang ini. Maaf cerita aku panjang. Aku luah dekat sini sebab aku tengok ramai yang buat luahan di sini. Aku buntu.

Komen Netizen :

Ash Goaty : Pergi hantar dia ke hospital. Denggi jangan buat main. Kalau m4ti dia nanti jadi lain cerita. Lepas dia sihat nanti, balik kampung, suruh dia cerita perkara sebenar dekat dua belah family. Move on dengan hidup masing – masing. Cerai atau tak, itu kau sahaja yang boleh decide.

Tapi aku tengok dari cerita kau ni, kalau kau boleh sayang dia, dialah yang akan jadi lebih setia dari semua isteri yang ada dekat dunia ni. Dah empat tahun kau siksa dia, hari – hari nangis, aku rasa dah cukup azab untuk dia rasa tersiksa hidup. Dia pun jaga makan minum kau. Hal masa lalu memang takkan dapat mengubah apa – apa. Tapi hal masa depan ada di tangan kau. Cukuplah…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :