Dia sem4kin obses dengan kemewahan. Nak makan tempat tempat mahal, setiap masa beli baju baju dekat butik mahal. Lepas tu plan nak tukar – tukar kereta. Dari situ saya nampak dah, dia seolah – olah takde niat nak bayar hutang saya.
#Foto sekadar haisan. Assalamualaikum pembaca budiman. Saya perIukan bantuan atau cadangan anda tentang ada tak cara untuk tuntut hutang dengan mudah terhadap kakitangan kerajaan. Contohnya melalui ketua jabatan mereka atau seperti cadangan peguam.
Alkisahnya, saya ada seorang sahabat bernama Aida. Saya ada bagi pinjam duit dekat dia hampir 40 ribu ringgit secara berperingkat. Amount tu boleh jadi sebanyak tu sebab selepas dia melahirkan anak, anak dia s4kit sampai tak boleh keluar hospitaI dah.
Anak dia ada masalah otak, tumbesaran tak sama macam kanak – kanak normal lain. Dekat 2 tahun anak dia duduk hospitaI sampai baby tu meninggaI. Kebanyakan ubat dan susu anak dia terp4ksa import dari negara lain yang memerIukan wang ringgit yang banyak.
Aida hanya kerani saja di putrajaya, dan anak dia berada di kelantan ketika itu. Aida ni orang kelantan. Jadi setiap minggu Aida akan balik kampung tengok anak dan masa tu suami dia pun terp4ksa berhenti kerja untuk jaga anak. Sebab tak de orang boleh jaga anak depa.
Aida pun dah ambik cuti setahun tanpa gaji masa tu. Lepas tu suami dia pulak la take over. Masalah kewangan sering menjadi isu besar dia. Atas dasar simpati dan tak sampai hati, saya selalu la offer duit untuk dia. Sebab saya memang lembut hati. Tambah – tambah tengok baby tu rasa sangat kesian.
Aida tak pernah tolak offer saya. Ye la, dengan gaji dia yang tak seberapa tu nak kena bayar sewa rumah, makan, transport pastu wang belanja untuk suami dia lagi memang dia selalu tak cukup duit. Mula – mula saya bagi ratus – ratus ja.
Lepas tu ada sekali dia sendiri mintak 5 ribu. Katanya ada ubat nak kena beli, duit tu boleh claim balik kat kerajaan cuma lambat sikit. Lagipun katanya, kalau nak tunggu claim dulu proses tu lambat, sedangkan anak dia perIukan ubat tu segera.
Jadi saya pun tanpa fikir panjang terus bagi la. Masa tu saya tak de masalah duit sebab saya main saham. Alhamdulilah saham saya selalu naik tinggi, cuma lepas saya dapat tahu fatwa dah kata saham tu h4ram, jadi saya terus berhenti la.
Bila dia tahu saya main saham, dia pun kata nak belajar main. Katanya segan sebab banyak susahkan saya. Dan dia kata nak langsai hutang saya melalui saham tu. Walaupun saya berat hati sebab saham ada banyak risiko, dan saya rasa dia tak sesuai. Tambahan emosi kena betul – betul kuat. Tapi saya tahu dia bab em0si memang fail.
Ye la ketika tu hubungan suami isteri tu dah ada masalah. Suami dia asyik ugvt untuk tingalkan anak. Jadi dia hari – hari tertekan dengan isu tu. Tambahan dia kata nak upah mengasuh mahal kalau suami dia betul – betul tingalkan anak tu. Jadi dia kata kena fikir dari awal tentang sumber kewangan dia.
Nak tak nak saya terp4ksa la tolong dia. Sebab dia seorang ja sahabat saya, dan saya pun satu – satunya sahabat yang dia ada. Dia tak de kawan – kawan langsung selain saya walaupun kat tempat kerja. Sebab tu saya banyak tolong dia tanpa fikir panjang.
Tapi saya suruh dia pergi belajar kursus dulu supaya dia mahir dengan sistem dan sebagainya. Dan sekali lagi saya pinjamkan duit, serta bagi modal. Mula dia tak berani main, dan suruh saya mainkan untuk dia. Saya cakap tak boleh macam tu.
Akhirnya dia hanya follow saya, tapi kerana bergerakan jual dia beli yang lambat menyebabkan dia rugi banyak. Walaupun saya puas nasihat dia untuk stop, tapi kerakusan dia nak cepat cover rugi tu sampai dia pergi gadai barang – barang kemas dia.
Aida ni ada 1 sikap tak baik, dia kerap buat personal loan. Walaupun saya nasihat jangan tambah hutang tapi hutang dia m4kin belambak sem4kin hari sehinggakan sh0pee pun dibuat hutang. Akhirnya bila hutang tu tak boleh settle, contoh macam emas tu nak luput dah, saya la akan jadi bank dia.
Walaupun kadang – kadang saya marah direct dengan sikap dia, tapi persahabatan kami berjalan elok ja hingga la lepas anak dia meninggaI, dia pun bercerai dengan suami dia. Sikap dia m4kin hari m4kin berubah. Dia berkawan dengan ramai orang lelaki.
Saya tak kisah yang tu, tapi nampak dia sem4kin obses dengan kemewahan. Nak makan tempat tempat mahal, setiap masa beli baju baju dekat butik mahal. Lepas tu plan nak tukar – tukar kereta. Dari situ saya nampak dah, Aida seolah – olah tak de niat nak bayar hutang saya.
Dan seolah – olah nak ubah life style dia walaupun dia tak mampu. (maaf la bukan nak kutuk, tapi terlalu emosi). Dia cakap dia nak tarik laki kaya sebab bekas suami dia kerja biasa ja. Dan dia kata dia dah banyak susah kerana laki tu. Kali ni dia nekad nak hidup senang dengan cari laki – laki kaya.
So dia banyak la masuk apps2 mengarut sana sini, sampai dia jumpa 1 laki ni katanya duda jugak dan kontraktor berjaya dan depa rancang nak kahwin. Masa tu dah nampak perubahan sikap dia yang sangat ketara di mana pakaian dia yang dulunya elok menutup aurat, dah mula pakai tudung singkat – singkat serta tangan pendek.
Katanya nak ikut trend. Kemudian beli produk muka mahal – mahal tapi pakai tak sampai seminggu tukar lagi. Mungkin saya kerap tegur sikap boros dia, Aida mula tak senang dengan saya. Tambahan lagi, saya dapat rasa lelaki yang dia berkawan tu agak kontrol dan mengubah cara hidup dia dengan gaya orang – orang kaya.
Dan saya juga rasa laki tu ada niat tak baik iaitu ingin gunakan Aida untuk buat loan. Sebab Aida penah cakap, laki tu nak kembangkan bisnes guna nama Aida. Ye la, Aida gov staff senang dapat loan. Jujurnya, sebagai sahabat yang sayangkan dia, saya memang tegur dia.
Bukan saya sibuk tepi kain dia, tapi saya rasa saya berhak sebab dia sahabat yang saya pernah sayang. Saya rasa lelaki tu tak baik untuk dia, sebab tu saya nasihat dia suruh tinggal ja laki tu. Tapi dia nekad nak lelaki tu jugak sebab duit jadi point utama dia.
Tapi entah la, hubungan kami lepas tu bergolak teruk hingga persahabatan kami terputvs. Sebab dia tak puas hati saya tak suka dia nak kahwin dengan laki tu. Masa tu dia nak kahwin dah dengan laki tu, tapi dia kata jangan datang majlis dia.
Walaupun saya sangat sedih dengan sikap dia, tapi masa tu saya langsung tak ungkit pasal duit dan sebagainya. Sampai dah dekat setahun tu, saya pun ada masalah kewangan. Terp4ksa la saya cari dia untuk tuntut hak saya.
Tapi dia kata dia takde duit. Dia masih lagi dalam fasa nak stabilkan kewangan dia. Jadi dia kata dia tak boleh bayar. Saya bagi cadangan suruh dia buat loan untuk settle hutang saya, tapi dengan angkuh dia kata, dia tak kan buat loan untuk saya.
Siap dia kata, bukan dia yang mintak tapi saya yang tawarkan. So dia memang tak boleh bayar. Lepas berlaku perg4duhan antara kami, kemudian dia hanya bayar seratus sebulan yang hanya bertahan beberapa bulan ja.. Lepas tu dah terus tak bayar. Bila saya mesej, dia hanya bluetick saya.
Sikap dia yang buat saya macam tunggul ni buatkan saya tr1gger banyak hal.. Sebagai manusia biasa, saya jadi sangat marah dengan sikap dia. Dengan gaya percakapan dia yang kurang ajar, sebab dia cakap duit tu pun bukan datang tergolek kat saya, tapi tu duit hasil ahli keluarga saya yang meninggaI, buatkan saya rasa menyesal tolong dia dulu.
Sebab duit modal saham saya adalah dari wang faraid arw4h abah saya. Apatah lagi ada kawan saya stalk fb dia, btw dia dah blok saya dari fb dia. Kawan cakap elok ja hidup dia tayang itu ini. Tapi hutang saya tak nak bayar.
Masa dia cakap bukan – bukan pun saya hanya diam dan sabar ja.. Malas nak bertekak dengan orang macam dia. Memang awal – awal dulu saya cakap bila – bi;a ada duit baru bayar, tapi bila fikir kata kata dia dulu nak kahwin dengan orang kaya sebab nak settle hutang saya cepat menyebabkan saya rasa nak tuntut la hak saya.
Apatah lagi saya rasa tr1gger dengan ayat dia pasal ahli keluarga saya yang dah meninggaI. Jujurnya kalau 2-3ribu memang saya halalkan ja. Tapi amount ni sangat banyak dan saya memang perIukan duit sangat sekarang ni. 3 tahun saya diam hanya sekarang ni ja saya mula mintak hutang saya.
Untuk pengetahuan segala rekod hutang tu ada di group wasap kami, dan jugak bukti transaksi online. Jadi saya mintak la kalau ada cara untuk saya dapatkan hak saya tu boleh share la dekat saya. Terima kasih. Maaf sebab ayat saya panjang – panjang. Maaf jugak sebab ada part yang lari topik asal… – Iman (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Julie Anme : Kita belum m4ti, belum tau beratnya bebanan hutang selepas m4ti. Kepada semua yang membaca, bersihkan hutang sedikit demi sedikit dengan apa carapun. Supaya ringan urusan kita di akhir4t.
Lili : Sorry TT cuma nak bagitau yang ada 2 kawan I sampai sekarang tak bayar balik duit hutang I. Sebelum berhutang, kitorang kawan elok jea. Lepas setahun baru I mesej mintak bayar hutang. I mesej elok – elok dan siap mintak dorang bayar sikit – sikit. Terus layan acuh tak acuh. I pun tengah berusaha nak dapatkan balik duit I beribu jugaklah. Last option I fikir nak gi jea rumah dia time raya nie sambil – sambil tu mintak duit haha.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.