Kawan bilik aku baru lepas guna tandas. Bila aku nak masuk bersepah sisa kuning-kuning. Dia menari sambil membuang agaknya..

Sebilik dengan pelajar kolej swasta, masing – masing berlagak, kuat pergi club, bawak jantan masuk rumah. Satu hari tu, aku baru balik, bila aku lalu depan bilik dorang, siap jeling aku. Pelik..

#Foto sekadar hiasan. Salam dan hai semua. Nama aku Shura, 22 tahun dan kini sedang menjalani latihan industri di sebuah bandar yang jauh dari hometown aku. Tujuan aku menulis di sini sebab nak meluah apa yang terbuku, maaflah sekiranya bahasa agak melalut sebab aku emosional orangnya.

Alkisahnya aku menyewa bilik di atas bangunan kedai dan selain aku, ada 4 student perempuan dari sebuah IPTS yang berdekatan tempat sewa menyewa di tempat tersebut. Beberapa minggu awalan tinggal di tempat itu semuanya okay tetapi hari tak selalunya cerah.

Kejadian pertama merunsingkan adalah bila aku pergi ke toilet awal pagi dan bau hancing yang teramat t4jam menusuk kalbu. Str3ss bila bau, aku cuci pakai serbuk pencuci dan akibatnya aku lewat ke office. Ohya, toilet ni ada 3.

2 untuk membuang dan 1 lagi untuk mandi dan d idepan ketiga – tiga bilik air ni ada 1 ruang khas untuk mencuci pakaian. Boleh tahan besar dan aku wondering di mana agaknya orang tu k3ncing sampai bau penuh 1 ruang bilik air besar tu!

Kemudian setelah kejadian tu, wujud pula kes lain. Aku selalu tinggalkan liquid pencuci aku disinki. Balik dari office petang tu ingatkan nak cuci pinggan tapi bila dah sampai ke sinki, patah hati tengok liquid tu dah habis sebotol padahal aku guna tak sampai setengah kot.

Diorang ni cuci pinggan mangkuk atau kereta api sampai guna liquid aku habis – sehabisnya. Tapi aku hanya mampu marah dalam hati je, aku masih bersabar walaupun aku dapat rasa angkara siapa. Takkan tauke tempat sewa datang cuci pinggan mangkuk kat situ pulak, kan?

Dan suatu hari, 3/4 orang gadis IPTS ni tadi entah ke mana so tinggal la aku dengan seorang ni. Kalau tak silap mereka selalu panggil dia Mal. Malisa or Malaun apa entah nama beliau. Yang ni, aku paling marah. Hari kedua tinggal bersama tu, dia pergi toilet (dapat dengar bunyi shrep shrep selipar beliau).

Kemudian bunyi flush apa semua la. Dia masuk bilik, kunci. Selalunya diorang bukak je pintu bilik seluas – luasnya. Tapi kali ni dia tutup dan kunci. Tak lama lepas tu aku decided nak mandi lepas buat report, masa ni hujung minggu. Masa untuk orang berehat.

Aku pergi masuk jamban, eh sekali tengok! Ya Allah.. macam mana budak ni membuang agaknya? Di lantai serta tepi mangkuk jamban w4rna kuning je. Dia menari ke apa? Dengan penuh kesabaran aku spray sisa beliau dan hanya mampu marah dalam hati.

Yelah kalau bukan aku yang cuci siapa lagi? Dia? Dia lepas membuang pun tak tahu nak cuci apatah lagi nak datang jamban balik spray sisa dia sendiri. Lepas tu, bukan sekali dua aku jumpa cop sisa kat toilet tempat membuang.

Beberapa kali dan TIADA SESIAPA PUN dari mereka yang tolong bersihkan. Masa cuti semester pun tiba, aku balik hometown aku. Ada la dalam 2 minggu kemudian aku balik lagi kat tempat sewa aku. Dan kalau nak ke bilik aku kena lalu bilik mereka berempat ni, masa lalu tu mereka jeling semacam aje. Aik? hati aku dah start tak sedap dah. Tapi aku buat selamba aje.

Mungkin Tuhan nak bagitahu kot sebab level curiousity aku terhadap pandangan aneh mereka m4kin menjadi setiap hari. Tak lama lepas tu aku terdengar mereka gossip. Oh rupanya kasut dan sandal salah satu dari mereka hilang di depan bilik. Barang mahal katanya.

Dan yang parah mereka syak aku. Kalau boleh masa tu aku nak defend diri aku, oi aku balik kampung aku la, mana ada masa nak mencuri barangan korang! tapi aku tak mampu, nanti terkantoi pulak kan intip perbualan orang so aku biarkan aje. Buat b0doh aje.

Oh dan mereka ni kaki clubbing dan aku memang jahat nak katakan mereka ni boleh tahan besar jugaklah badannya. Kalau besar, pandai minta izin pakai barang orang dan prihatin serta sedar diri menyewa dengan orang lain, takpa, aku masih pandai hormat tapi yang ini aku tak boleh nak bertolak ansur.

Kadang-kala aku sengaja tendang selipar dan kasut mereka depan mata depa sendiri. Terubat sikit s4kit hati aku. Ya, mungkin aku jahat tapi kalau orang layan aku bebaik takkan aku nak jadi s3tan depan mereka kan? Apa yang buat aku m4kin meluat dengan mereka adalah, hanya kerana mereka student dari kolej swasta so mereka anggap diri mereka berduit serta hidup ala – ala Kylie Jenner tapi kenyataannya diorang masih menyewa di atas bangunan kedai.

Dan aku agak sedih la bila aku dianggap budak miskin yang k0rban kehidupan muda aku dengan bekerja. Eh hello, I tengah training ok? Rasa hati memang mahu semahunya jerit macam tu dekat muka depa yang make up 15 inci tu tapi aku tak mampu.

Dan aku juga tak suka kawan – kawan dorang. Boleh dik4takan setiap hujung minggu ada la 2 – 3 orang budak lelaki datang jemput mereka dan amboi, kegatalan mereka boleh tahan tau. Pernah sekali tu, aku tak tutup pintu.

Eh, boleh boleh pulak seorang terjenguk – jenguk tengok bilik aku. Kasi pen4mpar sekali kang, masuk hospitaI mental kau dik. Lepas tu sekali lagi, aku lalu depa balik dari toilet, mereka siap bersiul lagi. Gelinya hanya Tuhan yang tahu.

Aku doa aje dalam hati moga dijauhkan daripada kejadian yang tidak diingini. Sebenarnya banyak lagi, tapi takpe la aku perhati aje perbuatan mereka ni. Maaflah luahan hati aku ni terlampau – lampau panjang. Aku emo sikit, sebab tak dapat tidur.

Aku pulak belum habis praktikal dan masih menyemadikan diri di tempat sewa ni. Macam biasa, aku kena belajar bersabar walaupun kadang – kadang aku menyumpah seranah dalam hati. Semalam mereka makan mee beramai – ramai (dengan geng lelaki), pagi tadi penuh aje sinki dengans semua jenis peralatan dapur, tong gas aje takda. Penuh bersemut serta bau yang mengharumkan.

Selain tu kegemaran depa semua ni suka pasang lagu cina yang selalu dimainkan di kedai – kedai di pasar. Ala, yang remix tu. Lepas tu lagu jiwang dari negara jiran, lepas tu lagu remix dari zaman mana entah. Meny4kitkan telinga, jiwa dan raga.

Aku betul – betul tak sabar nak habiskan praktikal aku dan kembali ke tempat aku. Siksa wei di sini, silap hari bulan boleh giIa. Nak pindah aku malas nak angkut barang. Bertahan aje la sampai habis huhu, sekian dari aku yang terp4ksa tinggal dengan manusia zaman batu.

Aku just nak pesan, kalau perempuan buat per4ngai perempuan. Bukan nak cakap aku gadis melayu terakhir, aku pun kadang – kadang pemalas tapi tiadanya membuang merata. Dan aku sejujurnya expect depa ni yang pandai keluar clubbing serta minum ar4k dan bergaul sangat ni pandai menggunakan toilet tapi selama ni aku salah.

Mesti korang tertanya daripada aku tau depa semua kaki club kan? Aku terjumpa FB salah seorang so aku stalk, maaf aku sometimes suka stalk orang. Assalamualaikum semuanya. – Shura

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.