Kawan hasut aku curi duit ayah. Aku bangga dapat curi. Sampailah makcik kantin terk3jut aku bayar guna duit RM100, kantoi..

Aku datang dari keluarga berada sebab tu kawan – kawan hasut suruh aku curi duit ayah aku. Mula – mula RM5 je sampailah RM100. Tapi kantoi dengan makcik kantin sebab aku bayar guna duit RM100. Dia report dekat cikgu dan cikgu bagitahu mak ayah aku..

#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali terima kasih tuan admin, siarkan kisah aku. Sebenarnya aku dah lama nak luahkan benda ni tapi tak tahu nak luah kat siapa. Nasib baik zaman sekarang dah banyak platform untuk orang luahkan masalah tanpa perlu takut orang tahu atau kenal.

Masa aku kecik dulu, aku seorang budak yang ceria. Kalau kat tadika dan kampung, ramai kawan dan sepupu mengelilingi aku untuk mendengar cerita. Aku suka bercerita. Cerita pak pandir, kisah – kisah nabi dan sahabat dan macam – macam lagi.

Aku sama macam kanak – kanak lain yang ceria dan gembira. Kemudian bila aku darjah 1, petang – petang lepas balik dari sekolah, setiap hari aku akan ditinggalkan seorang diri dekat rumah bersama abang yang waktu tu darjah 5.

Sebab kami sama – sama sesi pagi kat sekolah. Mak ayah aku plak bekerja, zaman dulu biasa je kalau tinggal anak untuk pergi kerja. Mungkin dulu tak ramai orang jahat kot macam sekarang. Tapi mungkin orang jahat takde dekat luar, tapi dalam rumah?

Saat itu hidup aku mula berubah. Alhamdulillah aku takdelah kena s3xual h4rrassment pun, yang macam selalu aku baca dekat page luahan ni. Tapi abang aku selalu lepak rumah kawan. Dan bila balik, dia akan pukuI – pukuI aku. Dia ejek – ejek aku sebab kulit aku ni gelap.

Aku tak tahulah benda tu normal ke tak g4duh dengan adik beradik sampai Iebam – Iebam. Bila mak ayah balik, per4ngai dia serta merta berubah, berlakon jadi baik. Bila mak aku nampak ada kesan Iebam – Iebam kat tangan dan kaki aku, aku akan tipu.

Aku akan jawab terjatuh, tersepak dinding ke sebab aku takut dengan abang aku. Waktu tingkatan 1, abang aku dapat tawaran masuk asrama. Betapa gembiranya aku waktu tu. Sepanjang abang aku duduk asrama, aku jarang ikut family lawat abang aku.

Waktu sekolah rendah jugak, aku terjebak dengan kawan – kawan sekolah yang nakal. Mereka asyik hasut aku untuk curi duit ayah aku. Untuk pengetahuan korang, keluarga aku agak berada. Ayah aku hantar dan ambil aku dari sekolah dengan kereta mewah.

Jadi kawan – kawan aku hasut sehinggalah aku jadi berani, aku pun nak tunjuk hebatlah. Mula – mula aku curi sikit – sikit je, mula tu RM5 kemudian naik sikit curi RM10. Sehinggalah aku jadi sangat berani dan aku curi RM100.

Waktu aku tunjuk not duit RM100 kat kawan – kawan, mereka bersorak dan puji puji aku. Aku cukup bangga waktu tu. Bangga sebab berjaya jadi yang terpaling ‘jahat’. Bila aku ke kantin untuk beli makanan, makcik kantin terk3jut aku pakai duit RM100.

Yelah, budak sekolah rendah kan. Dia tanya mana awak dapat duit besar sangat ni? Lepas tu dia pun mengadu kat guru kelas aku dan guru kelas aku call mak ayah aku. Dah kantoi kat situ. Malu yang teramat tapi aku masih boleh buat macam biasa dengan mak ayah aku.

Sehinggalah aku darjah 4, aku mula teringat ingat kembali apa yang aku buat dulu. Lepas tu aku rasa sangat bersalah dengan mak ayah aku. Aku selalu nangis sorang – sorang kat bilik sambil mengenangkan yang aku pernah curi duit ayah aku.

Aku maIukan dorang dekat cikgu, dekat orang luar, conteng arang dekat muka dorng. Suatu hari, duit mak aku hilang. Kemudian mak aku datang jumpa aku sorang – sorang kat bilik. Mak aku tanya, “kenapa fida buat macam ni? Apa yang fida nak beli? Bagitaulah ibu. Nanti ibu belikan. Janganlah curi duit ibu”.

Aku beriya – iya menafikan benda tu. Serius, aku tak curi. Tapi mak aku tak percaya. Bila mak aku keluar bilik, aku conteng buku luahkan perasaan sambil menangis dengan dahsyatnya. Aku rasa tak layak duduk rumah mak ayah aku. Tak layak nak makan makanan yang mak aku masak.

Aku selalu berkurung dalam bilik sebab malu nak menatap wajah mak ayah aku. Bermula aku darjah 5, aku selalu bercakap sorang diri bila aku berkurung dalam bilik. Keadaan lebih teruk bila cuti sekolah sebab abang aku ada kat rumah.

Aku cuma keluar untuk makan je. Itupun aku makan waktu family aku dah habis makan. Bila aku sem4kin meningkat dewasa, aku berubah menjadi pendiam. Tak pandai nak mulakan perbualan, sedangkan waktu kecik dulu aku sangat ramah.

Aku juga menjadi orang yang tak pandai nak express emotion. Bila tengok cerita h4ntu, aku tak menjerit pun sedangkan aku sedang takut. Bila tengok cerita sedih atau dengar cerita sedih, aku rasa sedih tapi tak dapat nak menangis.

Bila dengar lawak, kawan aku semua gelak terbahak – bahak, sedangkan aku rasa benda tu kelakar tapi aku tak dapat gelak. Sekarang aku dah berusia 21 tahun, sedang dalam perjalanan untuk menjadi doktor. Aku masih yang dulu, expressionless.

Aku kurang berkawan sebab kawan aku selalu terasa bila aku takde expression. Sedangkan aku tak nak pun macam ni. Aku hidup keseorangan. Aku jeles dengan orang yang boleh ketawa. Aku rindu nak ketawa. Betapa nikmatnya boleh ketawa. Tapi alhamdulillah aku dah takde cakap sorang – sorang.

Aku tak salahkan orang lain bila aku jadi macam ni. Sebab aku yang salah dari saat aku mula mencuri tu. Tapi aku hanya budak yang baru berumur 8 – 9 tahun. Adakah aku terlampau fikir dan terlampau emosi memikirkan kesalahan aku dulu.

Ke aku kena berterus terang, minta maaf dekat mak ayah aku betul – betul dan dengar yang dorang pun dah maafkan aku. Mungkin selepas tu baru aku lega.. Aku tengah dilema. Ataupun patut tak aku jumpa pakar psiki4tri? Aku teringin nak ada expression, aku rindu nak ada expression. Boleh ke aku sembuh balik.. – Fida

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.