Kawan mengadu suami dia curang, takde duit beli susu anak. Suami aku kesian bagi duit, aku pula bagi nasihat. 3-4 pagi, dia mesej suami aku

Aku kenal kawan pejabat suami tu nama dia Shida. Dia asyik mengadu masalah suami dia dekat aku dan suami. Aku akan bagi nasihat, suami aku pula bagi duit untuk pampers susu anak dia. Bila Shida bercerai, dia nak kahwin dengan lelaki aku

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Ni fake account min. Aku dan suami kenal hampir 13 tahun dan telah berkahwin selama 5 tahun. Usia aku 30-an. Aku pernah mengandung pada tahun pertama berkahwin tapi tak ada rezeki. Kemudian, berbagai – bagai rawatan kami lakukan tetapi masih belum ada rezeki.

Aku dan suami boleh dikatakan ada rupa. Aku pernah melibatkan diri sebagai model ketika zaman bujang. Selepas berkahwin, aku ubah penampilan dan bertutup aurat. Semasa awal perkenalan dan awal perkahwinan, suami kurus kering tapi aku tak kisah, aku terima dia seadanya.

Sekarang dia berbadan sado hasil daripada jagaan aku. Aku bagi dia makan dan p4ksa dia bersenam. Kami sangat bahagia dan agak berduit dulu. Tu intro je min. Tapi sekarang wujudnya masalah rumah tangga yang berlanjutan selama hampir 2 tahun.

Suami ada perempuan lain sejak dia dapat kerja kerajaan. Aku namakan dia Shida. Shida ni asalnya isteri orang dan rakan sekerja suami aku. Aku kenal Shida agak rapat. Segala masalah rumah tangga dia, dia cerita pada suami aku dan aku pula bagi nasihat. Tak ada duit susu anak, kami pinjamkan. Kami juga bertandang ke rumah mereka jika ada keramaian.

Shida dan suaminya tu pakai bibik walaupun tak senang. Akhir sekali aku dapat tahu Shida dan suami tidur asing sebab suaminya curang. Dalam benci suami ada orang lain pun, masih lagi diorang dapat anak kecil. Masa ni bermulalah Shida mesej suami aku pukuI 3 atau 4 pagi, merayu – rayu dan hantar macam – macam emotikon.

Sejak tu tidur kami tak aman. Suami aku kasihankan Shida. Aku marah Shida dan terasa bagai tertipu apabila rakan sekerja mereka menghubungi aku dan beritahu diorang berdua hari – hari keluar makan tengah hari bersama. Setiap Jumaat pula suami aku tipu aku cakap pergi solat Jumaat, tetapi sebenarnya keluar membeli – belah dengan Shida.

Tambah pula rakannya memberitahu Shida dan seorang lagi rakan ni kaki mandrem. Kebetulan pada awal perkenalan, Shida ada memberi suami aku makan masakan dia sebanyak dua kali. Lepas tu suami asyik bertanya kepada aku, “Tau tak masak macam tu?”

Penghujung tahun lepas, Shida telah bercerai dengan suaminya dengan harapan untuk mengahwini suami aku. Untuk pengetahuan, Shida ni ada 3 orang anak yang semuanya masih kecil lagi. Shida memang berniat untuk singkirkan aku terus. Aku hilang segalanya.

Suami aku berubah 360 darjah. Dia jadi kaki pukuI. Asal berg4duh je dia tolak dan pukuI aku. Maki hamun tu perkara biasa. Di khalayak ramai pun dia tetap akan jerit dan maki aku. Dia layan aku seperti bibik. Jika aku tengah tidur malam, dia akan k3jutkan aku dan mulakan perg4duhan. Aku hidup dalam ketakutan setiap hari.

Sebelum Hari Raya Puasa, aku dipukuI agak teruk dan dicekik. Gara – gara nak kahwin dengan janda tu, aku benarkan dia berkahwin, tetapi ceraikanlah aku. Aku tahu dia tak mampu sebab semua harap gaji aku. Dia tolak aku. Mujur kepala aku tak terhantuk pada dinding simen.

Kalau tak, tak tahulah nasib aku. Dia cakap dia nak bvnvh aku. Mujur pis4u dah aku sorokkan. Dua tiga bulan ni suami dah banyak berubah sebab kami dah tak tinggal bersama. Aku memilih untuk tinggal berasingan, manakala dia tinggal di rumah ibunya. Dia masih bagi nafkah dan layan aku baik. Tapi aku dah pintas WhatsApp dan segala e-mel dia.

Ya, dia masih berhubung dengan Shida. Yang paling meluluhkan hati aku, sebelum Hari Raya Haji baru – baru ni aku rasa tak sedap hati sebab dia mesej aku mesej yang macam ditujukan kepada orang lain. Rupanya mesej Iucah. Bila dia balik raya, aku dapat tahu pada 2 atau 3 bulan yang lalu, sebelum kami tinggal berasingan, dia ada bagi gambar b0gel melalui WhatsApp kepada Shida.

Bukan satu, tapi banyak. Termasuklah video dia sedang puaskan diri. Semua tu dilakukan dalam bilik kami. Sampai sekarang bila aku ingat balik, aku rasa jijik dan h4ncur sangat. Sekarang aku tanya dia, tapi dia tak mengaku. Sama juga macam bil telefon, panggiIan keluar kepada nombor Shida, panggiIan video dan macam – macam lagi. Semua bukti depan mata, tapi dia tetap menafikan.

Sekarang aku buntu sangat sebab macam dalam mimpi semua ni terjadi. Aku dah tak boleh terima suami walaupun dia cakap dah tak buat lagi. Dia ajak aku tinggal bersama dia di rumah kuarters yang dia mohon. Aku takut nak hadapi hidup tanpa dia sebab sekarang aku dah tak bekerja.

Aku memang b0doh sebab terlalu tertekan dengan kekacauan daripada Shida sampai aku berhenti kerja. Kami makin jatuh miskin selepas suami curang dan banyak berhabis untuk Shida. Barang kemas aku juga banyak dipajak oleh suami dan aku dah tak mampu nak tebus.

Untuk pengetahuan, aku ada ambil gambar kesan lebam pada badan aku semasa dipukuI dulu. Aku sentiasa percaya Allah ada. Hari – hari aku berdoa agar suami berubah. Aku tak berani nak buat laporan polis sebab aku risaukan keselamatan aku.

Tapi jika dia berubah pun, aku tak tahu macam mana nak terima dia macam dulu. Jika dulu aku boleh maafkan, tapi sekarang aku rasa jijik sebab sanggup dia bagi gambar b0gel kepada orang lain yang memang sah – sah h4ram. Untuk pengetahuan juga, aku baru mendapat taw4ran temu duga kerja dengan gaji yang agak bagus.

Aku berharap sangat dapat kerja tu sebab aku pernah nekad berjanji dengan diri sendiri yang aku akan tinggalkan suami jika dapat kerja. Aku juga berharap kerja tu dihantar jauh daripada suami. Tetapi jika aku tak dapat kerja tu, aku akan kerja biasa – biasa je.

Cuma aku buntu, adakah aku bakal duduk kembali bersama suami atau tetap berasingan. Tapi sampai bila nak macam ni? Keluarga mentua dah tahu berkenaan Shida dan diorang memang menentang, tetapi suami langsung tak peduli. Kalau boleh aku nak teman – teman dekat sini beritahu aku macam mana cara untuk berpisah secara aman dan macam mana untuk aku bina semula hidup aku.

Aku betul – betul lost sebab aku anak yatim. Bapa pula dah uzur. Saud4ra lain semua ada keluarga masing – masing.Tolong aku. Jangan kecam. Terima kasih admin.

Ulasan Pembaca :

Umi Abdul Ghani : Segala bukti kecurangan dia dan bukti dia pukuI awak tu semua awak simpan. Kalau mampu sikit, ambil peguam Iawan kes. Tolong jangan bagi muka dengan orang macam ni. Saman perempuan yang kacau suami awak tu juga.

Alang – alang nak Iawan, biar Iawan betul – betul. Biar sampai diorang terduduk. Jangan sesekali rela diri jadi m4ngsa kezaIiman. Dengan segala bukti yang awak ada, memang suami awak dengan perempuan tu sekali tak dapat nak lari. Jangan takut. Kalau tak ada duit, boleh mohon Biro Bantuan Guaman.

Seri Rumini : Mulakan hidup baru. Ugvt suami dengan bukti yang ada untuk pergi Pejabat Agama dan polis. Kena berani dan tegas. Suami berani ugvt awak sebab nampak awak ragu – ragu dan lemah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :