Kawan pinjam duit suami aku. Lepas tu, pinjam lagi sebab ayah mertua dia nak datang. Pinjam lagi, nak bawa adik beradik dia berjalan

Kami suami isteri mengira syiling bersama – sama, pergi menukar di kedai runcit, emas masuk pajak. Jual itu jual ini. Wahai peminjam – peminjam sekalian, bayarlah sedikit – sedikit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku bukan mahu meluahkan tentang aib suami, ipar duai, ibu mertua, atau bapa mertua. BUKAN. Mereka semua baik – baik orangnya, alhamdulillah. Suami aku baik, baik hati, mudah bersimpati, sentiasa berprasangka baik terhadap semua orang. Sebab itulah ramai kawan – kawan dia selalu meminjam duit daripadanya.

Aku dan suami tidak ada menyembunyikan apa – apa, semua perkara dia akan kongsikan dan ceritakan kepada aku. Sebab dia kata, isteri perlu tahu siapa yang berhutang dengannya. Kalau jadi apa – apa, bolehlah tuntut. Jadi, ada yang meminjam sedikit – sedikit, tetapi lama – kelamaan jumlahnya menjadi banyak.

Ada yang meminjam dalam jumlah yang besar sekaligus. Suami aku berniat mahu menolong dan mempermudahkan urusan orang. Suami menyuruh aku membaca perbualan – perbualan mereka. Kadang – kadang aku hairan sangat dengan sikap si peminjam – peminjam ini. Meh aku ceritakan.

Peminjam 1: Sepupu lelaki, mahukan wang untuk berkahwin, tetapi tidak cukup duit. Jadi, mahu meminjam seribu lebih, tetapi suami aku bagitahu yang aku tengah mengandung anak sulung. Banyak perkara yang memerIukan duit.

Suami hanya mampu memberikan pinjam sebanyak RM500 sahaja untuk buat tambah – tambah. Katanya selepas majlis kenduri, bila mendapat gaji akan terus membayar balik. Tetapi sehingga sekarang anak mereka sudah berumur hampir empat tahun pun, sesen pun tidak dibayar.

Melihat kehidupan mereka suami isteri, boleh tahan juga. Muat naik di FB, suami membelikan hadiah beg tangan baru. Suami membelikan telefon bimbit baru. Nampak mewah, tapi hutang suami, sesen pun tak ingat nak bayar.

Peminjam 2: Kawan lama, dipendekkan cerita, kawan suami baru sembuh daripada s4kit dan baru mendapat kerja semula. Tidak cukup wang untuk bertahan sehingga hujung bulan sebab belum menerima gaji. Mahu meminjam RM100.

Suami aku sebak ketika menceritakan hal ini kepada aku. Dia memberi lebih RM200. Katanya akan membayar bila mendapat gaji. Lepas itu, menghantar WhatsApp lagi. Mahu meminjam RM150. Katanya bapa mertua mahu datang, jadi mahu membawa mereka makan – makan.

Lepas itu, meminjam lagi. Mahu membawa adik – adik pergi ke festival belon ud4ra panas. (Waktu ini aku sudah rasa tidak selesa, rasa seperti suami aku sudah jadi bank bergerak. Meminjam duit orang untuk berjalan – jalan?)

Lepas itu, meminjam lagi. Jumlahnya menjadi RM700. Katanya akan membayar bila duit masuk. Bila suami bertanya, duit yang dijanjikan itu sudah dapat atau belum, dia hanya membaIas dengan tanda biru di WhatsApp.  Sebelum itu, dia cakap, bank-in ke akaun bank lain. Dia tak mahu isterinya tahu dia meminjam duit suami aku. Kenapa perlu berahsia? Hutang tu pun lesap macam tu je.

Peminjam 3: Kawan sepejabat. yang ini meminjam jumlah yang besar terus, RM1000. Katanya untuk persiapan hari raya. Ya memang betul, hari raya memang memerIukan banyak duit. Tetapi, bila suami aku sudah memindahkan wang tersebut, ucapan terima kasih pun tidak ada. Senyap. Hanya tanda biru di WhatsApp. Sampai sekarang, senyap.

Peminjam 4: Sudah tidak dapat dihubungi, yang ini jenis meminjam sedikit – sedikit, tetapi jumlah keseluruhannya menjadi beribu juga. Cerita lama katanya. Sekarang sudah tidak tahu khabar berita, nombor telefon pun sudah ditukar. Jadi, sudah tidak dapat dihubungi.

Kebanyakan peminjam – peminjam ini tidak menceritakan kepada isteri masing – masing. Aku tahu lelaki ada maruah yang tinggi. Tetapi perkara seperti ini perlu dikongsikan dengan isteri, dengan siapa kalian meminjam dan berapa jumlahnya.

Isteri perlu tahu kewangan suami sebabnya baru isteri boleh membuat bajet dan berfikir mana yang perlu dan tidak perlu untuk dibeli atau dibelanjakan. Boleh membantu menambah mana yang kurang. Haa, lagi satu r0kok itu tinggal lah. R0kok kalian itu boleh menampung banyak perkara, kot.

Bukan kalian sahaja yang mahu beraya, kami pun mahu beraya juga. Kereta perlu diservis, minyak dan tol, duit raya anak – anak empat orang, duit raya anak buah dua puluh lima orang, duit raya ibu bapa sendiri dan mertua,
duit raya anak sepupu – sepupu, duit raya anak kawan – kawan, duit raya budak – budak kawasan rumah yang datang beraya, duit raya orang – orang tua dan mak saud4ra uzur, kuih raya, belanja persiapan raya seperti daging ayam dikumpulkan sedikit – sedikit bersama adik beradik.

Semua itu perlu dimasukkan dalam senarai. Aku pun masih memakai kasut raya tiga tahun lepas. Beg tangan pun dalam sudah koyak, luarnya masih elok. Itulah beg tangan aku, itulah beg lampin anak – anak. Bukan tidak mahu membeli yang baru, tetapi aku tahu bagaimana susahnya suami aku mencari duit. Nanti – nanti pun tidak mengapa.

Hanya suami sorang yang bekerja, anak sulung lelaki tunggal. Besar tanggungjawabnya yang perlu dihadapi. Pening kepala mahu mengatur perbelanjaan, sedih bila rugi pula. Mungkin orang luar melihat kami senang.

Alhamdulillah, tidak susah tidak kaya. Biasa – biasa sahaja, syukur sentiasa. Tetapi pernah sahaja kami suami isteri mengira syiling bersama – sama, pergi menukar di kedai runcit, emas masuk pajak. Jual itu jual ini. Itu semua asam garam rumah tangga. Syukur Allah mencukupkan semuanya. Alhamdulillah, suami murah rezeki.

Jadi, aku mewakili golongan pemberi hutanglah kiranya. Wahai peminjam – peminjam sekalian, bayarlah sedikit – sedikit hutang kamu. Jangan senyap seribu kata. Pemberi hutang pun ada anak isteri, ada banyak mulut yang perlu disuap, ada masalah sendiri. Kami pula yang dilayan seperti peminta sedekah meminta – minta duit kami sendiri. Bayarlah sedikit – sedikit.

Tidak kira orang itu kaya atau orang senang, hutang tetap hutang. Bayar. Tak lama lagi dah nak puasa, raya. Dah berapa kali raya, hutang suami masih tak berbayar. Moga terbukalah hati mereka ni nak bayar hutang nanti. Sekian.

Komen W4rganet :

Sheila Abdul Hisham : Hantar mesej kat pemiutang tu. Cakap kat dia bagaimana hukvman bagi pemiutang yang tak nak bayar tu nanti dalam kubvr dan sampai ke padang mahsyar. Kalau tau hukvmnya kompom takda orang berani berhutang. Yang berani tu sebab Allah tutupkan pintu hati dia dari melihat hijabNya.

Khairunnisa Niesz : Haha, peminjam ni kalau kau jumpa yang jenis bayar balik konsisten walaupun sikit – sikit alhamdulillah.. ada jenis pulak, dia tahu dia tak boleh bayar tapi dia boleh janji sekian – sekian tarikh dia akan bayar.

Dia tahu dia akan menipu untuk kepentingan dia tapi takpe, Allah maha melihat.. semoga peminjam – peminjam yang kaki menipu taknak bayar balik ni, hanya Allah sahaja yang dapat membaIasnya.. hati orang peminjam ni takkan tenang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.