Kawan2 ponteng puasa siap order roti bakar, teh o ais. Aku lari hujung blok, tiba2 nampak orang Jabatan Agama serbu

Aku nak singgah kedai majaIah dekat – dekat situ juga. Alang – alang nak ponteng puasa baik aku buat persiapan. Aku beli air kotak milo dan roti gardenia coklat. Sampai saja dekat port yang diberitahu tu aku terper4njat. Aku jeling tengok selamber je depa semua teguk teh O ais sambil makan roti bakar.

#Foto sekadar hiasan. Dah masuk bulan Ramadan, aku termenung di petang hari sambil mendengarkan radio klasik memutarkan lagu ramadhan oleh Ramli Sarip. Terkenang zaman budak – budak dulu waktu mula berpuasa, zaman dulu seronoknya bukan main nak sambut kedatangan ramadhan.

Beberapa hari lagi nak masuk bulan ramadhan, ayah dan mak dah sibuk menyiapkan bekalan untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Segala jenis ikan kering, telur masin, papadom, budu, pendek kata makanan untuk bersahur dipersiapkan, saat paling dinanti adalah pengumuman dari penyimpan mohor besar raja – raja bahawasanya esok puasa.

Aku rasa sekarang orang tak ambil peduli pun. Aku mula belajar berpuasa pada umur yang muda namun faham – faham la, Berpuasa tak penuh? Mungkin sejak berusia lima atau enam tahun. Masih segar dalam ingatan bagaimana aku ter mamai – mamai ketika mak k3jutkan untuk bersahur kali yang pertama.

Sedangkan aku yang suruh gerak pada sebeIah malamnya, beria – ia. Tetapi pada sahur yang pertama itu aku sekadar bangun untuk menyambung tidur di meja makan. Esoknya aku berpuasa juga. Sampai jam 9 pagi. Hari – hari selepas itu barulah aku mula belajar berpuasa dalam erti kata sebenar.

Sebelum tidur, mak ajar niat berpuasa Ramadhan. Dwi bahasa. Tetapi waktu itu aku tak mampu hendak mengingati versi bahasa Arabnya. Jadi aku niat puasa menggunakan ‘subtitle’ nya sahaja. Tidak macam sekarang siap dibuat lagu oleh Raihan.

Masih ingat sangat hari pertama berpuasa itu aku berubah menjadi seperti z0mbie. Dengan perkataan lain, aku bukan MAT KALUT yang biasa. Yang celik sahaja mata akan terus ceria. Yang selepas sahaja basuh muka akan berkejar ke dapur untuk melihat sarapan apa yang mak sediakan.

Aku dan makan sampai sekarang pun berpisah tiada. Tetapi hari itu hendak basuh muka pun aku rasa tidak berdaya. Dari saat mula bangun, aku sudah mengira berapa jam lagi waktu berbuka puasa. Aku yang tahu, aku berbuka lebih awal pada hari itu.

Sebelum jam satu. Puncanya kerana aku terjumpa air sirap dan baki kanji (bubur lambuk) dalam peti sejuk. Silap aku adalah kerana membuka pintu peti sejuk itu, tetapi mak lebih silap sebab mak letakkan air sirap dan baki juadah berbuka di situ.

Hari – hari selepas itu pun aku berpuasa separuh hari juga. Konsepnya mudah dan menjadi amalan turun – temurun. Hari ini separuh, esok separuh, apabila dicampur jadilah satu hari penuh.(hahaha). Dan ketika kali pertama berjaya berpuasa penuh satu hari adalah pada umur tujuh tahun, kegembiraan aku tidak tergambar. Aku berasa betul – betul hebat.

Terasa macam hendak menjerit memberitahu seluruh dunia. Betapa hebatnya aku boleh berpuasa penuh seharian. Tapi masih berbaki 29 hari lagi. Sebab ayah berjanji kalau aku dapat berpuasa penuh 30 hari tahun ini, aku akan diberikan duit raya sebanyak 50 Ringgit.

Ketika kali pertama berpuasa penuh seharian aku mengisi hari dengan melihat jam. Berpuluh kali. Malah setengah jam sebelum waktu berbuka, aku duduk menghadap jam di dinding. Melihat jarumnya berdetik sambil membayangkan apa yang aku hendak makan dan hendak minum dahulu nanti.

Mengikut rancangan, apa sahaja yang ada di atas meja aku akan ‘beIasah’ tetapi apabila tiba waktu berbuka, selepas menghabiskan dua gelas air, sep0tong kuih dan tembikai aku terus mencari bantal. Tahun tersebut puasa jatuh pada musim cuti sekolah, jadi aktiviti aku hanya tidur seharian sebelum waktu berbuka, dan setiap kali terjaga dari tidur pasti jam dinding akan aku tengok dan sambung tidur semula.

Aku tak mahu bazirkan tenaga aku ni untuk perkara – perkara yang merugikan seperti pergi bermain dengan kawan – kawan di luar, setiap kali Amir dan Jan panggil aku untuk ajak bermain pasti aku akan perli mereka. “H4ngpa tak puasa tak apalah, aku ni nak dapat pahala banyak, aku puasa, tak boleh bercampur dengan h4ngpa, nanti tak dapat pahala.”

Setelah penat tidur seharian ayah akan ajak aku tengok ‘Jejak Rasul’ sebelum sambung tengok Chef Wan masak macam – macam. Tengok Jejak Rasul pada aku ok, banyak juga ilmu sejarah rasul – rasul dapat aku tahu, tapi bab Chef Wan masak tu aku tak boleh terima, kenapa rancangan begitu ada pada bulan ramadhan ini saja. (aku tak tahan tengok aaaaaaaa, menjerit dalam hati).

Mungkin ramai nak tahu sama ada aku dapat puasa penuh atau tak tahun tu. Jawapannya tidak, sebab aku terpengaruh dengan budak dua orang tu, sy4itan kecil yang tak diik4t. Tapi aku tetap dapat 50 ringgit walaupun aku ponteng puasa 3 hari makan rambutan rumah jiran sebeIah.

Tahun – tahun seterusnya bukan sahaja menjadikan aku lebih biasa dengan amalan berpuasa, malah mula memahami nikmat dan keseronokannya. Seronok membeli air batu di kedai Cina, seronok membayangkan sirap bercampur biji selasih membasahi tekak, seronok berebut – rebut juadah di meja makan dengan adik beradik.

Bagi kanak – kanak yang segenerasi dengan aku tentu sedia maklum bahawa Ramadhanlah satu – satunya bulan di mana kami berpeluang makan minum dengan semahu – mahunya. Itulah bulan di mana ada sahaja juadah baharu tersaji di meja setiap hari.

Tidak perlu lagi berlegar pada lauk – pauk dan kuih – muih yang sama. Sesukar mana sekali pun kehidupan sesebuah keluarga, ayah dan mak lazimnya akan berusaha menyediakan juadah yang istimewa daripada biasa untuk kami.

Anak – anak sekarang mungkin tidak merasai keseronokan itu. Kebanyakan mereka boleh mendapat makanan yang sedap – sedap pada bila – bila masa. Apatah lagi dalam era Fo0dp4nda dan Gr4bF0od ini. Budak – budak zaman aku jika diajak ke pasar Ramadhan oleh ibu bapa, seronoknya mengalahkan Rohingya mendapat kad UNHCR.

Anak – anak sekarang, sudah sampai bazar pun liat hendak keluar dari kereta. Ketika aku tinggal di Taman Ria,Sungai Petani, ik4tan kejiranannya cukup kuat. Setiap petang bulan Ramadhan ada sesi bertukar – tukar kuih.

Dengan bermodalkan seperiuk bubur gandum yang diagihkan kepada jiran, kita akan menerima pemberian baIas yang selalunya berupa juadah yang berbeza – beza. Macam magik. Masak hanya bubur gandum tetapi bila waktu berbuka di atas meja ada karipap, onde – onde, seri muka, ketayap dan bermacam – macam lagi. Sendawa sampai sahur.

“Ada juga pengalaman bertukar juadah Ramadhan ini yang kelakar”

“Mak aku masaklah mee goreng. Diberinya seorang sebekas kepada enam jiran kami. Hanya seorang jiran tu yang balas dengan bihun goreng, yang lima lagi secara kebetulan balas balik dengan kuih spera (karipap inti kelapa).”

“Kesemua kuih spera itu pula bentuk dan rasanya sama. Kami syak, secara kebetulan juga mereka beli di gerai yang sama!” #dush!

Selamat menyempurnakan ibadah Ramadhan. – MAT KALUT (Bukan nama sebenar)

Sambungan dari cerita RAMADHAN DULU – DULU. Masih tak habis lagi cerita aku mengelamun sambil dengar lagu yang diputarkan di Radio Klasik berselang – seli dengan cerita yang dikirimkan pendengar dan dibacakan oleh DJ dalam rancangan ADILA (Aku, Dia dan Lagu) pada petang tersebut.

Cerita tentang Keberkatan bulan Ramadhan. Sambungan kisah ketika aku tingkatan 2, sesi petang, pergi sekolah menaiki bas henti – henti atau orang Sungai Petani sebut Bas UTC. Sekolah aku terletak dekat pekan Sungai Petani berdepan dengan Masjid Abdul Rahman dan pejabat agama, zaman itu pasaraya paling famous City Point.

Sekolah aku dekat dengan pasaraya tu, menjadi tempat lepak sebelum masuk atau selepas balik sekolah. Aku akan keluar seawal 10 pagi sepanjang bulan Ramadhan dengan kawan – kawan, perancangan nak lepak dekat City Point bagi sejuk badan kena aircond sebelum masuk ke pekarangan sekolah.

Mak bagi duit sebanyak 2 ringgit setiap hari, tambang bas hanya 5 kupang, kalau kira pergi balik kos naik bas seringgit jer. Ada lebih seringgit lagi, jadi aku bolehlah buat simpanan. Setiap hari, rutin harian sepanjang ramadhan aku sama jer, pergi dan balik sekolah serta lepak dekat City Point.

Nak jadikan cerita, hari tu kawan sy4itan kecil aku ni ajak aku pergi port ponteng puasa. “Ada orang cerita, boleh order air dan makan roti bakar sapu kaya relaks je, tak payah nyorok – nyorok, tak ada siapa pun tahu port tersembunyi tu”.

Aku pun okey je, sampai saja dekat station bas Sungai Petani, aku terus ikut depa. Sebelum tu aku suruh depa jalan depan dulu, aku nak singgah kedai majaIah india dekat – dekat situ juga. Alang – alang nak ponteng puasa baik aku buat persiapan.

Aku beli air kotak milo seringgit dan roti gardenia coklat pada waktu tu hanya 5 kupang sebungkus, hasil dari duit simpanan yang mak bagi setiap hari. Jadi air kotak dan roti tu aku simpan dalam beg. Sampai saja dekat port yang diberitahu tu aku terper4njat. Rupanya kedai makan cina.

Ada ramai budak – budak sekolah dekat dalam kedai makan tu. Aku cakap dekat kawan aku. “Aku tunggu hujung bangunan tepi sungai, aku tak mer0kok dan aku geli la duduk sini”. Aku jeling tengok selamber je depa semua teguk teh O ais sambil makan roti bakar dan mer0kok dekat kedai tu.

Aku duduk hujung bangunan tepi sungai Sungai Petani yang busuk dan hitam airnya. Aku buka beg ambil bekal yang aku beli tadi dan makan. Tak sampai 5 minit aku nampak sekumpulan orang Jabatan Agama serbu kedai tu.

Aku tengok ramai yang bertempiaran lari, macam warga asing yang tak ada dokumen di serbu pihak berkuasa tempatan. Aku yang baru saja habis makan dan minum terus lari menyelamatkan diri. Aku terus berlari ke sekolah. Masuk ke sekolah terus diamkan diri.

Rupa – rupanya budak – budak yang ditangkap tadi dibawa ke sekolah dengan van jen4zah. Cikgu membuat perhimpunan khas. Habis semua nama – nama budak ponteng puasa yang dapat melarikan diri dipetik oleh depa yang kena tangkap tu.

Ada juga budak – budak yang dapat melarikan diri dan langsung tak masuk ke sekolah, tapi cikgu sudah kenal pasti nama – nama dan kelas. Aku terlepas, kawan – kawan aku tak sebut pun nama aku, mungkin depa beranggapan bahawa aku berpuasa kot.

Mak bapak depa dipanggil mengadap cikgu dan ustaz dari Jabatan Agama. Berita ini sampai pada pengetahuan mak ayah aku, ayah tanya aku.. “Awat h4ng tak kena tangkap sekali sama dengan depa?”.

Aku jawab… “Tengok kedai makan cina pun dah naik geli, tak mungkin MAT akan ikut depa ponteng puasa sekali. MAT terus pi lepak dekat City Point lagi best kena aircond sejuk”. Ayah t4mpar belakang kepala aku dengan manja.”

Ayah pesan, “Lepas ni h4ng pi sekolah macam biasa, jangan pi awal. Naik bas pukuI 11.50 pagi.” Sejak peristiwa itu aku dah serik dan tak mahu lagi ikut cakap sy4itan kecil yang tak diik4t tu. Takut nanti terper4ngkap dengan keb0dohan depa.

Tahun tu sehari aku ponteng puasa, yang sangat menginsafkan diri aku selamanya. Sejak pada peristiwa itu juga aku simpan rahsia ini sampai hari ini. Kini segalanya telah aku bongkarkan. Maafkan aku semua. “Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.”

Nota kaki : Mesti hangpa tanya sama ada aku ganti balik tak puasa yang aku tinggalkan tu? Jawapannya. “Aku dah ganti puasa yang aku tinggalkan tu” hahahaha… – MAT KALUT (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Farah Ant : Siapa kata orang tak kisahkan pengumuman penyimpan mohor besar raja – raja lagi? Tiap tahun, kami masih excited tunggu depan TV. Dah tua bangka memasing tapi sama je perasaan tu bila nampak pengumuman.

Cuma bezanya, dulu kecik – kecik, pengumuman Raya lebih terasa meriah dan excited tu. Dah besar, pengumuman Ramadhan terasa lebih best. Sebenarnya, bulan Ramadhan lebih meriah berbanding Raya. Tiap – tiap hari Ramadhan macam pesta, bazar, terawih, mengaji – ehh macam – macam. Raya takde apa sangat pun kecuali makan makan makan makan makan. Itu aje lah.

Noraziah Amdan : Ha ha ha ha ha. Biasalah zaman remaja semua nk cuba. Alhamdulillah tak hanyut jauh. Jadi rakyat berguna sekarang. Tahniah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.