Aku pernah ajak ibu ayah aku dinner untuk event tempat kerja, aku dah sediakan semua baju – baju yang sesuai untuk pergi ke majlis tu, tapi mereka tetap keras kepala pakai pakaian yang tidak kemas dan tidak menutup aur4t. Satu hari makcik aku datang sound aku, tak sangka rupanya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku Alia, berumur 26 tahun, sudah berkahwin. Aku nak luahkan betapa aku kecil hati dengan sikap ibu bapa aku. Ok, aku merupakan anak tunggal, tapi bukanlah anak emas. Malah aku tak rapat dengan ibu ayah.
Ibu ayah aku masih bekerja di syarik4t swasta dan apa yang aku kurang faham dengan sikap mereka ialah, mereka seperti tiada usaha untuk improve pencapaian mereka walaupun sudah lewat 40-an. Sehingga kini, mereka masih menyewa, tidak mahu membeli apa – apa untuk kemudahan, tidak suka berjalan dan semuanya bagi mereka, bermasalah.
Sebagai anak yang sudah bekerja, aku tahu tanggungjawab pada ibu ayah, walaupun aku tak bagi duit belanja (kerana mereka masih bekerja) tapi aku tetap tolong bayarkan rumah sewa, bil astro, bil api, bil air, wifi, coway.
Walaupun kami kurang rapat, tapi aku tak pernah lupa mereka apabila berbelanja. Contohnya, kalau aku ada beli kasut, aku mesti akan beli juga untuk ibu ayah. Kalau aku beli handbag baru, ibu akan dapat juga. Tapi satu sikap mereka yang aku tak faham, mereka taknak pakai semua tu.
Mereka memilih untuk bergaya yang kurang kemas. Pakai pakaian renyuk, ibu aku pulak tak habis – habis dengan tshirt lengan pendek dan seluar corak – corak kalau keluar. Aku pernah ajak ibu ayah aku dinner untuk event tempat kerja, aku dah sediakan semua kelengkapan baju – baju yang sesuai untuk pergi ke majlis tu, tapi mereka tetap keras kepala, pakai pakaian yang tidak kemas dan tidak menutup aur4t.
Asalnya aku dah malas nak bersuara, tapi yang buatkan aku str3ss ialah, rupanya selama ini ibu aku mengadu hal yang bertentangan dengan makcik pakcik aku. Makcik aku pernah tegur penampilan ibu, tapi ibu aku boleh jawab, “aku tak mampu nak beli itu ini, macam ni je lah gaya orang tak berduit macam aku ni.”
Ya Allah… sedihnya aku dengar. Makcik aku pula boleh sound aku yang pakai beg mahal tapi mak bapak tak terbela, selekeh. Aku tertekan masa tu, sampai aku tunjuk bukti perbelanjaan aku untuk ibu ayah dan akhirnya diorang sedar yang ibu ayah aku yang salah.
Setiap kali nak bercuti, aku akan ajak ibu ayah, tapi tak sangka ibu mengadu dengan orang luar, konon aku tak ajak diorang sebab diorang selekeh dan miskin. Ya Allah.. Baru – baru ni aku bincang dengan ibu ayah, aku nak belikan mereka rumah sebab bagi aku rasa tak berbaloi nak membayar sewa RM600 sedangkan di area yang sama ada satu rumah kos rendah yang bulanannya lebih kurang jika dibeli.
Tapi mereka menolak sampai halau aku dari rumah, mereka em0si. Aku memang tak faham apa masalah mereka. Takkan lah nak rumah banglo? Ajak tinggal dengan aku pun mereka tak nak. Rumah sewa sekarang pun, mereka takde sikap nak jaga baik – baik.
Nak cat ke, nak simen apa yang retak ke, memang takde. Langsung tak jaga rumah tu dengan baik. Semuanya aku juga yang buat. Aku pelik mana pergi duit gaji mereka bekerja, mereka bukan ada hutang pun. Berjalan pun tidak. Cuma untuk makan berdua. Semua bil aku yang bayar.
Untuk kereta, ibu dan ayah aku ada sebuah kelisa auto. Aku memang tak bercadang untuk belikan kereta baru, sebab rumah aku pun dekat, kalau nak ke mana – mana yang jauh, pinjam atau pergi saja lah dengan aku. Kelisa tu cukup untuk mereka guna di bandar dan balik kampung.
Tapi, hari tu mereka nak ke KL dan pinjam kereta makcik aku. Dah satu hal, makcik aku pula call dan tanya kenapa aku tak nak bagi pinjam kereta pada ibu ayah sedangkan aku dan suami ada dua biji kereta baru. Allah, aku tak tahu apa – apa pun.
Ibu ayah aku tak cerita langsung yang dorang nak pergi KL. Tapi akhirnya mereka cakap aku yang tak kasi pinjam. Ya Allah. Aku dah ajak slow talk, mungkin aku ada silap yang tak disedari, tapi mereka tak mengaku apa – apa.Aku buntu, tolong lah aku. Aku penat dengan anggapan negatif orang yang aku ni abaikan ibu ayah. – Alia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Senora Haznina : Suami isteri kerja. Anak pulak sorang je tu pun dah berkerjaya. Bil – bil anak bayar. Pergi berjalan pun tak pernah. Haish confirm duit banyak tapi sayang nak guna ni. Tapi tu lah, dah tua – tua ni lah nak merasa mana yang tak sempat rasa masa muda.
Sepatutnya dah boleh duduk di rumah selesa, bawak kereta selesa, pakai pakaian yang selesa dan berkualiti. Macam ni je lah tt, you carry on saja lah dengan your life. Bil – bil yang awak dah sedia bayar tu, continue je bayar macam biasa selagi tak membebankan diri sendiri.
Just biar je lah ibu ayah tu nak hidup terus macam tu. Let say kalau mak ayah awak masih lagi mengadu benda yang tak betul pasal awak dekat sed4ra mara, maybe perlu confront sikit dengan parents awak tu. Pesan lah sikit jangan lah bercerita benda tak betul pasal awak kat orang lain. Kalau diorang buat lagi, awak lantak kan saja lah tt. Penat jugak nak melayan macam ni kan.
Mas Isnani : Abaikan je kata – kata orang tu dik. Kalau awak dah bagi semua, dah tolong, tapi diorang masih minta simpati orang lain, tu memang sikap mereka, tak boleh buat apa dah. Tak payah difikirkan sangat. Memang pun ada orang macam ni.
Pakaian baru orang bagi banyak, duit orang sedekah, anak bagi, simpan sampai berkepuk – kepuk dalam bank, tapi taknak guna. Nak guna bila s4kit katanya. Dah s4kit pun, still tak guna juga. Buat apa yang awak mampu je k.
Zanariah Mahayedin : Kurang bergaul, kurang pergi rumah orang, tak tengok rumah orang cantik – cantik, tak perhati orang pakai macam mana. Asyik tengok diri sendiri je pun tak boleh jugak, macam ni lah jadinya. Ni dah bukan ukur baju badan sendiri tapi ukur baju di badan orang lain yang lebih kecik.
Padahal bukan tak berkemampuan, gaji laki bini ada dan anak pun dok beli pakaian. Simpan duit bawah tilam banyak – banyak nak buat apa. Tilam yang kaya sementara kau terus mem4ngsakan diri sendiri. Aneh seribu kali.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.