Duit ASB bapak ada 90k, tabung haji 70k tapi kedekut nak pasang aircond. Anak cucu balik kampung macam duduk dalam oven

Rumah jiran – jiran bapak aku semua dah renovate, letak aircond. Cucu orang lain balik kampung seminggu, cucu bapak aku nak duduk 2 hari pun kepanasan. kalau dah rumah macam oven, mana nak tahan. Letaklah aircondbapak oiiii. Panas ni…

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cuaca panas terik melanda negara kita. Tak terkecuali negeri kelahiran aku. Aku dilahirkan di kawasan kampung di pantai timur, keluarga aku tinggal di rumah separuh papan, dan separuh batu.

Bila musim panas melanda, aku akan teringat kisah – kisah musim panas yang aku lalui semasa bersekolah. Masa sekolah rendah, aku balik sekolah jalan kaki, tengah panas terik. Jarak sekolah ke rumah agak jauh. Masa ni, aku selalu berdoa agar ada yang sudi tumpangkan aku.

Biasanya akan ada pakcik – pakcik yang kenal aku akan ajak aku naik dan hantar aku balik. Tapi itu jarang – jarang je berlaku. Bila sampai je kat rumah dan tengok ada motor dan kakak atau ayah aku kat rumah, memang aku akan rasa sedih dan marah. Tapi pendam dalam hati saja lah.

Jadi bila sekarang aku dah jadi mak – mak ni, aku akan sedaya upaya akan pergi ambik anak – anak aku awal, tak sanggup aku nak biarkan dorang tunggu aku lama – lama di musim panas ni. Korang yang ada anak, tolonglah

Jangan biarkan anak – anak menunggu. Kesian sangat aku tengok. Nak tolong ambil pun tak boleh, nanti orang tuduh mencuIik pulak. Bila tiba musim panas ni jugak, aku teringat zaman aku remaja, sekolah menengah, masa ni aku dah bawak motor pergi sekolah.

Bila balik dari sekolah, masuk je rumah papan, macam duduk dalam oven. Kalau orang lain, boleh buka kipas, boleh rehat – rehat, tapi aku tak boleh rehat, apa lagi buka kipas. Bapak aku kedekut dan panas baran. Pernah sekali, aku terlalu panas, aku buka kipas dan tertidur,

Tiba – tiba aku rasa panas, rupa – rupanya bapak aku ambik kipas tu baling keluar rumah sambil menyumpah – nyumpah. Katanya aku bersenang – senang tidur sedangkan dia berpenat – penat di ladang. Sejak kejadian itu, aku dah tak balik lepas sekolah.

Aku akan tidur di surau sekolah atau di perpustakaan sekolah sampai petang, baru aku balik. Jadi sekarang bila aku dah jadi mak – mak ni, aku buat jadual siap – siap kat anak – anak, aku bagitahu, balik sekolah korang boleh buka aircond, boleh tidur tapi jam 3 kena bangun dan buat kerja sekolah.

Aku tak nak anak aku rasa str3ss macam aku, tak boleh rehat, asyik kena hadap buku saja, walaupun kepanasan. Bila tiba musim panas ni jugak, aku teringat kisah aku semasa berpantang anak sulung. Awal – awal aku kahwin dulu, aku menumpang rumah bapak aku, rumah papan separuh batu.

Masa tu bapak aku ada duit lebih, tanah ladang kena ambil untuk buat LPT. Jadi bapak aku beli bayak barang, baja, mesin rumput, mesin – mesin untuk kerja kebun dia. Dan barang – barang tu dia letak di bahgian dapur (batu).

Jadi memang tak ada tempat yang selesa untuk aku berpantang, aku dan baby baru lahir perlu berkurung dalam bilik di rumah papan, masa tu bulan april dan sangat – sangat panas. Anak aku pulak ada maslah kulit, aku beli aircooler dan hala kipas cooler tu pada baby aku, masa dalam pantang aku jugak, bapak aku panggil tukang untuk buat wiring batu untuk seluruh rumah.

Memang rumah berserabut giIa. Nasib baik aku tak mer0yan je. Bapak aku buat macam – macam untuk buat aku dan suami tak selesa. Aku tahu tu cara halus dia nak halau aku. Tapi masa tu gaji suami aku kecil.. Kami memang tak mampu nak pindah. Umur kami pun baru 23 tahun.

Sekarang alhamdulilah kami dah mampu beli rumah, bapak aku masih di rumah papan separa batu tu. Balik raya baru – baru ni aku suruh bapak aku cantikan sikit rumah, pasang aircond sebab cuaca sangat panas, lagipun aku tahu bapak aku tu lebih dari mampu.

Aku pernah tengok baki acc asb ada 90k, dalam tabung haji 70k, lagipun bapak aku dah 4 kali pergi umrah, sekali pergi haji, boleh sangat nak baiki rumah tu, bukan untuk orang lain, untuk dia jugak. Tapi sikap kedekut tu sukar nak dikikis, bapak aku lagi rela duduk dalam kepanasan dari keluarkan duit untuk baiki rumah.

Rumah jiran – jiran  bapak aku semua dah renovate, letak aircond, bila bapak aku tengok rumah orang renovate, bapak aku cakap orang tu b0doh, buat rumah besar – besar, kubur dah panggil katanya. Sekarang bila cucu orang lain balik kampung seminggu, cucu bapak aku nak duduk 2 hari pun kepanasan.

Dia kata orang lain ada anak cucu baik, anak cucu dia tak baik, kami bukan tak nak duduk lama, tapi kalau dah rumah macam oven, mana nak tahan. Aku ni kerja biasa je, masa anak sulung aku umur nak masuk 1 tahun, aku senyap – senyap call sepupu aku yang boleh bertukang, tanpa izin bapak aku.

Aku mintak sepupu aku buat satu stor dan buat beranda di hadapan rumah. Lepas tu aku cari tukang mozek, aku mintak tukang mozek letak mozek di seluruh ruang dapur, dalam bilik air dan beranda rumah, masa bapak aku tahu, bapak aku cakap buat b0doh – b0doh dah lah, takut mahal upah.

Aku cakap buat cantik – cantik nanti aku bayar. Masa tu aku pun tak tahu dari mana aku dapat duit untuk buat semua tu. Lepas siap semua tu, baru lah ada ruang “sejuk” dalam rumah bapak aku. Boleh lah anak aku bermain – main kat ruang tu lepas semua barang – barang bapak aku, aku masukkan dalam stor.

Sekarang bila aku pindah, rumah papan bapak aku kembali bersepah. Seminggu sebelum raya, aku ada kemaskan rumah. Tapi sehari sebelum raya, aku balik dan tengok rumah dah bersepah semula. Sekali lagi kena kemas.

Aku, suami dan anak – anak aku je beraya dengan bapak aku tahun ni. Orang lain semua balik rumah mertua. Sekarang walaupun aku dah tak perlu berpanas dalam rumah papan, namun kenangan hidup berpanas dalam rumah papan membuatkan aku bersyukur dapat hidup dalam rumah batu beraircon kini.

Aku dibesarkan oleh bapak yang kedekut dan panas baran, dan sekarang aku dijaga oleh suami yang pemurah dan penyayang. Aku sayang kedua – duanya. Harap bapak aku boleh berubah jadi orang yang tak kedekut dengan diri sendiri. Akhir kata, Baikilah rumah, letaklah aircon bapak oiiii. Panas ni. – Insan (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Amra Ohana : Sed4ra aku meninggaI dengan duit cash dekat sejuta, belum masuk rumah. Tak ada w4ris. Waktu dia hidup punya kedekut tahap menghadap duit bantuan. Tak ada orang tahu dia ada harta sebab semua orang ingat dia miskin.

Kesian bukan apa, sebab harta dia tak dapat dimanfaatkan. Kalau sedekah pon at least ada la jugak perginya. Ni semua kena pergi ke amanah raya. Lepas tu tak boleh brain masih minta bantuan lagak macam orang susah. Padahal cash je dekat sejuta. Siap ambil hak orang miskin sebab sama – sama hadap bantuan.

Lilie Mail : Teringat seseorang macam bapa tt kedekut dan barannya sama, tapi itula bila meninggaI semua duit banyak – banyak tu tinggal gitu sahaja dengan rumah tak dibaiki, usang padahal dengan duit simpanan yang banyak sungguh tu boleh saja lawakan rumah pakai pakaian yang elok – elok sedekah kat anak – anak dan cucu dan tempat – tempat lain, ni dah meninggaI baru tau duit beratus ribu.

Anak – anak pun agaknya sebab dah biasa dengan usaha sendiri tak kuasa nak minta kat bapa dan buat dia mengaruk macam separuh hati uruskan pusaka, rumah arw4h dah usang nak r0boh dan semak samun, duit – duit agaknya anak – anak dah uruskan mana patut.

Tapi itula.. Tuhan kasi rezeki untuk senangkan anak bini dan banyakkan sedekah, pergi haji dan umrah tapi kedekut melampau sayang sangat duitnya.. Semua tak dibuat, sudahnya s4kit lepas tu meninggaI. Tinggal semua. Hmm..

Arissa Bantason Arissa : Kalau mampu mmohon TT diam – diam pasang aircon kat rumah bapak TT tu pulak. TT bayar semua. Aircon pun TT pakai time balik kampung je pun. Besides umur bapak TT tu dah Tua. Time ni la TT kena baIas budi.

Bagi bapak TT hidup selesa sikit. Ada aircon. Bab duit DALAM ASB dan tabung haji rm70k dan rm90k tu bukannya jumlah yang banyak sekarang ni. Mungkin bapak TT simpan duit ITU untuk persedian s4kit pening dia.

Maklum la zaman sekarang anak – anak bukan boleh diharap sangat. Masing – masing ada kehidupan sendiri, terutama lagi anak perempuan yang ikut suami.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.