Isteri pertama mula minta yang bukan, iseri kedua pun sama keras. Masing – masing tak nak kalah sampai berlaku ser4ng menyer4ng dan perg4duhan. Saya tekad ceraikan dua – dua sekali. Tapi terk3jut saya tengok bekas isteri – isteri saya baik lepas kena cerai..
#Foto sekadar hiasan. Saya seorang pegawai kerajaan berusia 40-an dan mempunyai dua orang isteri dan empat orang anak. Dengan isteri pertama saya mempunyai tiga orang anak dan dengan isteri kedua seorang anak.
Keempat – empat orang anak saya berusia dua hingga 15 tahun. Tiga daripadanya sudah bersekolah. Isteri pertama tidak bekerja tetapi isteri kedua bekerja di sebuah jabatan kerajaan juga seperti saya. Saya bernikah dengan isteri pertama bernama Ami (bukan nama sebenar) atas kehendak keluarga.
Ami orang kampung dengan saya. Sementara Zaila (bukan nama sebenar) saya kenali semasa menghadiri kursus di Pulau Redang lebih lima tahun lalu. Saya bernikah dengan Zaila kerana cinta yang mana sebelum ini tidak pernah saya rasa.
Kami bercinta selama enam bulan sebelum saya mengambil keputusan melamar dan menjadikan dia isteri saya yang sah tanpa keizinan isteri pertama. Bagaimanapun, b4ngkai gajah masakan boleh ditutup dengan sehelai daun.
Akhirnya rahsia terbongkar juga apabila Ami berjaya mengesan kecurangan saya. Memang saya bukan lelaki yang bijak bermain dengan kata – kata dan tidak pandai berlakon. Saya tidak pandai membahagikan masa antara isteri pertama dan kedua, juga dengan anak – anak.
Ami pula mengongkong saya dan Zaila terlalu mendesak. Keadaan ini menjadikan saya serba salah. Macam macam perkara saya buat untuk menjernihkan keadaan tetapi kedua – duanya tidak mahu mengalah. Ami dengan keras menuntut hak sebagai isteri pertama sementara Zaila terlalu mendesak saya sehinggakan saya rimas. Akibatnya keadaan sem4kin rumit.
Rumahtangga saya menjadi tegang. Balik ke rumah yang pertama salah, balik ke rumah yang kedua juga salah. Sudahnya saya terp4ksa bermalam di rumah kawan – kawan bujang atau ipar duai yang memahami keadaan saya.
Tapi sampai bila? Mak ayah mula merungut, ipar duai mula bercerita sesama mereka. Saya disalahkan kerana tidak tahu berlaku adil dan tidak mampu berpoligami. Pada masa yang sama, isteri pertama juga mula buat hal. Dia minta yang bukan – bukan dan menuntut saya menceraikan Zaila.
Sudah tentu saya tidak dapat memenuhi impiannya itu sebab saya sayangkan Zaila tambahan pula kami mempunyai seorang anak. Tetapi keadaan sem4kin tegang apabila saya tidak menurut kehendaknya. Dia meng4muk dan menyer4ng Zaila sehingga membawa kepada perg4duhan dan meny3rang.
Malu saya dengan orang keliling tetapi apa hendak kata semuanya sudah terjadi. Saya tidak boleh menoleh ke belakang kembali kerana saya harus memikul tanggungjawab ini. Kata orang berani buat berani tanggung. Saya reda dengan apa yang berlaku dan saya berdoa agar satu hari nanti keadaan akan pulih.
Bagaimanapun, setahun keadaan sangat tegang. Saya tidak mampu membetulkan keadaan. Ami sem4kin garang dan Zaila juga tidak mahu mengalah. Hidup saya menjadi tidak keruan. Kerja di pejabat terganggu. Anak – anak juga terbiar kerana isteri – isteri saya tidak mahu bertolak ansur.
Ibu bapa saya pula memihak kepada Ami dan menyalahkan Zaila kerana menggoda saya. Mereka tidak faham keadaan sebenar. Akhirnya, kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan saya mengambil keputusan melepaskan kedua – dua mereka.
Saya tidak tahan lagi dengan per4ngai kedua – duanya. Puas saya nasihat dan pujuk dengan harapan mereka boleh berbaik – baik, tetapi tidak juga berlaku. Malah keadaan sem4kin tegang dan saya tidak dapat mengawalnya lagi.
Setelah kedua – duanya diceraikan saya kembali tenang. Saya tetap menjalankan tanggungjawab kepada anak – anak dan memberi nafkah kepada isteri sepanjang iddah mereka. Ibu bapa dan keluarga mertua menasihati saya supaya berfikir semula dan merujuk kepada kedua – dua isteri.
Saya enggan berbuat demikian buat masa ini kerana tidak tahan dengan peristiwa yang telah saya lalu semasa beristerikan mereka. Walaupun pening dan kesal dengan apa yang berlaku saya tetap sayangkan kedua – duanya dan berharap satu hari nanti saya akan kembali kepada mereka.
Buat sementara, saya ingin mencari ketenangan tanpa mengenepikan tanggungjawab saya kepada mereka dan anak – anak. Pada masa yang sama, Ami dan Zaila juga mula berbaik – baik dan dapat berkawan rapat, tidak seperti ketika mereka menjadi madu dahulu.
Malah mereka boleh keluar bersama – sama untuk berusaha memujuk saya untuk kembali kepada mereka. Saya sangat terper4njat dengan keadaan ini. Anak -anak saya juga boleh bergaul dengan mesra tidak seperti sebelum ini apabila Zaila melarang anaknya bermain dengan anak – anak saya dan Ami.
Perkara ini sangat meng3jutkan saya tapi saya buat – buat tak tahu. Saya tidak mahu mereka tahu yang saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka walaupun sudah tidak tinggal sebumbung. Semuanya kerana Allah yang izinkan.
Sekali fikir elok juga saya mengambil keputusan menceraikan mereka berdua, sekurang – kurangnya mereka sedar dan berfikir akan perbuatan mereka sebelum itu. Allah itu Maha kaya dan mendengar doa h4mba-Nya. Saya juga gembira dengan perkembangan ini dan berharap kemesraan kedua – dua orang bekas isteri saya ini akan kekal selama – lamanya.
Betul kata orang pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang terutama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Saya berharap doa saya akan dimakbulkan oleh Allah supaya satu hari nanti saya akan dapat hidup bersama mereka semula.
Buat sementara ini, saya ingin mendalami ilmu tentang berpoligami dan melengkapkan diri untuk menjadi imam keluarga yang baik di sisi Allah SWT. Rupa – rupanya bukan mudah untuk berpoligami. Banyak yang perlu dipelajari dan diamalkan terutama dalam bab hukvm – hakam.
Saya ingatkan mudah untuk beristeri lebih dari satu ini, rupanya jika tidak kena cara membawa bencana. Semoga Allah membuka pintu hati bekas isteri saya untuk bertolak ansur dan menerima perkongsian kasih ini demi kebaikan kami bersama.
Saya akan terus berdoa dan memohon kepada Allah supaya saya dapat menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab dan adil dalam rumah tangga. Saya ingin bersama anak – anak dan isteri – isteri saya semula apabila masanya sampai.
Semoga jodoh kami masih ada dan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Esa. Kepada bekas isteri – isteri saya, maafkan abang kerana terp4ksa berbuat begini. Ini hanya untuk sementara sahaja. Kita baiki kesilapan masing – masing dan insya-Allah jika jodoh antara kita masih panjang, abang akan kembali kepada kamu berdua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.