Kekasihku suami orang, dia mengaku tak dihargai oleh isteri. Isteri dia memang b0doh tak reti hargai lelaki sebaik ini

Dua bulan aku duduk serumah dengan dia macam suami isteri. Bila aku masak untuk dia, dia akan puji, ucap terima kasih. Dia kata isteri dia tak layan macam tu. Setiap kali si isteri bervideo call, aku terp4ksa menyorok.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum buat pembaca. Aku hanya seorang gadis mentah. Aku menulis kerana aku hanya inginkan suatu semangat, untuk melangkah hari demi hari. Aku baru sahaja melangkah dalam usia 20-an.

Namun, kesucian aku telah ternoda. Atas nama cinta, aku merelakan segalanya pada dia yang sebenarnya suami orang. Titik perkenalan kami hampir setahun, namun disepanjang perkenalan itu. Aku tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang suami kepada sang isteri yang taat. Aku hanya mengetahui setelah kami terlanjur.

Pernah aku bertanya kepada dia, jawapannya ialah dia bujang. Bukan sekali aku bertanya, malah berkali – kali. Aku mengetahui kebenaran tersebut setelah bertanyakan kepada seorang kawan yang bekerja di tempat yang sama.

Dia berjauhan dari isterinya. Entah kenapa, aku tidak memahami. Jika punya isteri yang taat, mengapa harus mencari insan lain untuk berteduh kasih? Aku sangat menyesali segala perbuatan tersebut sehingga aku terlampau jauh berfikir dan depr3ssion.

Aku seorang pelajar namun prestasi aku menurun kerana depr3ssion. Sedang aku belajar, tanpa aku pinta air mata menitis. Daripada titisan hingga berjujuran. Tidur aku sering terganggu sehinggakan roomate aku mengatakan aku sering meracau dalam tidur, aku sering menangis.

Aku juga pernah terfikir untuk menamatkan riwayat aku sendiri. Sebulan lebih aku begitu, sehingga lah aku berkenalan dengan seorang h4mba Allah ini. Baru sahaja seminggu usia perkenalan kami. Kami terus berjumpa namun tiada langsung rasa canggung antara kami.

Kami sering meluangkan masa bersama – sama. Sehingga lah seberapa detik, aku tanpa segan silu meluahkan rasa di hati. Katanya dia turut merasakan perkara yang sama. Dan pada malam itu juga, dia memberitahu aku perkara sebenar bahawa dia adalah seorang suami dan bapa kepada seorang anak.

Dia ditinggalkan oleh isterinya bersama anak kecil. Dan katanya juga, akan bercerai pada masa terdekat. Pada masa itu jujur, aku sedih. Aku sangat menyayanginya. Sebab sayang, aku buta akan status suami orang tersebut.

Hari demi hari aku menjadi tempat untuk meluahkan rasa, menenangkan jiwa yang lara. Aku selesa dengan keadaan begitu. Aku terlampau selesa sehingga aku pernah mengunjungi rumahnya. Dan, pada tanggal 18 Mac, iaitu hari pertama pkp.

Aku mendiami rumahnya. Kami tinggal berdua tanpa rasa takut akan Tuhan. Kami juga pernah bersama atas dasar cinta. Aku akui, aku juga terlampau b0doh. Aku telah menyesali perbuatan aku yang dulu. Namun di usia ini, nafsu aku juga bergelonjak.

Sebulan pertama aku di sana semuanya indah. Aku dilayan sangat bagus, perkataan terima kasih tidak pernah lekang dari bibirnya. Aku berjanji untuk sentiasa menjaganya, memasak, kemas rumah bahkan baju semua aku uruskan. Tanpa minta baIasan. Aku ikhlas, sungguh ikhlas.

Bagi aku, perempuan yang tidak menghargai insan sebaik dia adalah b0doh. Aku tahu dia terIuka, aku cuma ingin dia rasa dihargai dan disayangi sebagaimana yang selayaknya. Katanya, dia tidak pernah dilayan sebegitu. Tiap hari, dia memuji masakan aku sedap.

Tiap hari juga, selepas turun untuk bekerja dia akan bertanyakan khabar aku di rumah walaupun dia sibuk bekerja (frontliner). Langit tidak selalunya cerah, pantai tidak selalunya tenang. Maka, mimpi indah bertukar ngeri apabila dia, sang isteri mula muncul kembali (dalam chat) setelah berbulan menghilang atas dasar duit.

Oleh sebab kasih akan anaknya, dia tidak sanggup untuk diblock semula oleh sang isteri. Dia melayan isteri setiap saat. Tidak lekang dari telefon pintar. Setiap kali si isteri bervideo call, aku terp4ksa menyorok. Aku menangis dalam diam. Namun tetap semua kerja aku di rumah, aku buat.

Tidak pernah aku meluah tentang apa yang aku rasa. Tidak juga merungut. Bahkan, bukan sang isteri sahaja dilayan dengan bagus. Ada juga perempuan lain yang sering berwhatsapp. Bila ditanya perempuan tu siapa, katanya kawan. Dan aku juga kawan.

Ya, hati aku r3muk. H4ncur. Rasa ditusvk. Sebeginikah melayan seorang kawan hingga ke atas katil? Aku sering bermonolog sendiri. Tidak cukupkah perhatian dan kasih sayang aku beri? Tidak cukup kah aku berk0rban untuk kebahagiaan dia?

Kenapa mesti ada insan lain? Hari demi hari aku merasakan dunia aku sem4kin kelam. Genap 2 bulan di sana, aku mendapat pelepasan untuk balik ke tempat asal aku. Aku bahagia. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menghubunginya lagi.

Namun, aku kesian. Aku takut, disaat dia jatuh tiada insan yang akan menemaninya. Sebagaimana aku pernah menyaksikan jatuhnya air mata seorang lelaki disebabkan seorang isteri. Rasa sayang aku terlampau kuat disusuli rasa kesian aku.

Ya, aku setia di sisinya. Dan mengharapkan satu perhubungan yang halal. Hari demi hari, perhubungan kami m4kin renggang. Dia sering mendiamkan diri. Dan aku juga tahu dia sudah menemui perempuan lain. Namun kasih itu sungguh besar. Aku setia. Aku inginkan satu kepastian.

Dan kata akhirnya adalah, “aku tidak inginkan suatu perkahwinan lagi. Cukuplah, dia perkahwinan pertama dan terakhir aku. Cukuplah dia perempuan yang aku sayang. Aku tr4uma. Dan kau seharusnya tahu membezakan antara layanan yang baik dan cinta.”

Tanpa dia sedar, dia telah membuat aku tr4uma. Tr4uma sehingga aku depr3ssion lagi. Bagi aku, dunia ini terlampau k3jam. Di mana silap aku? Sehingga aku diperlakukan sedemikian. Mengapa suami orang yang mendekati aku?

Sumpah, semua ini terlampau s4kit untuk aku jalani sendirian. Aku juga cuba mendekatkan diri dengan Dia, Yang Maha Besar. Aku malah cuba untuk redha. Namun, semua terlalu berat untuk insan sekerdil ini. Tuhan, kuatkanlah Jiwaku!

Aku hanya inginkan kata semangat untuk meneruskan perjuaangan ini kerana aku rapuh dan ingin sahaja berputvs asa. Aku akui, aku pernah hidup dalam gelumang d0sa aku ciptakan sendiri. Aku kotor. Aku jijik. Aku b0doh.

Dan, andai anda ingin mengecam perbuatan aku. Aku tidak menyalahkan mana – mana pihak. Ya, silap aku sendiri. Kerana niat aku tidak menghalalkan cara. Aku menjaga dia yang sudah tentunya bukan milik aku. I want to fix him, but he br0ke me down instead. – Deuddz’s (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Jue Baker : Kesian adik ni, telalu muda untuk tahu, erti cinta yang sebenarnya.. Teringat cerita fyn jamal, suatu ketika dhlu, aku yang dulu, sanggup memperb0dohkan diri untuk cinta lelaki, sanggup buat apa sahaja untuk dicintai.

Dia, cuba untuk ajak adik – adik ni supaya tak tersilap macam dia, tapi ramai plak kecam dia.. Hmm. Adik, idk, tapi hakak rasa, kisah awak tak akan berhenti. Awak akan kembali dipergunakan oleh lelaki, u never stop this, sampai satu masa yang entah bila… Sebab awak sentiasa ingin dicintai.

Jaga diri awak dik, apa pun yang berlaku, jangan tinggal solat, cuba jauhi lelaki, cuba jauhi z1na, jaga aurat, paling penting jangan tinggal solat, tak kira berapa tinggi rasa hati awak sebagai pend0sa. Dan kalau termengandung make sure cara pihak – pihak berwajib yang boleh jaga awk yer, abby abadi, fyn jamal antara nama yang awak boleh ingat untuk bantu awak kalau perIukan bantuan kalau termengandung. Okey okey? Kita semua juga pend0sa, tapi yang membuatkan kita lebih baik, adalah yang berubah untuk jadi lebih baik.

YuYu Ghazi : Pada pendapat aku, suami orang yang kedua boleh melayan perempuan lain selain confessor dan wife dia sebab dia rasa mudah untuk mendapatkan wanita.. Jadi kenapa semudah macam tu balik rumah lelaki tu?

Memang takde tempat lain ke nak duduk time pkp hari tu? Siap serumah sekatil pulak tu.. Faham confessor sedih dan depr3ss tapi niat tidak menghalalkan cara, confessor sendiri yang cari peny4kit.. Bukan dengan melayan lelaki lain boleh menyembuhkan depr3ssion tapi mendekatkan diri dengan Allah.

Sepatutnya bila dah kena sekali, jadikan ia pengajaran tapi emm ni siap layan lagi hingga balik ke rumah tu entah lah no comment tapi sebagai seagama saya memang kena tegur benda ni salah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.