Keluarga perli kami duduk menumpang. Bila saya dan suami cari rumah sewa, semua tuan rumah tak nak terima

Semua tuan rumah memang tak bagi kami sewa. Semua sibuk tanya suami kerja apa? Kenapa saya tak kerja? Sampai begitu sekali dih1na. Hanya kerana kami dalam kepayahan tiba – tiba kami jadi seh1na – h1na manusia.

#Foto sekadar hiasan. Hi admin, jika admin siarkan kisah saya, tolong hide profile ye. Ceritanya sebelum ni saya berkahwin dengan suami, dia ada bisnes walaupun dia ada hutang tapi segala keperluan saya, alhamdulliah ada rezeki ada.

Adalah juga kadang – kadang berg4duh bab duit tapi bagi saya semua tu normal la bagi pasangan suami isteri. Sebab kami bukan orang kaya. Tiba – tibakan waktu pandemik melanda perniagaan suami saya kena tutup, tutup selamanya.

Kami sabar jalani hidup dengan usaha, tak pernah susahkan sesiapa. Susah senang kami laki bini, tak pergi sana sini pinjam. Saya je yang terlalu risau suami takde duit, jadi saya diam – diam pergi pinjam dekat kawan. Kami sewa rumah ja tapi kami kena keluar dari rumah sewa sebab tak selesa dengan jiran – jiran yang agak t0ksik dan menakutkan.

Bagi saya suami saya seorang yang hebat, ini ikhlas sya puji. Dia sangat berusaha cari duit nak bagi kami duduk rumah tu. Kadang – kadang nampak dia rapuh tapi orang laki ni suka tutup rahsia semua. Saya keluar dari rumah sewa sebab jiran, saya jadi anx1ety, takut dan berdebar – debar.

Mereka terlalu menggangu ketenteraman kami. Bila report polis lari sunyi, hilang polis depa berani balik. Jadi bila keluar dari rumah sewa, kami balik rumah keluarga saya tapi kena hentam teruk dengan keluarga. Katanya suami saya hantar balik sebab tak mampu.

Tambah plak masa saya balik tu dalam keadaan mengandung anak kedua. Sebenarnya saya pun tak tau saya mengandung waktu tu, mampu menangis je. Saya ambik keputvsan untuk keluar bekerja. Saya berniqab susah sangat nak cari kerja.

Alhamdullilah satu kerja tu ja mampu. Semua asyik marah saya kata suami saya itu ini. Saya pertahankan suami tapi bila saya pertahankan suami, mereka kata saya giIakan suami. Sejak keluar dari rumah sewa, kami dah tak mampu nak tambah komitmen sewa rumah lain.

Suami tiba – tiba down tak dak kerja. Dia ada buat lalamove, dia pujuk keluarga nak tumpang rumah tapi keluarga tak izinkan. Lalamove yang dia buat tak bawa hasil. Sekejap ada duit sekejap tak. Dia bukan suami yang malas, saya nampak kesungguhan dia.

Masa saya bersalin dia usaha cari duit untuk bayarkan segala kos dan persiapan baby. Saya pula terp4ksa czer. Salahkah saya bela suami yang baik. Biasalah kalau kadang – kadang suami s4kitkan hati, tapi itu gurauan kasar je.

Dia suka buat saya marah tapi bila saya marah dia datang buat itu ini tersengeh – sengeh dia tu. Macam sakat lah. Orang nak saya berpisah sebab suami tak mampu nak sewa rumah. Saya jawab, “ooo.. bila dia tak mampu nak suruh pisah? Selama ni saya tak pernah kacau keluarga saya, suami saya yang bela saya. Susah senang kami bersama. 3 buah rumah kami sewa merata, kami jalan jelajah. Hanya kerana dia jatuh susah, dah tak mampu nak menyewa, adakah saya kena tinggalkan dia? Kalau dia yang cerai saya, itu lainlah, untuk saya pisah dengan suami yang berk0rban untuk kami mana mampu.”

Suami kerja sampai lewat makan, dia tak makan sebab takut tak cukup duit. Kadang – kadang laki ni suka simpan susah depa. Kadang – kadang tu saya nampak dia s4kit tapi entahlah la bila datang jumpa saya, nampak dia sihat. Keluarga bagi tekanan dekat saya teruk sangat.

Kawan saya pulak bila mereka dapat tau saya ada masalah, mereka suruh saya bukak niqab, supaya senang dapat kerja kilang. Rasanya macam mana lah saya yang tak biasa untuk semua tu nak buat? Saya letih pertahankan suami sebenarnya.

Mereka kata saya giIa bayang sangat dengan suami saya. Habis nak saya ni buta hati macam mereka, langsung tak nampak kebaikan orang. Saya menumpang rumah keluarga, disebabkan tak mampu nak menyewa kami pergi tebalkan muka ke zakat.

Bayangkan kami hilang pendapatan 2019 tapi sehingga 2023 kami bertahan dengan usaha suami. Suami tak mintak bantuan apa – apa, selain saya tumpang duduk rumah keluarga. Sekarang kami terp4ksa sebab anak kedua yang saya lahir tu pramatang, dia ada masalah kesihatan.

Termasuk kelainan buah pinggang dan masih kena temujanji dengan doktor sebab batu karang. Buah pinggang bercantum, jadi doktor takut ada masalah tak berfungsi atau apa – apa. Saya nak cari rumah sewa tapikan semua tuan rumah memang tak bagi kami sewa.

Semua sibuk tanya suami kerja apa? Kenapa saya tak kerja? Sampai begitu sekali dih1na. Kami tak akan mintak bantuan sesiapa pun kalau anak – anak kami tak s4kit. Anak sulung pun baru keluar hospitaI kena pneum0nia (ada cecair dalam paru – paru kena jangkitan)

Kenapa ya sampai bergitu sifat manusia ya. Selama ni kan apa bantuan pun kami tak pernah mintak, hanya kerana kami dalam kepayahan tiba – tiba kami jadi seh1na – h1na manusia. Tak nak faham jangan sampai masuk campur urusan kami.

Lagi pun kalau kata zakat tak bayar lagi dah rumah tersebut kenapa nak risau, kami keluar lah kalau kami tidak mampu. Buat masa ni kami ada zakat untuk tolong buat bayaran sewa bulanan dan deposit. Selama ni kami tak pernah nak ani4ya orang, masa kami hilang kerja tahun 2019 saya s4kit, duit berhabis untuk beli ubat saya.

Kami tak pernah lari dari hutang, bila ada duit kami akan terus bayar. Terkilan memang terkilan. Saya cari rumah sebab saya risau anak – anak duduk menumpang rumah keluarga. Dalam rumah ni dah ada 2 orang dewasa yang normal, 1 orang dewasa yang uzur. Yang uzur tu k3ncing ber4k satu rumah.

Anak – anak takde tempat nak main. Yang sulung selalu buat per4ngai sebab dia nak main tapi dihalang. Bilik pun kecik, dalam bilik tak boleh main, dekat ruang tamu tak boleh, dia tak faham. Jiwa budak – budak dia nak membuas ja.

Jadi bila saya duduk dengan anak – anak total rumah 6 orang sebab tu keluarga tak izinkan suami duduk sekali. Dah penuh. Suami berulang alik berulang ali, penat letih. Sambil nak urus anak – anak untuk hospitaI. Bila ada rumah sewa ada lah ruang untuk anak – anak.

Suami pun boleh berehat bila penat, saya pun ada ruang diri sendiri tak kena hentam ja dengan keluarga. Kami bersyukur ujian ni tak buat kami mentaI. Allah lindungi kami, walaupun rasa dah nak patah semangat. Dengan ujian kereta rosak, anak – anak s4kit, rumah tak dak, jauh dari suami.

Dengan kata – kata orang, dengan sifat manusia. Hanya Allah ja tau macam mana kami berjuaang. Tujuan saya luah di sini untuk mencari kekuatan hati di sebalik ujian besar yang kami terima. Saya tak henti – henti kena marah dibrainwash pasal suami.

Saya kadang – kadang rasa macam nak tertekan. Di mata orang tak nampak apa pun kepayahan kami tapi sebenarnya hanya Allah je tahu, air mata kepayahan kami suami isteri. Saya tetap bersyukur sangat ada keluarga kecik saya ni.

Doakan kami dipermudahkan urusan untuk mencari rumah sewa untuk beri kehidupan baik buat anak – anak sementara abahnya mencari kerja tetap. Sebab kerja sekarang ni dah boleh bernafas sikit tapi si adik ni duit hospitaI dan sebagainya lagi. Dan tak tau lagi keputvsan doktor untuk bedah atau tidak.

Kami berharap kami kuat hadap ujian ni. Bukan mudah seperti yang disangka tapi Allah maha mengetahui. DuIukan kita ada duit, kita tak berlagak tapi ada duit pun tak kaya mana. Bila kita susah pun kita sembunyi tak pernah mintak bantuan orang.

Tapi baru saya sedar, bila kita betul – betul buntu, kita baru nak mintak bantuan, tangan – tangan yang sebelum ni suka bantu hilang. Waktu kami susah dan usaha tak pernah kami mintak apa – apa pertolongan. Jika kami mampu kami takkan mintak apa – apa bantuan. Cuma kali ni terdesak sebab anak – anak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.