Kami berg4duh lagi semalam. Aku hilang sabar dan mintak suami aku ceraikan aku. Dia setuju untuk ceraikan aku di depan orang tua aku. Aku pun angkut la semua anak – anak aku ke dalam kereta..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Assalamualaikum. Banyak sangat yang dipendam dalam hati, tak tau nak dimulai dari mana. Kenalkan diri aku. Seorang wanita bekerja professional, memiliki dua perniagaan yang berjaya. Seorang ibu dengan tiga cahaya mata. 2 anak kembar.
Tapi rumahtangga aku sangatla terasa kosong. Allah uji aku dengan rumah tangga, banyak makan hati dengan sosok seorang lelaki yang suami. Dari mula kahwin, kami sering bertengkar. Mungkin kami tidak sekufu. Tidak sekufu dari segi agama. Dari segi kewangan. Dari segi cara berfikir.
90 percent kewangan keluarga ditanggung oleh aku. Rumah, kereta, minyak, tol, pampers anak – anak, baju. susu, barang basah, barang kering, pengasuh, makan harian. Suami aku, asalnya seorang yang sangat baik, penyabar dan penyanyang. Cuma mungkin itu diawal perkahwinan.
Kami mula sering berg4duh, disebabkan tiada zuriat diawal perkahwinan. Jadi aku sarankan pada suami untuk terus lakukan rawatan IVF pada tahun ketiga perkahwinan. Semua bayaran dibayar oleh aku. Dari cost IVF sehingga check up HospitaI.
Siksanya untuk dia setuju lakukan IVF. Silap sikit saja, aku akan berg4duh dan dia akan gertak untuk cancelkan IVF. Ada sekali tu, 1 minggu je lagi untuk proses pengambilan telur dan penyatuan sperma. Kami berg4duh dan suami aku tinggalkan rumah. Tinggalkan aku sendirian di rumah.
Suami aku ada habit yang bila berg4duh, dia akan tinggalkan aku terkontang kanting tanpa khabar berita berhari – hari. Waktu tu sedihnya hati aku. Sempat memikirkan banyaknya cost yang aku dah keluarkan dan senang – senang suami hilang macam tu sahaja.
Akhirnya, aku mintak bantuan mak aku untuk pujuk suami pulang dan jalani rawatan IVF seperti yang telah dijadualkan. Alhamdulillah IVF aku berjaya. Dan dalam aku mengandungkan anak pertama. Aku ada berg4duh dengan suami.
Asbabnya kecik sahaja, aku tertinggal ubat insulin di dalam kereta dan aku mintak suami aku tolong ambilkan sebab takut rosak. Panas dalam kereta. Mulanya dia buat b0doh. Aku cakap berulang kali untuk mintak dia ambilkan. Padahal dia hanya sedang lihat handphone sahaja waktu tu.
Terakhir suami aku pergi ambil jugak ubat di dalam kereta tapi dalam keadaan yang sangat marah. Kami berg4duh sehingga aku dapat contraction. Dia terus keluar dari rumah dan tak pedulikan aku. Aku ke HospitaI pun dengan bantuan jiran.
Sepanjang aku di HospitaI, langsung tak tanya khabar, khabar aku pun tak ditanya, khabar anak kandungan pun dia tak peduli. Hatta aku discaj dari hospitaI pun, aku balik dijemput jiran aku. Sedihnya hati aku waktu ni. Allah jela tau.
Aku ada mintak bantuan adik beradik suami aku tapi mereka tidak membaIas whatsapp, tidak angkat call aku. Dipenedekkan cerita, aku mengandung IVF kali kedua, dan kalini lagi besar aku diuji. Aku berg4duh dengan suami dan keluarga suami.
Mereka datang ke rumah aku sebabnya mertua aku ada appointment di HospitaI di Kuala Lumpur. Mereka datang menginap, untuk memudahkan pergi ke HospitaI. Waktu tu aku dah sarat sangat, 34 minggu. Aku tidur pun hanya boleh dalam keadaan duduk sebab perut terlampau besar, yelah mengandungkan kembar, aku tak dapat tidur lena pun dan aku senang nak s4kit kepala.
Keluarga suami pulak terlampau bising. Menjerit dan ketawa terbahak – bahak sampai aku tak boleh nak berehat. Aku jadi rasa nak marah dan aku keluar dari rumah pergi tenangkan diri di restoran terdekat. Aku ada whatsapp adik ipar aku, untuk ambil homestay next time datang untuk rawatan.
Disebabkan whatsapp aku tu, seluruh family suami sentap termasuk suami aku. Suami aku keluar dari rumah dan balik ke kampung mertua tanpa beritahu aku di mana dia berada. Disebabkan tekanan, aku alami contraction.
Aku call suami tak berangkat. Call adik beradik suami pun tiada siapa yang angkat. Call bapa mertua lagi la tak diangkat. 3 hari kemudian aku tak sedap hati dan panggil ayah aku untuk bawa aku ke HospitaI. Ayah aku pun pelik, mana suami kamu?
Aku terp4ksa tipu, mengatakan suami aku melawat neneknya yang s4kit di kampung. Bersalin la aku secara caeser sendirian di HospitaI. Sedihnya aku, suami aku sekali lagi tinggalkan aku hatta walaupun aku berjuang nyawa untuk lahirkan zuriat dia.
Dalam suami aku balik ke kampung, sempat lagi ayah mertua aku menghasut. Ayah mertua aku siap cakap perkahwinan aku dan suami tak sah. Ayah mertua aku pulak yang pandai dari Tok Kadi. Selepas bersalin, suami aku hanya pedulikan baby sahaja.
Aku langsung dia tak peduli. Hatta hari ke lapan selepas czer aku dah start memasak. Sebabnya kalau aku nak tunggu suami. Aku akan kelaparan. Sedihkan, aku berduit, sediakan segala – galanya untuk suami. Tapi aku dilayan macam ni.
Terbaru. Kami berg4duh lagi semalam. Aku hilang sabar dan mintak suami aku ceraikan aku. Dia setuju untuk ceraikan aku di depan orang tua aku. Aku pun angkut la semua anak – anak aku ke dalam kereta dan drive selama sejam untuk ke rumah mak ayah aku.
Sudahnya suami aku hilangkan diri lagi. Sampai bila aku nak bertahan dengan per4ngai suami. Aku tau suami aku takkan mudah ceraikan aku, sebab aku adalah sumber kewangan family ni selama ni. Guys. Mudah tak nak filekan fasakh. Aku banyak sangat makan hati. Jangan kecam. Aku dah terlampau taw4r hati. – H4ncur hati seorang isteri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Kird Ree : Red flag dah terlalu banyak. Yang aku tak faham, dari awal dah tak sekufu banyak benda lagi – lagi bab nafkah. Kenapa teruskan untuk zuriat dengan dia? Kenapa tak bincang dulu sama – sama perbaiki diri baru lahirkan keturunan dia.
Ni isu punca g4duh tu jugak kau proceed untuk terus mengandung. Taknak lah kecam, tapi tak faham macam mana kau boleh bertahan dari awal, dah kalau dia tak banyak memberi tapi banyak menerima je suami tu. Taknak letak effort. Goodluck..
Syed Fadhli : Pelik betul dengan perempuan macam ni. Selalunya yang bertahan tu sebab berg4ntung kepada suami dari kebanyakan perkara. Ini tt ada semuanya dan dia sendiri yang buat semua urusan rumahtangga. Kenapa masih cuba bertahan dengan masalah yang tiada jalan penyelesaian dengan suami? Berpisah bukan tanda kegagalan, tapi itu jalan Allah sediakan untuk mereka yang benar – benar memerIukan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.