
Masa aku dan anak – anak sampai rumah, keluarga mertua, anak – anak saud4ra tengah makan KFC. Sedihnya mereka hanya tinggalkan sisa kentang penyek dan sisa air je untuk kami..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum min. Saya harap min dapat sembunyikan profil saya ya. Saya hanya ingin meluahkan apa yang saya sedang hadapi sekarang, dan saya harap sangat ada yang sudi membantu beri cadangan atau kata semangat. Saya betul – betul buntu.
Macam ni min, saya baru sahaja berpindah ke utara tanah air pada awal bulan Februari hari tu. Dipendekkan cerita, keluarga kakak ipar saya ada beritahu mereka nak datang bertandang ke rumah kami. Mereka datang dalam satu rombongan, dua keluarga juga la, lebih kurang 11 orang semuanya termasuk anak – anak kecil. Pada awalnya, saya okey sahaja.
Saya memang jenis suka orang datang rumah. Tapi waktu mereka datang tu, suami saya sedang berkursus di Pahang selama dua minggu. Min tahu kan, kalau tengah bulan ni gaji pun belum masuk lagi. Jadi, kami terp4ksa guna duit anak untuk beli ayam dan sayur.
Tapi saya masih okey lagi masa tu, sebab saya fikir anak – anak saya pun nak makan juga. Takkan nak bagi makan kosong je. Tapi min, di sinilah bermulanya pend3ritaan saya. Bila mereka sampai, anak saud4ra saya boleh pula cakap depan saya, “Makcik cakap masak ayam masak kicap, mana kicap dia?” sambil ketawa – ketawa.
Saya masih senyum min, walaupun dalam hati saya dah terasa sangat. Saya mengaku min, saya memang tak pandai masak sedap macam mak dia. Tapi anak – anak saya memang suka cara saya masak. Walaupun simple, mereka makan berselera.
Hari berikutnya pula, saya dah maklumkan awal – awal bahawa saya kena ulang – alik ambil anak sekolah sebab anak – anak saya balik waktu yang tak sama. Seorang sekolah menengah, seorang lagi sekolah rendah. Tapi min, waktu kami sampai dekat rumah tu, mereka semua tengah makan KFC. Saya bersyukur min, sebab anak – anak saya dapat juga rasa makan KFC.
Tapi yang saya terasa sangat tu, mereka hanya bagi baki makanan yang mereka dah makan. Ubi yang dah lembik, kuah pun dah habis. Air pun kutip dari cawan yang mereka dah guna. Apa salahnya kalau mereka nak kumpul duit dan beli satu set khas untuk anak – anak saya.
Saya mampu lagi nak beli satu set walaupun hanya satu pun cukup. Tapi janganlah sampai bagi sisa – sisa. Waktu nak tidur pula, kakak ipar saya boleh cakap, “Buka la pintu bilik tu, rumah panas la.” Bayangkan min, 11 orang tetamu ditambah dengan kami lima beranak. Memang la panas.
Tapi saya pasang aircond dalam bilik sebab anak saya ada eczema. Dua orang pula tu. Anak bongsu saya pula masih menyusu, jadi memang saya perlu tutup pintu untuk keselesaan anak – anak saya. Tapi mereka tak faham pun. Tak habis dekat situ sahaja min.
Dia komplen pula pasal pinggan mangkuk rumah saya. Saya akui min, memang ada beberapa pinggan yang sumbing sikit. Tapi dia boleh pula kuat – kuat cakap suruh saya buang semua dan beli baru. Suara dia kuat sampai jiran pun boleh dengar. Saya malu sangat min. Rasa nak masuk bawah lantai.
Kemudian, anak dia ajak pergi Eco Shop nak beli barang. Saya pun ikut la, walaupun dalam hati berat. Sampai dekat kaunter, dia ambil macam – macam mainan, banyak pula tu. Macam nak buat derma. Tapi waktu nak bayar, dia boleh berdiri dekat depan macam tak ada apa – apa. Dia biar saya dengan mak dia dan kakak ipar seorang lagi dekat kaunter.
Tiba – tiba mak dia cakap, “Aku ada lima puluh ringgit sahaja.” Min, saya dah rasa lain macam dah masa tu. Saya buka dompet, memang ada lima puluh lima ringgit sahaja. Itulah duit minyak kereta dan duit belanja sekolah anak – anak seminggu sementara tunggu suami balik kursus.
Tapi saya terp4ksa keluarkan lima puluh ringgit, kakak ipar yang seorang lagi keluar dua puluh ringgit. Last – last mainan tu semua tinggal dekat rumah saya pula. Kalau lah mainan tu pelbagai jenis tak apa la juga, tapi semua mainan jenis yang untuk main dekat pantai sahaja.
Anak saud4ra saya boleh pula cakap, “Tak apa, mainan ni simpan sini. Nanti kami datang lagi, tak payah beli dah.” Sebenarnya min, banyak lagi benda yang mereka buat sampai saya tak mampu nak cerita semua. Takut nanti anak saud4ra saya baca sebab mereka pun ada dalam kumpulan ni.
Tapi cukup saya cakap, tiga hari dua malam mereka duduk dekat rumah saya tu ibarat satu azab. Saya penat sangat. Selepas suami saya balik dari kursus, saya luahkan semua apa yang saya pendam. Saya menangis min. Menangis depan dia sebab saya tak tahan.
Dua minggu dia tiada, saya tanggung semua. Tapi suami saya cuma diam. Dia hanya cakap, “Abi tengok per4ngai mereka pun abi dah tahu. Depa memang jenis datang nak berjalan ja. Abi minta maaf bagi pihak mereka ya. Sabar umie, Allah akan balas dengan pahala.”
Tapi yang terbaru min, saya terbaca dalam telefon suami saya. Ada perbualan dengan keluarganya yang menyatakan mereka nak datang lagi bulan tujuh ni. Saya jadi serabut min. Saya takut perkara sama berulang. Saya nak jaga mental saya. Saya penat buat baik tapi dibalas macam tu.
Jadi, tolonglah min, kalau ada sahabat dalam ni yang boleh bagi cadangan atau idea macam mana saya boleh elakkan hal ini berulang tanpa menyinggung perasaan suami saya. Saya tak nak dia fikir saya benci keluarga dia. Saya cuma nak jaga emosi dan kesihatan mental saya sahaja.
Komen Netizen :
Aien Nurul : Hati kena kering, sis. Tak payah fikir sangat pasal nak jaga hati orang, sebab dia pun bukan fikir nak jaga hati kita. Kalau dia komplen pasal makanan, dari awal dah boleh beritahu: “Ini sahaja yang saya mampu sediakan. Sedap tak sedap, makanlah ya.”
Rumah panas? Kalau nak sejuk, sila duduk hotel. Kedai Eco? Kalau tak cukup duit, jangan beli. Jangan buat per4ngkap dekat orang lain. Terus terang sahaja pasal kewangan awak. Awak pun bukannya bekerja. Mereka sepatutnya bersyukur awak sudi tumpangkan rumah.
Kalau nak yang serba-serbi tip top, duduklah hotel… kenalah bayar. Kalau tak berduit, jangan menyusahkan tuan rumah. Lagi satu, suami awak pun faham kan situasi sebenar? Jadi, biar dia yang urus dan bercakap dengan keluarga dia sendiri.
Sebab ini memang jenis tetamu yang tak ada adab. Walaupun keluarga sendiri, tetap kena hormat tuan rumah. Kalau mereka nak datang lagi, minta suami carikan homestay siap – siap. Bagi alasan rumah awak panas dan homestay lebih selesa. Settle masalah.
Saya sendiri pun jenis bercuti ikut bajet. Tak pernah tumpang rumah adik beradik kecuali kalau mereka yang ajak dan desak suruh tidur situ. Kita tak tahu tahap kewangan orang. Biar pun nampak senang atau mewah, jangan banyak demand kalau menumpang rumah orang.
Kita sepatutnya bersyukur kalau tuan rumah sediakan tempat tidur dan makanan. Itu dah cukup baik. Lagi beradab kalau kita ringankan beban tuan rumah. Kalau nak makan, pergiIah beli makanan. Kalau rapat sangat, belilah barang basah dan masak sama – sama. Baru silaturahim tu tak putus. Tuan rumah dah berbudi, tetamu pula kena berbahasa. Itu baru hubungan kekal elok.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.