Keluarga tak restu perkahwinan kami hanya kerana aku lebih tua dari suami

Pada hari pernikahan kami, tiada seorang pun ahli keluarga suami yang hadir. Hanya kawan-kawan suami menjadi pengganti pihak keluarga suami. Bila ada saud4ra yang terserempak, suami akan kenalkan aku sebagai kawan..

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Nama aku Nur. Aku dah kahwin setahun. Perkahwinan kami tanpa restu dari pihak keluarga suami. Aku kenal suami dari zaman belajar, 7 tahun bercinta dan akhirnya kami berkahwin juga.

Pada awal bercinta, aku tak tahu keluarga suami tak restu hubungan kami. 3 tahun zaman belajar, aku tak terlalu fokus untuk ke arah perkahwinan. Suami janji akan kahwin dengan aku lepas masing – masing habis belajar dan bekerja. Aku pegang janji suami. Lepas habis belajar, pada tahun ke-3 hubungan kami, aku baru dikenalkan oleh suamiku dengan kakaknya.

Mulanya, kami berbual seperti biasa, tapi bila kakak suami aku tahu yang aku lebih berusia dari suami, maka bermula lah drama ‘perIi-memerIi’ dan ‘tarik muka’. Aku tua 4 tahun dari suami. Balik dari pertemuan tu, aku cadangkan pada suami agar kami putvs sebab drama tadi dari kakak dia betul-betul buat aku terasa diperIekehkan dan tak diterima. Tapi suami pujuk aku, dia kata ibubapa dan adik-beradik dia yang lain akan terima aku.

Beberapa minggu lepas pertemuan tu, kakak suami ada jumpa aku dan meminta maaf. Jadi, merasakan bahawa semuanya akan baik-baik, aku meneruskan perhubungan dengan suami seperti biasa sehinggalah kami masuk tahun yang ke 4 bersama.

Masa tu aku dah mula rasa pelik, kenapa suami masih tak bawa aku jumpa keluarga dia. Aku suarakan pada suami persoalan aku. Dan suami minta aku bagi sedikit masa untuk dia kenalkan aku dengan keluarga.

Tahun ke 5 aku dah mula gelisah, umur aku m4kin meningkat, saud4ra mara dan keluarga dah selalu bertanya bila kami akan disatukan. Aku sem4kin tertekan. Dan akhirnya, suami berterus-terang pada aku yang keluarga dia tak restu. Tiada seorang pun dari ahli keluarga dia yang mahu menerima aku. Dia cuma tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan aku.

Masa aku tahu, aku menangis semahunya. Aku rasa tertipu, aku rasa diperbod0hkan oleh suami. Selama aku bercinta dengan suamiku bertahun, selama aku menerima maaf dari kakak dia, selama itu juga rupanya aku mentah-mentah ditolak mereka dibelakangku.

Suami sekali lagi memujuk, tetapi aku masa tu rasa tertekan dan aku selalu berg4duh dengan suami. Hubungan kami mulai bermasalah. Aku nak putus tapi aku tak kuat untuk tinggalkan orang yang dah lama aku sayang. Suami masa tu buat perangai juga.

Sebab aku selalu marah, member0ntak dan berkasar, dia melayan perempuan lain belakang aku.

Hati aku sakit tapi aku sayangkan suami sepenuh hati. Dan suami juga sayangkan aku. Dia cuba untuk sayang dan bercinta dengan wanita lain yang lebih muda seperti yang keluarga dia nak tapi dia tak mampu untuk tipu perasaan dia. Hampir 2 tahun, bermula dari aku tahu keluarga suami tak mahu terima aku, hubungan kami selalu bermasalah dan kami kerap berg4duh.

Namun, pada tahun ke 7 kami membuat keputusan untuk tetap berkahwin juga walaupun tanpa restu dari pihak keluarga suami. Dah bermacam cara suami lakukan untuk pujuk keluarga dia tapi tetap mereka menolak aku atas alasan seorang lelaki tidak boleh beristerikan perempuan yang lebih berusia.

Pada hari pernikahan kami, tiada seorang pun ahli keluarga suami yang hadir. Hanya kawan-kawan suami menjadi pengganti pihak keluarga suami. Keluarga aku menerima suami dan keadaan kami sepenuh hati, tanpa syarat. Tiada hantaran yang perlu suami sediakan sebab keluarga aku tidak meletakkan sebarang hantaran.

Ayah aku cuma pesan pada suami, jaga aku sebaiknya dan teruslah meminta restu dari keluarga suami sehingga mereka mahu menerimaku. Dan aku pada hari pernikahan, menangis teresak – esak kerana rasa berd0sa membiarkan suami membelakangkan keluarga demi berkahwin dengan aku yang dia cinta. Tapi apa pilihan yang aku ada? Dah bermacam kami buat bahkan kami pernah hampir berpisah tetapi tetap jod0h itu milik kami.

Setahun berlalu, keluarga suami masih membenci diri ini. Aku masih isteri yang ‘tersimpan rapi’. Saud4ra mara suami tidak ada yang tahu dan kenalan-kenalan suami juga tidak ramai yang tahu akan perkahwinan kami. Dan suami bergilir setiap hari balik ke rumah aku dan rumah ibubapanya semenjak hari pertama kami bernikah.

Aku umpama bermadu dengan keluarga mertua sendiri. Tiada gambar mahupun secebis apa pun yang suami update di media sosiaI dia tentang aku demi menjaga hati keluarga yang malu andai ada saud4ra mara yang tahu suami telah berkahwin tanpa restu.

Aku isteri suamiku yang sah. Kami berkahwin bersaksikan ahli keluarga aku, kenalan – kenalan aku dan wali aku yang sah. Aku isteri suamiku yang berhak dikenalkan sebagai isteri yang sah. Tetapi, sebaliknya aku hanya diperkenalkan sebagai ‘kawan’ jika suamiku terserempak dengan kenalan-kenalan keluarga kerana tidak mahu cerita kami berkahwin tanpa restu menular dan meny4kiti hati keluarganya.

Aku dibenci hanya kerana aku lebih berusia. Aku tidak mendapat hak sebagai isteri untuk berkongsi hidup sepenuhnya dengan suami kerana aku dibenci keluarga suami. Aku terp4ksa menanggung bebanan perasaan ini hanya kerana mereka tidak pernah cuba mahu mengenali aku selain mengenali aku sebagai ‘perempuan tua’ yang berjaya menakluki hati suamiku.

Dalam masa setahun, entah berapa banyak air mata aku yang keluar hanya kerana aku terp4ksa mengalah dan mengenepikan perasaan aku demi menjaga hati keluarga mertua. Terlalu banyak episod dan drama pahit yang berlaku yang tidak mahu aku ceritakan disini. Cukuplah sekadar aku yang merasa pahit dan s4kit ini.

Sehingga ke hari ini, aku masih berharap suatu hari nanti keluarga mertua akan menerima dan menyayangi aku, ‘menantu tua’ ini. Aku dan suami hanya mampu berdoa agar dibukakan pintu hati keluarga dia untuk menerimaku. Di kalangan keluarga dan kenalan – kenalanku, aku dikenali sebagai seorang wanita yang kuat menghadapi segala ujian dalam hidup aku.

Kerana sejak kecil, bermacam dug4an besar yang aku terima dan aku berjaya menghadapinya. Tetapi, ramai yang tidak tahu keperluan em0si aku dah hampir k0ntang kerana bebanan perasaan ini. Senyuman dan tawa yang aku ukirkan setiap hari, hanyalah untuk menutup segala duk4 dalam hati. Aku selalu bicarakan pada hati, aku manusia yang Allah sayangi kerana itu aku diuji. Tapi adakalanya aku hampir rebah mahu membunvh diri bila em0si sedih menguasai hati.

Tolong doakan aku dan suamiku. Doakan perkahwinan kami dan mahligai yang baru kami bina ini tetap utuh dan ampuh walau sebesar apa pun badai yang melanda. Doakan keluarga mertua ku terbuka hati untuk menerima aku dan menyayangi aku supaya aku juga dapat merasa ‘punya keluarga mertua’ seperti adik-beradik ku yang lain. Dan doakan aku supaya aku tidak membenci mereka seperti mana mereka membenciku.

Mohon doakan juga aku cepat dapat zuriat lagi lepas keguguran awal perkahwinan tempoh hari akibat terlampau tertekan. Aku tak kuat, tapi aku tetap akan bangkit dan terus kuat bertahan demi perkahwinan kami, demi ibubapa aku yang dah berk0rban untuk aku, ‘menahan malu’ masa hari pernikahan kami tanpa kehadiran keluarga dari pihak suami dan demi suami yang dah berk0rban untuk menunaikan janjinya mengahwiniku.

Aku bahagia bersama suami menjalani alam perkahwinan ini tetapi dalam masa yang sama aku menderita juga kerana masih mengharapkan restu dari keluarga mertua dan kerana mahu aku diiktiraf sebagai isteri suamiku yang sah dimata semua. Tolong doakan kami.

Semoga Allah takdirkan yang baik-baik selepas ini buat kita semua. Semoga aku dan keluarga mertuaku dapat berhimpun dan berkasih sayang kerana Allah.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aira Myra Razfa

Sebab tu perkahwinan bukannya mainan. Restu kedua belah pihak keluarga tu sangat penting. Macam saya, dah berapa ramai lelaki yang saya pernah kenal, tapi parents tak restu. Terp4ksa la jugak lepaskan. Sebab parents kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anaknya. Alhamdulillah, saya dah nampak hikmah kenapa parents saya tak bagi saya berhubungan dengan orang-orang tu. Sekarang saya jumpa yang jauh lebih sempurna. Sebabnya jugak, saya tak nak nanti hubungan tak bahagia sebab tak ade restu dari kedua-dua atau saIah satu pihak. Dalam kes puan ni, saya rasa beratlah, walaupun beza cuma 4 tahun tapi kita tak boleh p4ksa bila orang tu dah memang tak suka kita. Bila dah tak suka, macam-macam alasan dia bagi walaupun tak logik dek akal. Ingatlah kepada semua orang yang belum berumahtangga, restu dan redha ibu ayah tu penting, sebab di situ jugak terletaknya redha dari Allah. Jadi, nak kahwin, pastikan kedua-dua belah pihak kluarga restu dengan hubungan kalian. Demi kebahagiaan di masa akan datang..

Zu Cik IeykaZu

Lebih kurang sama tanpa restu keluarga lelaki atas faktor saya bukan bekerja di sektor kerajaan. Alhamdulillah petunjuk dari Pemilik Cinta, setelah 6 tahun bertahan. Allah permudahkn urusan perpisahan kami. Hubungan tanpa restu keluarga risik0 amat besar..

Indra Putra

Tak faham kenapa perlu sorok status perkahwinan. Dan tak faham kenapa suami kene berlakon. Satu keputusan BESAR macam perkahwinan..jangan dipandang mudah. Pernah tengok filem untuk 3 hari? Macam tu lah korang.. apapun, suami kene bagitahu segera yang korang dah kahwin. Be a man for once. Keluarga beIah suami nak meIetup ke apa..cuma sekali tu jer.. sebab nanti kalau termengandung..seperti jadi 1 d0sa plak. Padahal, anak yang sah taraf.

Nursarah Puteri

Seriuslah ada lagi famili camni. Aku pun lebih tua 4 tahun dari suami. Abang sulung suami sebaya aku. Malah abang kedua suami pun lagi muda dari aku. Kami pun 3 tahun juga berkawan baru decide berkahwin. Alhamdulillah nak masuk 4 tahun alam perkahwinan dengan sepasang cahaya mata. Please lah jika anak atau adik anda dah suka seorang perempuan biarpun lebih tua beberapa tahun pun redhakanlah pilihan tersebut. Apa yang tak bagusnya jika kami ni lebih tua. Allah dah atur jod0h sebaik baiknya. Allah Maha Mengetahui. Semoga confessor bersabar dengan dug4an ini.

Teddy Chomel

Sama kes macam mak bapak saya. Ipar-ipar mak saya pun sama menentang jugak sampai baIing kasut kat ayah saya. H1na – h1na mak saya. Lepas 10 tahun anak dah 4 baru mak mentua terima mak. Last masa wan saya s4kit mak saya yang jaga siap mandikan sekali, menantu yang dih1na last – last tu yang disayang. Sabar la tt. Berdoa banyak – banyak. Insyaallah 1 hari nanti diorang akan terima. Mak saya pesan tt kena sabar.