Kenal dalam online, laki tu ajak saya dinner. Lepas kejadian, period saya lewat dua minggu, maIangnya saya mengandung

Bersalin anak luar nikah, semasa dalam wad, saya diperli dan digelakkan kerana saya menjerit kes4kitan. Saya kena marah, kena perli, kena gelak, dilayan dengan buruk sepanjang waktu nak bersalin..

#Foto sekadar hiasan. Saya Orked, dan ini kisah saya. Minta maaf kerana posting saya ini sedikit panjang. Saya harap semua dapat ambil pengajaran dari kisah saya. Saya pernah terlanjur. Dan hasil dari keterlanjuran itu saya mengandung.

Kisahnya bermula bulan Oktober tahun lepas. Saya kenal lelaki ni online. Lepas beberapa minggu chatting, kami buat keputusan untuk berjumpa. Dia ambil saya saya dari office dan kami keluar dinner. Seterusnya apa yang jadi malam itu adalah sejarah.

Period saya delay. Lepas dua minggu delay baru saya buat pregnancy test dan ya the test came out positive. Dunia saya jadi gelap. Saya terus blank. Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak boleh bagitahu sesiapa, termasuklah lelaki tu walaupun saya masih berhubung dengan dia pada waktu tu. Kenapa?

Sebab saya dapat tahu yang dia adalah duda anak satu yang mana anak sorang tu pun dia culas nafkah. Saya fikir, kalau dengan anak kandung sendiri yang dia peroleh secara halal pun dia culas nafkah, apatah lagi dengan anak yang saya kandung ni, memang dia tak akan ambil kisah langsung.

Saya sorok kandungan ni daripada dia sebab saya tak nak kehilangan dia. M4kin lama saya luangkan masa dengan dia, sem4kin saya sayangkan dia. Saya keliru sebenarnya, sama ada saya betul – betul sayangkan dia ataupun ini hanyalah ik4tan batin yang ada sebab saya kandungkan anak dia.

Saya bersyukur sepanjang kehamilan saya, saya tak pernah alami sebarang alahan ataupun morning s1ckness. Cuma penat – penat biasa. Dan saya bersyukur orang sekeliling tak perasan saya mengandung sampailah saat akhir. Perut saya memang tak besar. Sekali tengok macam tengah bloated biasa sahaja.

Bulan March tahun ni, saya dapat tahu dia ada teman wanita. Hati saya h4ncur. Saya salahkan diri saya sebab terlalu mudah percayakan dia dan terlalu cepat sayangkan dia. Saya cuba untuk move on tapi sangat susah sebab saya tahu saya sedang mengandungkan anak dia.

Saya cuba untuk kawal perasaan saya dan cuba sedaya upaya untuk move on. Memang perit tapi saya tahu dia takkan kembali kepada saya. Saya jalani kehamilan saya tanpa ada seorang pun yang tahu. Saya rasa sunyi.

Beberapa kali saya cuba untuk gugurkan kandungan tapi tak pernah berjaya. Anak saya kuat. Mungkin dia nak ajar ibu dia untuk menjadi orang yang kuat semangat dan jangan mudah mengalah. Bulan June 2024 barulah saya ada keberanian untuk check kandungan saya buat pertama kalinya.

Saya pergi ke kIinik swasta untuk buat ultrasound. Doktor cakap kandungan saya sudah 35 minggu. Sekali lagi saya buntu. Saya takut saya tak sempat nak buka buku pink dan uruskan hal kerja. Saya cuba untuk bertenang dan cuba sedaya upaya untuk plan semuanya supaya keadaan tak jadi terlalu kelam kabut bila saya bersalin nanti.

Bulan Julai 2024, saya masih belum buka buku pink. Sejujurnya saya masih in denial yang saya dah nak bersalin. Dan saya masih berharap bayi ni akan gugur dengan sendiri. Tapi ya anak saya sangat kuat. Akhirnya saya ambil keputusan untuk hubungi satu NGO sebab saya tahu saya tak boleh uruskan semuanya sendiri.

Saya juga buat keputusan untuk beri anak saya kepada keluarga angkat. Saya tak mampu untuk jaga anak saya. Dari segi kewangan saya masih mampu. Tetapi dari segi lain saya tak boleh. Saya tak boleh beritahu keluarga saya.

Saya tak boleh beritahu kawan – kawan saya. Saya tak boleh beritahu orang sekeliling. Saya juga tak nak anak saya dibesarkan dengan stigma dan tanggapan negatif. Saya tak nak anak saya kena buIi sebab dia tak ada ayah. Saya tak nak anak saya dibesarkan tanpa dapat kasih sayang daripada seorang ayah.

Dan saya juga ambil keputusan untuk beritahu lelaki itu saya sedang mengandungkan anak dia. Jawapan lelaki tu buat saya sem4kin sedar yang dia tak peduli langsung dengan keadaan saya. Saya sedar tempat saya dan saya maklumkan kepada dia saya tidak akan menuntut apa – apa daripada dia.

Saya juga maklumkan kepada dia yang saya akan beri anak ini kepada keluarga angkat. Saya hanya beritahu dia supaya dia tahu yang dia ada anak lagi selain anak dia bersama bekas isteri dia. Saya memang tidak mengharapkan apa – apa daripada dia, baik masa mahupun wang ringgit.

Saya tak perIukan semua tu daripada dia. Saya sudah taw4r hati. Pada masa itu, saya hanya mahu anak saya selamat dilahirkan. Wakil daripada NGO yang saya hubungi temankan saya untuk buka buku pink. Nasib baik saya ada surat referral dari kIinik semasa saya buat ultrasound. Dapatlah saya buka buku pink pada hari berkenaan.

Saya hadap segala bebelan daripada nurse di kIinik kesihatan. Saya senyum sahaja sepanjang saya di sana. Saya tak nak sedih – sedih, saya tak nak berdrama di sana. Selepas berjumpa doktor dan scan semula dia KK, doktor beritahu usia kandungan saya sebenarnya 36 minggu.

Saya juga baru dapat tahu jantina anak saya. Saya bersyukur semuanya dipermudahkan. Tidak sampai seminggu selepas buka buku pink, saya selamat melahirkan anak saya. Anak saya keluar awal daripada EDD dia. Walaupun saya rasa ralat tapi saya tetap bersyukur anak saya lahir dengan selamat dan sihat.

Semasa saya di PAC, saya diperli dan digelakkan kerana saya menjerit kes4kitan. Saya juga dilayan dengan tidak baik kerana saya tidak ada suami. Saya datang ke hospitaI sendirian. Saya drive sendiri dari rumah ke hospitaI.

Saya kena marah, kena perli, kena gelak, dilayan dengan buruk sepanjang di PAC dan labour room. Tapi saya redha. Saya tahu saya kena hadap benda ni sebab saya mengandungkan anak luar nikah. Saya tahu ini kesan dan akibat dari tindakan saya.

Selepas dipindahkan ke w4rd, saya maklumkan kepada NGO yang akan uruskan saya dan anak saya selepas ini. Dan saya ada juga maklumkan kepada lelaki itu bahawa saya sudah selamat melahirkan. Reaction dia? “I’m speechless”. Itu sahaja.

Baguslah, saya pun memang tak ada harapkan apa – apa daripada dia. Yang penting anak saya sekarang sudah lahir dan ada di samping saya. Sejuk hati tengok muka innocent anak. Comel, ada iras lelaki tu sikit. Anak soleh, anak yang mendengar kata, anak yang baik. Tak banyak ragam, sangat mudah diuruskan.

Saya yakin dia tahu ibu dia dah lalui macam macam jadi dia nak mudahkan semuanya untuk ibu dia. Saya bahagia dengan anak saya. Selepas tiga hari di w4rd, saya dan anak saya dibenarkan pulang. Saya dan anak berlindung di rumah NGO tersebut sementara menunggu proses pengangkatan anak saya.

Alhamdulillah saya dapat spend masa bersama anak saya selama seminggu. Sepanjang seminggu saya dengan anak saya, saya bahagia sangat – sangat. Betul lah orang cakap, hilang rasa s4kit bersalin tu bila tengok muka anak. Alhamdulillah saya dapat susukan anak saya.

Rezeki saya, susu badan saya sangat – sangat banyak. Anak saya hampir tak perlu minum susu formula. Staff di rumah itu pun sangat baik. Jaga saya dan anak saya dengan sangat – sangat baik. Waktu malam mereka jaga supaya saya dapat berehat dan waktu siang saya akan habiskan masa dengan anak saya. Makan minum saya dijaga dengan sangat baik.

Dari saya mula mengandung sampailah saya selamat melahirkan, inilah moment yang saya rasa saya paling bahagia dan tak sunyi langsung. Saya bersyukur Allah hadirkan orang yang baik – baik dalam hidup saya. Tapi bahagia saya hanya sementara.

Genap seminggu, anak saya diserahkan ke keluarga angkat. Anak saya sudah dapat ibu ayah baru yang boleh jaga dia dengan baik. Anak saya akan dapat masa depan yang lebih cerah. Anak saya akan dapat keluarga yang sayangkan dia dengan sepenuh hati.

Anak saya akan dapat pendidikan yang sewajarnya. Saya sedih tapi saya tahu ini adalah keputusan yang terbaik untuk anak saya. Saya sayangkan anak saya, tapi saya terp4ksa. Lama saya menangis. Sampai saat saya menulis ini pun saya masih menangis.

Hari ini, pada hari saya menulis ini, anak saya genap dua minggu. Dan sudah hampir seminggu dia dengan keluarga angkat. Setiap kali saya tengok gambar anak saya, saya akan menangis. Saya sedih dan saya marah. Saya mend3rita kesedihan sebab terp4ksa serahkan anak yang saya sayang kepada orang lain.

Lelaki tu? Sibuk bercinta, berbahagia dan bersweet – sweet dengan pasangan dia. Dia tak ambil peduli langsung tenang anak, apatah lagi tentang saya. Tak pernah sekali pun dia tanya khabar. Jumpa anak jauh sekali. Saya tersiksa. Saya kena tanggung semua kesedihan ni sendiri.

Saya tak boleh kongsi dengan sesiapa. Saya hanya boleh mengadu kepada Allah. Saya percaya Allah sebaik – baik perancang dan saya percaya semua yang Allah susun untuk saya ni ada hikmahnya. Allah nak saya sedar dan Allah tak nak saya terus hanyut dan sesat.

Saya redha walaupun saya sedih, saya redha. Saya percaya anak saya akan dijaga dengan baik. Kepada anakku, mommy harap kamu akan terus menjadi anak yang baik, anak yang soleh, anak yang mendengar kata, anak yang mudahkan urusan semua orang, anak yang taat, anak yang cerdik, anak yang pintar, anak yang cerdas dan anak yang berjaya dunia akhir4t.

Mommy harap kamu tak bencikan mommy. Mommy harap kamu membesar dengan baik. Mommy harap kamu tak jadi macam mommy ataupun lelaki tu. Mommy harap kamu menjadi lelaki yang bertanggungjawab dan hormat wanita.

Mommy harap kamu dapat pimpin mommy masuk syurga nanti. Mommy sayang anak mommy. Mommy minta maaf mommy tak dapat nak jaga kamu. Mommy harap kamu tak benci mommy. Semoga ada rezeki kita untuk berjumpa semula ya sayang?

Doa mommy akan selalu iringi kamu. Mommy janji mommy akan jaga diri. Mommy akan cuba kuat demi kamu. Mommy rindu kamu. Rindu yang teramat sangat. Mommy rasa rindu ni tiada penghujung. Mommy akan sentiasa rindukan kamu. – Orked (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Gyh Abdul Kader : Maaf lah, saya lebih rasa marah dan hampa kat confessor. Kenapa takde kesian? Sebab perbuatan awak lah maka lahir sorang anak luar nikah. Harap pasni jangan murah sangat harga diri. Kenal kat socmed, ajak jumpa, terus preknen. Harap jadi pengajaran kat perempuan – perempuan luar sana. Sedapnya bape minit, menanggung bawak budak 9 bulan. Hurmm..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.