Hanya kerana periuk hitam, saya kena cerai taIak satu oleh suami

Suami masuk dapor dan nampak kat tepi periuk yang saya pernah guna untuk masak fries anak saya, ada kesan hitam sikit kat periuk tu. Dia mula la bising cakap saya tak pandai jaga barang, cakap saya pengotor, cakap saya betina tak reti bersyukur, betina menjahan4mkan barang. Hanya disebabkan tepi periuk tu ade sikit kesan hitam…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Ini adalah kisah saya dan suami. Ada satu hari suami tiba – tiba cakap, dia nak cari bini no-2 yang pandai masak, kemas rumah, membasuh jaga anak semua. Saya cakap kenapa nak kena cari bini, baik ambil bibik kalau nak buat kerja rumah semua.

Dia cakap ambik bibik tak berbaloi nak bayar, saya cakap kalau ambik bini tetap jugak keluarkan duit nak bayar itu ini, dia cakap kalau ambik bini no-2, boleh dia memasak kemas membasuh jaga anak je, dia cakap lagi saya dengan dia keluar bekerja cari duit, tapi duit saya, dia tak akan sentuh.

Suka hati saya la nak buat apa dengan duit tu, dia mampu nak tanggung setakat makan minum je, macam rumah dia cakap bini no-2 akan duduk serumah dengan kami. Dekat situ saya dah rasa menyampah, mula la kami berg4duh sebab saya cakap ingat ada ke perempuan nak kahwin dengan dia semata – mata untuk jadi bibik dekat umah ni??

Dan apa pulak gunanya saya dekat rumah ni kalau bini no-2 tu dah buat semua kerja – kerja saya? Saya persoalkan yang dia tak akan mampu tanggung sebab sekarang pun cukup – cukup makan, saya jelaskan kalau bini no-2 pregnant nak bersalin dah ada anak baru semua perlukan duit.

Tapi dia cakap tak perlu mengandung suruh bini no-2 makan ubat perancang. Saya cakap rezeki Allah nak bagi, makan la ubat perancang apa pun kalau nak lekat akan lekat jugak. Dan malam tu saya puas fikir hal pasal ni, sampai saya mimpi saya nampak suami sendiri tengah ‘bersama’ bini no-2.

Saya terIampau fikir sangat sampai bawak ke mimpi.. Ya Allah s4kit sangat hati masa bangun tido tu. Saya menangis sehari suntuk sebab sedih yang teramat sangat. Saya bagitau suami, die gelakkan saya dan saya pun bincang dengan dia elok – elok yang saya mintak maaf banyak – banyak sebab saya tak kuat dan saya tak boleh nak terima.

Saya mintak dia lepaskan saya dengan cara baik sebab kami ada anak – anak kecik lagi. Saya cakap tak ape, saya bagi anak – anak untuk dia jage, sebab saya perlukan masa dan ruang untuk saya bangkit balik cari duit sendiri.

Dia pun suruh saya start ajar anak yang kedua minum susu botol. Dia cakap lepas settIe projek dia yang sekarang nie kita cerai.. lepas projek dia settle saya tanya lagi macam mana tapi dia tak jawap. Sampai hari last kita berpuasa, dia masuk dapor dan nampak kat tepi periuk yang saya penah guna untuk masak fries anak saya, ada kesan hitam sikit kat periuk tu.

Dia mula la bising cakap saya tak pandai jaga barang, cakap saya pengotor, cakap saya betina tak reti bersyukur, betina menjahan4mkan barang.. Ya, setiap kali ade je kesalahan memang dia suke m4ki h1na saya, kadang – kadang sebut h1na – h1na mak ayah saya skali.

Ya Allah kesabaran saya dah sem4kin nipis. Dulu masa baru kahwin, memang saya diam bila dengar nama mak ayah saya kena h1na, m4kin lama saya m4kin menjawap sebab dah tak tahan sangat telinga dengar, mak ko pengotor la tapi bila depan mak ayah saya, tau pulak senyap.

Disebabkan kena m4ki h1na hanya disebabkan tepi periuk tu ade sikit kesan hitam, saya pun satu silap saya menjawap saya cakap kalau dah menyampah sangat lepaskanlah saya. Teruslah dia cakap okay aku ceraikan ko taIak satu dan lepas tu dia halau saya balik umah mak saya.

Dia bagi saya mase sejam untuk saya kemas barang saya, lepas tu disebabkan barang saya banyak nak kena kemas, dia cakap dia hantar saya esok jela sebab esoknya raya bole buat drama – drama sikit (maksudnya buat sedih, nangis – nangis).

SebeIah malam, lepas saya dah siap packing barang, bertekak lagi, saya hanya tanya apa maksud nafkah tempat tinggal, sebab sambil packing – packing saya google la macam – macam bab cerai semua, lepas tu dia tuduh saya nak mintak duit dia pulak, dan tuduh saya betina kikis duit orang je tau.

Dan dia cakap, baik dia kahwin dengan bekas kekasih dia dulu dan patut dia tinggalkan je saya dulu. Saya sangat kecewa dia sanggup cakap macam tu kat saya, seolah – olah dia menyesal kahwin dengan saya.. Esoknya iaitu hari raya pertama, tak ade raya untuk kami.

Rutin harian macam biasa, bangun pagi mandikan anak, bagi anak makan, dia makan dengan anak dan dia duduk melepak kat ruang tamu. Saya tanya dia ape plan untuk hari nie, dia jawap tak ade plan, duduk rumah je tunggu orang datang beraya.

Saya tanya, tak jadi halau ke? Dia cakap sekarang ni kalau saya nak duduk umah mak saya dia tak mampu nak bagi bayar nafkah saya dan jangan mintak duit pun kat dia, kalau saya nak saya duduk je umah ni. Saya pun malas nak pening – pening fikir dan dalam keadaan terp4ksa saya jawap la saya tinggal rumah ni.

Dalam hati fikir sebab anak yang kedua masih menyusu, anak yang 3 tahun okay lagi dah pandai sikit – sikit. Sekarang ni saya fikir saya dah tak larat setiap kali saya kena m4ki kena h1na, h1na mak ayah saya, setiap kali g4duh besar suka – suka je dia halau saya balik rumah mak saya, siap cakap dia dah tak nak tanggung saya lagi.

Saya bukan tak reti masak, tapi dia bosan dengan masakan saya, saya cuba buat resepi baru, tapi setiap kali percubaan pertama mesti complain teruk – teruk dan cop saya tak reti masak. Bukan semua menu saya pandai masak, saya pandai masak sambal, masak merah, masak kicap, masak lemak, masak tomyam, masak kari, masak sup, goreng – goreng, sayur – sayur, rendang.

Ada sesetengah masakan saya dia okay, tapi bile ada yang tak kena dengan tekak dia, mule la marah – marah bising cakap saya tak reti masak. Saya dah cuba mintak dia ajar saya masak, sebab dulu dia pernah cakap dia pandai masak dan dia masak sedap, bile saya mintak ajar, dia jawap dia tak pandai masak.

Dia suruh saya belajar kat youtube je, saya cakap saya perlukan dia ajar saya sampai saya tau macam mane rase sedap yang dia rase tu. Dia suruh saya belajar sendiri. Setiap kesalahan saya buat dalam rumah nie, contoh basuh baju saya tak terbalikkan baju sebelum masuk dalam mesin, dia cakap saya tak reti basuh baju, mak saya tak ajar ke?

Saya cakap rumah mak saya tak pakai mesin, kami basuh tangan, saya dah cakap kalau saya salah tolong ajar bukan marah saya, m4ki saya, h1na saya dengan mak saya. Contoh lagi lepas saya masak kat dapur, saya kemas dapur dan lap semua, cuma saya terlupa lap atas tunku dapur, ade kesan titik – titik minyak lepas masak, dia bising lagi cakap rumah saya memang dapur macam ni, memang tak lap ek lepas masak?

Sump4h, demi Allah, saya hanya terlupa satu benda saje tapi habis dih1nanya saya dengan keluarga saya. Kadang – kadang bila pergi bercuti atau keluar berjalan, saya tertinggal sapu tangan untuk lap hingus anak, dipertikai kan takkan satu benda penting tu pun bole lupe, saya betul – betul tak tau nak jawap apa.

Itu baru sapu tangan belom tertinggal botol minuman air anak, tertinggal tuala anak, aduhh simptom mak – mak, urat banyak putvs, ade je yang terlupa. Tapi saya pelik, barang lain atau kerja lain yang saya tak lupa buat tak ade pulak nak cakap terima kasih sebab ingat untuk buat.

Saya suri rumah sepenuh masa, kerja saya di rumah bangun tidur, mandikan anak, bagi anak makan, basuh baju, kemas umah yang tak pernah habis, Iipat baju, simpan baju. Saya pernah cuba nak menjahit bila waktu lapang, tapi hanya ada mase free sejam je tu pun bile anak – anak tengah tidur..

Dan sekarang saya plan nak serahkan anak – anak saya, biar suami yang jaga sebab suami bekerja sendiri (sebab dia berIagak cakap kerja suri rumah ni kacang je) dan saya nak mula cari kerja balik, saya nak kena train anak kedua susu botol dan tido sendiri, ambik masa jugak nak train sampai pandai.

Bila dah stabil saya akan ambil anak – anak saya balik. Saya betul – betul dah penat. Saya mohon doakan saya kuat dan murah rezeki. Demi Allah, saya hanya la manusia yang lemah dan banyak kekurangan..

Komen Warganet :

Zura Zaidi : Jangan sesekali tinggalkan anak – anak. Nanti bila nak ambil dia akan cakap awak bukan ibu yang baik sebab tinggalkan anak – anak. Bawa anak sekali, biar susah macam mana pun, suami awak wajib bagi nafkah untuk diorang sampai umur anak 18 tahun. Buat kes mahkamah dan makamah akan bagi tahu suami berapa nafkah untuk anak – anak setiap bulan.

Nur Rizqullah Nur Rizqullah : Laki giIa ni biar dia tau rasa macam mana jaga anak – anak, kemas rumah yang tak pernah nak habis. Ko tabahkan hati ye tt. Nanti dah giIa talak, ko jangan layan. Suka hati dia main m4ki orang bagai.

Wan Kamarul Bariah Bariah : Lelaki cerewet dan somb0ng. Semoga Allah mudahkan segala urusan sis dan bertemu jod0h dengan lelaki yang lebih baik, aamiinn

Shida Amin : Memang ramai suami jenis macam ni. Mulut main lepas je langsung tak fikir hati isteri. Kadang – kadang kesalahan isteri tu bukannya besar mana, dia punya marah dan h1na tu macam isteri tak pernah buat benda yang elok. Cuba kalau suami yang terlupa, elok je isteri buat atau tolong. Tak ada pun nak marah ke h1na ke. Adat la, aa lupa sikit – sikit, terlepas pandang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.