Kerana suami sumbing sengau, boss cakap dia tak boleh naik pangkat jadi manager

Baru baru ni anak aku yang sulong umur 13 tahun balik dari bermain bola, tiba – tiba dia mengadu dan menangis depan aku. Kawan – kawan dia ejek dia. Mamat sengau, mamat hitam. Mamat tu panggiIan abah dia. Alahai, dah bujang pun nangis..

#Foto sekadar hiasan. Iye. Suami aku sumbing sejak dilahirkan. Jadi dia kalau bercakap tak macam kita yang normal ni. Dia akan cakap dengan sengau. Dan tak ramai orang yang betul – betul faham kalau dengar dia cakap.

Aku kenal suami aku ni masa kami sama – sama buat Diploma Pengurusan Ladang di UiTM. Iye, kami 1 kelas. Hihi. Tapi mula couple sem 4. Course ni ada 6 sem.

Mula – mula kami kawan aje macam kawan – kawan sekelas yang lain. Tapi masuk sem 4 tu dia kata nak kawan dengan aku lebih serius, nak couple sampai boleh kawen. Bukan couple main – main. Ewahhhh…. kawen yek.

Aku masa tu rasa ehhh budak ni, biar betul. Dah laa kita pun tak faham apa dia cakap. Pastu tetiba ajak couple. Aku terus tak rapat dan tak kawan dengan dia. Aku jauhkan diri dari dia.

Tapi satu hari tu dia jumpa aku. Dia kata, anggap je laa dia tak pernah cakap apa – apa pada aku pasal nak ajak couple tu. Sebab dia kata macam rasa kehiIangan seorang kawan. Sebelum ni kami memang berkawan baik, ada lagi 2 orang geng kami.

So, kami berempat. Study sama – sama. Kadang – kadang buat group untuk assignment sama – sama. Mungkin dia rasa tak syiok gitu laa. Lepas dari tu kami rapat macam dulu balik sampai laa aku terbukak hati nak bercinta dengan dia.

Bila tanya pasal zaman kanak – kanak, dia memang tak suka. Dia kata kalau boleh dia tak nak ingat langsung. Kawan – kawan selalu ejek – ejek dia masa dia kecil. Sebab tu dia tak ada kawan. Lepas tamat diploma aku melanjutkan pelajaran ke Shah Alam, buat ijazah. Aku ajak dia juga untuk sambung belajar. Tapi dia tak nak. Dia kata nak kerja dan kumpul duit nak kahwin.

Macam – macam kerja dia buat dari kerja kilang, kerja kat hotel cuci pinggan, semua dia buat laa. Sambil tu dia cari juga kerja guna diploma. Susah nak dapat kerja kalau sengau ni. Banyak tempat dah pergi interview tapi hampa.

Selama aku menyambung pengajian, dia ada juga beberapa kali datang ke Shah Alam dari Johor. Pernah juga datang bawa komputer aku ke kolej. Mak aku suruh dia hantar. Sebenarnya family aku tak setuju aku berkawan baik dengan suami masa tu. Dan dia pun tau.

Jadi apa yang dia buat, ketika aku di Shah Alam, dia datang rumah mak abah. Dia datang rumah belikan mak abah lauk, beli ayam, borak – borak dengan mereka tanya khabar. Sampai laa mak abah aku terima dia seadanya.  Sebenarnya, aku pun tak tau dia ada datang rumah masa aku tak ada. Bila balik bercuti, nenek yang bagitau. Sekurang – kurangnya, ada laa usaha yang dia buat kan.

Akhirnya dia dapat kerja dengan satu company ni sebagai penyelia. Walaupun jawatan tu untuk kelayakan SPM, dia terima je jawatan tu, masa tu tahun 2004 kot gaji lebih kurang rm750. Kami nikah 2006. Dia memang tak beli kereta sebab kumpul duit nak kawen. Yang ada cuma motor aje. Tu laa motor pergi kerja, tu laa jugak motor balik kampung.

Bila dah kerja ni macam macam dugaan dia. Yelaa, orang susah faham bila dia bercakap. Kadang – kadang boleh jadi salah faham juga. Dari penyelia kemudian dia naik pangkat jadi penolong pengurus. Masa pergi interview untuk naik pangkat, ramai juga calon lain pertikaikan diri dia. Sengau pun nak jadi penolong pengurus. Macam mana nak bercakap nanti. Orang bukan faham.

Selama berkhidmat dengan company ni dah 7 kali kami berpindah rumah. Memang begitulah lumrah kerja di sektor perladangan. Ramai kawan – kawan pun dah berpangkat besar, gaji 5 angka. Tapi suami aku ni setia dengan company ni. Aku ada juga suruh dia kerja kat company lain, tapi dia tak nak. Dia kata, inilah company yang bantu dia dan terima dia bekerja dalam keadaan dia macam tu.

Sekarang ni dah hampir 16 tahun dia berkhidmat di company ni. Penyelia dia pun ramai dah jadi manager dan pangkat lagi besar dari dia. Dia masih di takuk yang sama. Kalau aku, mesti dah rasa down. Hihi! Ada laa satu hari tu dia balik kerja muka kelat aje. Bila aku tanya dia senyap je. Sampai laa dia cerita sendiri. Dia kata ada boss besar dia ni bagitau laa, tak sangka suami aku ni boleh berada di tahap macam ni, jadi penolong pengurus. Tapi suami aku tak boleh jadi manager sebab suami aku ni sengau. Nada dia cerita tu buat aku sebak sangat.

Suami aku ni seorang giIa kerja. Masuk kerja 6.30 pagi, pulang mungkin dalam 7 malam. Kadang – kadang balik waktu tengahari makan kat rumah. Kadang – kadang tak balik. Waktu tutup buku siapkan gaji pun akan balik lewat 1 atau 2 pagi. Masa musim buat bajet ladang pun sama, memang dah biasa sangat balik lambat. Sampai aku rasa nak hantar toto dan selimut biar dia tidor je kat office. Office dengan rumah dekat aje tak sampai 10 minit.

Pernah sekali aku pergi buat spot check. Betul ke tak laa laki aku ni pergi office buat kerja, takut juga dia merendek ke apa. Aku pergi office dia intai dari luar. Okeh, nampak dia tengah buat kerja, hahahaha. Masa tu dia ada audit, memang tiap – tiap malam pergi office dan balik lambat. Baru baru ni anak aku yang sulong umur 13 tahun balik dari bermain bola, tiba – tiba dia mengadu dan menangis depan aku. Kawan – kawan dia ejek dia. Mamat sengau, mamat hitam. Mamat tu panggiIan abah dia. Alahai, dah bujang pun nangis.

Kawan – kawan dia panggil dia SKS. SKS tu singkatan satu keluarga sengau. Masa dia cerita tu, aku pun termenangis sekali. Ntah! Sebak sangat. Tapi aku dah terangkan pada dia. Abah dia seorang yang hebat. Tak macam abah orang lain. Walaupun suami aku sumbing dan sengau, dia sentiasa ada bila aku perlukan dia. Kami bersama dari saat kami susah dan sampai ke tahap ini, 15 tahun hidup bahagia. Walaupun pada mulanya, dia kata nak anak sorang aje lepas dia tengok aku bersalin, tapi hari ini aku ada 4 orang anak, hahaha.

Laki aku selalu cakap kerja tu satu ibadah. Cuma mungkin aku aje yang tak faham. Sebab dia selalu kata nak balik awal tapi sampai rumah lambat jugak. Di Johor hari Khamis boleh balik awal, jam 3.30 petang tapi dia balik macam hari hari biasa. Aku harap Allah limpahkan rezeki yang mencurah curah pada suami aku. Terima kasih kerana buat kami bahagia, abah tetap sempurna di mata kami. – Acik Yan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Abdullah : Baca cerita awak mengingatkan saya tentang anak. Pernah anak saya balik dari sek menangis kuat sangat. Bila tanya kenapa? Anak kata sambil tersedu – sedu, kenapa kawan – kawan kakak kata abah pekak, abah kakak cuma kurang dengar je. Ye, di mata dia abahnya cukup sempurna macam orang lain, hebat, hensem , baik dan penyayang sehingga dia lupa yang abah dia seorang 0KU.. Kekurangan itu sifat manusia tapi syukur dan redha itulah bahagia.

Marini Marissa : Sump4h sebak baca Confession ni dan rasa puan sebenarnya hidup dalam rahmat Allah yang amat besar bersama suami puan. Perasaan untuk kerja mcm tu walaupun tak diberi reward sewajarnya amat meny4kitkan, tapi bak kata suami puan, kerja tu ibadah. Dan perasaan dia yang diterima waktu awal kerja amat bermakna sampai dia lihat moment tu lebih besar dari promotion or monetory reward.

Suami puan mungkin ada kekurangan fizikaI namun dari spirituaI dan hati budi amat hebat, lebih hebat dari mereka yang sempurna. Kekurangan yang melebihkan dia. Subhanallah. Saya doakan Allah kurniakan keberkatan meIimpah ruah dalam family puan.. dan anak anak membesar jadi hebat bila mereka melihat ayah mereka sehebat itu. Terima kasih kerana berkongsi kisah indah ini.

Mcqah Jemusowae : Ya Allah sebaknya baca. Semoga Allah senantisa merahm4ti puan sekeluarga. Maaf puan sekadar cadangan. Dan ini pertama kali saya komen dekat sini. Sumbing ni ada rawatan dia puan dan inshaAllah boleh dirawat. Puan boleh bawak suami ke kIinik gigi kerajaan berdekatan dan minta pendapat mereka. Selalunya kes – kes sumbing ni akan dirujuk ke doktor pakar bed4h mulut untuk rawatan susulan. Maaf puan tapi ni sekadar berkongsi ilmu. Apa – apa pun semoga puan sekeluarga berbahagia selalu. Amin

Nurul Zulaikha Ismail : Sebak baca sis. Suami saya sumbing jugak. Dia cerita dia pernah apply nak jadi technician (tak sure sangat tapi position tu something berkaitan dengan skill membaiki) untuk angkatan tentera ud4ra. Tapi dia tak dapat ke peringkat seterusnya sebab sumbing dia tu dikira kecac4tan. Kejadian ni pada tahun 2009/2010. Kita yang sedih dengar dia cerita masa tu tapi dia ok je, dah biasa katanya. Suami jenis suami kita ni kene usaha lebih daripada orang lain utk dapat apa diorang nak. Dugaan untuk diorang tapi itu yang buatkan mereka kuat dan lebih menghargai apa yang mereka ada.

Munira Anuar : Saya membaca dan dapat rasa kebahagiaan dalam diri puan walaupun banyak cab4ran. Saya mempunyai anak sumbing. Sekadar perkongsian, anak sumbing memang akan bercakap secara sengau sekiranya lambat membetulkan sumbing atau lelangit masih berlubang. Ada yang sudahpun menerima rawatan tetapi masih sengau. Ini kerana orang sumbing perlu menjalani terapi pertuturan. Rawatan untuk orang sumbing adalah proses yang makan masa lama dari bayi sehingga dewasa. Saya mencadangkan sekiranya mahu menjalani rawatan, untuk pergi ke hospitaI universiti seperti PPUM atau HUKM.

Kerana di tempat – tempat seperti itu ada pasukan khas untuk orang sumbing. Tambahan pula bayaran yang dikenakan sangat murah dan sekiranya 0KU tiada bayaran diperlukan. Satu lagi, kalau saya tidak salah, sumbing dan sengau boleh mendaftar sebagai 0KU. Nampak macam teruk bila kena cop 0KU. Tapi kalau tidak diw4r – w4rkan tak ada orang tahu. Banyak kes tiada orang pun check. Kad 0KU ada sangat banyak kelebihan. Boleh Google kelebihan kad 0KU. Dan sekiranya ditakdirkan suami tidak lagi sengau, kad 0KU boleh dipulangkan semula. Semoga dapat membantu sesiapa yang membaca. Saya pada suatu ketika susah nak dapat info. Semua pun kaedah cuba jaya. Haha.