Bila makan ramai – ramai, golongan lelaki rileks main game kat depan, yang perempuan handle anak nangis, sambil masak sambil hidang makanan. Lepas tu golongan lelaki makan dulu, dah makan tinggal sisa – sisa pinggan atas meja. Kemudian sambung main game dalam rumah sambil bergelak ketawa.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terima kasih kerana menyiarkan coretan ini. Aku hanya ingin berkongsi mengenai isteri h4mba kepada suami.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang harmoni. Tiada beza antara lelaki atau perempuan. Kalau mama masak kat dapur, aku, abang kakak semua turut bantu di dapur. Hari cuti pun papa tolong kat dapur. Kami gembira. Tiada makna anak lelaki berehat atau sebaliknya. Semua kerja rumah kami lakukan atas dasar tolak ansur. Siapa yang free, sila tolong di dapur. Tidak kira anda lelaki atau perempuan.
Namun berbeza dengan keluarga suami aku. Dalam keluarga mertua, lelaki diberi keutamaan, disanjung, dilayan bagai raja. Perempuan serba serbi kena buat. Bayangkan yang lelaki, minum air depan tv, lepas habis tinggal je dekat situ. Yang perempuan kena kutip. Begitu jugak bila makan ramai – ramai, golongan lelaki rileks main game kat depan, yang perempuan handIe anak nangis, sambil masak sambil hidang makanan. Lepas tu golongan lelaki makan dulu, dah makan tinggal sisa – sisa pinggan atas meja. Yang perempuan kena kemas meja, sambil – sambil layan anak nangis. Yang lelaki sambung main game dalam rumah sambil bergelak ketawa.
Situasi ni buat aku s4kit hati. Sump4h s4kit hati. Ye memang isteri perlu layan suami baik – baik, tapi si suami tak boleh ke tolak ansur tolong jaga anak masa para isteri tengah masak. Lepas makan basuh lah pinggan masing – masing. Tak nampak dayus pun basuh pinggan sendiri tu. Keluarga suami ni jenis suka berkumpul ramai – ramai masa cuti. Memang tiap kali balik rumah suami, aku jadi bad mood. Bayangkan, para suami main game kat ruang depan, mak mertua terhegeh – hegeh hidang air. Lepas tu pergi kait sendiri buah kelapa untuk masak. Memang para lelaki kerja dia rileks, makan tido je.
Mula – mula dulu suami aku pun macam tu, tapi apabila dah selalu tengok keluarga aku macam mana, suami aku dah berubah lah sikit. Dah hilang sikit sifat pentingkan diri dalam diri tu. Kalau tak, dulu asal balik kerja, dia rileks main phone. Aku pun balik kerja jugak, dengan anak merengek, nak masak lagi. Nasib baik sekarang dah berubah.
Satu lagi, bertapa mertua aku ni agungkan anak lelaki. Pernah masa tu adik ipar aku umur 13 tahun, dia nak makan nasi. Dia dah ada kat dapur, duduk kat meja makan. Lepas tu dia laung – laung mak dia yang tengah tido kat depan suruh letakkan nasi. Mak dia pun terhegeh – hegeh bangun, tapi tiba – tiba dia pening kepala kot. Dia pun panggil anak perempuan dia suruh letak nasi dekat yang lelaki umur 13 tahun tu. Serius ah weh. Boleh letak sendiri kot.
Pernah jugak masa aku ganti puasa rumah mertua aku. Dah nak masuk waktu berbuka, aku suruh suami aku jaga anak aku, aku nak berbuka. Suami aku tak puasa kot. Masa aku tengah makan mertua aku bising kenapa aku makan sorang – sorang dia suruh hidangkan untuk suami aku sekali biar dia jaga anak aku. Aku baru je makan 3 suap, anak aku dah menangis sebab tak biasa dengan mertua. Lepas tu mertua panggil aku suruh aku jaga anak, biar suami aku yang makan dulu. Tolonglah.. Yang puasanya aku, bukan suami aku. Terus aku masam muka kat suami.
Waktu aku pergi kenduri dengan keluarga mertua. Masa tu suami aku kenyang lagi, jadi suami aku suruh aku makan dulu, biar dia jaga anak aku umur 2 tahun tu. Masa aku tengah makan, tiba – tiba mertua aku suruh aku stop makan, lepas tu suruh aku letak makanan untuk suami aku. Ya Allah.. Aku pant4ng sungguh kalau aku tengah makan lepas tu orang suruh berenti. Memang aku rasa biad4p giIer perbuatan tu. Tapi aku tak stop pun, aku makan je. Lantak lah nak terasa pun.
Bila masuk bulan ramadhan, malasnya aku rasa nk pergi umah mertua. Aku memang orang paling penat. Aku lah jaga anak, akulah hidang makanan, lepas tu suami kena makan dulu,.. Semuanya aku. Yang para suami kena layan macam para wali.
Aku rasa sangat tak betul macam tu. Memang suami perlu dihorm4ti, tapi isteri juga perlu disantuni. Bukannya dahulukan suami dalam semua perkara hingga isteri dah macam h4mba. Come on, sekarang dah tahun 2020, buangkan minda kelas ketiga kita tu. Perkahwinan adalah saling tolak ansur. Saling menyenangi dan membantu. Sekian.
Komen Warganet :
Amiys Aidan : I feel u sis, memang isteri dah jadi h4mba lelaki zaman sekarang ni. Ye, sebab dulu – dulu para isteri tak bekerja hanya suami sahaja keluar bekerja jadi isteri memang melayani suami di rumah urus rumah tangga. Zaman sekarang ni isteri terp4ksa bekerja juga, jadi suami kene juga la sama – sama urus hal rumahtangga. Paling penting tolak ansur. Itu jugak la yang saya cakap kat suami hari – hari. Tak ade tolak ansur memang rumah tangga tak harmoni sebab pasangan tak bahagia dan berat sebeIah.
NurAz Wan : Menantu saya dulu juga macam tu, lepas makan letak je pinggan kat sinki, sedang anak saya dalam pant4ng anak sulung. Apa lagi saya sound anak saya, “ingat mak ni amah korang ke, nak basuh pinggan segala, dah orang masak, sudah makan tak boleh basuh pinggan sendiri?” Sejak tu, dia basuh pinggan sendiri dan pinggan anak – anak dia. Seeloknya tegur masa kesalahan tu mula dikesan, kalau sudah lama, susah sikit nak ubah.
Miswana Mursyid : Allah, kita sama saja. Anak – anak masih kecil memang begitu. Pedulikan apa orang keIiling kata, kita suami isteri yANg tau bagaimana sikap anak – anak zaman sekarang, tabah ya. Cakap dengan En. suami, InsyaAllah lama – lama dia akan faham. Alhamdulillah, sekarang suami saya faham, tak peduli orang nak kata macam kuIi bat4k bagai, dia cuma ingin meringankan beban isteri.
Ashikin Othman : Nak buat macam mana, cara didikkan yang diterima dari zaman moyang dia macam tu. Jadi di bawa ke zaman anak. Jadi bila dah kahwin kita bina sendiri perjalanan kehidupan keluarga kita.. Nak jadi isteri yang dih4mbakan atau isteri yang berganding bahu dengan suami.
Kiena Rani Kiena : Memang ada yang ajar suruh layan kaum lelaki macam maharaja. Jangan bagi laki jaga anak, jangan bagi buat kerja. Takd ak la nak ikut nasihat yang tak sihat tu. Itu yang akan mer0sakkan anak laki bila dah kahwin nanti. Saya tak akan ajar anak laki saya untuk jadi maharaja. Sama – sama nak senang, susah pun kena sama – sama. Bukan suami sorang yang cari rezeki, para isteri pun cari rezeki malah ada yang isteri lebih lagi keluarkan untuk keluarga. Ada je surirumah tapi rezeki datang dari kiri kanan malah lebih dari suami. Duit tu la untuk buat macam – macam.