Bapa beralah tak mahu bercerai, tapi dia mengaku bahawa ibu sudah jatuh nusyuz

Depan orang lain ibu akan jadi seorang yang baik, lemah lembut bila cakap dengan suami. Tapi di belakang bapa akan dit3ngking, dih3rdik. Kalau tinggi suara tu tak payah cakap la. Sekarang kami risau, aku pernah dengar ustaz ceramah, amalan isteri yang derh4ka ni sejengkal dari kepala pon tak lepas naik.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thanks admin jika penulisanku ini diterbitkan. Terketar juga nak menulis confession ni, takut jatuh anak derh4ka pula. Harap dapat pandangan rakan – rakan sekalian. Seperti tajuk di atas, ibuku seorang narsis1s. Kami semua adik beradik dibesarkan oleh beliau yang bekerja sebagai penjawat awam,

Alhamdulillah semuanya cukup dalam Pelajaran, Agama dan Pekerjaan berkat doa Beliau juga kot mungkin (doa ibu tiada hijabnya kan).

Namun, berbalik pada sifatnya yang amat aku risau di alam kemudian seterusnya barzakh. Ibu seorang narsis1s yang terlalu over claim dan dominan dalam segala konfIik yang berlaku sehingga ayahku juga mengaku dia sebenarnya memang dah jatuh Nusyuz pada suami sendiri, walhal bapaku adalah seorang kaunselor yang amat disegani di jabatannya.

Sampai dia pon telah beralah kerana tidak mahukan penceraian. Pernah dia meluahkan bahawa punca utama dia tak nak bercrai adalah kerana perangai Narsis1s ibuku mula mencanak setelah kelahiran anak yang pertama (sebab anak).

Di khalayak ramai atau ketika keberadaan sepupu atau saud4ra mara yang lain, dia akan berlakuan sangat feminin, baik, dan solehah. Dihidangkan air kepada suaminya, bercakap dengan nada lemah lembut, setuju dengan segala yang bapaku perkatakan.

Namun dikala hanya dia berdua bersama bapaku, dialah paling betul dan dominan (Ini semua diluahkan bapaku sendiri dan pemerhatian kami adik beradik).

T3ngking, herdik, tinggi suara tak payah cakap la, memang selalu. Pernah juga ditinggalkan bapa kami di suatu majlis perkahwinan sehingga bapa yang warga emas tu terp4ksa balik berjalan kaki lebih kurang 5KM sebab fon dalam kereta so tak boleh call sesiapa.

Pernah jugak bapaku meluahkan dia pernah bertempik padanya, “D0sa tak D0sa aku Tetap Betul”. Pernah jugak aku ingat kejadian masa aku kecil bila dia hangin semua perabot dalam rumah dia jatuhkan ( ko bayangkan habis kabinet, almari, kerusi meja satu rumah di terbalikkan nya).

Pernah dia marah kejar aku pakai p1sau dapur (masa aku kecik). Pernah juga dia tinggalkan aku di sekolah masa umur 12 tahun sampai pukuI 1 pagi sebab malas jemput aku sebab bapaku masih dalam flight during outstation. Tr4uma aku.  Kami Anak tiada kuasa menegur dia akan menggunakan kuasa veto “I AM YOUR MOTHER, Jangan jadi anak derh4ka”,

Syurga bawah tapak kaki ibu (memang betul pon) dan Ibu tidak boleh minta maaf pada anak – anak tu prinsip dia walaupun dia ternyata salah, dia akan t3mpik p4ksa aku berhenti nangis masa kecik (aku pon tak tahu camne aku bole ingat, masih segar).

Walaupon sekarang ada je bende kecil yang kami buat salah pasti dicop jatuh derh4ka. Cakap baik – baik slow harini macam ok, esok kalau ada angin dia datang, anak – anak dan suami la bahan dia. Kalau pada anak – anak takpela nak bebeI, bende biasa. Ini suami pon dia tinggi – tinggi suara.

Jauh di lubuk hati. Yes, kami sayang ibu kami. Tapi bapaku juga dah berserah dan anggap Ibuku dah giIa. Jadi terp4ksa hadap je hari – hari walau macam – macam cara islamik dia dah buat dan tinggal dia makan hati jela sian dia.

Ini yang paling aku tak paham sekali. Ceramah agama ustazah, ustaz kemain tonton hari – hari, macam – macam ustaz, ustazah dia kenal. Ilmu agama macam – macam ayat, macam – macam ilmu tahu. Tapi bila ketaatan pada suami langsung dia tak ikut, paling aku sedih bila dia puji suami orang lain (harta dan rupa) depan bapaku.

Tahajud, Dhuha, Sunat, Almatsurat, Hajat, taub4t selalu buat. Tapi bila nusyuz pada suami korang paham – pahamlah apa jadi semua amalan tu. Ini yang kami risau, aku pernah dengar ustaz ceramah amalan isteri yang derh4ka ni sejengkal dari kepala pon tak lepas naik.

Sekarang mereka berdua dalam umur warga emas. Yes kami sayang ibu kami, tapi biarlah keluarga ini tetap utuh sampai Ke-Syurga. Mohon pandangan sahabat2 semua. Sekian.

Komen Warganet :

Nur Sumayyah : Perangai ibu awak terjadi selepas kelahiran anak yang pertama. Mungkin mer0yan.. Kenapa ayah awak tak usaha untuk bawak ibu awak berubat atau cara alternatif yang lain.. Kadang – kadang jadi macam tu boleh disebabkan sih1r atau pun s4ka. Benda ghaib macam ni memang wujud. Dalam al quran pun ada dinyatakan. Dan salah satu rukun iman juga percaya kepada benda ghaib. Seseorang yang normal atau ok tetiba berubah jadi yang sebaliknya mesti ada suatu sebab. Carilah punca tu. Nak hukvm ibu awak sebagai derh4ka, awak kena tahu dulu apa punca dia jadi macam tu. Doa yang baik – baik utk ibu awak. Mintak petunjuk dari Allah.

Leeya Omar : Bawalah mak pergi dapatkan rawatan doktor. Jangan terus jatuh hukvm nusyuz pada ibu. Cuba baca tentang post p4rtum depr3ssion, maj0r depr3ssion dis0rder.. Fahamkan dan cuba dapatkan pandangan doktor. Ayah banyak meluah dengan anak – anak, pernah dengar tak luahan ibu pula?.

Siti Khadijah D’Jah : Itu yg nampak di mata, tak akan berlaku sesuatu tanpa sebab. Ada seorang yang perangai macam ibu konfessor ni. Memang dia kelihatan kasar, seperti masuk h4ntu di dalam famili sendiri atau di hadapan suami. dengan orang lain kemain lemah lembut. Banyak juga kata – katanya tak dapat dipercaya kerana mentaI iIIness. Suka menambah dan mengungkit yang mana dia tak suka, segala yang baik famili buat langsung tak bersyukur.

Sangat s3ksa setelah tua sem4kin nyany0k, anak – anak yang baik tahap ulamak juga payah meIentur. Rahsia punca yang tak nampak ialah kecurangan suami dia yang dia cerita kepada orang tertentu saja, kecurangan tahap z1na, tetapi diugut suami dengan par4ng di leher. Anda fikir saya ada masa untuk s4kit kepala? Kisah benar.

Nour RaieA’an Abd Jalil : Cuba tanya ibu awak tu, sepanjang mengandung, berpant4ng dan membesarkan anak – anak ada tak apa – apa yang ayah awak buat sampai ibu awak tu terasa hati sangat – sangat. Kadang, apa yang kita nampak tak sama macam apa yang sebenarnya berlaku. Ayah awak boleh cerita, luahkan ketidak puasan hati dia tentang ibu awak. Ibu awak ada tak luahkan apa – apa?

Hidayu Md Sah : Mak jadi macam ni sejak dapat anak pertama kan? Aku pernah jumpa makcik yang macam ni. Mulut laser, semua benda salah pada dia, berjemaah orang benci dia. Tapi amalan dia ok je, solat, mengaji dan macam – macam lagi. Asal dulu ikutkan dia ok je. 1 hari dia terkeluar cerita cakap masa dia beranak sulung dia kena tinggal sorang – sorang, laki pergi main bola, keluar jalan – jalan, abaikan dia. Banyak kali dia berusaha hidup sendiri. Lama – lama kami faham, takut makcik ni s4kit dalaman, hati ke, mentaI ke, otak ke, urat putvs ke, tapi tak pernah rawat sebab tak tau dia s4kit.

Umi Sara : MentaI iIIness bukan hanya sebab mer0yan lepas bersalin tapi juga sebab kurang kasih sayang dri suami dan mungkin juga kesan tekanan dari keluarga belah mertua atau keluarga kandung. Untuk melepaskan bebanan yang meny3sak di d4da, karakter diri pun berubah sikit demi sikit. Bila dia rasa orang – orang sekeIilingnya seolah menuruti segala kehendaknya maka jatidiri sem4kin meningkat. Seolah cara itu yang benar dan mnyenangkan hatinya. Doakanlah ibu moga cepat sedar dan berubah pulih. Hanya Allah saja yang dapat membolakbalikkan hati manusia.