Konon nak jadi isteri mithali tapi beng4ng tengok suami terb0ngkang tengok TV. Sekali ni akak buat

Konon mula – mula nak jadi isteri mithali, semua kerja rumah akak yang buat. Bila keluar anak sorang mula str3ss, naik d4rah tengok suami terb0ngkang tengok TV. Isteri dekat dapur pulak main hempas – hempas pinggan dengan harapan suami dengar protes. Ini tips akak ‘ajar’ suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua! Akak harap sangat la admin dapat siarkan celoteh akak ni. Sebabnye hari – hari akak asyik bace kes pasal bini memendam rasa dengan suami sebab dapat laki je pemalas. Meh sini akak nak kongsi tips.

Tapi tips ni terpakai untuk suami yang boleh ‘dilentur’. Yang mana suami ketegaq, degil, pemalas akak tak jamin ye berkesan tak tips akak bagi ni. Akak ni dah kahwin berbelas tahun dik sebab kami kahwin awal. Kami dua – dua memang kerja.

Awal kahwin dulu, nauzubillah, memang akak buat kerja semua sorang – sorang. Laki akak memang tak boleh harap langsung buat kerja. Ditambah lagi dengan bila dah keluar anak sorang, akak rasa patut buat sesuatu.

Kita orang perempuan ni, kalau tak puas hati dengan sesuatu dekat suami, kalau nak mintak tolong, kena keluarkan dari mulut. Kalau kau basuh pinggan pastu hentak – hentak pinggan tu tanda ko protest sebab laki tak tolong basuh, ko ingat laki ko tu ambil pusing ke?

Orang laki ni, cara asuhannya lain – lain. Ada yang maknya asuh cara ‘jantan’ habis yang mana memang langsung tak reti buat kerja rumah. Ada yang reti je buat kerja tapi malas. Ada plak yang jenis kena suruh. Pertama sekali sebelum nak tegur atau apa – apa, korang kena tengok dulu gaya suami korang tu macam mana.

Macam laki akak, akak tengok dia ni boleh buat kerja tapi kena bersuruh. Maaflah akak bukan queen control. Tapi nak mintak tolong suami pun kene ade adab ye. Kena hormat, jangan nak suruh – suruh gitu je. Kita pun tak suka kalau orang arah – arah kita dengan nada marah kan.

Mesti ade ayat “tolong” kat depan tu. Contohnya, “sayanggg… nanti tolong buangkan sampah eh.” Suami nie inshaallah akan tolong. Kalau kita orang perempuan ni, kadang – kadang akak pun akui kalau kita mintak tolong orang, mesti kita nak orang tu buat apa yang kita nak tu waktu tu jugak kan.

Tapi masalahnya dengan orang laki ni, diorang jenis hegeh – hegeh. Kadang – kadang tu berjam baru nak buat, tu pun kena ingatkan 2 – 3 kali. Takpe. Ko kasi chan. Kalau agak dah lambat sangat tak gerak – gerak, ko mintak tolong lagi.

Tapi masih kena sabar la. Awal – awal kan nak ajar. Memang letih ye adik – adik. Macam budak kecik plak, asyik nak bersuruh je. Tapi daripada ko kena d4rah tinggi sebab menyirap tengok laki ko terkangkang terbongkang depan tv, yang ko plak dekat dapur hentak – hentak barang tanda protest, mana satu yang ko nak?

Belum lagi ada yang lepaskan kemarahan dekat suami pada anak. Marah dekat suami tapi anak jadi m4ngsa sebab nak tarik perhatian suami. Ada ye jenis yang macam ni, lama – lama mentaI. Macam akak, memang akak tak manjakan laki akak sangat.

Kita buat kerja sama – sama. Jangan tunjuk dekat suami yang ko boleh buat semua, terIampau berdikari sangat dik. Ko lah yang masak, ko lah yang jaga anak, ko lah yang ambil dan hantar anak di sekolah, ko lah yang tu, ko lah yang ni.

Memang panas hati. Boleh kena s4kit jantung, d4rah tinggi. Selalunya memang awal – awal kahwin, isteri akan buat macam ni. Konon nak jadi isteri mithali, tatang suami macam raja. Tapi tunggu dah keluar anak seorang sampai kederet tak sanggup dah ye.

Orang laki ni inshaallah boleh kita mintak tolong. Akak pernah dengar masalah sorang ibu mengandung ni yang katanya laki dia tak nak tolong angkat baldi air yang penuh dalam toilet padahal waktu tu tengah sarat. Pastu akak tanya, ko mintak laki ko tolong tak?

Pastu dia kata tak. Sebab dia s4kit hati laki tak datang tolong, dia buat – buat hempas baldi konon – konon nak laki dia datang tolong. Sampai sudah laki tak datang. Ape ko ingat laki ko tu s4ka ke dik sampai tahu ape yang ko buat dalam bilik air kalu ko tak panggil dia? Pening akak taw.

Orang laki ni kadang – kadang masa bujang, diorang pandai je buat semua. Almaklumlah, duduk bujang kena berdikari. Bila dah kahwin, semua ke laut. Macam – macam pesen orang laki ni. Kalau kau hempas barang, kau yang s4kit hati sendiri, barang pun rosak, pinggan pecah.

Pokok pangkalnya “tolong”. Ko jangan suruh laki ko macam takde adab, contoh, “nanti dah makan basuh pinggan, pastu buang sampah”. Kan sedap kalau ko cakap, “sayangg.. nanti dah makan, sayang tolong basuh pinggan eh. Lepas tu mintak tolong buangkan sampah sekali. Terima kasih sayangg”. Kan senang tu.

Akak tak nafikan ada jenis laki yang jenis memang hati keras betul. Yang nie akak tak dapat nak bagi tips ye sebab yang akak tau, bermula dengan perkataan tolong, hidup akak bahagia sangat. Takde str3ss dalam hidup, hidup bantu membantu.

Kalau laki akak nak keluar dengan kawan – kawan, akak bagi je tapi dengan syarat apa – apa dekat rumah kitorang dah siap buat sama – sama. Sama juga kalau korang nak apa – apa, contoh nak hadiah ke nak bunga ke, nak mintak suami belikan baju ke.

Cakap je la dengan suami tu. Lelaki dari Malaysia ni memang kebanyakannya tak romantik, tak payah nak pendam d3ndam sedih sangat. Nak celebrate birthday, anniversary ke terus terang je dekat suami. Tu je la dek kali nie tips akak. Moga bermanfaat dan kalau ada salah silap akak, akak mintak maaf banyak – banyak lah ye. – Kak nor

Komen Warganet :

Syafiq Akram : Aku bersyukur sangat mak aku ajar, kami anak – anak tak kira laki ke perempuan untuk buat kerja rumah. Kami dekat rumah pun nampak ayah yang rajin tolong mak. Tapi betul kata akak ni, cara mak aku ajar anak laki dan suami adalah dengan sopan dan ‘tolong’ tu macam magic word.

Wilma Walimah : Kalau dapat suami macam kak nor ok lah, tapi banyak laki jenis eg0 tinggi melangit, pemalas rasa diri tu raja. Itu memang tak boleh buat apa la, tapi ramai jugak yang jenis macam laki kak nor, masih boleh disuruh. Apa – apa pun isteri kena sabar nak lentur suami ni. Kalau memang dah tak boleh, pandai – pandai la ye..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?