30 tahun kahwin ada 6 orang anak, akhirnya suami dapat peluang pinang cinta pertama

Dulu Mila sendiri yang tolak pinangan Ali sebab bukan lelaki idaman. Tapi sekarang selepas 30 tahun, Ali dah ada 6 orang anak dan ‘bahagia’ bersama isteri, Mila datang semula. Dengan alasan untuk elak fitnah sebab ramai lelaki datang meminang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin jika cerita ini berjaya dikongsi. Saya terbaca komen seorang kaunselor di media sosiaI untuk soalan, ‘Boleh ke terus berkahwin dengan lelaki yang masih tak move on dengan bekas kekasih, walaupun break dah 6 tahun lebih dan bekas kekasih dah kahwin?’.

Jawapan kaunselor tersebut adalah, ‘Boleh tapi anda sedar tak apa risik0nya?’ Disebabkan ini, saya teringat semula pada kisah benar lebih kurang sama yang terjadi di sekeliIing. Ini kisah seorang lelaki dipanggil Ali. Nama diceritakan bukan nama sebenar.

Ali pertama kali kenal Mila dari sekolah rendah dan sejak itu Ali suka Mila. Tapi Ali tak berani nak berkenalan rapat sebab Mila anak orang senang sedangkan Ali hanya budak kampung hingusan. Bila dewasa, Ali cuba meng0rat Mila dan ajak berkahwin tapi maIangnya ditolak atas alasan dia bukan lelaki idaman Mila.

Hati sudah musn4h, Ali pun menghasratkan pada ibunya yang dia mahu segera bernikah. Ibu Ali sudah ada pasangan serasi untuk anaknya. Maka bernikah Ali dengan Asna. Perkahwinan mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Ketika awal perkahwinan, Ali tiada kerja yang tetap. Ali ini orangnya umpama tin kosong yang berbunyi. Selalu bilang pr0jek sana sini, tapi tiada satu pun menjadi dan berjaya. Bila ada hasil saja baru Ali dapat bayar nafkah. Jadi Asna yang menanggung semua belanja dari pendapatannya sebagai seorang guru.

Mereka sekeluarga tinggal di rumah arw4h Ibu Ali dan hidup bahagia. Namun ini semua berubah bila Ali bertemu semula Mila setelah 30 tahun berkahwin. Mila ketika itu telah berstatus janda anak empat. Suami Mila meninggaI dunia akibat masalah kesihatan.

Ali tahu Mila sudah bernikah kerana dia sentiasa mengikuti perkembangan cinta pertamanya walaupun diri sendiri sudah punya keluarga kerana baginya susah sekali untuk melupakan Mila. Ali sekali lagi cuba untuk mendekati Mila.

Bagi Ali, ini adalah peluang untuk mendapatkan kembali cintanya yang tidak kesampaian. Ali dapat tahu Mila mendapat pinangan dari ramai lelaki setelah berstatus janda. Jadi Ali cuba pelbagai cara dan akhirnya Mila terima Ali tapi bersyarat.

Syaratnya adalah Ali bukan orang utama dalam hidup Mila. Bagi Mila yang paling pertama dan penting sekali dalam hidupnya adalah anak – anaknya, kedua keluarganya (adik beradik), ketiga ibu mertuanya (ibu arw4h suami), dan kemudian baru Ali. Ali jatuh pada tangga ke-4.

Mila tidak mahu Ali terlibat secara langsung dalam kehidupannya sebelum ini dan anak – anaknya juga tidak mahu Ali dalam hidup seharian mereka. Ali terp4ksa bersetuju dengan syarat ditetapkan Mila asalkan dia dapat bersama cinta pertamanya.

Bila diketahui Asna, perkahwinan mereka ber4ntakan sehingga hampir bercerai. Anak – anak semua berpihak kepada Asna dan mereka menyer4ng Mila sekeluarga. Anak – anak Mila tidak campur tangan dalam hal ini kerana bagi mereka ini adalah hal si ibu dengan hidupnya.

Keluarga Mila juga tidak menyukai Ali tapi tidak men3ntang. Mereka hanya mampu menasihat tapi keputvsan bukan milik mereka. Sekarang, Ali dan Mila punya dua kehidupan. Ali dan keluarganya, Mila dan keluarganya serta Ali bersama Mila.

Anak – anak Mila sudah boleh menerima kehidupan ibu mereka seperti ini tetapi tidak pula keluarga Ali. Asna sudah memohon penceraian tapi ditolak Ali. Hubungan Ali dan Asna menjadi dingin. Mereka kini walaupun masih berkumpul sekeluarga untuk acara penting tapi suasana dan layanan tidak sama seperti dulu.

Ali dan Asna kini tidak lebih dari rakan serumah. Sekarang Ali seperti tidak punya ‘tempat’ lagi dalam hidup. Sudahlah perkahwinan bersama keluarga yang dibina selama 30 tahun dingin membeku, dia juga bukanlah orang penting dalam hubungan yang sibuk dikejar.

Ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mungkin anda akan menyer4ng Mila sebagai seorang per4mpas tapi dia tidak punya pilihan. Setelah kem4tian suaminya, Mila mendapat pinangan dari ramai lelaki. Jadi bagi mengelakkan ini, Mila memilih Ali yang bersetuju dengan syarat – syarat diberikan.

Mendengar kisah ini, saya tidak menyalahkan Mila tapi tidak juga menyokong keputvsan dia kerana bertepuk sebeIah tangan tidak akan berbunyi. Bagi Mila, Ali hanya sebagai peIindung daripada fitnah orang. Pendapat saya pula, Ali ini tidak lebih dari seorang yang dipergunakan Mila dan kasihan sebab Ali buta kerana cinta.

Mila masih menjalankan tanggungjawab seorang ‘ibu tunggal’ pada anak – anak dan tugas sebagai seorang anak pada ibu arw4h suami kerana mereka bukan di bawah tanggungjawab Ali dan Ali sama sekali tidak terlibat dalam hidup mereka.

Namun begitu, saya masih tidak faham akan tindakan Ali. Apakah susah untuk Ali melupakan cinta pertamanya? Mungkin jika tak dapat lupakan, sekurangnya hanya simpan perasaan dan keinginan itu sebagai kenangan. Kenapa kena mencari semula dan kejar lagi cinta yang ditolak?

Apakah begitu susah untuk melupakan? Berapa lama diperIukan? Tidak cukupkah 30 tahun? Apakah hubungan bersama Asna hanya sebuah mimpi? Susah sangat ke untuk menerima takdir dan teruskan kehidupan yang ada?

Sanggup Ali meruntvhkan sendiri satu – satunya keluarga dia punya? Tak kasihan ke Ali pada Asna dan anak – anak? Bagi saya, dalam hal ini yang paling menjadi m4ngsa adalah Asna. Rupanya selama perkahwinan ini, dia bukanlah yang terpahat dihati Ali.

Dia sanggup berk0rban tinggal bersama ibu mertua dan membesarkan anak – anak. Dia juga yang banyak menanggung keluarga. Apa peng0rbanan dia selama ini hanya perkara sia – sia? Sedih, marah dan s4kit hati Asna mungkin tiada siapa tahu.

Saya mendoakan Asna terus kuat dan bersabar. Sepanjang hidup Asna bersama Ali, terasa semua hanya lakonan semata. Andai saja Ali tidak mencari dan mengejar cinta pertamanya, mungkin semua ini tak akan terjadi.

Itu saja perkongsian saya. Minta maaf andai coretan ini terlalu panjang dan terima kasih kepada pembaca yang sudi habiskan kisah ini. Semoga ada pengajaran dari perkongsian saya. Sila kongsikan sebarang komen dan pendapat jika ada. Sekian. – Hani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Radiah Hamdi : Permata di depan mata, tampak kabur kerana bayangan perasaan yang dibina dari remaja. Ali tanpa sedar masih remaja di jiwa dan belum move on. Moga Asna tetap kuat, perju4ngkan hak yang patut. Mungkin sudah sampai masanya bertegas dengan tanggungjawab yang terabai selama ini.

DtehaAkram Aiman Ahmad Ali : Pernah dengar orang kata. Lelaki sukar melupakan cinta pertama. Di kampung aku ada kes. Umur dah pencen tapi dua – dua dah duda dan janda. So si duda datang kembali melamar cinta pertama yang dah janda.

Mereka berkahwin meriah sekampung. Walau pengantin nya hampir 60tahun. Seri wajah kedua ibarat remaja yang baru dapat cinta. Mungkin betul cinta pertama sukar dilupa.. Alhamdulillah anak – anak restu.

Nor Ariffin : Ali ni macam lelaki tak m4tang, hingga sanggup melutut dan mengh1na diri serta merosakkan hati isteri dan anak – anak hanya kerana cinta pertama yang tidak bertepuk sebeIah tangan pun. Cerita ini mungkin benar, sebab cinta pertama itu soal hati, ada lelaki atau wanita yang tak lupa cinta pertama mereka.

Namun kena ingat, usia itu membawa kem4tangan, cinta itu ada di dalam jiwa, simpanlah baik – baik jika tak mampu melupalan. Tetapi hidup perlu diteruskan, ada banyak hati perlu dijaga dan mereka ini tidak ada salah apapun untuk diIukakan.

Hanya kerana tamak dengan cinta, sanggup jadi h4mba cinta, itu yang berlaku pada Ali. Cinta sejati itu tidak pernah bertindak ikut nafsu tetapi ia tulus suci, penuh rasional dan tidak sesekali mencemar harga diri pelakunya.

Cinta itu jika tidak mampu memiliki, cukuplah melihat yang dicintai berbahagia. Itulah peng0rbanan cinta suci kerana dengan cinta kepada manusia, kita belajar mengenal cinta kepada Allah. Untuk Ali, itu bukan cinta sejati tetapi cinta nafsy nafsi.

Siti Ainur Aisyah : Memang betul ini kisah yang berlaku pada kawan saya. Dah kahwin 13 tahun anak 3 orang. Tapi suami dia masih tak boleh lupakan cinta lama masa sekolah dulu. Bila suami ex-girlfriend dia meninggaI tahun lepas diorang terus sambung semula cinta lama macam remaja setiap waktu berwasap sayang – sayang rindu – rindu.

Masalahnya yang mengejar suami kawan saya ni si janda tu. Baru – baru ni hampir berkawin tapi kant0i dengan isteri. Family suami dia bagitau kalau kahwin dengan janda tu buang keluarga terus tak jadi kahwin. Bila family suami dia blok fb dan wasap janda tu sanggup beli no baru untuk contact suami dia.

Walau tak jadi kahwin tapi suami dia hari – hari scroll facebook janda tu. Masing – masing masih berharap tapi disebabkan halangan keluarga tak boleh kahwin. Kesian kawan saya hari – hari g4duh dengan suami dia sebab masih tak boleh move on dengan janda tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.