Kutuk isteri gemuk gedempoI, bila isteri meninggaI suami menyesal lihat carian google di HP arw4h

Aku pernah terkantoi mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu arw4h isteri marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising – bising. Aku terus cakap dia gemuk gedempoI, tak cantik. Lepas 2 bulan arw4h isteri meninggaI baru aku berani nak bukak HP dia dan aku terk3jut jumpa..

#Foto sekadar hiasan. Hari ini saya terpandang status di whatsapp sahabat saya. Beliau letak caption. “Perkara paling meny4kitkan ialah rindu pada yang telah tiada.” Sebagai seorang sahabat yang mengetahui isterinya baru sahaja meninggaI dunia 2 bulan lepas.

Saya pun terus mesej kata – kata semangat pada beliau. “Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa. Semoga roh arw4h tenang di sana.” “Thanks Eddie, kebetulan kau text aku. Boleh aku call kau?.” “Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”

Tak lama berselang. Zack pun telefon saya. Sedang rancak berbual di talian. Tiba – tiba Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat – sekat dan seolah – olah sedang bersedih. “Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat dekat arw4h sebelum ni.”

“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?” “Macam ni bro, 2 bulan sebelum arw4h isteri aku meninggaI. Aku pernah terkantoi mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising – bising. Aku pun terus lah cakap.

‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempoI.’ Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam. Hari – hari aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu.

Agaknya dia terasa sangat dengan apa yang aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon. ‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri.

Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yang Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari suami sayang sebelum sayang pergi.’ Allahuakbar, terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni.

Saya terus bagi kata – kata semangat kepada Zack. “Allah, sedihnya aku dengar Zack. Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macam tu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?” “Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggaI. Tapi. ”

“Tapi kenapa bro?” Sahabat saya terus mendiamkan diri. Agaknya tengah bersedih. “Zack, kau okay tak.” “Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh – godeh (bukak) handphone arw4h pagi tadi. Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia.

Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia?” “Kau jumpa apa bro?” Aku tengok apa yang dia search dekat YouTube dia. ‘Cara – cara untuk kurus dalam tempoh sebulan.’ ‘Cara – cara untuk turunkan berat badan.’

‘Cara – cara bakar lemak.’ ‘Cara buat air Detox untuk kurus’. ‘Cara – cara tahan lapar.’ Ini adalah apa yang dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yang dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yang cukup untuk beli semua tu.”

Terdiam sekejap saya mendengar apa yang diceritakan oleh sahabat saya ni. “Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak – banyakkan berdoa untuk arw4h isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.”

“Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat. Dan aku harap kau tulis apa yang aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.

Satu lagi, kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yang patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yang sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yang aku buat sebelum ni.”

“Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni. Setuju dengan apa yg kau cakap. Setiap orang metabolisma dia tak sama. Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok – gemok. Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”

*Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.*

Komen Warganet :

Princess Anne : Hurm.. Itu lah suami.. Bila ada tak nak hargai. Bila dah takde baru nak menyesal. Sebenarnya isteri ni dia taknak gemuk. Kalau boleh nak cantik jaa. Tapi, disebabkan banyak benda dia kena buat dalam satu masa sampaikan diri sendiri dia terabai. Jadi, para suami tolong lah selalu support isteri. Jangan down kan isteri. Isteri sebenarnya dia cuma ada suami dan anak – anak jaa dalam hidup dia.

Ameera Sarra EdrLee : Sedih saya baca posting tuan. Tapi alhamdulillah, diharap sangat dengan adanya penulisan ni, akan ada ramai lelaki yang menghargai isteri dorang. Harap – harap para suami lepas ni selalu ingat peng0rbanan isteri untuk dorang.

Jangan lupa wahai lelaki / suami. Badan kami tidak lagi secantik dulu bukan sebab kami malas untuk rapikan diri, tapi kami ada lebih banyak yang perlu difikirkan selain dari memikirkan berhias untuk suami. Kami ada anak, rumah, makan pakai anak dan suami yang perlu dijaga dititikberatkan sebelum memikirkan diri kami.

Banyak lagi nak saya cakap tapi taktahu macam mana nak rungkaikan. Semoga Allah membuka matahati para suami di luar sana, agar lihat kecantikkan isteri sebelum wanita lain. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya suami yang tahu menghargai dan menyayangi diri apa ada nya. Thank you heart.

Myra Ahmad : Ya pernah terjadi. Tak suami malu jalan dengan isteri gemuk. Dia tgglkan isteri sebatu di belakang, siap bagitau nak isteri up to date pakai skirt paras lutut. Badan cantik, free hair, dan berwarna.. Kasut tumit tinggi.

Padahal dengan isteri nak bagi duit bulan pon tak pernah. Harap arw4h kakak ja dok beli baju barang – barang buat isteri dia tapi semua tu kenangan lalu. Untuk dibuat pengajaran di masa depan. Cantik hati budi lebih baik dan lebih bahagi dalam umahtangga.

Zulhuzailee Mahumdin : Sabar semua kaum hawa yang muslimah. Tak semua kaum adam macam tu. Inn shaa Allah diberikan kekuatan dan sabar yang berpanjangan. Zaujah – zaujah doakan zauj anda semua untuk kuat dan dijauhkan dari g0daan sy4itan laknatullah yang banyak kat luar rumah. Itukan lebih baik.. Aamiin