Lagi beberapa hari nak raya, duit saya hanya ada RM100. Termenung nak tunggu hujung bulan…

Selepas saya solat, masuk whatsapp dari kawan saya. Dia mesej saya, dia ajak keluar shopping esok, sebab KWSP suami dia dah masuk. Suami dia berikan RM10k semua kepada dia. Airmata saya mengalir, saya cemburu. Murahnya rezeki orang lain…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin. Percayalah, bila mana saya sedang menaip confession ini, berkali – kali saya menyeka dan mengelap air mata yang tidak putvs – putvs mengalir dari tadi. Takdir yang tidak baik terlalu banyak tertulis dalam hidup saya.

Ditika kawan – kawan sebaya sedang bergembira bersama suami dan anak – anak, saya tiap – tiap hari hanya mampu memikir nasib diri yang serba tidak kena. Saya berusia awal 30-an, mempunyai anak 2 orang, suami bekerja di sektor awam tapi gajinya hanya sekadar cukup makan buat kami sekeluarga.

Saya mempunyai kedua ibu ayah yang uzur, tidak sihat. Saya perlu menjaga ibu ayah saya, kerana saya tidak bekerja. Adik beradik ramai tinggal berdekatan, tapi tanggungjawab dilepaskan kepada saya semata – mata. Saya sayang ibu ayah saya, tapi saya jadi tak ikhlas kerana adik beradik tidak bertanggungjawab.

Saya penat mentaI dan fizikaI. Nak keluar tak boleh senang lenang macam orang lain. Perlu ada orang lain baru saya boleh keluar. Saya demam, penat atau tak sihat, tetap kena masak. Saya cemburu pada kawan – kawan sebaya saya, yang duduk sendiri.

Hari malas masak, tak payah masak. Hari cuti, boleh bangun lewat. Tidak bagi saya, cuti atau tak, keadaan sama. Mertua saya tak sukakan saya sebab saya tak kerja. Dianggap saya ni menyusahkan anak dia. Bila balik rumah mertua, saya dan anak – anak dilayan macam kain buruk.

Suami saya tak percayakan saya bilamana saya bercerita perihal ibunya, kerana bila depan suami saya, ibu mertua saya baik sangat – sangat. Suami saya pula jenis anak emak. Apa – apa keputvsan semua terletak pada ibu dia.

Nak beli sofa, kereta semua dia tanya pendapat mak dia. Saya seperti tunggul, ye la sebab saya tak kerja kan. Suami saya juga jenis kedekut dan sangat berkira. Nafkah makan minum dia bagi secukupnya, cuma untuk lain – lain dia tak bagi.

Kalau dia dapat duit bonus, dia tak pernah hulur kat saya walau RM50. Baju dalam saya dah lusuh, pun dia tak belikan. Pernah suami saya dapat duit tunggakan yang banyak, saya mintak RM100, dia cuma bagi RM50. Suami saya juga culas membantu saya buat kerja rumah.

Semua saya buat seorang. Dari basuh baju, melipat baju, basuh pinggan, memasak, mandikan anak, semua saya. Suami saya hanya baring main hp. Bila saya mintak tolong, memang sampai kesudah takkan buat. Pakaian anak – anak tak kira raya atau basahan, semua saya beli sendiri. Saya kumpul duit.

Suami saya kedekut, dia suruh pakai baju yang dah lusuh, singkat. Saya tak sampai hati tengok anak – anak saya pakai baju macam tu. Tak pelah saya pakai yang buruk, asalkan anak saya pakai elok. Bila anak saya nak makan sedap – sedap pun, saya guna duit yang saya kumpul.

Bila mintak dengan suami, dia kata jangan manjakan anak sangat. Padahal bukan selalu. Sebulan sekali takkan tak mampu. Saya cemburu pada kawan – kawan saya. Punyai mak ayah yang sihat, kawan – kawan saya siap boleh tinggalkan anak – anak mereka pada mak ayah mereka ketika pergi kerja.

Kawan – kawan saya masih boleh berebut nak balik rumah mak, sebab nak merasa masakan mak. Kawan – kawan saya juga punyai suami yang baik. Gaji RM5k lebih, semua serahkan pada kawan saya. Kawan saya juga tidak bekerja, tapi hidup bagai permaisuri.

Duit suami dia yang kawal. Suami balik kerja, urusan rumah tangga terus diserahkan kepada suami. Kawan saya punyai anak 4 orang kecil – kecil, tapi dia masih ada masa untuk me time. Sebab suami dia rajin bantu dia jaga anak dan buat kerja rumah.

Berbanding saya yang hanya anak 2 orang ni, selagi anak tak tidur, selagi tu tiada me time saya. Lagi beberapa hari dah nak raya, duit saya dah nak habis belikan persiapan raya anak – anak dan diri saya. Dalam bank ada dalam RM100.

Termenung panjang fikirkan nak tunggu hujung bulan. Fikiran tak keruan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah semoga dimudahkan rezeki saya. Saya mengaji. Saya dekatkan diri dengan Allah. Seusai beribadat, masuk notifikasi whatsapp dari kawan saya.

Dia mesej saya, dia ajak keluar shopping esok, sebab KWSP suami dia dah masuk. Suami dia berikan RM10k semua kepada dia. Air mata saya laju mengalir. Sungguh saya cemburu. Bertapa murahnya rezeki orang, mudahnya kehidupan orang.

Dikurniakan mak ayah yang sihat, suami yang baik, duit berkepuk, nikmat apa lagi yang kau dustakan. Mata saya bengkak kerana menangis dari tadi. Sungguh saya kecewa, terdetik terasa hati dengan Allah. Kenapa hidup saya begitu susah ya Allah.

Kenapa kawan saya begitu senang hidup dia. Padahal dia juga suri rumah seperti saya. Hidup saya tidak tenang. Hari – hari berp3rang dengan perasaan. Penat mentaI fizikaI, berp3rang dengan kewangan. Allah.. Malam – malam tidur tak lena, memikirkan tugas hari esok yang sudah terselit rapi.

Saya hanya ingin hidup normal seperti orang lain. Hari malas tak payah masak, hari cuti boleh bangun lambat. Hari gaji, suami bagi duit berkepuk. Saya tahu semua itu hanya mimpi. Mungkin sampai tua saya harus begini. Memendam rasa, menyimpan air mata. – Hannah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Saara Zayed : Saya rasa jawapannya ada pada tajuk awak. Putvs asa dengan rahmat Allah. Sebab tu kehidupan awak agak sukar. Setiap manusia yang beriman, diuji sesuai dengan kesanggupannya. Percayalah, rakan – rakan awak yang awak lihat cukup serba serbi, mereka juga ada ujian, mereka juga menangis. Ujian manusia tak sama, tapi yang penting kita redha terima ujian Allah dan berusaha mengharunginya.

Nik ‘afifah : Puan, kunci hidup tenang sebenarnya mudah je. Berhenti bandingkan diri kita dengan orang lain. Saya faham perasaan puan. Saya juga pernah merasa hanya ada rm30 dalam akaun. Pernah juga tinggal rm20 je.

Allah je tahu betapa susahnya rasa hati. Nak mengadu, memang tak pernah mengadu kat sape – sape. Hanya pada Allah je tempat mengadu. Alhamdulillah saya masih hidup, ada tempat berteduh, masih ada ruang perbaiki diri. Jaga la ibu ayah puan dengan baik.

Nor Shuhada Rosli : Puan, tiada manusia yang tiada masalah. Yang pertama, puan wajib bersyukur atas nikmat kesihatan yang puan ada. Punya ibu bapa yang masih hidup. Boleh berbakti pada mereka.. Minta doa dari ibu bapa puan.

Moga dilancarkan segala urusan puan. Amalkan zikir subhanAllah 33x, alhamdulillah 33x Allahuakbar 33x dan ayatul kursi selepas solat. Suami pemalas memang tak boleh nak buat apa kecuali puan kena bertegas. Wajib kena ada income sendiri puan, buat dropship.. usaha tambah skill.. usaha cari kerja.. doa pada Allah untuk selesaikan masalah puan.. bersangka baik dengan Allah.. Semoga dipermudahkan urusan puan.

Saya juga diuji untuk menjaga ayah saya yang uzur hampir setahun. Saya hampir tak grad waktu tu.. mujur prof saya bagi kelonggaran untuk submit thesis lewat. Memang down sangat waktu tu, ayah s4kit.. adik – adik tak habis belajar lagi.

Lepas ayah saya meninggaI.. sebulan lepas tu saya terus dapat kerja dengan gaji hampir 3.5k as a fresh graduate (tahun 2010). Kalau nak diikutkan macam tak logic.. sebab saya bukan pelajar cemerlang. Yang penting kena bersangka baik dengan Allah. Dunia ni hanya tempat persinggahan kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.