Kawan aku ni cantik, model sambilan sebab tu ramai ngorat dia walaupun dia dah kahwin. Selama ni dia tolak semua lelaki, tapi sekarang dia macam dah kemaruk dengan seorang pengurus lelaki. Lelaki tu kacak, muka kacukan, ada kereta mewah, ada syarik4t sendiri. Satu hari kawan aku cerita tentang suami dia..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin.. maaf cerita ini agak panjang sedikit. Kisah kawan kerja aku. Aku namakan dia Syana. Cantik perwatakan menarik, s3ksi, pemurah dan sudah bersuami. Kahwin 3 tahun lebih belum dikurniakan zuriat.
Berikutan PKP, dia terpisah nak dekat satu tahun rasanya dengan suami dia sampai sekarang. Asalnya dia adalah model sambilan tapi bekerja tetap dan kami satu pejabat. Kadang – kadang aku merasa cemburu apa yang dia ada tapi cemburu secara positif.
Kerja kami selalu berhubung dengan mana – mana syarik4t, biar aku rahsiakan maaf. Banyak juga nak masuk daun dengan dia meski dah cakap dia dah kahwin. Sampai dia naik rimas. Yang aku tahu dia sangat setia dengan suaminya yang sekarang di luar negara.
Syana selalu tolong aku tatkala aku susah tak ada duit, sering bermurah hati pada aku. Apa yang aku tahu dia jenis tak suka kacau orang dan tak kisah tentang siapa – siapa pun. Dua bulan lepas kami ada berhubung dengan salah satu syarik4t dan pengurus syarik4t itu agak kacak kerana kacukan mat saleh dan melayu.
Seminggu lepas perbincangan satu hari tu, ada yang bagi bunga dekat Syana. Kami dalam office tu lima orang sahaja, pasti terk3jut. Kami terjerit – jerit macam kera haha.. Malu wehhh.. Dalam jambangan bunga tu ada coklat dan cincin emas.
Terharu sangat, hadiah dari lelaki kacukan mat saleh tu. Nama dia Fairuz (bukan nama sebenar). Sehari kemudian Syana mesej lelaki tu niat nak terus terang dia dah bersuami. Tapi lama kelamaan mereka berdua dah akrab tapi dalam whatsapp sahaja.
Bermula dari itu Syana seperti di lamun cinta. Tapi dia cakap mereka hanya kawan yang bertukar – tukar cerita dan lelaki tu bujang. Syana ni umur dah 35 tahun tapi dia nampak macam 28 tahun mungkin kerana sikap dalam dirinya membuatkan dia selalu tampak muda.
Aku sayang sangat kat dia sebagai kawan. Satu hari dia cerita kat aku tentang suami dia dan Fairuz. Dia cakap dia sangat sayangkan suaminya meski pun suaminya tak sempurna dalam hal ehwal rumah tangga. Nafkah dan lain – lain agak culas sedikit mungkin kerana dia tahu Syana bekerja dan ada pendapatan sendiri.
Pernah suaminya meninggikan suara di kedai makan buatkan dia malu dia tetap sabar. Sebelum berkahwin dia setia giIa – giIa. Suaminya curang, dia sabar. Pokoknya banyak yang dia sabar. Suami dia nampak caring sangat kat dia.
Kalau di hadapan kami tapi tak tahu sebaliknya. Banyak kisah yang dia pendam. Baik.. sekarang aku nak cerita pasal Fairuz pula. Selepas kisah bunga dan cincin setiap minggu Syana di hujani makanan dan barang – barang mahal.
Ada sahaja caranya untuk melembutkan hati Syana kerana dia tahu Syana tak ada suami dekat sini. Pernah dia cakap dekat Syana, “Aku tunggu janda mu.” Allahuakhbar. Tapi hampir sebulan kebelakangan ini, aku tengok Syana dah macam kemaruk.
Senyum kambing sendiri – sendiri, handphone tak lepas – lepas dari tangan. Aku syak dia dah m4buk dengan Fairuz. Sedih sangat aku tengok. Fairuz ni ada segalanya kereta mewah ada syarik4t sendiri kacak tu mungkin Syana pun terjebak.
Syana pernah cakap dekat aku, silap dia adalah menghantar mesej kat Fairuz akhirnya jadi macam ni dan nampak sangat Fairuz usaha keras nak dapatkan Syana. Buat para suami di luar sana, jagalah hati isteri anda.
Mungkin anda mengabaikan sedikit hal tentang mereka tapi ada yang akan melengkapkan hal terabai dari anda. Buat sahabatku Syana, aku sayang kau dunia akhir4t aku pasti kau juga akan terbaca saat cerita ini di siarkan nanti.
Aku nak yang terbaik untuk kau. Fikirlah sebaik mungkin.. Aku selalu berharap yang terbaik untukmu Fikirlah sehabis banyak. Terima kasih admin..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.