Lauk sayur yang aku masak ada sehelai rambut. Suami terus buang semua lauk yang aku masak. Kotor sangat ke aku ni??

Saya abaikan dia la. Saya pergi buka tv. Biasanya kan remote tu kita letak atas meja. Dia datang la duduk depan tv jugak tapi sebelum tu dia betulkan remote tv tu supaya straight. Korang faham ke eh. Sebab remote tu condong sikit masa tu.

Saya memang perhati ja per4ngai dia ni. 7 bulan hidup dengan dia, saya dah faham dia tak boleh benda tak tegak. Semua mesti tersusun. Barang – barang makeup saya semua tersusun sebaris ye. Pastu susunan dia mesti yang tinggi kat belakang, yang m4kin rendah tu di depan.

Semua benda dia susun macam tu. Botol – botol sos ke. Benda memasak ke. Mesti dalam barisan. Pastu akan ada ja dia betulkan apa – apa sebab mungkin saya tak peka pasal barang – barang tu senget ke apa. Peti ais saya ni, semua bahan – bahan dia tersusun. Setiap hari dia akan cek semua benda dalam rumah.

Pastu setiap benda mesti kena letak di tempat yang betul. Contoh macam kunci ke handbag ke, sekejap pun jangan letak atas meja depan. Kadang – kadang balik kerja letihnya ya Allah. Rehat la sekejap dekat hall. Dengan barang – barang kita memang letak ja kat sebeIah. Bagi dia tak boleh..

Sofa tempat duduk, bukan baring. Kalau nak baring, pergi masuk bilik. Sofa bukan tempat letak beg ke apa ke. Entah la banyak betul larangan dia. Oh ya, bila saya naik kerja, ada la kawan sorang bagi hadiah sebab tak datang majlis kan. Dia bagi set pingan mangkuk.

W4rna biru tau. Cantk la. Saya fikir nak guna untuk rumah. So malam tu saya hidang dengan pingan baru tu. Dia terk3jut tengok. Dia tanya mana pinggan lama. Saya cakap ada dalam almari. Kalut – kalut dia pergi keluarkan semua pinggan – pinggan dia yang putih tu.

Segala lauk pauk saya masak tu dia letak dalam bowl putih dia. Saya pulak termangu – mangu. Saya fikir apa masalah dia dengan w4rna lain.. Kenapa dia cuma nak putih ja. Ada sapa – sapa faham ke apa masalah dia ni ye.. Bila kita tanya apa pn tak nak cakap.

Oh ya, dia kan langsung tak sentuh saya tau. 1 hari saya tanya la. Ada apa – apa masalah ke. Dia geleng kepala. Masa tu pukuI 9 lebih tau. So saya persoalkan macam – macam la. Lepas tu dia tanya dah mandi ke. Saya kata dah la. Dia kata pergi mandi lagi la kalau nak.. Saya tanya kenapa. Dia tak jawab.

Tau tak str3ss macam mana masa tu. Sebab saya risau badan aku ni berbau ke. Siap saya tanya kawan baik saya, tanya adik – adik saya. Semua kata takde bau pun. Dia pun saya tanya jugak. Tolong la cakap apa kelemahan saya. Saya nak perbaiki. Tapi dia hanya diam ja.

Soalan – soalan saya dibiarkan saya dengan tanda tanya ja. Sampai saya ni berbotol – botol beli spray wangian. Takut dia bau badan saya busuk ke apa. So dalam 7 bulan ni, dia akan sentuh kalau saya baru sudah mandi. Kalau saya mandi pukuI 8 malam, kalau pukuI 10 dia nak, dia akan suruh saya mandi.

Satu hari saya beng4ng giIa. Saya cakap kat dia. Lepas ni bagitau siap – siap pukuI berapa awak nak. Tak perlu saya buang masa mandi awal – awal. Dah la lepas tu kena mandi lagi. Boleh pulak dia reply ok ja. Ya Allah… S4kitnya hati.

Satu hari tu saya masak ada rambut dalam sayur. Saya tak tahu la macam mana ada rambut. Dia belum makan lagi. Baru cedok, bila nampak rambut tu, terus dia buang sayur ye. 1 pinggan tu dia buang terus dalam tong sampah.

Pastu dia tak nak makan dah. Saya cakap dalam tu ja ada rambut kan. Yang lain – lain lauk boleh ja makan. Dia cakap dia tak akan makan makanan yang ada rambut dengan nada dia yang agak keras. Lepas tu dia cakap, kalau nak masak lepas ni make sure mandi dulu. Astafirullah. Kotor sangat ke aku ni. +

Saya cakap kalau awak tak yakin masakan saya, awak masak sendiri la. Dia cakap ok. Ingatkan dia masak untuk kita sekali. Dia masak untuk dia sorang ja. Akhirnya saya terp4ksa masak semula. Tak kan duduk 1 rumah masak asing – asing. Nak makan luar dia lagi tak suka. Dia kata kedai tak bersih.

Lepas seminggu dua macam tu, kakak dia datang la sekeluarga ziarah kami. Sebab dari dia masuk rumah baru ni, kakak dia belum datang lagi. So anak – anak sed4ra dia 4 orang tau. Budak – budak biasa la kan lari sana sini. Oh sebelum tu, masa diorang ni sampai, dia pergi susun kasut – kasut diorang ya. Ibarat macam dia tak boleh benda tak bersusun.

Pastu asyik suruh budak – budak tu duduk diam – diam. Budak – budak nak makan apa tah, dia suruh duduk kat meja makan. Dekat dapur kakak dia tanya la itu ini. Saya cuma cakap adik dia macam ocd. Saya terus terang cakap. Kadang – kadang saya str3ss jugak dengan adik dia.

Saya kata nampak tak meja dekat conner tu. Tu adik dia beli untuk saya supaya saya buat kerja – kerja sekolah saya kat situ. Adik dia rimas kalau saya buat kerja dekat sofa. Sebelum ni kan balik – balik saya akan buat kerja kat hall. Buka laptop. Pastu ada la kertas – kertas.

Jadi dia tak suka. Sebab kertas apa semua atas meja.. Bagi dia berselerak. Dia suruh saya buat dalam bilik. Kalau saya buat jugak, ada ja dia betulkan apa – apa kertas saya. Saya kata rimas la terperap dalam bilik ja. Saya nak la lepak kat hall. Sambil layan tv.

Lepas tu dia beli satu meja untuk saya, suruh saya buat kerja kat situ ja. Tu pun pen ke apa benda pun. Dia akan betulkan bagi sebaris. Masuk dalam rumah, pasti ada apa – apa tak kena kat mata dia. Dia mungkin macam tu.

Tapi saya bukan beringat semua benda nak kena susun elok – elok. Saban hari saya rasa str3ss kerana benda – benda macam ni. Saya kan cikgu, kadang – kadang balik kerja tak tentu. Kadang – kadang pukuI 3, kadang – kadang pukuI 5.

Ada sekali tu balik 4. 30, saya relax – relax la sekejap. Memang baju pun tak tukar la. Dia kan pukuI 5 dah terpacak dah. Terus dia tanya, tak mandi ke. Saya cakap saya baru balik jugak. Dia kata boleh tak balik – balik terus mandi. Tak kira pukuI berapa pun.

Saya tanya kenapa. Dia kata awak kan cikgu. Saya kata so, dia kata jumpa orang beribu – ribu. Saya tanya, jadinya kenapa. Dia kata cikgu ni pembawa peny4kit banyak. Saya kata giIa. Macam dia tak jumpa orang banyak – banyak. Saya kata berapa kali sehari saya nak mandi? Nanti awak nak, saya kena mandi lagi.

Boleh dia jawab dah tu tak payah dah la. Str3ssnya ya Allah.. Saya kata awak bukan baru tahu kan saya kerja apa. Kenapa setuju nak kahwin dengan saya kalau rasa saya ni bawak peny4kit ke apa. Dia diam sampai sekarang.

Tapi kan yang paling saya sedih, saya kan pergi kerja awal. Dia pukuI 6 lepas solat tu, dia akan main track mill. Jadi sebelum pergi kerja saya akan salam dia. Hari tu entah macam mana saya ternampak lepas salam tu dia sanitise ye tangan dia.

Ya Allah, remuk hati saya. Entah apa la dia fikir pasal saya. Ok sekarang saya ja.. Nanti ada anak macam mana. Saya tengok dia layan anak sed4ra dia pun saya dah bimbang dah. Tu belum lagi nanti anak conteng dinding dia yang putih suci tu.

Saya dah sehabis baik ikut segala benda macam dia. Sampai saya pun dah berjangkit sikit kena pastikan semua tersusun. Tapi saya jugak manusia yang penuh kelemahan. Ada ja apa – apa perbuatan saya yang tak senang di mata dia.

Setiap malam saya berendam air mata. Tapi dia tak akan tanya pun kenapa saya menangis. Agaknya saya m4ti pun dia tak peduli kot. Banyak sangat – sagat nak luah Iuka di hati sebenarnya. Belum lagi cerita attitude dia kalau saya naik kereta dia.

Ya Allah. Ujian apa la semua ni. Tolong la bagi kata – kata semangat dekat saya. Tapi jangan la nasihati saya untuk bercerai. Sebab saya sangat sayang dia, cuma saya penat nak ikut rentak dia setiap masa. Tolong nasihat saya macam mana nak handle sikap dia. Sumpah saya rasa gagal sangat.

Pastu agaknya dia ada s4kit apa – apa ke ye. Ada solution tak untuk sikap dia macam ni. Kot – kot ada doktor yang mahir. Tolong tinggalkan cadangan. Terima kasih.. – Zana (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Liyana Sulaiman : Ntah la dik. Akak rasa kesian kat laki h4ng. H4ng pun str3ss menghadap dia. Tapi kan, cuba alter keperluan awak ikut standard dia. Contoh la, PukuI 5 dia balik, jadi awak ada masa sebelum pukuI 5 untuk bermalas – malasan.

Sebelum dia balik, ready ikut standard dia. Kalau boleh rambut tu basahhhh lagi time dia balik, Nak tunjuk kata baru mandi. Dari penceritaan awk, memang dia ada traits OCPD. Cuba tanya dia, penah diagnosed dak. Kalau belum, ajak pi buat assessment. Pastu dapatkan treatment. Kalau sayang kat dia, kena belajaq untuk hidup bersama dia.

Kird Ree : Woi, aku baca habis. Nampak macam kau kahwin dengan seorang perfectionist. Semua kena teratur, organize. Dan tambah burukkan keadaan, semua kena ikut apa yang dia selesa dan nampak perfect. Bukan ocd rasanya ni. Tapi entahlah. Jujur lah aku rasa orang macam ni tak sesuai untuk hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Aku doakan kau jumpa penyelesaian terbaik ye?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.