
Bapa mertua jatuh dan tak boleh jalan. Ipar – ipar semua berg4duh tak boleh nak jaga bapa mereka sendiri. Aku berk0rban jaga bapa mertua 24jam. Masa ni suami layan aku baik. Sehinggalah, bapa mertua meninggaI, suami berubah. Ipar – ipar mula pandang aku semacam..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan selamat petang, minta admin sembunyikan profil aku. Aku nak kongsi cerita kehidupan aku. Sebelum ini aku ibu tunggal kepada tiga orang anak. Tiga belas tahun juga la aku sendirian besarkan anak – anak aku.
Tanpa diduga, jodoh datang dan aku bernikah pada 28/01/2022. Berhijrah la aku bersama suami baru ke Sabah ikut suami. Anak – anak duduk dengan orang tua sebab sekolah. Kiranya habis cuti akhir tahun baru pindahkan sekolah. Dan bila berhijrah ke Sabah, aku cari kerja baru untuk sara anak – anak yang masih bersekolah menengah masa tu.
Tak lama aku kerja, dua bulan saja kemudian suami suruh berhenti sebab minta jaga bapa mentua, sediakan makanan arw4h bapa mentua dan bagi makan ubat. Jadi setiap hari dalam jam sepuluh pagi macam tu aku dah pergi rumah kakak ipar, bagi makan mentua dan temankan dia makan.
Memandangkan aku tak bekerja, suami la yang bagi belanja kepada anak – anak. Kemudian suami cakap tak payah tunggu tahun depan, pindahkan saja anak – anak. Jadi bulan tujuh aku uruskan anak – anak datang Sabah. Dua bulan juga dorang tak sekolah sebab tak dapat penempatan.
Tapi aku tetap dengan tanggungjawab jaga mentua dan urus anak – anak. Bulan satu tahun 2023, mentua dah tak boleh jalan sebab dia jatuh. Tapi bukan dalam penjagaan aku masa tu. Siang aku jaga, malam kakak ipar yang jaga. Kemudian arw4h bapa mentua ada d4rah beku di otak dan kena bedah.
Masa tu semua ipar berkelahi sesama sendiri sebab tak ada yang boleh jaga arw4h dua puluh empat jam. Kemudian suami minta aku jaga. Selepas pembedahan, arw4h dah tak boleh bergerak sendiri seperti sebelum ni. Dia perlu bantuan. Jadi aku la yang jaga dua puluh empat jam, bermula arw4h keluar dari hospitaI sehingga la arw4h hembuskan nafas terakhir pada bulan empat 2023.
Selesai saja ditanam, suami terus bersuara suruh aku cari kerja semula sebab katanya tak mampu nak tanggung anak – anak dah. Jadi aku pun cari la kerja tapi hampa, tak dapat langsung. Aku dah berusaha tapi Allah tak permudahkan. Bagi aku mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kepada aku.
Habis saja kenduri arw4h seratus hari, ipar – ipar dan suami dah mula lain macam dengan aku dan anak – anak. Tak ada lagi bahasa yang lembut, tak ada lagi senyum. Suami aku pula sering abaikan aku dan hari – hari asyik marah dekat aku, katanya aku tak pandai urus anak – anak padahal anak – anak aku dah besar, tingkatan tiga dan empat.
Dik4takan aku dan anak – anak menjadi beban kepada dia. Sedih hati aku, s4kit sangat. Dan pernah sekali dia kantoi berwhatsapp dengan perempuan lain. Bukan seorang tapi tiga orang. Berkasih sayang la dia dengan perempuan – perempuan tu.
Hati isteri mana tak s4kit, isteri mana tak cemburu sedangkan perempuan tu tahu suami aku dah beristeri. Dia pernah datang masa kenduri arw4h seratus hari. Masa kantoi tu, suami marah betul dan suruh aku balik ke rumah orang tua aku.
Katanya kami bawa haluan masing – masing sebab suami cakap ipar – ipar buang dia sebab aku dan anak – anak. Ibarat dorang buang dua sekali. Masa tu aku dah mer0yan habis. Sehari semalam aku menangis. Aku siap jumpa kakak ipar minta dia jangan la buang suami aku dan pulaukan suami aku.
Aku cakap jangan la sebab hal ni rumah tangga aku musn4h sekelip mata. Aku cakap kepada kakak ipar kalau anak – anak aku menjadi beban biarlah aku hantar anak – anak aku ke tempat orang tua aku semula. Aku minta dia nasihatkan suami aku supaya jangan buat keputusan dalam keadaan marah sebab benda tu tiba – tiba.
Tapi jawapan yang aku dapat dari kakak ipar tak seperti yang aku harapkan. Kakak ipar aku cakap, aku tak boleh nak kata apa, lebih baik kau balik la pergi tempat orang tua kau semula. Ya Allah, aku rasa masa tu down sangat. Aku tak boleh nak fikir apa – apa.
Tiba – tiba waktu suami balik kerja malam tu, dia peIuk aku dan katanya dia cuma suka suka dengan perempuan – perempuan tu. Tak ada buat lebih lebih. Tapi yang meng3jutkan aku, dia burukkan aku depan kawan – kawan kerja dia depan perempuan – perempuan tu. Katanya rumah kami ni umpama ner4ka.
Sedih hati aku, kecewa. Tapi dalam masa yang sama aku sayangkan masjid yang aku bina ni. Jadi setiap waktu solat aku minta Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran serta bantu aku untuk pert4hankan rumah tangga aku ini daripada segala kemud4ratan.
Hari demi hari jiwa aku dah sem4kin tenang. Bagi aku, buat la apa yang dia nak buat. Bila sampai masa dia nak buang aku, silakan. Tapi jangan salahkan aku bila aku kemukakan semua bukti kecurangan dia dengan perempuan – perempuan tu.
Dan dia buruk – burukkan aku sedangkan aku dah jalankan tanggungjawab aku sebaik yang mungkin. Aku tak pernah ada kawan atau berhubung dengan mana – mana orang lain kecuali dia dan keluarga aku. Dia nak berpisah dengan aku sebab apa?
Jangan sebab syok seketika masalah yang menimpa diri sendiri. Aku selalu ingatkan dia. Aku kasihankan dia dan aku sayangkan dia. Aku dah boleh nampak akan datang nanti bila dia s4kit atau ada apa – apa, tak ada yang boleh jaga dia sedangkan arw4h bapa mentua pun jadi dorang berg4duh sesama sendiri.
Apatah lagi setakat suami aku tu. Hanya adik, bapa sendiri pun tak ada yang nak jaga. Sekian la cerita aku. Minta kawan kawan doakan agar rumah tangga aku ini terus berkekalan hingga ke jannah dan dijauhkan daripada segala kemudaratan yang boleh merosakkan rumah tangga aku.
Komen Netizen :
Dayyan Sofea : Nampak hanya untuk diguna – guna saja. Sayang macam mana pun, anak – anak jangan la ditolak tepi. Tiga belas tahun boleh hidup dengan anak, rasanya tak ada masalah pun kalau terus begitu. Ini dah sampai tahap suami dah jaja cerita d3rita di rumah, siap pakej berkasih sayang dengan perempuan lain.
Ipar – ipar pun dah lain dengan kau. Kalau aku la, memang tak tunggu lama. Selamat tinggal saja. Untuk apa nak teruskan kalau dia dan keluarga tak boleh terima anak. Yang makan hati kau nanti. InsyaAllah ada yang lebih baik di luar sana. Percaya la.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.