
Aku dapat berita ayah dipenjarakan enam bulan sebab kes d4dah. Mak tiri dengan anak dia dah hidup merempat sebab ayah takde nak tanggung. Dia merayu dekat ibu supaya bebaskan ayah. Aku puas hati! Satu hari, aku pergi ke rumah flat, tempat mak tiri duduk. Rumah dia kosong…
#Foto sekadar hiasan. Assalam, hai w4rga FB. Admin, tolong hide profile Facebook aku terlebih dahulu. Aku mengikuti segala cerita yang admin post dan banyak mengajar aku macam – macam ragam alam perkahwinan. Aku gelarkan nama aku sebagai ALINA.
Aku tak ada masalah rumah tangga. Aku belum kahwin, tapi akan melangsungkan pertunangan tak lama lagi. Maaf kalau aku menggunakan kata ganti diri “aku” sebab lebih selesa untuk aku bercerita. Aku nak berkongsi pengalaman alam perkahwinan tentang ibu dan ayah aku, tapi sebelum tu aku cerita sedikit tentang diri aku.
Aku anak nombor dua dalam adik beradik. Bawah aku ada tiga orang adik, yang paling kecil darjah dua. Yang paling tua abang aku. Dalam keluarga, aku seorang kakak yang garang dan memang akan meng4muk kalau ayah aku buat perkara yang tak elok.
Boleh kata aku ni backup terbesar ibu. Sampai sekarang aku tak dapat lupa apa yang jadi dalam keluarga aku. Mulanya keluarga aku bahagia. Selepas 17 tahun ibu ayah kahwin, ayah mula berubah. Dari lelaki yang bertanggungjawab dan rajin bekerja, dia jadi seorang yang pemalas dan tak bertanggungjawab.
Ayah aku mula berkenalan dengan seorang perempuan Thailand yang mengaku dirinya orang Malaysia. Tak ada pasport mahupun pengenalan diri. Datang dari mana pun aku tak tahu. Aku gelarkan perempuan Thailand ni “Tipah”. Tak ada rupa, tak nampak macam orang Thailand pun, tapi cara percakapan macam orang Thailand Songkla kampung ceruk mana entah.
Ayah aku kantoi dengan ibu, rupanya dia dah bernikah di sempadan Thailand. Ibu sedih, tapi aku tak pernah nampak air mata ibu mengalir sebab per4ngai ayah aku yang gatal tu. Ibu redha dan terima kalau dimadukan. Ibu layan “Tipah” dengan baik.
Masa “Tipah” berpantang, ibu yang jaga. Ibu bagi sebuah rumah flat atas nama ibu sendiri untuk dia duduk dengan anak dia yang baru lahir, sedangkan ibu dengan aku dan adik – adik duduk rumah sewa. Masa tu ayah langsung tak ada rasa malu atau segan dengan ibu.
Ibu tolong “Tipah” tanpa minta apa – apa balasan sebab anggap dia sebagai madu. Ibu jaga anak dia yang tak ada surat beranak sebab “Tipah” tak ada pengenalan diri. Ibu yang hantar ke hospital sana sini sebab anak dia ada asma dan selalu semput.
Aku pula memang tak ngam dengan ayah, apatah lagi dengan “Tipah”. Aku benci sangat sampai aku tak hormat dia dan ayah. Tapi kebaikan ibu aku dikhi4nati. “Tipah” mula menjaja satu flat perumahan cakap rumah tu rumah dia. Orang taman tak tahu dia sebenarnya pendatang asing.
Dia burukkan ibu, kata ibu bini nombor dua ayah sedangkan dia yang ganggu rumah tangga ibu ayah aku. Aku jadi seorang yang pend3ndam. Ibu macam biasa hanya mampu diam. Ibu dipukuI, diherdik, dihina oleh ayah. Aku yang backup, aku yang marah ayah.
Aku pernah cakap ayah b0doh, tak sedar diri nak kahwin dua tapi tak mampu. Semua aku sound depan ayah sampai dia malu. Tapi ibu tetap diam dengan kesabaran dia. Memang kuat ibu aku. Satu hari lepas ibu kena pukuI, aku hasut ibu minta cerai.
Aku suruh ibu balik rumah nenek di bandar. Aku suruh ibu tinggalkan ayah sebab ayah langsung tak guna. Duit tak bagi, makan minum tak jaga. Masa tu aku tingkatan dua. Aku dengan adik – adik jalan kaki 15 kilometer pergi dan balik sekolah tanpa duit belanja, berlapar.
Balik rumah tak ada makanan. Perut lapar hanya Tuhan yang tahu. Pernah satu masa aku dan adik – adik jalan kaki balik rumah, tiba – tiba kereta ayah lalu sebelah kami. Dalam kereta ada “Tipah” dengan anak dia. Ayah langsung tak ada hati nak tumpangkan kami. Memang teruk.
Balik rumah aku cerita pada ibu. Petang tu ibu terus kemas baju. Kami lari ke rumah nenek. Kedatangan kami disambut baik oleh nenek dan atuk. Tiga bulan kami di rumah nenek, ayah langsung tak cari kami. Sampai setahun kami duduk sana, aku dapat berita ayah dipenjarakan enam bulan sebab kes d4dah.
Baru aku tahu “Tipah” melahirkan lagi seorang anak hasil perkahwinan tak berdaftar tu. Aku cuma senyum tengok kesusahan dia tanpa ayah. Dia terp4ksa jaga anak sendiri, sampai merayu pada ibu supaya tolong bebaskan ayah. Aku dan nenek marah ibu supaya jangan lembut sangat.
Aku tahu dia susah cari duit untuk beli susu anak, dan aku akui aku rasa puas. Aku dan ibu pergi melawat ayah di penjara. Aku senyum, tapi senyuman penuh d3ndam. Beberapa bulan kemudian ayah keluar penjara. Dia datang rumah nenek pujuk ibu.
Aku dan adik – adik memang tak nak balik. Abang aku pula tak ada dengan kami, dia duduk dengan kawan – kawan dia dan tak campur urusan keluarga. Masa tu aku yang jadi ketua, jaga adik – adik waktu ibu kerja. Masuk tahun kedua, ayah berjaya pujuk ibu.
Dokumen penceraian yang ibu nak buat tak jadi. Aku kecewa dengan ibu. Aku rasa ibu terlalu lemah. Akhirnya kami berpindah balik. Nenek dan atuk marah, siap pesan kalau di sana kami susah jangan datang balik kalau ibu masih terima ayah.
Ibu akur demi kebahagiaan anak – anak. Kami pun duduk semula dengan ayah. Memang janggal, aku masih benci. Ayah langsung tak tahu kesusahan kami masa di bandar dulu. Sebulan lebih aku tengok ayah berubah, tak keluar rumah macam dulu.
Aku masa tu dah pandai bawa motor. Aku guna motor ayah pergi tengok rumah flat ibu yang “Tipah” duduk. Rumah tu kosong, bersepah. Aku tanya jiran, katanya dia dah balik Thailand. Aku senyum lagi. Dalam hati aku rasa puas, akhirnya kau jatuh juga.
Lepas tu aku dapat tahu, bila ayah keluar penjara, dia selalu pukuI “Tipah” dan anak – anak sampai berd4rah sebab “Tipah” kantoi curang dengan kawan ayah sendiri. Sanggup jual maruah demi duit. Aku cuma fikir, padan muka. Lepas semua tu, kehidupan keluarga aku kembali bahagia.
Aku tunggu empat tahun untuk tengok rumah tangga ayah dengan dia h4ncur, dan akhirnya memang jadi. Allah balas semua perbuatan dia. Sekarang ayah dah tak ambil tahu langsung pasal “Tipah” dan anak dia. “Tipah” pun hilang sampai sekarang.
Aku dah umur 25 tahun, adik – adik pun dah besar. Ayah akui kesilapan dia, dan ibu sekarang tersenyum bahagia. Untuk “Tipah”, aku harap kau tenang di sana. Tapi kalau keluarga aku jadi apa – apa, s4kit atau kena sih1r, aku akan cari kau sebab aku tahu kau saja yang tahu benda tu. Jangan ganggu keluarga aku kalau kau tak nak susah.
Aku cuma nak pesan, perempuan yang rampas kebahagiaan perempuan lain tak akan kekal lama. Lelaki akhirnya akan balik pada isteri pertama. Sifat dengki tak ke mana. Tak payah jadi perampas rumah tangga orang, akhirnya diri sendiri juga yang jatuh sampai sanggup gadai maruah.
Aku harap spesis macam “Tipah” ni cepat pupus. Aku bersyukur atas kebahagiaan keluarga aku sekarang. Semoga kau tenang dengan anak – anak kau di sana. Aku belajar banyak dari pengalaman ni. Kesabaran ibu, kecekalan ibu, keikhlasan ibu akhirnya membuahkan kebahagiaan.
Kalau kau rampas kebahagiaan orang, kau sendiri tak akan bahagia. Selamat tinggal perosak rumah tangga ibu ayah aku. Selamat menjalani hidup sebagai janda anak dua di Songkla. Aku harap kau baca dan jangan ganggu lagi. Kau tak akan faham betapa dalamnya d3ndam aku dari kecil sampai sekarang. Sekian, terima kasih kalau admin post cerita aku ni sebagai pengajaran untuk orang lain. Maaf kalau ada kekurangan. – ALINA (bukan nama sebenar)
Ulasan pembaca :
Nur Sofeaa Nabilaa : Walaupun ayah kau dah kembali pada ibu kau, ayah kau tetap kena bertanggungjawab pada adik tiri kau tu. Kesian mereka. Mereka pun d4rah daging ayah kau. Yang salah tu “Tipah”, tapi adik tiri kau tak salah. Nanti di akhirat ayah kau kena tanggung d0sa z1na, d0sa abaikan isteri, dan d0sa abaikan tanggungjawab pada anak – anak.
Pretty Angel : Tahniah pada ibu kau, memang sangat sabar. Tapi kau jangan berd3ndam sebab benda tu akan rosakkan diri kau sendiri. Aku pun ada adik beradik dari mak lain, tapi aku tak macam kau. Cuba belajar maafkan orang, itu akan buat kau lebih tenang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.