
Sebelum tidur pun suara dia yang aku tunggu. Kami bergayut sampai pukuI 3 pagi. Aku siap masuk tandas semata – mata nak dengar suara dia sebab takut suami aku sedar. Baru ni, suami hadiahkan rantai emas sebab dia nampak aku lain sedangkan aku tengah rindukan lelaki lain..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku sekadar nak meluah dan dalam masa yang sama nak minta pandangan daripada sesiapa yang sudi baca kisah aku ni. Aku sudah umur 42 tahun, ada kerjaya tetap, ada suami yang baik dan seorang anak perempuan umur 15 tahun.
Dari luar, hidup aku nampak sempurna. Rumah ada, kereta ada, keluarga pun nampak bahagia macam keluarga biasa yang lain. Kalau orang tengok kehidupan aku sekarang, memang tak ada siapa sangka aku sedang bergelut dengan perasaan sendiri sampai setiap malam aku menangis diam – diam dalam bilik air. Aku sendiri pun tak pernah sangka benda ni akan jadi dalam hidup aku.
Usia perkahwinan aku dah masuk 17 tahun. Sepanjang berkahwin, suami aku bukan lelaki yang jahat. Dia bertanggungjawab, rajin bekerja, ambil berat pasal keluarga dan sangat sayangkan aku. Kami bukan pasangan sempurna, tapi kami bahagia dengan cara kami sendiri. Ada g4duh manja, ada gelak ketawa, ada keluar makan sama – sama hujung minggu. Anak aku pun rapat dengan ayah dia.
Tapi dalam diam, aku simpan satu kisah lama yang aku ingat dah lama m4ti. Sebelum aku kahwin dulu, aku pernah bercinta dengan seorang lelaki. Aku namakan dia U. Masa aku kenal dia, dia sebenarnya sudah berkahwin dan ada seorang anak.
Aku tahu hubungan tu salah dari awal, tapi aku terlalu muda dan terlalu ikutkan perasaan masa tu. Kami bercinta bertahun – tahun. Malah hubungan kami dulu memang sangat serius sampai tahap hampir berkahwin. Aku memang terlalu sayangkan dia. Dia pun selalu cakap aku perempuan yang paling dia faham dan paling buat dia tenang.
Tapi akhirnya hubungan kami tak jadi ke mana sebab isteri dia tak izinkan dia lepaskan keluarga dia. Masa tu aku kecewa sangat. Aku rasa macam seluruh hidup aku h4ncur. Aku ambil masa lama untuk bangun semula sebelum akhirnya aku kenal suami aku sekarang.
Selepas aku berkahwin, aku terus hilang contact dengan U. Langsung tak tahu perkembangan hidup dia. Aku anggap semua tu kisah lama yang dah tamat. Rupanya aku silap. Selepas 19 tahun terpisah, satu hari dia muncul balik dekat Facebook.
Masa mula – mula nampak nama dia muncul dalam friend request, jantung aku terus berdebar lain macam. Aku sendiri tak faham kenapa aku masih rasa macam tu walaupun dah hampir dua dekad berlalu. Pada awalnya kami cuma bertegur sapa biasa. Tanya khabar, cerita pasal kerja, cerita pasal anak – anak.
Tapi makin lama, makin kerap pula kami berhubung. Dari Facebook masuk ke WhatsApp. Dari WhatsApp mula meleret sampai tengah malam. Dan dari situ semuanya bermula balik. Sebenarnya masa bercinta dulu kami pernah terlanjur beberapa kali.
Sampai hari ni aku menyesal sangat dengan d0sa tu. Aku pernah rasa mungkin Allah dah hukvm aku bila aku disahkan s4kit bre4st c4ncer beberapa tahun lepas. Masa s4kit tu aku memang banyak menangis, banyak bertaubat dan cuba dekatkan diri dengan Allah. Aku reda dengan ujian tu.
Alhamdulillah sekarang aku sudah sihat macam biasa. Sebab tu bila U muncul balik dalam hidup aku, aku rasa sangat takut sebenarnya. Takut aku ulang d0sa lama. Tapi aku kalah juga. Kami mula kembali bercinta. Ya, memang bercinta walaupun masing – masing sudah ada pasangan sendiri.
Setiap hari kami berwhatsapp. Bangun pagi mesej dia yang aku cari. Sebelum tidur pun suara dia yang aku tunggu. Kadang – kadang kami bergayut sampai pukuI 3 pagi. Aku siap masuk tandas semata – mata nak dengar suara dia sebab takut suami aku sedar.
Pernah beberapa kali suami aku bangun tengah malam dan tanya aku tengah buat apa dalam tandas lama sangat. Aku tipu cakap perut s4kit. Sampai macam tu sekali aku jadi. U selalu cakap dia tak pernah rasa rindu dekat isteri dia. Mereka sudah lama PJJ.
U duduk di Kuala Lumpur manakala isterinya duduk di Pantai Timur. Dari zaman kami bercinta dulu sampailah sekarang, mereka memang jarang duduk bersama. Dia selalu cerita yang dia sunyi. Dia cakap aku saja perempuan yang buat dia rasa hidup balik. Dan aku pula b0doh sebab percaya semua kata – kata dia.
Selepas berbulan – bulan bercinta di WhatsApp, akhirnya kami berjumpa pada 31 Ogos 2022. Pertemuan pertama selepas belasan tahun terpisah. Masa nampak muka dia depan mata, aku terus rasa lutut lembik. Semua kenangan lama datang balik.
U datang ke bandar tempat tinggal aku di utara. Dia check in hotel. Masa tu sebenarnya aku memang tak ada niat nak naik ke bilik hotel dia. Aku cuma nak jumpa dekat lobi, minum dan borak sekejap saja. Tapi U berkeras suruh aku naik.
Dia kata dia rindu sangat dekat aku. Dia cakap dia cuma nak peIuk aku sekali selepas bertahun – tahun terpisah. Aku tewas. Bila pintu bilik hotel tu tertutup, aku terus rasa bersalah sangat. Tapi dalam masa yang sama hati aku terlalu tenang bila berada dengan dia.
U peIuk aku lama sangat sampai aku sendiri menangis dalam peIukan dia. Kami tidak terlanjur, tapi peIukan tu buat aku h4ncur. Masa dia peIuk aku, aku terbayang muka suami aku. Aku rasa jijik dengan diri sendiri tapi dalam masa yang sama aku tak mampu lepaskan peIukan tu.
Balik saja rumah malam tu, aku terus mandi dan solat taubat sambil menangis. Aku rasa berd0sa sangat. Aku pandang muka suami aku pun aku rasa bersalah. Suami aku siap tanya kenapa mata aku merah. Aku tipu lagi cakap penat kerja.
Sejak hari tu, hubungan kami makin teruk. Kami jadi makin ketagih antara satu sama lain. Pertemuan kedua berlaku beberapa bulan lepas tu. Kali ni aku sendiri yang tunggu mesej dia ajak jumpa. Aku jadi perempuan yang aku sendiri tak kenal.
Aku bukan perempuan sosiaI. Aku jaga solat, puasa sunat, selalu bangun tahajud dan sentiasa doa nak jadi isteri solehah. Orang sekeliling kenal aku sebagai wanita yang baik dan sopan. Tapi rupanya hati aku selemah ni bila diuji dengan cinta lama.
Yang paling s4kit, aku tahu U tidak sayang aku macam mana aku sayang dia. Bila isteri dia datang Kuala Lumpur bulan April hari tu, terus per4ngai dia berubah. Dia jarang balas WhatsApp aku. Kalau balas pun sepatah dua saja. Dulu tiap malam dia cari aku, sekarang aku tunggu sampai tertidur pun belum tentu dia reply.
Aku jadi macam orang giIa. Asyik tengok telefon. Asyik tengok last seen dia. Pernah satu malam aku call dia lebih 10 kali sebab terlalu rindukan dia, tapi dia langsung tak jawab. Esoknya dia cuma mesej, “Isteri aku ada sebelah.” H4ncur hati aku masa baca mesej tu.
Aku mula sedar sebenarnya aku cuma tempat dia hilangkan sunyi bila isteri dia tak ada. Bila isteri dia datang, aku terus jadi tak penting. Tapi b0dohnya aku sebab masih berharap. Suami aku? Dia ajak keluar makan malam sempena anniversary kami.
Suami aku siap belikan hadiah rantai emas sebab dia nampak aku murung sejak kebelakangan ni. Dalam kereta dia pegang tangan aku sambil cakap dia bersyukur sebab aku masih ada dengan dia sampai sekarang. Masa tu aku hampir menangis depan dia sebab rasa terlalu bersalah.
Bayangkan, suami aku tengah cuba bahagiakan aku, tapi dalam kepala aku masa tu masih fikir pasal lelaki lain. Aku cuba block nombor U banyak kali. Tapi setiap kali dia mesej balik atau call balik, aku cair semula. Pernah aku tahan diri tidak mesej dia selama dua hari.
Dua hari tu aku rasa macam orang hilang akal. Aku menangis, tak boleh tidur dan langsung tak ada mood nak buat kerja. Aku tahu benda ni tak normal. Kadang – kadang aku rasa mungkin aku cuma rindukan kenangan lama, bukan rindukan U yang sebenar. Tapi makin aku cuba lupakan, makin kuat rasa tu datang.
Sekarang dah masuk 8 bulan kami macam ni. 8 bulan juga aku hidup dalam d0sa dan penipuan. Aku penat sebenarnya. Penat pura – pura normal depan suami dan anak aku. Aku takut kalau satu hari nanti semua ni terbongkar. Aku takut kehilangan keluarga aku. Tapi dalam masa yang sama aku masih tak mampu buang U dari hati aku.
Yang paling buat aku sedih, aku rasa U sendiri sedang cuba jauhkan diri daripada aku perlahan – lahan. Banyak hint yang dia bagi suruh aku lupakan dia. Tapi aku buat b0doh sebab aku terlalu takut kehilangan dia sekali lagi. Aku tahu ramai yang akan kecam aku. Aku tahu aku salah. Sangat salah.
Tapi aku cuma manusia biasa yang lemah dengan perasaan sendiri. Sampai hari ni aku masih berdoa supaya Allah tarik rasa rindu ni dari hati aku. Sebab aku sudah penat menangis setiap malam untuk lelaki yang belum tentu benar – benar cintakan aku. Moga aku lebih tenang selepas meluah dekat sini. Sajana (Bukan nama sebenar)
Ulasan Pembaca :
Siti Zubaidah : 1st time saya komen disini. Sebab rasa tak boleh biar je tanpa nasihat. Kalau akak rasa susah sangat nak lupakan U & U pun setuju, akak bercerai dengan suami sekarang & kahwin dengan U. Halal, tak berd0sa dan tak selfish dengan suami akak.
Kalau U tak nak kahwin dengan akak dan akak pilih untuk kembali setia pada suami, akak stop contact U, block dia dan focus dengan suami. Hidup ni pilihan sendiri, akak bercakap macam akak takde control over your own choices. Jangan jadi lemah dan murah. Hidup di dunia buat d0sa dengan suami orang, tak happy dan content dengan suami sendiri, rugi dunia akhirat. Apa pun tak dapat.
Norlisa Abdul Rahman : Bila h4ram itu bukan cinta, itu mainan sy4itan untuk runtvhkan rumahtangga dan jebakkan manusia kepada d0sa. Berhentilah dan bertaubatlah. Tahu tak hukvman dalam Islam untuk orang yang dah berkahwin?. R3jam sampai m4ti.
Tapi saudari bernasib baik sekarang hukvman tidak dikuatkuasakan dan Allah masih jaga aib saudari. Bertaubatlah saudari, saudari ada anak perempuan, awak ada peluang lagi hidup menjadi h4mba yang taat kepada Allah. Semoga kita semua sama – sama kejar syurga Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.