Lepas 6 bulan kahwin, suami curang dengan janda anak 4. Esoknya aku dapat tahu, aku sebenarnya isteri keempat. Suami dah kahwin dan aku ada madu

Suami aku dah ada anak 4 orang. 3 orang anak dari perkahwinan pertama dan 1 orang anak dari perkahwinan ketiga. Isteri pertamanya yang berusia 47 tahun. Suami cakap tujuan dia kahwin banyak sebab nak anak ramai. Isteri dia dah tak boleh bagi anak sebab ada cyst..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku nak share kisah aku supaya mana – mana anak d4ra yang ambil keputusan untuk berkahwin lebih berhati – hati selepas ini. Dan please janganlah terburu – buru untuk berkahwin pada usia muda. Dan sila selidik latar belakang bakal suami seteliti yang boleh.

Aku sudah berkahwin lebih kurang 6 bulan dan sekarang sudah syukur alhamdulillah hamil 5 bulan. 3 minggu lepas aku telah dapati suami aku curang dengan seorang janda berumur 40 anak 2. Sedangkan umur aku 25. Umur suami aku 38 dan berkerjaya bagus dalam sektor kerajaan.

Perkenalan dengan janda tersebut pada tahun lepas sebelum kami mengikat tali pertunangan lagi. Yang giIanya, janda tersebut memberitahu bahawa status suami aku adalah duda anak 1 sejak mereka berkawan pada tahun lepas. Sedangkan aku sudah pun bercinta selama 3 tahun dengan suami aku dan suami aku mengaku bujang dengan aku.

Perkara menjadi lebih unexpected apabila janda tersebut sanggup datang ke rumah aku dan bertemu aku dan suami aku kerana janda tersebut rasa tertipu dengan status suami aku ketika berkenalan dengannya. Pada awalnya suami aku tidak mengaku bahawa dia telah curang.

Sanggup bersumpah berulang – kali mengatakan text telegram tersebut bukan antara dia dengan perempuan tersebut. Ia adalah perbualan text telegram antara kawannya dan perempuan lain kerana kononnya kawan dia meminjam telefon ketika outstation.

Yang kelakarnya suami sanggup layered kan profile contact boss sendiri dengan janda tersebut di dalam telegram. Penulisan email pada janda itu juga gaya ayat skema suami aku. Tapi dia masih menidakkan. Hingga aku call janda tersebut dan dia sanggup datang ke rumah aku untuk clearkan segala penipuan dan kecurangan suami aku.

Lebih maIang lagi, kisah aku tak terhenti di situ. Setelah sehari aku cuba untuk redakan marah aku pada suami aku pada ketika itu, keesokannya suami aku confess bahawa dia bukanlah bujang sebenarnya. Perasaan aku cukup hanyut dan giIa malam itu.

Aku dengan b0dohnya telah bercinta selama 3 tahun tanpa mengetahui yang dia sebenarnya suami orang. Dalam pengakuan suami, dia telah berkahwin sebanyak 4 kali. Dan aku merupakan isteri ke empat. Perkahwinan kedua dan ketiga sudah bercerai. Bini pertama masih bersamanya.

Dan suami aku mempunyai anak 4 orang. 3 orang anak dari perkahwinan pertama dan 1 orang anak dari perkahwinan ketiga. Pada saat itu, dunia aku kabur. Sudahlah aku dicurangi suami aku dengan janda, kemudian esoknya dapat tahu yang aku sebenarnya berkongsi kasih sayang selama ini.

Isteri pertama suami aku tidak tahu hal ini. Ya suami aku telah menipu statusnya ketika berkahwin dengan aku. Di pejabat agama negeri dia mengaku ketika pendaftaran bahawa dia bujang. Dan tak semua pejabat agama negeri akan detect status bujang dalam sistem mereka

Yang b0dohnya aku kerana tidak check sendiri status dirinya sebelum berkahwin. Ketika kami bertunang tahun lepas, yang datang cuma kawan – kawannya. Dia memberi alasan bahawa pakciknya kemaIangan jadi tiada wakil. Mak aku tidak kisah kerana kasihan kan suami aku ketika itu memandangkan keluarga jauh di negeri utara.

Ketika pernikahan kami, abahnya menjadi m4ngsa untuk tetap hadir kenduri dan terp4ksa mengiyakan segala perbuatan penipuannya. Pernikahan kami sah cuma dari sudut perundangan jika terdapat aduan dibuat, dia akan dikenakan denda di atas penipuan status.

Aku telah bawa suami aku bersemuka dengan keluarga aku mengenai permasalahan ini. Hati siapa yang tidak remuk. Menantu yang cukup baik dan disayangi keluarga aku sebenarnya membuat penipuan terbesar dalam sejarah hidup kami sekeluarga.

Bukan mudah untuk mencari redha bagi berkongsi kasih setelah ditipu. Aku masih buntu kerana di sebalik penipuan ini, selama perkenalan dan sepanjang perkahwinan dia cukup baik dalam agama dan cukup dalam memberi nafkah.

Sepanjang perkenalan sebelum berkahwin tak pernah kantoi pun di dalam telefon berkenaan isteri pertamanya. Sumpah jikalau aku tahu dia bukan bujang di awal perkenalan, tak akan aku teruskan perkenalan dengan dirinya. Anak – anak nya juga masih bersekolah.

Dan paling kecil baru 4 tahun. Sedangkan isteri pertamanya yang berusia 47 tahun itu juga hanya tahu perkahwinan kedua dan ketiga selepas suaminya bercerai dengan perkahwinan – perkahwinan tersebut. Apakah isteri pertamanya mampu menerima aku sebagai perkahwinan yang keempat suami aku.

Aku pernah bertanya kepada suami aku, apa yang kau mahukan sebenarnya dalam hidup ini ketika kau kerap berkahwin dan cerai dan menipu sepanjang kehidupan. Dia berkata bahawa dia mengimpikan keluarga yang besar. Tapi isteri pertamanya cuma mampu beri 3 anak sahaja kerana isteri ada cyst yang tidak mampu dibuang lagi.

Dia memberi alasan bahawa batinnya tersiksa dan dia adalah kategori suami yang batinnya terabai oleh isteri. Manakala perkahwinan yang kedua dia menjadi pak sanggup kerana itu cuma perkahwinan cuma kekal 3 bulan. Perkahwinan ke ketiganya pula untuk menolong janda, akhirnya janda tersebut demand kos sara hidup yang tinggi yang dia sendiri tak mampu dan cuma bertahan selama setahun perkahwinan.

Bila berkahwin mengikut kehendak nafsu, tiada yang kekal. Dan aku masih di sini meratapi takdir hidup aku ditipu dan dijadikan isteri kedua dalam sebuah penipuan terhebat. Ditinggalkan suami keseorangan dalam kesibukan dia menjadi ayah kepada anak – anak yang lain dalam kesibukan dia menjadi suami kepada isteri yang lain.

Bukan mudah menempuhi dugaan ini ketika sedang sarat mengandung ditambah pula emosi dan hormon yang tidak stabil dan memerlukan sepenuh perhatian di saat hamil anak sulung. Doakan aku kuat. Yang benar, Maw4r yang layu.

Ulasan Pembaca:

Nor Khusana : Nakal sungguh suami kamu. Bukan 2 bukan 3 dah 4 ditambah lagi skandal janda 40 tahun. Tak guna ditanya apa suami hendak. Hidup sebagai penipu, mana kan bahagia. Semoga Allah permudahkan urusan puan. Aamiin

Liyana Bt Haris : Cerai je sis. Baik s4kit sekarang dari s4kit kemudian. Dam4ge is done but it could get w0rse. Nanti anak kau kecil lagi, dia kahwin pula lagi, selagi tak cukup kuota. Once penipu always penipu. Bini pertama dah banyak kali kena tipu, kau nak jadi b0doh yang kedua pula ke? Get out while you still can.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :