
Berkenaan anak dalam kandungan dia tu aku akan buat ujian DNA test. Sekiranya anak tu adalah anak aku. Aku akan ambik anak tu dan akan diserahkan kepada ibu bapa aku. Sebab aku tak nak budak tu ikut per4ngai mak dia.
#Foto sekadar hiasan. Salam min, aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Sampai sekarang pun aku masih cuba hadam apa yang jadi dalam hidup aku. Aku baru je berkahwin, 9 bulan baru. Beberapa hari yang lalu aku dapat mesej WhatsApp dari seorang kawan karib isteri aku. Dalam WhatsApp tu gambar isteri sedang berpelukan dengan lelaki lain dalam bilik.
Ya Allah hanya Tuhan yang tahu betapa terkejutnya aku dan sakit mengapa isteri sanggup buat benda terkutuk tu di belakang aku. Rupanya semasa tempoh pertunangan kami dia pernah berzina dengan seorang lelaki tu. Benda ni aku dah tanya isteri.
Tapi mula mula dia tak mengaku tapi selepas aku tunjukkan gambar tu sebagai bukti akhirnya dia mengaku bahawa selama kami bertunang dia pernah curang dengan aku selama sebulan dengan lelaki tu. Dengan pengakuan dia begitu, seluruh tubuh badan aku bergetar dan menangis sedih kecewa dengan isteri sampai hati dia buat begitu kat aku.
Nak pukuI dia pun tak boleh sebab benda tu dah terjadi dan sudah berlalu. Apa yang keluar di mulut aku masa tu hanya istighfar menyebut nama Allah kerana aku takut hilang sabar dan tak sanggup pukuI dia. Iya la, suami mana yang tak kecewa bila dapat tahu isteri dia buat benda terkutuk tu.
Hanya Allah yang tahu betapa s4kitnya hati ni. Segala harapan dan cita – cita aku nak jadikan dia isteri yang terbaik h4ncur berkecai. Segala semangat aku untuk meneruskan hubungan ni h4ncur bagai dihimpit langit dan bumi. Sekarang aku tekad nak ceraikan dia walaupun sejujurnya hati aku masih sayang kat dia.
Tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab dia sekarang tengah mengandung anak kami 4 bulan. Lagi pun dia dah minta maaf dengan aku dan dah cium kaki dan tangan aku atas kesalahannya. Dia merayu agar aku tak tinggalkan dia. Dia kata dia sayang aku.
Tapi aku dah patah hati dengan dia. Kasih sayang aku dengan dia dah bertukar dengan kebencian berserta perasaan marah. Kepercayaan aku terhadap dia pun dah tak ada. Persoalannya di sini adakah perlu aku meneruskan hubungan ni? Minta nasihat sahabat sahabat di luar sana. InsyaAllah mana yang baik aku terima.
Sambungan.. Salam min, aku yang hari tu kongsi kisah isteri aku berz1na semasa tempoh pertunangan kami. Selepas kahwin 9 bulan baru tahu yang si isteri pernah curang semasa kami bertunang dulu. Alhamdulillah Syukur kepada Allah! Berkat komen negatif dan positif oleh sahabat sahabat Facebook ni, aku ambik mana yang komen baik – baik je.
Setelah aku fikir masak masak tentang hal ni. Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk menceraikan isteri selepas bersalin nanti. Sebab dia sekarang tengah mengandung 4 bulan lebih. Walaupun perit dan berat aku menerima kepedihan ni.
Tipu la kata yang aku tak sayang isteri. Memang aku masih sayang kat dia tapi aku rasa ni adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ni. Dan lagi satu berkenaan anak dalam kandungan dia tu aku akan buat ujian DNA test. Sekiranya anak tu adalah anak aku.
InsyaAllah aku akan ambik anak tu dan akan diserahkan kepada ibu bapa aku. Sebab aku tak nak budak tu ikut per4ngai mak dia. Memang perasaan ni dah benci marah patah hati, taw4r hati kat dia. Semangat nak kerja pun dah tak ada. Dah 6 hari aku duduk rumah je memikirkan benda ni.
Memang pahit ditelan ujian ni buat aku. Segala harapan untuk isteri dan anak dah lebur hilang begitu saja semenjak kejadian ni. Akhirnya dari aku, korang yang ada pasangan tu baik pompuan atau lelaki bersikap jujur la ikhlas dan setia dengan pasangan korang. Kejujuran keikhlasan dan kesetian adalah kunci utama dalam kebahagiaan dalam sesuatu hubungan.
Ulasan pembaca :
Asyikin Amir : Kau nak marahkan dia pun kau tak ada hak nak pisahkan mak dengan anak. Lagi pulak kau bukannya nak jaga anak kau, ada pulak nak bagi kat mak bapak kau. Elok budak tu ada mak yang penat mengandung lahirkan dia, senang – senang je kau nak ambik bagi orang? Otak letak kat mana? Kau tanya mak kau apa perasaan dia kalau orang ambik kau dari dia? Status isteri kau sebagai mak sama taraf dengan mak kau. Isteri kau tu pun mak jugak. Mak kepada anak dalam rahim dia.
Kau kalau nak sangat ambik anak kau tu, kau mintak la kat tuhan supaya tukar biar kau yang mengandungkan anak kau tu bukan isteri kau nak tengok kau boleh surv1ve hadap ke tak boleh hadap. Senang – senang je nak ambik anak dari mak dia
Fizzah Nafisya Damia : Ko kalau nak cerai kau cerai je la tapi tak payah cakap nak pisahkan anak dan ibu dan label isteri macam tu. Itu silap dia sebelum kahwin. Ko tak dapat terima dia jangan pulak nak pisahkan dia dan anak dia dan bagi kat mak kau pulak. Tak cukup ke mak kau jaga kau masa kecik. kalau kasih ibu tak sama.. belajar jadi orang yang ada sifat murni dan jangan mudah melabel org lain. Kesudahan kau belum tentu baik dan kesudahan dia belum tentu buruk.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.