
Masa dalam tempoh edah dulu bekas isteri aku ni ada la 3 kali offer nak rujuk tapi aku dah serik sangat dengan perempuan tu. Lepas aku kahwin baru, dia selalu duk kacau bini baru aku. Macam – macam dia cerita keburukan dan kejahatan aku kat bini aku, dia duk hasut bini baru aku untuk curang
#Foto sekadar hiasan. Assalam. Tolong hide fb aku ye Tuan admin. Aku nak cerita masalah aku dengan bekas isteri aku. Penghujung tahun 2024 aku bercerai dengan bekas isteri aku, bab anak – anak masa tu kami bergilir – gilir jaga. Bab nafkah alhamdulillah aku selalu kirimkan walau anak – anak tak dapat berbelanja mewah.
Masalahnya sekarang, bekas isteri aku ni selalu mengganggu kehidupan aku. Aku pun dah berkahwin baru, tapi yang sakit hati aku bila dia selalu duk canang kat fb yang aku ni jahat, tak bertanggungjawab, kaki perempuan, tak bagi nafkah dan macam – macam lagi.
Sampai orang – orang yang kenal aku pun memandang rendah kat aku. Aku masih boleh bersabar lagi, tapi dia selalu duk mesej maki hamun aku. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, masa dalam tempoh edah dulu bekas isteri aku ni ada la 3 kali offer nak rujuk, tapi aku dah serik sangat – sangat dengan perempuan tu.
Lepas aku berkahwin baru, dia selalu duk kacau bini baru aku. Macam – macam dia cerita keburukan dan kejahatan aku kat bini aku, malah dia duk hasut bini baru aku untuk curang kepada suaminya. Katanya, kalau laki kau boleh curang, kenapa kau tak buat sama macam tu. Jangan tunjuk kita ni lemah dan bodoh di mata suami.
Aku yang baca mesej dia hantar pun beristighfar panjang. Bini baru aku sengaja simpan mesej – mesej yang bekas isteri aku hantar, katanya mungkin perlu untuk masa akan datang sebagai bukti. Sebenarnya aku bercerai dengan bekas isteri aku ni sebab cerai taklik.
Pertama kali bekas isteri aku curang dengan pekerja dia sendiri, bekas isteri aku duk bagi duit kat jantan tu. Bila kantoi, aku memang mengamuk dan terus bertaklik, jika selepas ni bekas isteri aku masih berhubungan cinta dengan lelaki yang sama atau lelaki lain, maka jatuh talak satu.
Ingatkan dah kena macam tu bekas isteri aku ni serik, sebab siap minta ampun maaf bagai. Siap sujud di kaki lagi minta ampun. Tapi selepas setahun kemudian, kantoi lagi bekas isteri aku curang tapi dengan lelaki yang lain pulak. Masa tu aku terasa sakit sangat hati aku, dayus la aku kalau masih beri peluang.
Tak sangka rupanya dah nak masuk 3 bulan bekas isteri aku curang. Patut la asyik mengelak tidur bersama, duk selalu jauh – jauh, henfon selalu kat tangan. Rupanya ada buat perangai lagi. Sebab tu masa bekas isteri aku nak rujuk balik, aku dah tak nak, aku memang dah serik sangat – sangat.
Lagi pun bekas isteri aku ni suka buat perkara khurafat. Suka jumpa bomoh, malah kerap duk bawa bomoh datang rumah duk berjampi macam – macam. Dalam rumah penuh dengan air jampi. Paling sakit hati aku bila balik kerja penat – penat, bekas isteri aku duk berjampi, duk perasap lilin dan barang – barang waktu magrib.
Duk gantung benda yang dia perasap tu. Rumah jadi kelam dengan benda yang dia asapkan tu. Waktu tu aku dah memang tak tahan dengan sikap bekas isteri aku. Duit habis beribu – ribu duk bayar khidmat bomoh. Aku memang dah tak sanggup nak teruskan hidup macam tu.
Bila aku berkahwin, bekas isteri aku ni macam dendam tau. Dia pun mula la canang nak kahwin juga. Calonnya tu entah dari mana dia kaut. Mak bapak bekas isteri aku ni tak izin tau, tapi sebab anak dia dah berkeras juga nak kahwin dengan jantan ni, makanya rela dalam paksa la orang tua mereka.
Berkepit siang malam, duk keluar masuk bebas macam dah laki bini, hingga jiran sebelah rumah duk tanya, dia orang dah kahwin ke tu. Berkepit berbulan – bulan tapi bila kahwin tak sampai sebulan pun, last – last kantoi laki baru bekas isteri aku ni wanted polis.
Dah ada banyak kes rupanya, kes tipu dan kes curi. Kahwin tak sampai sebulan laki baru dia bawak lari duit dan barang kemas dia berpuluh ribu, dia rugi. Last – last duk mengadu kat aku. Tapi aku tak layan pun, bila tak layan dia maki hamun aku macam – macam.
Yang tu ok la. Aku paling nak marah bila bekas isteri aku kacau isteri aku yang sedang mengandung. Macam – macam benda dia mesej, duk hasut dan duk buruk – buruk kat aku. Paling geli hal dalam kain pun dia tanya antara aku dengan bini baru aku.
Mana tak bengang aku ni. Sebab bini aku tengah mengandung, aku nak jaga emosi bini aku. Aku tak nak benda macam ni ganggu fikiran dia. Aku dah cuba diam dan tak layan, tapi bekas isteri aku tetap cari pasal. Sekarang ni bekas isteri aku dalam buruan ahlong.
Sebab laki baru dia ada pinjam ahlong. Yang ni masalah juga, duk telefon duk mesej minta tolong dari aku, sedangkan aku tu duk jauh dari dia, berlainan negeri. Bila tak layan dia maki hamun. Time minta tolong kemain berbunga ayat. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi sebab masalah dia bukan lagi tanggungjawab aku.
Sekarang ni bekas isteri aku suka duk canang dalam fb yang dia dan anak – anak dianiaya. Tak bagi nafkah la, tak peduli darah daging sendiri, mentang – mentang dah ada bini baru. Padahal aku selalu ambil anak – anak aku makan kat luar, bawa beli barang sekolah dan macam – macam lagi.
Tapi bekas isteri aku tetap tak puas hati. Dia cari juga kesalahan aku. Apa yang aku buat semua salah kat mata dia. Aku cuma nak hidup tenang dengan keluarga baru aku. Sekarang ni dia dah hantar anak – anak aku balik tinggal rumah mak dia di kampung.
Dia sengaja pisahkan anak – anak aku dengan aku, lagi pun dia tahu kelemahan aku ialah anak – anak yang tinggal berjauhan. Lepas dia pisahkan anak – anak aku dengan aku, dia duk canang kat fb yang aku tak bagi nafkah anak – anak.
Padahal tiap – tiap bulan aku kirim masuk akaun bekas mak mertua aku. Nasib baik aku simpan slip bank in duit ke akaun bekas mertua aku. Tak tahu pergi mana duit yang aku kirim, bekas isteri aku duk canang anak – anak dia tak cukup makan.
Aduhai. Susah betul dengan perempuan yang meroyan dan gila talak ni. Aku cuma harap satu hari nanti semua orang boleh nampak sendiri apa yang sebenarnya berlaku. Sekarang ni bekas isteri aku duk canang dia kematian suami.
Padahal suami dia masih ada, cuma bersembunyi je. Ramai rakan -rakan fb dia duk ucap Al Fatihah untuk suami dia, duk ucap takziah untuk dia. Hihihi, kelakar pulak ramai yang tertipu. Sekarang ni laki dia curi – curi balik rumah. Dia tahu pun suami dia balik senyap – senyap. Lagi pun ada jiran nampak suami dia balik senyap – senyap tu, cuma jiran tak tahu yang suami dia tu wanted.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.