Lepas aku kahwin diam-diam dekat Siam, aku terus putuskan hubungan dengan keluarga. Tak sangka suami kahwin baru dekat sini, majlis meriah

Suami dah kahwin dengan perempuan tu. Siap buat majlis besar – besaran di kampung. Aku bersalin masa suami tengah berbulan madu. Anak terp4ksa berbinkan Abdullah, sebab suami taknak daftarkan perkahwinan…

#Foto sekadar hiasan. Bertahun bercinta, berkasih, bukan jaminan akan bahagia selamanya. Tidak semua cinta akan berakhir di jenjang pelamin, itu hakik4t yang aku kena terima walaupun pahit. Tapi itu bukan bermakna hidup aku terus gelap.

Hidup mesti diteruskan walau macam mana pun s4kitnya hati. Kena belajar tabah, reda dan serah diri kepada Allah untuk kehidupan seterusnya. Mungkin bukan jodoh aku. Dia tinggalkan aku dengan anak kecil dalam keadaan terumbang – ambing, sedangkan dia bahagia dengan keluarga baharu.

Aku berusia 30 tahun, pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aman (bukan nama sebenar) tiga tahun lalu. Dia bekerja tetap, walaupun hanya sebagai penghantar surat. Bukan kerja hebat, tapi cukup kalau pandai urus rumah tangga. Malangnya, itu yang dia gagal buat.

Aku kenal dia pun secara kebetulan. Aku masa tu kerja di restoran berdekatan pejabatnya. Bukan nak puji diri tapi aku ada rupa sikit, jadi memang selalu jadi perhatian pelanggan. Dari situ dia mula jatuh hati. Siang malam dia bertunggu – tangga di restoran aku kerja. Lama – lama aku pun jatuh hati juga.

Dia ajak kahwin, aku setuju. Masa tu aku muda, fikir seronok sahaja. Kami nikah di sempadan dengan bantuan seorang kawan. Mak ayah aku tak tahu, keluarga dia pun sama. Aku nekad, sebab aku fikir inilah cinta sejati. Lepas kahwin, aku terus putus hubungan dengan keluarga. Aku takut dan malu nak balik rumah.

Kalau ayah tahu aku nikah tanpa dia walikan, memang teruk aku kena kerjakan. Aku juga tak berani nak jumpa keluarga mertua. Sampai ke sudah aku tak kenal siapa mak ayah suami sendiri. Awal perkahwinan, semuanya indah. Aman penyayang, ambil berat.

Aku masih bekerja walaupun gaji kecil sebab nak bantu dia. Kami menyewa bilik kecil di Kampung Baru, duduk ramai – ramai dalam satu rumah. Memang tak selesa, tapi apa pilihan yang aku ada. Enam bulan kemudian aku mengandung.

Bayangkan dengan perut besar aku tetap jalan kaki pergi kerja. Sampai satu tahap aku tak larat, jadi aku berhenti kerja. Duduk di bilik setiap hari, bosan. Menunggu suami balik pun jadi macam satu penyiksaan. Masa tu aku dah mula perasan perubahan pada Aman.

Dia selalu balik lewat, kadang – kadang tak balik langsung. Hujung minggu pun hilang entah ke mana. Naluri aku kata dia ada perempuan lain, dan betul. Dia ada perempuan lain, lebih cantik dan bergaya dari aku. Kerja pejabat, ada masa depan.

Aku tanya dia, dia mengaku. Aku tidak terk3jut sangat sebab aku dah agak. Lelaki bila dah jatuh cinta dengan orang lain memang susah nak larang. Lepas tu per4ngai dia m4kin teruk. Dia tak peduli langsung tentang aku. Makan minum aku semua aku urus sendiri.

Mujur bos restoran lama aku berhati perut, ambil aku kerja balik. Kalau tak, aku dengan bayi dalam kandungan mungkin kebulur sebab suami langsung tak balik. Dengan gaji kecil, aku cuba bertahan. Simpan sikit – sikit untuk persiapan bayi.

Tapi suami tetap tak balik, khabarnya dia dah kahwin dengan perempuan tu. Siap buat majlis besar – besaran di kampung. Masa tu aku menangis semahunya. Aku rasa macam orang paling malang. Tapi dalam hati aku reda. Aku anggap ini balasan sebab aku dulu membelakangkan mak ayah bila kahwin.

Aku selamat bersalin masa suami tengah berbulan madu. Bayangkan, kawan – kawan restoran yang hantar aku ke hospital. Mereka juga yang jaga aku masa berpantang. Aku dibawa tinggal dengan mereka. Alhamdulillah, Allah ganti kesedihan aku dengan orang – orang baik yang ikhlas membantu.

Anak aku terp4ksa didaftarkan berbintikan Abdullah sebab surat nikah tak ada. Aman tak pernah daftarkan nikah kami di Malaysia. Sampai sekarang aku masih berusaha uruskan apa yang boleh, supaya anak aku ada hak yang sepatutnya. Lepas bersalin, aku cuba bangun perlahan – lahan.

Aku kerja siang malam. Siang di restoran, malam aku buat kerja sambilan lipat kain orang, kadang – kadang tolong jiran jual kuih. Aku bawa bayi aku sekali, letak di tepi meja kerja sambil aku lipat baju. Susah memang susah, tapi aku kuat sebab aku ada anak.

Ada satu malam, bayi aku demam panas. Aku panik, duit dalam tangan pun tinggal sikit. Aku bawa dia ke klinik dengan bas sebab tak mampu naik teksi. Masa tu aku menangis dalam hati, rasa macam kenapa hidup aku jadi macam ni. Tapi bila tengok wajah anak, aku jadi tabah. Aku janji pada diri, aku akan jadi ibu yang baik walaupun tanpa suami.

Selepas beberapa bulan, aku nekad balik kampung. Aku bawa anak aku, walaupun takut nak jumpa mak ayah. Tapi bila sampai, mak terus peluk aku. Dia menangis, aku pun sama. Ayah diam, tapi aku tahu dia kecewa. Aku minta maaf. Aku tahu aku anak yang derh4ka. Tapi syukur, mereka terima aku balik.

Sejak tu, aku mula bina hidup baharu. Aku cari kerja halal untuk sara anak. Aku belajar menjahit, buat tempahan baju kecil – kecilan. Rezeki m4kin lama m4kin ada. Anak aku jadi penguat semangat aku setiap hari. Kepada bekas suami aku, pesanan aku, mungkin di dunia kau rasa kau terlepas.

Tapi di akhirat nanti, kau kena jawab. Hubungan kita masih ada sebab ada anak. Kau siksa aku, siksa anak kita. Kau lepaskan tanggungjawab besar yang Allah amanahkan. Aku doa semoga satu hari nanti kau sedar, walaupun mungkin dah terlambat.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :