Lepas arw4h ayah meninggaI, semua setuju rumah pusaka tukar atas nama aku. Bila mak meninggaI, adik beradik kata rumah tu hak dorang..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

3 tahun aku tak balik jenguk rumah pusaka. Aku terk3jut tengok rumah tu dah rosak sepenuhnya. Bila aku nak bersihkan, kakak sulung aku pertahankan ‘hak’ dia sebagai anak sulung..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalammualaikum semua. Aku nak minta pandangan semua tentang satu rumah pusaka peninggalan orang tua. Biar aku cerita dari awal lah ya. Aku ada enam orang adik beradik. Empat orang lelaki, dua orang perempuan. Aku anak nombor dua. Kira anak lelaki sulung lah.

Masa arw4h ayah meninggaI dunia, dua puluh satu tahun yang lalu, semua harta arw4h telah dibahagikan secara muafakat antara ibu dan adik beradik kami. Masa tu semua setuju, kami tak bahagi secara faraid. Dalam pembahagian tersebut, masing – masing yang lain dapat tanah – tanah, rumah – rumah sewa. Aku pula dapat rumah pusaka – rumah peninggalan ibu dan arw4h ayah.

Aku tak kisah dapat apa pun. Rumah tu ibu yang terus duduk setelah ayah meninggaI. Ibu duduk saja lah. Tak ada apa – apa isu pun. Segala bayaran bil, cukai kini beralih kepada aku lah. Tambahan pula aku pun bekerja jauh dari rumah pusaka tempat tinggal ibu tu. Sesekali macam biasa, jika ada cuti, aku akan balik melawat ibu.

Isunya di sini, bila ibu kami meninggaI dalam 3 tahun lepas, bila aku nak ambil alih penjagaan rumah itu semula, hak aku terhadap rumah tu seolah dinafikan. Sedangkan tanah – tanah dan rumah sewa dorang, aku tak ambil tahu pun. Tak peduli pun.

Alasan dorang, “Itu rumah mak ayah kita. Hak kami pun masih terus ada dalam rumah tu.” Macam tu senang je dorang kunci mulut aku. Masa mula – mula arw4h ibu meninggaI, ada seorang anak saud4ra (anak adik aku) yang tiba – tiba masuk tinggal di situ tanpa minta izin aku pun. Memang agak terpinga – pinga juga.

Tapi atas dasar silaturahim, aku akur sajalah. Aku fikir budak tu mungkin boleh jaga rumah tu baik – baik. Tambahan pula aku pun tinggal jauh. Aku serah bulat – bulat penuh kepercayaan penjagaan rumah kepada budak tu yang masih bujang. Walaupun aku tak duduk situ, tapi segala bil api air dan cukai aku yang tanggung.

Atas dasar kasih sayang pada ibu ayah, aku tak nak apa – apa tertangguh. Bagi aku, rumah tu amanah pada aku. Masalahnya… baru – baru ini, aku ada balik ke kampung. Apa yang amat menyedihkan, aku dapati rumah tu rosak sepenuhnya dan sangat – sangat kotor.

Tak payah lah aku nak gambarkan macam mana kotornya rumah itu. Nanti korang pun tak lalu nak makan. Kalau aku cakap… pinggan nasi dalam jamban. Haa… korang bayangkan lah ya. Kalau korang tanya, sebelum ni aku tak balik langsung ke rumah selama tiga tahun tu.

Aku ada balik jenguk kubvr ibu ayah dan menyantuni kawan – kawan arw4h. Tapi kesilapan aku, aku tak pergi jenguk ke rumah tu atas dasar hormat orang yang tumpang tinggal. Walaupun budak tu sikit pun tak hormat ke aku. Setiap kali balik, aku duduk hotel di pekan. B0doh aku kan?

Bila aku dah tengok keadaan macam tu, mestilah aku meng4muk. Rumah mak ayah aku kot. Orang yang agak dihorm4ti di daerah tu. Tambahan pula bila nampak aku di situ, jiran – jiran pakat datang mengadu tentang sikap anak saud4ra aku yang kerap angkut kawan – kawan lepak tak kira jantina. Sentiasa ada parti BBQ.

Korang boleh agak lah apa aku buat seterusnya kan? Tapi masalahnya dengan adik beradik aku yang lain ni… terutamanya dengan kakak sulung aku. Bila aku nak jaga sepenuhnya balik rumah tu, tak sudah – sudah dengan ayat, “Tu rumah mak ayah. Aku anak perempuan sulung. Aku ada hak ke atas rumah mak ayah.”

Ohhh… masa rumah tu tunggang – langgang dikerjakan si bedebah sampai h4ncur luar dalam, tak nak pula korang mengaku hak – hak korang. Tapi bila aku nak take over saja, segala hak pula muncul. Sampai aku nak berkemas – kemas pun susah.

Itu jangan buang. Ini jangan pegang. Itu jangan sentuh. Aku suruh dorang ambil bawa balik ke rumah masing – masing, tak nak pula. Semua barang nak berlonggok kat rumah tu. Kalau barang mak ayah, memang aku sendiri yang simpan. Semua tu aku sayang.

Tapi ni barang – barang memori waktu dorang membesar – segala pingat – pingat, buku – buku majaIah lama, baju – baju lama, surat – surat cinta – semua aku tak boleh sentuh. Dorang yang lebih kalut cepat – cepat berkemas terus longgok di sana.

Untuk pengetahuan korang, rumah tu dah ditukar ke nama aku. Aku ingat, bila pencen nanti, aku nak balik duduk situ. Aku nak jaga elok – elok rumah tu sebagaimana arw4h ada dulu. Tapi bila tengok per4ngai masing – masing yang tak tahu hormat aku sebagai tuan rumah yang sekarang, aku rasa sedih. Apa patut aku buat? Korang jangan suruh aku jual. Aku rasa sangat sayang. Bantu aku… – Hashim (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Shida Dimyati : Dah nama sendiri senanglah nak uruskan. Panggil geng pembersih rumah, kemaskan rumah dan sebagainya. Tukar kunci / padlock semua. Kalau rumah belum ada pagar, buat pagar. Pertahankan hak tt. Oh ye sebelum kemas tu ambil gambar setiap kerosakan / sampah yang dibuat.

Sya Nysya : Rumah tu bukan rumah pusaka, rumah awak. Semua dah dibahagi – bahagi dan sudah setuju, nama pun dah bertukar. Kalau nak kemas buat satu store, letakkan semua barang adik beradik situ. Bagi tempoh masa, 3 tahun tak datang amik buang aje.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5152 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.