
Ayah kahwin dengan perempuan muda. Tok kadi tanya mak aku, betul ke setuju izinkan ayah aku kahwin. Sepanjang hidup, tak pernah sekali mak burukkan mak tiri. Mak kata dia dah anggap mak tiri aku tu macam anak. Bila kami dah besar, aku tanya dekat mak kenapa mak izinkan ayah nikah mak tiri.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih admin kerana siarkan. Aku tiada masalah rumah tangga, cuma nak kongsi pengalaman sahaja. Harap sahabat semua dapat jadikan pengajaran dan iktibar sahaja.
Kisahnya, mak aku isteri pertama usia tiga tahun muda daripada arw4h ayah aku. Masa aku usia tujuh tahun, ayah kahwin dengan mak tiri aku. Masa tu usia arw4h ayah awal empat puluhan. Manakala mak tiri aku awal dua puluhan. Muda dan cantik. Mak aku juga tak kurang cantiknya.
Kisahnya mak tiri aku dan arw4h ayah aku sudah suka sama suka dan mak aku dapat tahu. Mak tak tunggu lama, memandangkan mak tiri aku sebatang kara dan anak yatim piatu, mak aku suka rela menguruskan semua hal pernikahan mereka.
Sampai ketika nak nikah waktu itu di pejabat agama, mak aku dipanggil oleh tuan kadi berseorangan ke dalam bilik pejabat semata – mata nak siasat sama ada mak aku terp4ksa atau rela. Mak jelaskan yang mak rela dengan semua ini.
Tuan kadi malah menegah mak aku daripada setuju untuk pernikahan itu memandangkan arw4h ayah aku bukan orang berada malah usia mak tiri aku jauh sangat beza dengan mak juga. Yang terakhir mak aku pun anak sudah ramai masa itu lima orang termasuk aku.
Alasan dikhuatiri ayah aku tak mampu berlaku adil dan mak serta anak beranak akan terani4ya. Mak dengan berani bertegas dengan tuan kadi, apa – apa berlaku mak rela tanggung segalanya. Setelah berkahwin, permulaan mak tiri tinggal sekali dengan kami.
Maklum arw4h ayah bukan orang kaya. Mak tiri tak bekerja luar. Setiap hari mak dan ayah keluar bekerja atau berkebun, mak tiri yang asuh kami adik beradik. Segala makan pakai kami dia yang urus tanpa merungut sedikit pun. Sungguh benar aku tak pernah dengar dia merungut atau marah kami adik beradik yang ramai ini.
Walaupun hidup serumah, aku tak pernah dengar mak ayah aku berg4duh mahupun bermasam muka. Aku tak pernah lihat mak tiri aku bertekak atau masam muka dengan mak aku. Sifat ayah aku yang tinggi budi bahasa. Mak aku sifatnya tegas dan sabar.
Tak kurang mak tiri aku memang tak pernah meninggikan suara, sentiasa elok sahaja bahasa dia buat aku terajar berbudi bahasa. Dalam rumah kami rasanya mak aku yang paling garang dan tegas. Dan semua tak berani meIawan mak.
Macam biasa walaupun hidup kami sekeluarga aman sahaja, tak bagi mata masyarakat, jiran tetangga mahupun saud4ra mara. Pemikiran biasa adalah semua mak tiri jahat dan per4mpas. Ini dapat aku lihat daripada pengalaman keluarga kami.
Kalau jiran tetangga jumpa mak di kedai atau mana – mana majlis yang tak dihadiri mak tiri aku, mereka pasti akan kutuk mak tiri aku macam – macam. Tak perlu cakap semua boleh bayang ayat kutuk mak tiri kan. Tak kurang saud4ra mara, semua marah arw4h ayah poligami, seolah – olah ayah aku ani4ya mak aku.
Antara yang paling hebat kecam mak tiri aku adalah isteri kepada sepupu aku yang usia lebih kurang mak tiri aku. Kata – kata h1na per4mpas suami orang, perempuan miang dan macam – macam lagi. Dalam rumah kami adik beradik okey sahaja kecuali kakak sulung yang usia muda sikit sahaja daripada mak tiri aku.
Boleh kata setiap hari di belakang mak, kakak aku suka d3ra mak tiri aku sambil dia gelar dengan pelbagai gelaran tak sedap di telinga. Malah aku turut diajar kakak untuk menggelar mak tiri dengan pelbagai gelaran terkutuk. Masa itu kecil lagi tak faham dan ikut sahaja cakap kakak.
Tapi mak tiri aku tak pernah marah walau apa gelaran atau did3ra macam mana pun. Tak lama pun, aku yang kecil masa itu boleh fikir kenapa aku ejek mak tiri aku, sedangkan dia yang jaga makan minum aku, siapkan aku ke sekolah, ajar aku mengaji malah mak tiri juga yang ajar aku sembahyang.
Tapi semua itu kakak aku buat belakang mak aku sahaja. Depan mak, kakak tak berani sebab mak aku garang dan mak tak ajar anak – anak dia biadap. Semakin hari semakin sayang aku pada mak tiri aku begitu juga adik beradik yang lain kecuali kakak sulung aku. Bila kenang hebat sungguh ujian untuk mak ayah serta mak tiri aku.
Tak lama ayah aku meninggaI. Ketika itu mak tiri aku sudah tinggal asing dan sudah ada seorang anak usia setahun. Begitu juga mak aku pun dapat adik bongsu aku juga usia lebih setahun. Setelah ayah meninggaI, mak tiri pindah semula ke rumah kami bersama adik aku.
Mak aku seorang diri sara anaknya enam orang yang mana dua masih menyusu termasuk mak tiri dan adik seayah aku juga masih menyusu. Mak aku bukan orang berharta mahupun berpelajaran. Dia kerja macam orang lelaki, segala kerja buruh kasar dia buat. Sedih ingat masa itu.
Selang berapa tahun setelah adik – adik kecil aku dalam usia tiga tahun, mak tiri aku keluar bekerja dan bertemu jodohnya dengan seorang lelaki bujang. Setelah bernikah, dia pindah dan bawa sekali adik aku. Masa itu barulah kami terpisah.
Aku sering terbaca sama ada komen atau hantaran, hampir semua mengutuk mak tiri atau isteri kedua. Pengalaman aku, mak tiri aku sangat baik. Berani aku kata aku sayang sangat mak tiri aku. Dia jaga dan asuh kami adik beradik, tak pernah marah atau meninggikan suara.
Bahasanya hanya yang baik – baik sahaja. Tersangat rajin orangnya. Hubungan aku dengan mak tiri dan adik tiri amat rapat. Bila kami dewasa, aku bertanya kepada mak kenapa mak izinkan ayah nikah mak tiri. Jawapan mak aku, mak tiri aku itu yatim piatu tiada saud4ra mara.
Dia sudah sayang ayah aku jadi mak tak nak perkara tak elok berlaku dan mak pun ada ramai anak perempuan, tiga orang aku ketiga. Mak kata masa itu mak cuba bayang kalau itu berlaku pada anak – anak perempuan mak macam mana.
Mak sendiri cakap mak tiri aku sebatang kara, dia sayang ayah sebab ayah aku memang family man, baik sangat dengan mak dan anak – anak. Bila difikir logik sahaja fikiran mak aku. Mak tiri aku benar nak menumpang kasih sahaja pada lelaki yang baik.
Bukan sahaja sebab ayah aku baik tetapi kasih pada anak – anak juga. Dengan kami walaupun payah dia rasa berkeluarga. Lagi mak aku cakap mak tiri aku bagus sangat penyabar orangnya. Rupanya mak tahu semua yang kakak buat pada mak tiri aku.
Pengajaran yang aku nampak, mak aku baik sangat dengan mak tiri dan sebaliknya. Setelah mak tiri nikah lain, bukan suami mak tiri sahaja yang hormat mak termasuk keluarga suami mak tiri juga sangat hormat mak aku. Tak ada sejarah mak pernah burukkan mak tiri atau sebaliknya.
Hubungan kami sangat baik sehingga kini walaupun setelah tiga puluh tahun ayah meninggaI. Mak tiri juga sudah ada anak – anak bersama ayah tiri dan semua sangat okey dengan kami. Kalau berjumpa orang takkan sangka mak bersama madunya sebab mereka sangat akrab.
Berbalik kepada kakak aku yang selalu kutuk mak tiri aku. Rezeki, ajaI, jodoh semua ketentuan Allah. Perkahwinan pertama kakak gagal. Perkahwinan kedua dengan bujang juga gagal dan yang ketiga dia bermadu kekal dan masa itu baru aku lihat kakak aku bersuami daripada bersuami umpama tak bersuami sebelum ini.
Manakala isteri sepupu aku yang selalu sangat kutuk mak tiri aku dengan pelbagai tohmahan, setelah sepupu aku meninggaI dia bertemu jodoh dengan suami orang juga yang agak kurang tanggungjawab. Dia tersedar dan siap pesan dengan mak aku kalau pergi melawat mak tiri aku tolong sampaikan mohon maaf daripada dia sebab dulu – dulu dia banyak kutuk mak tiri aku.
Aku bukan bini kedua, tapi aku sedih bila ada komen bini kedua per4mpas atau mak tiri yang jahat. Aku tak salahkan mulut yang cakap sebab mereka tak lalui pengalaman macam keluarga aku. Cuma kadang – kadang tak perlu melalui semua untuk faham, cuma bila komen cubalah rasa takut dengan pencatat kiri kanan kita serta Allah yang berkuasa. Jangan takut dengan manusia tapi dengan balasan Allah.
Macam kes mak tiri aku, ramai yang tak lalui apa dia lalui. Sebatang kara tiada saud4ra mara. Bila dia nikah dengan ayah, autom4tik dia dapat keluarga macam orang lain. Mak aku madunya boleh dianggap bagaikan mak sendiri yang sentiasa memikirkan makan pakai serta keperluan seorang anak perempuan.
Allahu, mak aku dan mak tiri aku adalah insan terpilih. Mereka memang berjodoh. Walaupun mak aku sifatnya garang dan tegas, dia tak pernah mengani4ya mak tiri aku. Mak siap cakap mak sudah anggap mak tiri macam anak sendiri.
Antara ayah dan mak tiri suami isteri, dengan mak umpama anak dan ibu. Seandainya mak tiri adalah anak mak, umpama mak ada anak yang solehah sebab mak tiri sekali tak pernah meIawan mahupun meninggikan suara dengan mak.
Bila tengok mereka bersama, gembira sahaja hati aku. Dalam hati aku berkata, mul a- mula mereka teruji dikutuk bagai, diakhir usia mereka yang sabar ini yang beruntung. D0sa dapat dielakkan malah kehormatan terjaga juga, tiada sejarah buruk memburukkan antara mereka.
Begitulah orang yang bersabar. Kita semua hidup tak terlepas daripada ujian. Setiap orang ujiannya berbeza. Paling bah4ya ujian zaman sekarang datang dengan senyap sahaja, hanya guna jari untuk melalui ujiannya. Jika perkara itu kita tak suka, berdoalah agar Allah hindarkan daripada hidup kita.
Setiap orang melalui situasi yang tak sama. Maaflah andai panjang sangat apa yang aku coret daripada kisah benar keluarga aku. Harapan aku w4rga FB janganlah salah sangka. Tujuan aku menulis bukan nak cakap bagus berpoligami. Sebagai perempuan dan manusia yang lemah, aku benar tak sokong mahupun menggalakkan poligami.
Namun sebagai manusia yang lemah juga, terikat sebagai h4mba-Nya, aku tak berani mencemuh mahupun mengh4ramkan poligami sungguhpun daripada keluarga luar yang kita dapat lihat berpoligami, banyaknya buruk daripada baik. Akhir kata aku mohon maaf andai ada tersilap bahasa mahupun tatabahasa. Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada aku. Sekian terima kasih admin kerana siarkan.
Ulasan pembaca :
Makcik Kiah : Kalau dengan cara yang betul, memang boleh bahagia. Yang susah nak bahagia bila kahwin senyap – senyap. Dari mula sudah tak jujur. Mana nak bahagia. Lagipun arw4h abah awak itu ikut sunnah bukan ikut nafsu. Rezeki awak dapat mak tiri baik. Macam aku dapat mak tiri membolot ayah aku seorang. Sedih bila difikirkan.
Umihani Bakar : Baguslah dapat mak tiri baik. Ini nak cerita bini muda abah aku. Serupa firaun. Sebab apa. Pertama kahwin senyap – senyap, lepas empat bulan baru kami semua dapat tahu. Mula – mula memang mak marah. Tapi benda sudah jadi, mak cuba reda.
Kedua abah terlalu lebihkan yang muda. Mak banyak mengalah. Nafkah, tak payah cerita pasal nafkah. Mak cuba berbaik – baik dengan madu dia. Tiap kali ajak pergi mana – mana, kena ajak madunya, kalau tak abah tak nak pergi. Tak berapa lama bini muda abah tunjuk belang. Dia nak abah seorang.
Giliran dia, abah tak boleh datang langsung rumah mak walaupun ada urusan anak – anak. Bahagian akhir, abah jatuh sikit, hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan. Bini muda – muda campak abah macam kain buruk. Letak sepenuhnya atas bahu mak. Sikit pun tak ambil tahu pasal abah. Tanya khabar pun tak. Datang jenguk di rumah pun tak pernah sekali pun, padahal duduk satu kampung.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.